Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Monday, July 20, 2020

..the worst lie of my life: catfish..

assalamualaikum all

as i mentioned in last post, ive been experiencing some weird experience with some "friend" that i met online (read: MiRC) again? yesss.. again. i never learn my mistake kan?

so, i will write this post as lurvepurple and might as miera at the end. so letssss the story begin..

Friday, November 25, 2011

..Ombak Rindu ??..

assalamualaikum all..

apa khabar? ada sihat? ada O.K? apa-apa pun bersyukur la kerna kita masih bernafas hingga ke saat ini.. Alhamdulillah~~

saya percaya, kebelakangan ini, hampir setiap hari kita disajikan atau kita mendengar atau kita melihat preview filem "OMBAK RINDU"  tak kurang gak dengan orang ramai yang memperkatakan mengenai filem ini. mungkin filem ini boleh dikategorikan sebagai filem yang di nanti-nanti disebabkan cerita itu sendiri atau pelakon-pelakon yang mantap.. OMBAK RINDU bakal di pawagan 1 Disember 2011 ini, dilakonkan oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan di bantu oleh Lisa Surihani..

OMBAK RINDU sebenarnya adalah sebuah novel hasil karya Fauziah Ashari terbitan Alaf 21 sekitar awal 2000 dulu..sebelum apa-apa, jom kita review Novel ini.. *sorry kalau ade silap, dah lame bace buku nie, ingat-ingat lupe plak. nak bace balik, buku nie lak lost in space.. huhu*


Ombak Rindu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Izzah, beliau merupakan anak yatim piatu dan terpaksa di jaga oleh ibu saudaranya.

penderitaan hidup Izzah ini bermula apabila ibu saudara dan pak cik nya, Pak Taha memperlakukan Izzah seperti orang gaji di rumah mereka. malah segala persiapan Izzah ke sekolah tidak pernah dihiraukan mereka. keadaan semakin teruk apabila Pak Taha merupakan seorang pemabuk dan tahi judi.

demi membayar balik segala hutang dan memperoleh wang untuk terus berjudi, Pak Taha telah menjual Izzah. disebabkan kecantikan Izzah, tauke tersebut bersetuju dengan pertukaran yang diberikan oleh Pak Taha.

ketika dipaksa menjadi pelacur, pelanggan pertama Izzah adalah seorang jejaka *bukan pelanggan kot, Izzah dijadikan sebagai hadiah.. kalau tak silap la* kacak lagi kaya bernama Haris.. (mode: *cair*)

Izzah telah dibawa pulang ke rumah oleh Haris dan ketika Haris cuba untuk "menjamah" Izzah, Izzah merayu untuk dilepaskan atau Haris sudi menikahinya. Haris yang terkedu melihat seorang "pelacur-yang-baik" bersetuju menikahi Izzah secara rahsia dengan syarat Izzah sentiasa melayani naluri lelakinya.

dan disitulah bermula kisah 2 hati antara Izzah dan Haris. Haris merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan yang terkenal dan wanita itu amat dikagumi oleh masyarakat dan mempunyai standard yang tersendiri. so, agak sukar untuk Haris "membawa keluar" Izzah sebab pasti ada yang mengenali nya di mana saja mereka pergi.

layanan Haris pada Izzah sangat kasar dan Izzah pula sentiasa akur dengan setiap kata Haris walaupun hatinya memberontak. saat ini bermacam-macam adegan lucu terbit dari perlakuan mereka *mode: big smillleeee*

macam-macam konflik timbul dalam hidup mereka, Izzah dihantar oleh Haris melanjutkan pelajaran setelah Haris menemui sijil-sijil Izzah yang cemerlang ketika di sekolah, Haris di suruh berkahwin dengan ex-girlfren nya satu ketika dahulu, ibu nya mengetahui tentang kewujudan Izzah dan macam-macam lagi..

nak taw lebih lanjut or merasai sendiri "tenggelam" dalam hidup Izzah dan Haris? jom pegi dapatkan novel Ombak Rindu.. dengan cite akan diterbitkan semula selepas filem Ombak Rindu dikeluarkan.. siyes tak rugi bace novel nie..

Ombak Rindu adalah novel kegemaran saya sepanjang masa. tak akan ada yang lain mampu menambat hati ini seperti novel Ombak Rindu. dah beratus novel yang dibaca, hati tetap terpaut pada Haris*cewaahh.. sila muntah..*

apa-apa pun pada pandangan saya,mungkin novel ini tidak sesuai dijadikan filem kerana pada hari ini, hampir semua filem melayu mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama macam filem ini. even drama di TV pun banyak macam ni. tapi, tak mustahil filem ini akan menjadi Box Office disebabkan pembaca novel ini sendiri sudah lama menanti akan Haris dan Izah di layar perak.

even saya sendiri pon macam nak sangat ke panggung menyaksikan filem ini.. oh Harissss.. harap-harap la Haris dalam filem sama or kurang ckit dari Haris dalam novel ni. yang lain tue tak kisah sangat.. nak Haris je.. hikhik...

oh.. bagi yang dah bace novel ini, Ombak Rindu mempunyai kesinanmbungan iaitu Cinta..Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku.. pendapat saya sendiri. 2 kesinambungan ini agak nonsense. masih menarik tapi sedikit annoying kadang-kadang macam tak masuk akal. so, i prefer to stick with Ombak Rindu sahaja.. ^_^ tapi, tak salah kalau nak baca.. nak taw gak ape kesudahan kisah Haris dan Izzah, ade anak ker tak, direstui ker tak hubungan dorang..





p/s: cover novel ini sangat sweet.. selain dari berwarna purple (my fav colur op koz), gambar pasangan yang sedang bercanda di tepi pantai sangat-sangat menimbulkan taman di dalam jiwa..

akhir kata.. jom kita layan OST Ombak Rindu.. trailer filem ni..

Friday, May 20, 2011

..Aktiviti Hari Khamis: Nur Kasih The Movie..

assalamualaikum all..


hari ini (19 Mei 2011) bermula tayangan Nur Kasih The Movie.. kesinambungan dari drama bersiri Nur Kasih yang ditayangkan di TV 3 tidak berapa lama dahulu..

secara jujur ingin saya katakan yang sebenarnya saya tidak pernah mengikuti secara serius drama bersiri ini, hanya menonton satu atau dua siri. memandangkan ketika drama ini disiarkan di TV, bapak baru saja meninggal, dalam keadaan sedang berkabung dan bersedih, memang tak der minat langsung nak follow..

cuma taw sikit-sikit jek cerita ini berdasarkan cerita dari member2 termasuk la member2 laki yang mengikuti cerita ini dan tak kurang juga mereka yang meminati Tiz Zaqiyah. rasanya, kemunculan filem ini sangat-sangat dinantikan oleh penonton yang sememangnya mengikuti perkembangan drama Nur Kasih..

kebelakangan ini, kerap kali trailer Nur Kasih The Movie di mainkan di TV3, tak da niat langsung nak pergi tengok. ok! saya tipu, ada rasa nak tengok tapi, tak da lah penuh harapan.. kalau ada rezeki nak tengok, tengok lah kan.. tiba-tiba pagi tadi, ada sorang membe skolah tweet bagitaw dier nak tengok Nur Kasih dan carik sapa yang sudi temankan... dan saya pon tanpa ada niat mereply tweet berkenaan dengan "aku!! tapi ko kenak spons.." dan beliau terus mereply "petang kelak ku ambik kau.. lak mesej"

penghujungnya, pukul 3.30 petang, saya berada di dalam panggung di MBO, The Spring Kuching bersama 2 rakan, dan sebungkus pop corn.. tiket + pop corn + air + minyak kereta semua nya di sponsor oleh Siti Sabariah.. thanxzzzzz a lot bebeh.. masok dalam panggung, tiga-tiga buat pengakuan, tak ikut drama cerita tue.tapi semangat nak tengok mengalahkan orang yang betol-betol follow... ngehehehehe.. dan panggung ketika itu agak kosong, tak sampai separuh mungkin sebab dah habis lunch hour dan bukan hujung minggu or mungkin gak orang pergi ke panggung lain..


-tiket wayang.. bukti saya btol-btol menonton wayang.. hehe-

berbalik kepada Nur Kasih The Movie, seperti semua orang sedia maklum, filem ini adalah kesinambungan dari drama Nur Kasih sendiri yang mengisarkan kisah percintaan di alam perkahwinan di antara Nur Amina lakonan Tizz Zaqiyah dan Adam lakonan Remy Ishak..

filem ini banyak menggunakan unsur-unsur "flash-back" di mana penonton di bawa melihat penghujungnya kemudian barulah diceritakan secara teliti.. so, make sure anda menonton filem ini dengan penuh konsentrasi supaya orang sebelah anda tak perlu menceritakan lagi kepada anda apa sebenarnya yang telah terjadi..

permulaan kisah ini sudah cukup menyedihkan apabila meliha Aidil lakonan Fizz Fairuz menghadapi kehilangan seorang yang amat di sayangi nya.. memang payah menghadapi kehilangan seseorang dalam keadaan kita tidak bersedia

filem ini juga menggunakan teknik seperti seseorang menceritakan kembali kisah hidup 3 insan ini.. suara Dato' Rahim Razali digunakan, tak dinafikan gak la, alunan suara beliau sedikit sebanyak menghidupkan filem ini..

lepas tu, penonton akan disajikan dengan banyak pemandangan yang indah di pertengahan filem ini di mana lokasi pengambaraan ialah di Jordan.. seriously sangat-sangat indah pemandangan nya walaupun hanya batu-batu besar di padang pasir.. bak kata Nur Amina "Masya Allah.. macam lukisan" di jawab pulak oleh Adam.. "Lukisan Allah Nur" =) tidak ketinggalan gak dengan kehijauan sawah padi.. nice..nice..nice.. ^_^

di samping itu, saya melihat filem ini mempunyai kekuatan di atas setiap pelakon nya.. tahniah kepada semua pelakon yang begitu menghayati watak dan berjaya membawanya dengan superb!! anda tak akan melihat satu pun watak yang lakonan nya "keras" dan mimik muka tak selari dengan apa yang diperkatakan..

selain jalan cerita ini sendiri yang menarik, lagu-lagu dalam filem ini juga sangat indah dan mampu membuatkan air mata anda tanpa segan silu berguguran umpama mutiara.. antara lagu yang digunakan ialah Lagu Kita (aizat), lagu dari Bob AF2, Mila AF (yang nie membuai perasaan di penghujung filem) dan beberapa lagu lain dan sudah semestinya lagu utama filem ini sendiri Nur Kasih dendangan Yasin dan Tizz Zaqiyah sendiri.. yang frust nya ialah.. lagu ini hanya dimainkan sedikit sahaja.. huh..

namun, sedikit kelemahan filem ini pada pandangan saya ialah.. jalan penceritaan yang terlalu banyak flashback dan suspen yang menjadikan penonton mula keliru.. mungkin Kabir Bahtia ingin menimbulkan unsur suspen dan lain dari filem melayu yang lain, tapi saya sebagai penonton mula merasa keliru dan membuat andaian sendiri mengenai perjalanan hidup Adam, Nur dan Aidil..

walaupon malu nak mengaku.. tapi bagitaw gak lah.. saya menangis dalam panggung dari awal sehingga akhir filem ini.. sobsobsob..  dan ini adalah kali pertama saya menonton filem cinta Melayu di pawagan selepas cerita Sembilu berpuluh tahun lalu.. sebab nya.. filem cinta Melayu hampir kesemua nya sama.. dan Nur Kasih The Movie telah memberi satu cerita lain dari lain..

so. overall saya bagi 4.5 dari 5 bintang... and two thumbs up untuk filem ini..

kepada sesiapa yang tak tengok lagi tue, sila lah pegi tengok.. tak rugi pon korang tengok filem ini.. oh ya, pelakon dalam filem nie banyak yang comel dan berlesung pipit.. Mia Sara, Alias (abang Mia Sara) mate dier sangat cantek.. Fizz Fairuz dan beberapa kanak-kanak Arab.. comel lagi hensem okeh.. =)

extra: lepas tengok wayang, jumpa membe-membe lama kat Kubah Ria. lama gila tak jumpa dorang nie.. akhirnya boleh chill out sesama... ^_^

Friday, December 31, 2010

..31 Disember 2010..

assalamualaikum all..


di hari terakhir bagi Tahun 2010 ini, miera tak der ape sangat nak di ceritakan. everything happen biasa-biasa jek 2 3 minggu nie. nothing special.

terasa macam baru semalam miera berada di 1.1.10, dengan sedikit perkara yang menjengkelkan berlaku. tup..tup.. esok dah 1.1.11.. 4 1 esok.. mesti ramai yang melangsungkan majlis kan? oh.. miera gak nak ucapkan tahniah buat sahabat MiRC miera, sis Wailin yang bakal melangsungkan pertunangan besok. akhirnyaa.. bertemu jua dengan jejaka idaman.. hehe..

sebelum 2010 melabuhkan tirai.. jom bersama miera mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada miera sepanjang 2010..

pembukaan 2010 amat menyedihkan, di akhir 2009, tanggal 9/11/2009 ayahnda kesayangan kami meninggal dunia di tanah suci Mekah. sesuatu yang sangat perit untuk dilalui. tapi, siapalah kita untuk melawan kehendakNya. segalanya diterima dengan redha. awal tahun disambut dengan hanya kenangan bersama arwah.

1.1.10 berlaku sedikit ketegangan.. entah di mana silapnya. miera pon tak pasti. cuma, apa yang pasti setiap manusia pasti ada kelemahan masing-masing. dan jagalah perlakuan, jagalah kata-kata untuk sama-sama kita menjaga hari orang lain dan juga diri sendiri. jangan sesekali kita menghina orang lain walau sejijik mana pun individu tersebut. siapa tahu, suatu hari nanti, kita yang berada di atas ini, akan menjadi lebih jijik dan hina dari dia. dan tak siapa dapat menduga, mungkin suatu hari nanti, keseluruhan hidup kita ini bergantung pada orang yang pernah kita hina.. kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.

3.1.10 majlis perkahwinan penuh gilang gemilang berlangsung dalam keluarga kami. pernikahan sepupu arwah bapak, Usu Abu dengan permaisuri hatinya Usu Alin. sangat meriah majlis ini dihadiri oleh banyak kenamaan negeri Sarawak. miera suke sangat-sangat tengok pelamin dorang. lawa...

dan bermulalah kehidupan miera sebagai seorang pelajar. di awal semester sedikit tidak puas hati sebab telah fail satu paper. tak dapat dinafikan, memang salah diri sendiri jugak tak dapat nak buat setiap soalan dengan betul. cuma, sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lecturer kepada my uncle, yang ingin tahu adakah miera nie bermasalah dalam kelas sehingga gagal. jawapan lecturer itu "miera terikut-ikut kawan" dan setahu miera kawan-kawan yang rapat dengan miera semuanya lulus.. isk..isk..isk.. tidak mengapa.. semua itu ada hikmahnya. tak pernah rasa berdendam dengan siapa-siapa.

semester terakhir di UiTMCS, berjuang untuk mendapatkan diploma. segala-galanya berjalan agak lancar. sehinggalah tiba bab Final Year Project. report segalanya ok.. cuma, apabila tiba masa untuk hardware, bermacam masalah timbul. padahal, project teramatlah simple. sama taraf ngan budak-budak sekolah punye kerja kursus KHB.




yang paling haru apabila cuma mendapat tahu bahawa kami perlu membuat presentation kurang dari 8 jam presentation. bertambah haru apabila hardware masih menunjukkan sedikit kegagalan. triple haru, ketika itu, miera and group member masih berada di rumah. dan presentation berlangsung seawal 8 pagi. tapi alhamdulillah.. segala masalah berjaya dihadapi.. =)
 -sedikit majlis perpisahan dan restu ilmu bersama lecturer-lecturer EE-

sebelum tamat semester, UiTMCS telah mengadakan majlis pra-graduan kepada kami yang bakal menamatkan pelajaran di UiTM.. dan ketika itulah first time dalam hidup miera pegi ke kedai untuk di make-up kan, first time pakai hand bag dan first time pakai high-heel.. hahahahaha...


 

habis final, disambung pulak dengan kursus 3P. first time dalam hidup miera, masuk kursus yang mendalami ilmu komputer. dari sistem dan jugak hardware. tapi, tak der lah faham sangat. tau basic-basic jek.. hehehe..

kemudian, menunggu keputusan dengan penuh debaran. dah dapat keputusan, Alhamdulillah.. lulus dan sah miera dah grad dan dah ada diploma. untuk menyambut tamat study, uncle miera bawak pegi melancong ke Kuala Lumpur selama seminggu. dan inilah first tyme kitorang pergi tanpa ada perancangan. pegi kaunter tiket, tengok ade tiket. besok terus fly g KL..sorry lah kepada rakan-rakan yang marah miera sebab tak bagitaw awal-awal.. hehehe




sekembalinya ke Kuching, keputusan UPU pon keluar. dan miera berjaya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam. tapi apabila melihat keadaan keluarga yang tidak berapa nak stabil dan keadaan mak pon yang macam tak nak lepaskan miera. miera ambil keputusan untuk mengorbankan tawaran tersebut. in the same time, miera mencuba nasib untuk mintak tukar U ke UNIMAS.

alhamdulillah, mungkin berkat niat yang baik, miera berjaya masuk ke UNIMAS untuk ijazah miera. masih lagi kursus yang sama dengan UiTM tawarkan. mula-mula masuk tue, memang rase sedih sesangat. sebetulnya miera dah janji ngan member-member UiTM untuk kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Shah Alam. mungkin bukan rezeki. tapi miera yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat miera.

di awal semester, sedikit rasa memberontak muncul dalam diri miera. sangat tak puas hati kene tukar U. mungkin dengan sistem yang sedikit berbeda dari yang lama. mungkin jugak kerana kesorangan. membe-membe di UiTM tak payah susah-susah nak carik membe baru. masing-masing dah ade membe sendiri. miera lak, terpaksa buat kawan baru semula. tak der sorang pon yang miera kenal. dan almaklumlah, masuk pon dah minggu ke-4. banyak yang dah ketinggalan. ditambah lak, masuk-masuk kelas terus kene sit for quizes and tests. dengan assignment lagi, dangan lab report yang kene kejar. sedikit tekanan di situ.

tapi lame-lame.. ok lah.. boleh dah nak sesuaikan diri dengan persekitaran.

6.12.2010... hari yang paling bermakna buat miera..

Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM.. pada sidang ke-3 di UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan. miera dan rakan-rakan EE111 diraikan dalam majlis yang penuh gilang gemilang. terasa berbaloi segala penat lelah yang diharungi selama 3 tahun. terasa bangga melihat wajah-wajah yang sentiasa di sisi miera memberi sokongan fizikal dan mental serta kewangan sepanjang miera menuntut ilmu.

pict: Reborn Photography

tapi.. yang pasti.. segolong ijazah itu hadiah miera buat mereka yang telah pergi meninggalkan miera. Arwah nenek miera, Allahyarhamah Mahdiah bt Buji, arwah atuk miera Allahyarham Suhaili bin Ropa, arwah uncle miera, Allahyarham Marzuki b Hj Suhaili dan arwah bapak miera, Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.

mereka inilah yang menyunting semangat dalam diri miera. arwah nenek selalu marah miera sebab miera tak dapat mengekalkan 4A/5A dalam family miera dalam UPSR. dier selalu cakap miera dah malukan dier sebab miera cume dapat 3A dan miera tak dapat masuk sekolah menengah yang top di Kuching. Arwah atuk miera lak, dier yang selalu ikat miera kat pokok, kuncikan miera dalam toilet sebab kenakalan miera waktu kecik-kecik dulu.

arwah uncle miera sentiasa memberi sokongan kat miera. walaupon kadang-kadang miera gaduh ngan dier. he is my bestfriend. sehinggakan sehari sebelum dier meniggal, dier masakkan miera nasi goreng untuk breakfast. dier yang hantar miera ke sekolah kalau hari hujan. dan disebabkan pesanan terakhir dier jugaklah miera berada di UiTM.

arwah bapak miera.. sentiasa menuturkan sindiran buat miera. tak pernah nak puji. miera disindir ketika gagal dalam setiap test yang miera ambil. sehingga arwah pernah suruh miera stop belajar dan kawen.

apa yang pasti, setiap sindiran, setiap kemarahan itu miera jadikan sebagai penguat semangat untuk belajar. miera nak buktikan pada semua, tidak semestinya kita perlu berada di sekolah pintar, baru kita boleh berjaya menjadi seorang doktor, engineer, arkitek dan orang yang bergaji besar serta berguna. miera nak buktikan, walau kita gagal sekali, tak bermakna kita akan gagal untuk meraih kejayaan.tiap kali miera patah semangat, miera ingat balik sindiran dorang...

sekarang.. Alhamdulillah.. miera dah berjaya membuktikan hampir kesemua kutukan mereka tak betul.

pesanan miera.. think positive, take everything sebagai benda yang baik. jangan sesekali memikirkan setiap kata adalah penghancuran kepada kita... and u will success...

hidup kita ini ibarat roda.. andai kita di atas, bantulah mereka yang di bawah untuk kita sama-sama merasa kesenangan. dan apabila kita dibawah, ucaplah Alhamdulillah, kerna Allah masih sayangkan kita dan Dia sedang menguji kita, jangan pernah sesekali berputus asa untuk terus berada di atas.. ^_^

LOVE story?? not in 2010 I guess.. next tyme maybe.. ^_^

selamat tinggal 2010... semoga selepas ini.. lebih banyak perkara yang baik akan berlaku

Wednesday, December 15, 2010

..10 REASONS NOT TO FALL IN LOVE..

assalamualaikum all..

sekian lame tak buat ape-ape review baik untuk filem mahupun buku... bukan bermaksud miera tak bace buku.. banyak dah novel yang miera dah khatam.. cume mase tak mengizinkan untuk membuat sedikit review

so, hari ini.. miera nak wat review the latest novel yang miera baru habis bace pagi tadi...

novel English.. so.. miera wat review dalam bahase rojak lah k.. coz im really-really not good in English.. as what Johan Raja Lawak always said.."I do speak English... but sometimes BROKEN" hehe..

title of the book that i have read this few days is "10 REASONS NOT TO FALL IN LOVE" , the author of this book is Linda Green..

-10 REASONS NOT TO FALL IN LOVE-
RM 35.50 @ POPULAR BOOKSTORE


a new author for me.. usually i just bought a book from Cecelia Ahern and Sophie Kinsella.. and i think i already had almost all of the Cecelia Ahern's novel.. if i do have time, i will re-read all the novel and give some review here.. =)

what make me "attract" to this book?? of course because of it Title.. 10 reasons not to fall in LOVE..

this novel is about a single mother, Jo who need to take care her son, Alfie all by herself. Her husband, Richard had left two of them on Alfie's first birthday.

Alfie is not their plan. He is accidentally produce when both Jo and Richard still climbing up for their carrier. They are work at the same place, and during the pregnancy, Richard had become Jo's boss.

Jo become very disappointed with Richard's attitude that never try to accept the exist of Alfie and only spent a few time with Alfie.

since then, Jo refuse to accept any relationship with man. She afraid if once she is in a relationship, then the man can't adopt his new life with "an-instant" child, it will hurt Alfie more. Jo think that Alfie already go through a difficult time when growing up without a man called father always beside him.

then, they meet up a "balloon man" called Dan.. and since then Alfie and Dan become friends and indirectly.. Jo need to accept the new man in her life.

in this novel, there are some "flashback" of Dan's childhood. which are not as fun as other kids. At the beginning of  his age, Dan just have a very loving and fun moment with his parent. but then, everything has changed when his Father become aggressive and always drunk.

Dan become a witness of his mother abused by his father. then, he become very traumatic when people keep arguing about their football's team wining or losing the match. this is because, during his childhood, his father will become very angry and will start to abuse Dan's mother whenever Liverpool is losing their match.

and.. how does Dan appearance changes the whole things in Jo and Alfie life?? please get this book.. ^_^

for my opinion.. i do like this book because it tells about the bad effect for children's emotional when they have very bad experience during their childhood. and how the leak of love from parents can cause them to be very aggressive in order to get attention from others.

This book also shows how your parent, especially your mom always try to make and try to look happy in front of you even the reality is they are very2 hurt and their are in very bad condition. our parent also always try their best to protect all their children even putting themselves in danger.

but, there still a little bit of aspect that keep annoying me. This author use a very long sentences to describe something (as i usually do.. =p). and i can't find any sense of humor in his writing. its give me a different experience compare to read Cecelia Ahern or Sophie Kinsella novels..
 
After completing reading this book, i give it 3 and a half star.

p/s: I'm crying during reading this book.. maybe I'm quite sensitive persons.. but it is too sad to imagine hows seriously bad to a children to have very frightening experience looking at his own mother been abused.

picture: credit to Uncle Google

Thursday, July 8, 2010

..Ini Cerita Sudah Basi..KL Trip..12.06.2010-17.06.2010..


assalamualaikum all..

ini lah dia entri yang telah berjaya membuatku bengang last week.. b4 entri Selamat Hari Jadi Bapak...

walaupon dah basi.. ku tak peduli.. nak gak post entri.. wat kenangan ku nanti.. almaklumlah.. nak beli diari tak mampu la plak.. =p

oh.. nak bagi warning dulu.. entri ini panjang dan sangat membosankan.. harap la bersabar sampai ke hujung yer... zzaaassssss~~~

dalam entry nie nak cite aktiviti sepanjang miera wat lawatan mengejut ke Kuala Lumpur pada 12.6.2010 - 17.06.2010 hari tue..

seperti yang miera nyatakan dalam entry yang lepas.. miera pergi KL tanpa ada perancangan langsung.. dapat result hari jumaat pagi, petang jumaat uncle miera check tiket, mintak no ic, beli tiket.. tup2.. hari sabtu dah fly... ini semua gara2 miera telah berjaya menamatkan diploma dengan jayanya.. ^_^

kesannya?? sudah pasti lah pergi dalam keadaan shock serta tidak percaya..dan part yang paling parah.. tiada "back-up pocket money". kalau bagitaw awal2, boleh gak lah jual "cucur pisang" depan rumah seminggu dua.. dapat seratus dua, leh gak rembat barang2 lebih ckit.. =p nak korek2 tabung n g tukar duit syiling dalam tabung pon tak sempat.. uhuk2..
-tabung yang selamat dari menjadi mangsa keadaan-

trip kali nie tak seramai last trip.. last trip iaitu last 2 year kitorang pergi 15 orang.. kali nie just 4 orang, my uncle, my aunty, anak dorang n miera.. trip kali nie agak mencabar gak lah sebab yang pergi semua tak reti sangat ngan selok belok KL.. main belasah jek..

ok..chalo bete.. miera nak imbas kembali aktiviti2 yang telah dilakukan.. zassss~~~

12.06.2010(sabtu)

  • naik flight Kuching-K.L pukul 2 macam tue.. oh yeah..bagi yang dah lame tak nek air asia.. sekarang nie dier nyer sit, dah ade nombor yer.. tak der free sit lagi dah.. 
  • sampai KL dalam pukul 3++ petang macam tue.. pastu, kitorang amek bas dari LCCT-KL Central.. nie first time amek bas, selalu amek teksi or van yang dah ditempah awal2 (nie tyme mule2 dulu la..sekarang nie rasenyer dah tak boleh kut ) 
  • best gak nek bas nie.. murah (RM8 per head.. budak2 lain lak harga)+ selesa
  • first time gak miera sampai KL Central. dan ini lah first trip miera dapat merasa membeli sendiri Burger King.. selalu tue.. mesti nak KFC.. macam la kat Kuching tak der KFC.. isk2..
  • dari KL Central.. pergi hotel nek teksi.. dok hotel kat Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)..tempat stended kebanyakan orang Sarawak g KL.. hahahaha
  • dah siap check in.. itu..ini..itu..ini..zassssss~~~ g makan..
  • restoran pilihan?? of koz la Restoran Insaf... tyme korang masok, duduk jek kat meja tue, terasa insaf jek tengok dorang nie wat keje.. laju sungguh.. dah makan, rase syukur sangat2 sebab dapat merasa makanan yang sedap seperti itu.. dah lepas dapat bil, bayar bil, melangkah keluar.. teros rase taubat.. tobat nak masok restoran tue lagi bagi trip kali nie.. (next trip masok balik)
-nasi beriyani ayam madu.. RM 13 sepinggan.. -
  • tapi siyessss.. jus mangga dier sedaaappp sangat2.. kaw2 punya.. nasik pon sedap.. sekali sekala boleh la kut, kalau selalu, gugur gak la rambut nak bayar..
 
-jus mangga..kaw punya.. yummmyy-


-haruslah licin.. mahal woo.. dah makan baru lah korang rase betapa "insaf" dan "taubat"nya lepas bayar bil.. tue pon kalau korang jenis makan nasi campur bawah RM 5 sehari.. -
  • perut dah kenyang.. mari kita cuci mata di jalan TAR, jalan sampai arked.. lepas tue pergi SOGO..
  • minum jus kat food court SOGO jap.. dah tak sesedap dulu.. murah jek RM2.50 kut.. gelas XXL.. tapi tue lah..dah tak berape nak sedap.. banyak ais n air jek..
  • nek kat tingkat atas sekali tempat mainan yang masokkan token tue.. panggil ape eh?? Arked Mainan eh?? kitorang panggil aked jek.. kat Kuching nie ade, tapi tak der la sebesar tue.. dan miera pon dah lame tak jejak kaki kat aked di Kuching nie.. satu kat Wisma Satok, satu lagi kat Hock Lee..
  • jumpe lak ngan my kazen yang ade urusan study di Melaka.. lama woo tak jumpe dier..sebulan lebih dah dier merantau di Melaka waktu tue...sanggup dier turun KL nak lepak ngan kitorang..
  • bermulalah sesi "melalak-dalam-kotak".. masokkan token 2 bijik.. teros melalak.. hari tue kitorang melalak 10 buah lagu.. muakakakaka.. pedih dah anak tekak.. nie pon pestyme gak miera karok dalam kotak tue.. kat Kuching pon melambak, tapi tak pernah nak try.. hehehehe
  • ronda pasar malam memandangkan malam tue malam minggu.. tapi, agak terkeciwa di situ kerana hari hujan dan gerai2 semua tutup awal
  • zzzzzZZZzzzz.. pada pukul 4 pagi..dok berborak ngan my kazen, aiman..

    13.06.2010 (ahad)
    • hari nie plan nak meronda menaiki LRT.. sebab selalunyer gune teksi jek..sebut jek nak g mane, nanti drebar teksi hantarkan.. memandangkan kitorang sekarang dah jadi 5 orang, sah2 lah tak boleh dah nek teksi.. so, naik lah LRT..
    • destinasi pada awalnya adalah Bukit Bintang.. sampai BB, carik tempat makan (food court) pusing2.. last.. jumpe food court yang tak berape nak selesa.. so, chow teros.. perut pon dah giler2 lapar tyme nie...
    • amek LRT sekali lagi.. pegi Times Square.. makan kat TS.. kat food court atas sekali..
    • dan di sini.. ku telah menjumpai makanan yang sangat2 ku rindui.. fettucine carbonara.. boleh lah rasenyer..tak der la sedap sangat.. tapi.. ok lah.. nak lepas rindu punye pasal..dan tak nak "ponek" (translate=kempunan dalam bahasa sarawak)
     
    -fettucine carbonara.. nyumm...nyum..-
    • ronda2 dalam Times Square carik kasut.. dan ku masok satu kedai nie.. tanye la berape harga kasut sebab kat situ dier nyer price tag dah tanggal.. boleh plak cine tue jawab macam nie "lu mesti cuba ah" dengan muke berlagak.. chooii!! ku dah panas nie..
    -eeyeewwww.. aiman.. geli ku tengok-


    • cube kasut B.U.M kaler putih saiz 9, terasa besar la plak.. tadi ku mintak saiz 8.. dier dok bahas2 ngan aku lak, aku patot amek saiz 9 nanti tak sakit kaki.. dah saiz 9 tue besar.. even dah kai stoking pon masih besar.. macam mane lah ku nak jalan laju2 nanti?? last2 ku tak amek.. padan muke ko.. berlagak sangat.. muakakakakaka (dalam aty memang ku nak kenekan ko jek pon) 


       
      -datok Saidina.. besar gedabak-

    • berpisah ngan my kazen petang tue, dier hantar kitorang kat stesen LRT bandaraya (belakang SOGO) then dier cabut balik melaka... huhuhu.. sedeyh woo.. malam tue miera tak tidur dan teros tak der mood nak g makan semua.. kazen yang membesar bersama nie.. beza 11 hari jek

    14.06.2010 (isnin)

    • trip kali nie, kitorang memulakan perjalanan sememangnyer lewat.. kalau selalu tue, before pukul 9.30 pagi dah berdessupp ilang.. kali nie, pukul 11 baru nak mulakan perjalanan...
    • hari nie, mule2 sekali..melawat Semua House.. menjenguk kedai kasut.. sebab yang miera taw, kat sini jek ade jual kasut2 wanita saiz besar.. saiz 10-11.. dan dengan bangganya miera berjaya merembat 3 pasang sandal wanita.. saiz 11 2 pasang dan 12 sepasang.. serta menunggu sepasang lagi kasut yang akan dihantar dalam mase 2 hari lagi.. sebab tyme kitorang pergi nie, tak der saiz la plak.. hohohoho
    • destinasi kitorang hari ini.. Mid Valley sahaja..
    • miera ronda satu Mid Valley tue sorang2 saja.. percaya tak?? percayalah..
     
    -promotion Toys Story 3.. miera dah tengok dah.. bessttt!!-

    • miera ronda tingkat satu sampai atas sekali.. satu tingkat tue miera ronda habis..dari hujung sampai ke hujung yang satu lagi.. nak survey kasut sebenarnyer..
    • nie lah first time miera wat begitu kat negeri orang.. merayau sendirian.. selalu nyer, tak akan jauh dari family.. yer lah kan, negeri orang, kalau tempat sendiri, kalau sesat, taw lah jalan pulang. nie kat tempat orang.. tempat besar gedabak lak tue.. 
    • then, my uncle cakap dier nak air mineral.. belikan dier air mineral.. carik dier kat bawah sekali..dan dier cakap kat belakang megamall tue ade satu lagi shopping complex.. ape eh name dier?? lupe lak.. The Garden ker haper..
    • kat cni tak berape nak best la.. sebab kedai semua ribu raban punye..tempat untuk orang2 yang kaya jek gamaknyer, disebabkan saye tak kaya, saye jem nenas jek, jadi hanya mencuci mata saja di sini.. 
    • disebabkan my uncle masih lagi tak puas aty, kitorang tak jumpe tempat makan yang dier dok cite2 tue.. maka, kitorang pon pergilah sekali lagi ke Bukit Bintang menaiki teksi.. 
    • rupe2nyer kedai makan yang dier cite kan tue, betol2 kat belakang tempat kitorang jalan semalam.. belakang stesen LRT tue jek pon.. hatddooyy.. dah name pon tempat orang, sungguh ku tak biasa.. bangunan lak tinggi2.. mane lah nak nampak..
    • masok kat Sungei Wang.. dengan bergayanya, miera merembat kasut B.U.M sejibik-sejibak kasut yang ditry semalam.. saiz pon same... muahahahahahahaha~~~~~ (gelak kejam)
     
    -taaddaaa.. kasut yang berjaya di rembat dengan hensemnyer.. B.U.M saiz 9 (lelaki) dan sandal saiz 12 (wanita). =) -


    15.06.2010(selasa)

    • pagi2, breakfast kat Capital Cafe, kalau tak silap name restoran tue.. betol2 berhadapan dengan pintu masuk SOGO.. suke bekpes kat sini.. roti bakar dier sedap..
    • ronda2 sekejap kat jalan TAR..survey shawl2 dan kain2 kjap
    • plan hari ini.. Sunway Lagoon.. naik teksi.. tyme nie tak der la jem sangat jalan.. tambang teksi RM18++
    • sampai kat Sunway Pyramid.. dah tergamam tengok pintu gerbang dier.. besar la plak kan.. ngeee~~~ nak pegi Sunway Lagoon..tak taw lak mane jalan nyer.. lalu la bertanya sana dan sini... akhirnya ketemu jua..
    • nak masok Sunway Lagoon.. sekali ku melihat harganya..oh..tidak mengapalah.. ku tak nak masok..
    • nak bagitaw ckit lah yer.. kut2 ade yang nak amek taw.. masok ke Sunway Lagoon ade 2 pilihan.. satu kite leh masok semua kawasan (all park) dan satu lagi hanya 3 kawasan (3 park) kalau untuk all park dewasa-RM100 (RM 85 untuk yang ada mykad) dan kanak2- RM 80 (RM65 untuk yang ade mykad.. *pssttt..kanak2 ade eh? mykad?? or aku yang tersalah baca?? hurrmmm) untuk 3 park lak dewasa- RM 80 (RM 65 bagi yang ade mykad) dan kanak2- RM 60 (RM45 lah kut klu ade mykad whatsover).. 
     
    -pemandangan Sunway Lagoon dari tingkap KFC-

    • disebabkan hari pon dah petang.. dan ku plak tak der mood pon nak main air..dan bajet yang agak terhad.. kang membazir lak masok.. so, miera pon bagilah peluang my aunty n my kazen jek masok.. miera ngan my uncle tunggu kat Sunway Pyramid saja..mereka berdua bergumbira di dalam sana
    •  memang syok lah kat Sunway Pyramid nie.. tempat makan semua best2.. Chicken Hartz, McD, Pizza Hut, Starbuck, Laksa Shake.. macam2 lagi lah.. dan kebanyakkan nyer tak der pon kat Kuching.. dalam banyak2 tue, KFC gak menjadi pilihan nak isi perut yang lapar..dah menkan lagu hip-hop dah..
    • oh ya.. di sini gak pestyme ku melihat orang bermain ice skating.. tapi tak taw lak berape sekali main.. anyone?? please tell me.. nak kumpul duit 20 sen sehari..  =)
    -nampak macam seronok.. ice skating-
    • disebabkan miera dah tiada apa2 nak di beli.. nak jenjalan pon terasa malas.. so, dengan berbekalkan henpon N95 yang dipinjam dari my uncle, miera pon on9 menggunakan wireless yang disediakan..  lepak dekat bangku depan kedai..online sampai lebam.. dan kebas montot duduk tak gerak2..

    16.06.2010 (rabu)
    • hari nie.. hari untuk menghabiskan sisa2 duit dengan kain dan tudung serta shawl.. weeee~~~ ai laikkk
    • tapi miera tak belikan kain tuk diri sendiri pon, belikan tuk mak jek.. mak pon dah bank in kan duit ckit..
    • lokasi?? Jackel.. rambang mata wa cakap sama lu.. kain semua hensem2 belaka+kualiti pon bagos+harga pon boleh tahan.. disebabkan kat Kuching nie agak susah nak carik kain2 yang lawa+kualiti tinggi+murah.. maka.. penuhlah tangan miera ngan beg-beg Jackel nie.. tapi.. miera tukang bawak jek.. tak beli untuk diri sendiri pon
    • then, kembali semula ke kedai kasut kat Semua House.. amek kasut tumit tinggi yang dipesan.. stock baru sampai.. c.. ingat senang ker ade kaki saiz besar camnie.. nak beli kasut pon bukan main payah.. huhuhuhu
     
    -antara kasut yang berjaya di beli.. saiz 11 n 10-

    • agenda seterusnya, beli baju kurung moden yang dah siap untuk bekalan hari muka.. kegunaan miera nanti... 
     
    -pemandangan dari bilik hotel.. miera beli baju kat kedai hujung tue... nampak tak?? =p -
    • kembali semula ke arked nak carik hand bag.. dan miera telah berjaya merembat dengan hensem nya satu lagi barang.. yang murah saje k..
    • dan malam nyer plak.. miera telah terguda dengan lukisan inai di tepi jalan.. RM 10 untuk kedua-dua belah tangan.. =)

    17.06.2010

    • yeeaaaabbbaaaaa... hari nie nak balik Kuching.. yiiihhhaaaaaaa~~
    • pagi2 lagi telah meng"complete"kan pembelian shawl2 yang cantik lagi lembut lagi murah lagi senang lagi selesa untuk di pakai..
    • kat Kuching pon ade gak jual shawl2 macam tue, harga pon lebih kurang tapi kualiti dier tak best la plak..sebab tue lebih selesa nak beli kat KL satu shawl RM7-RM8.. kalau kat Kuching, jumpe sebijik dengan kualiti yang same mesti cecah belas2.. tue pon tak dapat nak tawar dah.. mencik ku~~~
    -suke shawl nie..-

    • pukul 1 bertolak ke LCCT menggunakan teksi.. RM80 yer harganyer..
    • oh ya..disebabkan inai di tangan tue.. banyak mata yang memerhati dan menegur.. 1st sekali yang tegur, abang cashier kat kedai jual pin.. "kenaper adik lukis kat tangan tue?? tak cantik la dik.. bagi abang lah kan, pompuan nie kalau tangan dier kosong, baru cantik.." ku senyum saja.. lam aty sempat lak melawak.. macam la ku nak jd gf ko.. bweeekkk =p . tyme nak masok ke terminal kat LCCT pon kene sekali lagi ngan abang kastam (ker polis ek??) "lawa tangan dik" sambil senyum2 tenung muka aku.. seb bek senyuman mu menawan aty ku.. 
    • waaaahhh~~~~ i'm in Kuching oledi.. maaakkk~~~ ku merinduimu... =)

    dan sudah semestinya ku merindui makanan2 di KL.. ai laaaiikkkk~~~

    dan juga abang2 teksi yang comel lagi bergaya lagi menawan ketika men"drive" teksi.. grrrr..seb bek ku ngan family, klu tak, leh gak usha2.. ngeee~~ giloss.. tak der kerje agaknyer.. muakakakaaka... =p

    insyaAllah.. tak lame lagi akan ke Shah Alam plak.. untuk konvokesyen yer kawan2..

      -saje jek nak menyibuk ngan shawl love2 n sandal baru.. =p -
    -shawl nie pon ku suka.. putih+hitam n putih+kelabu on the other side.. bentuk bulat2 n lurus2 -


    -ngegeh.. hoho.. saje jek-

    ~saya tidak akan memberi sebarang harapan lagi..kerna saya takut kecewa untuk kesekian kalinya.. dan saya juga tidak akan merancang apa2 lagi.. cukuplah sekadar saya menetapkan "target" dalam hidup saya.. biar saja saya mengikut "flow" apa pun yang bakal berlaku dalam hidup saya..~

      Saturday, July 3, 2010

      ..Tribute: Selamat Hari Jadi...Bapak..

      assalamualaikum all..

      2 Julai...

      banyak mengukir kenangan yang dulunya di anggap "tiada apa-apa" kepada kenangan bermakna buat diri miera

      2 Julai 1956

      lahir lah seorang insan yang di beri nama Awang Yusuf..
      siapakah insan ini??
      ya.. dialah bapakku.. bapak yang sangat2 ku rindui...

      Selamat Hari Jadi Bapak...
      sukar kah perkataan ini dilafazkan??
      bagi ku.. terasa amat payah.. walau pun hati ku meronta ingin mengatakannya..
      dan kadang-kala.. mampu ku luahkan tapi ku tak mampu menatap matanya.. apa tah lagi memeluknya..
      walau hati ku meronta2 untuk berada dalam pelukannya.. ku tetap tidak mampu melakukannya..
      apa yang pasti.. air mataku akan bergenang tiap kali ucapan ini berjaya ku luahkan di hadapannya

      2 Julai..
      kebiasaannya.. pada tarikh ini..
      kami adik beradik dan mak akan mula merancang sesuatu..
      sesuatu yang ringkas tapi mungkin dapat mengembirakan hati bapak..
      namun.. ku pasti, keegoan lelaki jarang sekali akan mengambarkan isi hatinya..

      ketika kami semua masih bersekolah..
      mungkin ketika ini, kami masih belum mampu memberi nya hadiah..
      hanya menanti untuk di bawa makan di luar oleh "birthday-boy"

      dan ketika kami menginjak dewasa..
      sudah mampu berfikir dan merancang dengan sendiri..
      pelbagai agenda di rancang..
      walau kadang kala tidak menjadi..
      tidak mengapa.. asalkan kami nampak sebuah senyuman terukir di bibirnya..
      sudah memadai buat kami..

      masih terasa..
      seperti baru semalam kami meraikan hari jadinya..
      kami kelam kabut di dapur..
      memasak beramai2 buatnya.. mungkin hanya yang simple..
      tapi hanya itu yang mampu kami lakukan..

      tapi.. semua itu hanya tinggal kenangan..
      tiada lagi yang diraikan pada tarikh ini..
      Allah lebih sayangkan nya..

      mungkin andai bapak di panjangkan umur..
      pasti sekarang kami sedang bergembira menjamu selera..
      dan keesokan harinya..
      dia akan bercerita dengan bangga kepada rakan2nya..
      anak2 nya mengumpul duit untuk meraikannya..
      bangga kerana anak2 nya sudah bekerjaya..
      dan bangga kerana anak2 nya membeli kan hadiah buatnya..

      namun..
      siapalah kita manusia biasa untuk melawan takdir Allah...

       
      -ketika dalam perjalanan ke Jeddah dalam kapal terbang-

      masih bermain2 di fikiran miera.. tiap2 memori indah yang berlaku pada tarikh ini..

      ketika hari jadi nya yang ke 49.. kami buat-buat tidak tahu.. lalu bapak merajuk.. bapak huurkan duit 50 ringgit kepada miera dan abang miera yang sulung.. mintak di belikan Pizza Ria.. dan dia mintak dikembalikan kepadanya seringgit.. kerana katanya.. simbolik untuk hari jadi nya ke 49.. miera tergelak sendiri.. muke dier sedih sangat waktu tue.. kesian dier.. jahat sungguh anak2 nya.. tapi..sebenarnya.. kami sudah ada agenda tersendiri.. kek sudah tersedia dan juga hadiah buatnya..

      dan itulah yang akan kami lakukan setiap tahun.. membuat "collection" adik beradik dan akan di support oleh mak..cukuplah sekadar membelikan sebiji kek atau membeli sedikit makanan mewah.. pasti beliau gembira.. namun, sudah tentulah masih tidak dapat membalas jasanya membesar dan mendidik kami..

      memori sewaktu hari jadinya yang pasti miera takkan lupakan sampai bila2..
      kebetulan ketika hari jadinya hampir tiba, rezeki bapak murah.. mendapat bonus.. dan dia telah membelanja seluruh keluarga kami makan di Chicken Hartz buffet... 120++ orang.. dan kesemuanya terpinga-pinga tidak tahu tujuan majlis itu diadakan.. dan bapak sendiri tak nak kitorang kecoh2 cakap itu adalah hari jadinya..

      di hari jadinya itu jugak lah kami telah merancang sesuatu yang miera anggap "berani mati".. nak taw ape?? mule2nyer kitorang plan nak bagi hadiah berus jamban ikat ngan riben ckit..tapi.. waktu nak beli tue.. takut la plak.. kang tak pasal2 sorang2 bapak ku ketuk ngan berus jamban.. last2 belikan jek 3 buku sabun n pack berus gigi+ ubat gigi... letak dalam kotak dari mane ntah ku dapat.. kotak recycle rasenyer.. letak riben satu.. =p

      memang tyme dier dapat hadiah tue.. tyme dier bukak hadiah.. muke dier shock gler2.. hehehe.. nakal kan kitorang?? dah dier terkejut tue, barulah bagi hadiah yang betul.. Wallet.. dan satu kad hari jadi besar gedabak.. suke sangat dier dapat wallet.. sebab dier pon memang nak beli wallet waktu tue.. dan miera nampak.. sampai sekarang masih ade kotak dan beg letak hadiah tue tersimpan dalam bilik dier.. sayang kut dier nak buang..

      last year.. tyme hari jadi dier.. kitorang celebrate kat rumah jek.. belikan kek dan makanan ckit2..
      then.. hujung minggu tue.. dier bawak kitorang semua g bercuti di Santubong resort.. kitorang adik beradik + family adik beradik dier.. sewa 2 bilik besar.. ramai gak lah kitorang pergi.. bilik kitorang ade 9 orang.. bilik satu lagi.. lagi ramai kut...tyme siang tak yah cite lah.. family2 yang tak dapat bermalam semua datang jenguk dan melepak sekejap ngan kitorang..

       
      -kek hari jadi bapak tahun lepas-


      happy sangat2 waktu tue.. yerlah.. sebab berkumpul ramai2.. main tepi pantai.. main dalam swimming pool.. malam lak makan ramai2.. memang havoc lah.. gelak2.. gurau2..

      tapi... tak siape taw.. itulah kali terakhir kami meraikan hari jadi bapak... tiada lagi sekarang...

      miera selalu tulis kat status FB.. "appreciate ur parents"

      u know y?? sebab miera tak nak ada yang akan menyesal macam miera.. miera tak rapat dengan bapak.. dan kadang2 miera selalu tak puas aty dengan ape yang dier buat.. miera selalu gak lah tak dengar cakap dier dan selalu buat2 tak dengar ape yang dier suruh.. sampai dier mengamuk..

      kadang2.. miera akan jawab dier dengan kasar.. dan miera taw dier banyak kecik aty ngan miera.. [link] (dalam link ini menunjukkan betapa miera terlalu kurang ajar dengan arwah... bukan untuk menunjuk miera kuat.. tapi nilai lah sendiri betapa miera tidak menghargainya satu masa dulu)

      tapi.. alhamdulillah.. miera sempat mintak maaf ngan dier sebelum dier pergi haji.. dan miera sempat mencurahkan bakti menjaga dier ketika dier sakit..[link 1] [link 2]

       
      -berihram-

      but, still.. miera rase masih terlalu banyak dosa miera ngan dier.. dan sebenarnya.. banyak peluang untuk miera berbakti dengan dier miera sia-siakan.. sepatutnya miera menunjukkan kasih sayang kat bapak sewaktu hayatnya.. tapi miera pilih untuk tidak melakukannya.. dan sekarang miera sangat2 menyesal...

      setelah bapak pergi.. baru la miera sedar kekilafan diri.. baru lah miera terbangun dari lena yang panjang.. miera teringat sewaktu kecik2 dulu.. siapa yang akan memimpin tangan miera ketika berjalan.. siapa yang akan berjaga di tengah2 malam ketika miera demam atau sakit.. siapa yang akan memujuk miera ketika miera nangis.. siapa akan bawak miera ke klinik kalau miera sakit...siapa yang akan dodoikan miera.. dan siapa yang bersusah payah hantar miera ke sekolah.. siapa yang bersusah payah untuk berulang alik demi memastikan kesemua kami keluar bersama.. sebab waktu tue gune kete kecik jek.. adik beradik lak ramai.. dan siapa yang miera bonceng untuk bersiar2..

      dan baru lah miera mula mencari.. bantal dan tempat landing paling miera suka tyme kecik2.. tak der yang lain.. di peha dan ribaan bapak... kalau dapat tempat nie.. memang confirm terus tidur dengan lena sampai ke pagi.. dan tempat ini lah yang kitorang adik beradik akan rebutkan..

      tapi semuanya telah terlambat...

      mungkin apabila kita sudah mula menginjak dewasa.. kita mulai lupa kenangan kita sewaktu kecik..dan kita semakin lupa siapakah sebenarnya yang membesarkan kita.. dan tangan yang manakah membelai kita.. mungkin ketika dewasa ini.. kita hanya memikirkan siapa yang bersama kita ketika itu sahaja..  kekasih, rakan dan orang luar.. teman2 yang biasa bersama kita ketika melepak.. itulah yang lebih kita utamakan... apabila kita dewasa..

      buat pembaca blog ini.. andai anda masih mempunyai ibu dan bapa.. sayangilah mereka.. hubungilah mereka sekarang.. mungkin mereka sedang mengingati hari2 mula nya anda mengenal dunia.. mungkin mereka sedang merindui kemanjaan anda.. dan mungkin mereka sedang dahagakan perhatian anda..

      dan...tunjukkanlah kasih sayang anda kepada ibu bapa anda.. walau setinggi mana pangkat anda.. ibu bapa tetap permulaan anda...

      untuk sahabat2 ku.. kerana aku tidak mahu penyesalan ku ini berulang kembalilah.. aku memilih untuk tidak mahu berjauhan dari mak ku.. bukan kerana anak manja.. kerana aku tidak mahu mensia2kan masa untuk bersamanya.. dan keadaan kita berbeza wahai rakan2.. mak ku masih perlukan aku dan adik beradikku yang lain di sisinya sekarang.. dan seperti diri ini jua.. sudah pasti makku merasa kehilangan bapak dengan lebih kuat...

      marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua orang tua kita.. mohon agar hidup mereka disejahterakan dan bermohon agar mereka tenang di sana dan ditempatkan di sisi orang2 yang beriman bagi yang telah menghadap ilahi... mudah-mudahan...



      -AL-FATIHAH BUAT HAJI AWANG YUSUF BIN AWANG AHMAD... -

        -gambar terakhir arwah bapak ketika hayatnya.. di ambil sehari sebelum kembalinya beliau ke rahmatullah-

      ya Allah ya Tuhanku.. tempat kan lah rohnya bersama orang-orang yang solleh di syurgamu Ya Allah.. ampunilah dosa-dosanya sewaktu hidupnya Ya Allah...

      tribute to bapak- [link]

      Saturday, June 5, 2010

      .:Update.. My Story:.

      assalamualaikum all...

      sudah seminggu miera register menjadi seorang penganggur... tak buat ape2 pon kat rumah.. serius.. dok kat umah jek.. tak der pon jalan2..

      di awal2 jadi penganggur hari tue.. ok gak lah.. dapat gak masok mirc.. main kuiz n uno.. lepas tue.. entah berapa...kali ku cobaaa... memujuk hati ku ini.... di mana silapnya.. laptop x bleh on.. paling lame pon dier bertahan 10 minit.. pastu.. tup!!! padam..

      semenjak itu.. jadilah penumpang di komputer and laptop orang lain.. tapi.. bukan orang lain.. abang ku sendiri gak.. ceettt!!! apa ko merepek nie syaaiittooonn..

      oh ya.. 3P miera lulus!!! yeaahhh... 2 2 paper lulus.. alhamdulillah... maka dapat lah sijil CompTia A+ nanti..

      miera rindu lah kat member2 uitm.. lagi2 membe2 laki.. almaklumlah 2 minggu kitorang bersama.. seminggu 6 hari. dari pagi sampai petang. minum pagi, makan tengah hari bersama... huhuhu.. rindunyer kat korang...

      semalam miera mimpi dorang. dorang datang umah.. uwaaa.. miss u all guyz..

      lagi mau cerita apa??


      tak lama lagi saya punya result akan keluar.. apa2 pon keputusannya.. saya tetap redha. yang penting, saya sudah berusaha. insyaAllah. apa yang telah di usaha itu, itu lah hasilnya.

      So.. i'm waiting.. dengan penuh debaran.. itulah keputusan untuk keseluruhan perjalanan hidup saya selepas ini..

      lagi???

      itu saja lah kut..


      nota ngade2:
      • saya rase kan.. saye suke kat someone tue. tapi saye tak kenal pon sape dier. saye "tersuka" kat dier lepas follow blog dier. jatuh hati ngan care penulisan. tapi terasa lebih parah apabila sudah mula angau sama beliau.. adooyaayy!!! 
      ~SAYA SAYANG MAK SAYA!!~

      Friday, May 21, 2010

      .:Lintas Langsung Dari Makmal Komputer 5.. HAPPY BIRTHDAY MIZAH:.

      assalamualaikum all...

      hari ini, 21 Mei 2010 merupakan Hari Jadi adikku yang ke-17 tahun...

      -birthday girl-

      taon nie dah nak amek SPM dah.... tamo main2 yer..

      ok.. sedikit info tentang adikku ini.. name dier adalah nama yang paling panjang dalam family kitorang.. Dayang Siti Hamizah Maznah.. panjang kan?? merupakan adik ku yang ke-2 bongsu... anak ke 6 dr 7 adik beradik la dier nie..

      hurrmmm.. kat rumah kitorang panggil dier Miezah or Mongkon.. maksud Mongkon nie sampai sekarang kitorang tak taw.. nie semua angkaran my uncle.. yang suke nak panggil name2 cine kat anak2 saudara dier.. oh yer.. kalau tak silap miera.. dier penah cakap Mongkon nie membawa maksud tak ade apa2 dalam bahase cine kampung.. tak taw la plak btol ker tidak..

      Miezah nie ade name glemer yang hanya digunakan oleh arwah bapak miera sahaje.. Memek.. dier dipanggil memek sebab waktu kecik2 dulu..idung dier tak semancung adik beradik kitorang yang lain.. hikhik..

      sekarang nie miezah nie sangat2 la gile kan cite2 dan artis korea.. trend sekarang eh?? semua aweks2 gilekan cite korea.. miera tgok, tak der la ensem mane artis2 korea tue.. macam pompuan pon ade gak.. make-up segala.. tapi, nevermind, as long tak kacau pelajaran.. minat la gila2.. tak per..

      dan dier nie jugak ade bakat la nak jadi penulis.. sekarang nie pon cikgu2 sekolah dier selalu gak la suruh dier tulis cerpen2 tuk dipertandingkan.. well.. tgok lah kakak dier.. dulu kan selalu menang pertandingan esei kat sekolah.. huahuahua...

      oh ya.. teringat lak waktu mak miera mengandung kan hamizah nie.. miera nie kecik2 lagi dah selalu tidur lambat.. ade satu malam tue.. mak miera mintak miera temankan dier pergi toilet.. waktu tue umur miera 4 tahun..by that time.. seluruh isi rumah dah tido.. tinggal miera ngan mak miera jek..

      pas g toilet, mak miera cakap baby dalam perut menendang2.. *ciss.. mizah sungguh berolah pada malam itu*.. then, mak g dapur, minum air.. masih lagi muke mak macam tahan kesakitan.. kejap2 wat muke sakit...

      bangun2 pagi tue..kakak miera melompat2.. then dier cakap.. "kita dah ada baby baru..." syiokkk woo waktu tue.. best jek rase ade adik baru.. suke tengok baby.. kat hospital.. boley pulak gaduh2.. baby ikut muke siape.. ngeeee~~ kecoh jek adik-beradik kitorang nie...

       -adik-adik ku.. bersama arisha.. love them so much-

      dalam mak miera berpantang and mengikuti acara2 tradisional ketika berpantang.. *acara2??? hukhuk*, miera selalu tengok n tolong mak.. best taw... main tungku.. ngehngehngeh...

      eh.. u-turn pelis...

      kadang2 normal la sebagai manusia biasa, kite tak akan nak meluahkan isi hati secara berdepan.. dengan ade nyer teknologi terkini macam sms, mms, facebook dan blog ini.. semua luahan isi hati dapat di buat tanpa perlu face-to-face...

      tadi miera dah wish dier kat my FB.. siap wat tulisan Korea lagi tue.. hebat kan saya??? (poyo di situ) tapi siyes lah klu ngan adik beradik miera nie.. susah ckit lah miera nak wat2 lembut kat depan dorang.. miera pernah mintak maaf ngan anty n uncle miera through sms even kitorang duduk serumah.. sebab memang susah bagi miera nak cakap secara berdepan...

      oleh sebab itulah.. en3 ini di wujudkan...

      -me, athirah n mizah-

      miera nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY to my love, Hamizah..

      thanxz for being a very good sister..walaupun kadang2 skema.. hahahahaa.. dier nie lah yang boleh di harap dalam memegang amanah dalam keluarga kitorang.. abg miera ckp mizah nie adalah Menteri Kewangan adik beradik kitorang.. jangan main2 woo kalau dier nie pegang duit.. setiap perbelanjaan akan dikira dengan teliti.. kalau dier nampak duit dengan perbelanjaan tak balance.. habeng r.. even kurang seploh sen pon dier akan tanye... hikhik..

      dan setiap perbelanjaan untuk kehendak.. akan di sekat habis2an sehinggalah kehendak menjadi keperluan.. hebat x Menteri Kewangan kitorang nie.. =p

      a million thanx jugak wat my sis ini.. sebab dier la paling rajin dalam family kitorang.. selalu kalau ade katering.. dier lah yang paling banyak bekerja selepas miera mak n arwah bapak... mizah pandai masak taw.. so, kalau ade sape2 berminat.. boleh lah menghantar permohonan secara online.. huahuahua...


      last but no least from ur cutest sister.. (uweeekkk!!!)

      WISH U ALL THE BEST AND SUCCESS IN EVERYTHING U DO.. TERUSKAN MENJADI SEORANG ANAK YANG SOLEHAH.. SEMOGA SENTIASA MENDAPAT KEREDHAAN DAN DIRAHMATI ALLAH.. KU DOAKAN AGAR KAU MENJADI SEORANG INSAN YANG SEMPURNA DAN BERGUNA PADA KELUARGA, AGAMA DAN NEGARA.. SEMOGA APA YANG DIIMPIKAN AKAN DAPAT DI CAPAI..MUDAH-MUDAHAN DIMURAHKAN REZEKI, DIKURNIAKAN TUBUH BADAN YANG SIHAT DAN OTAK YANG CERDAS....

      actually.. mizah berkongsi hari jadi yang same ngan someone..

      someone yang telah membuatkan news paper local (yang diterbitkan untuk Sarawak) menjadi tebal berkali ganda hari ini..

      sapakah someone itu??

      beliau adalah CM Negeri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.. master mind yang bertanggungjawab membawa Sarawak kepada pembangunan sekarang ini... so, Selamat Hari Jadi diucapkan...









      -gambar ngade2.. sorry lah.. malas nak search pict CM.. gambar kete cukup lah k.. (nak tunjuk aku penah amek gambar ngan kete dier actually.. =p)-


      ok..sem nie is my last semester for my Diploma level.. sudah hampir pasti semua subjek LULUS.. so, perlukah sekarang saya memikirkan mengenai Konvokesyen saya??


       -di hari konvokesyen abang sulung ku.. ceria kan wajah arwah bapak.. penuh kebangaan.. konvo kami yang terakhir bersama arwah-

      selalunya, kalau konvokesyen UiTM.. semuanya akan diadakan di main campus, Kampus Shah Alam.. tapi, ade yang cakap mungkin this year tidak lagi.. tapi pada pendapat miera.. agak mustahil la UiTM nak buat pecah2.. baik dier kumpul kan sekali..

      dan miera check dalam internet, jadual2 konvokesyen semua IPT-IPT di Malaysia... UiTM nyer konvo 10/8.. dan bile check kalendar.. hari tersebut bukan lah hujung minggu... dan yang paling best.. Hari Pertama Puasa.. *betulkan saye kalau saye salah..* hurrmmm...

      miera sebetolnyer.. agak excited nak konvo sebab dah habis.. macam rae terbalas jek penat lelah selama 3 tahun terbalas.. tapi in the same time.. rase sedih sesangat.. miera selalu bayangkan di hari konvokesyen miera.. miera keluar dari dewan terus peluk mak dan bapak.. Allah lebih sayangkan bapak.. tak sempat dier tengok miera konvo..

      arwah bapak dah plan dah.. tyme konvo miera nanti, kat shah alam. dier nak bawak duk mane, pergi mane, buat ape.. since dier dah penah keje kat shah alam beberape bulan tidak lame dulu... arwah gak penah cakap kat miera.. kalau boleh dier nak semua anak2 dier paling kurang pon ade Degree...

      tengok lah wajah our parent dalam picture tue.. bangga sangat2 ngan anak2 dorang.. 3 3 dah dapat degree.. abang sulung dalam bidang IT, abang 2nd and kakak miera lak degree dalam Kimia Sumber..dalam picture tue  waktu konvo abg miera yg sulung.. yang 2 orang lagi tue... pinjam baju membe2 nak wat amek gambar.. dorang dah konvo 3 taon n 2 taon lebeh awal.. memandangkan abg sulung miera nie amek diploma dlu, tue yg lmbt dpt degree...

      miera sebenarnyer dah patah aty nak cont degree.. takot2 tak boleh nak bawak.. n miera fikir gak..kalau cont degree.. perbelanjaan semua siape nak tanggung.. tapi.. bile diingat balik kate2 arwah.. i must go for it.. dan mak miera cakap. jangan risau ngan perbelanjaan..

      ~MIERA NAK MINTAK MAAF KAT MY FREN A.K.A MY TWIN SEBAB BUAT DIER MARAH DAN TERASA HATI LAST 2 NIGHT.. MIE NGAKU.. MIE TAIP SEBARANGAN JEK MESEJ TANPA FIKIRKAN UR FEELING.. SORRY SESANGAT... ~

      Monday, April 5, 2010

      .::Persoalan::.

      assalamualaikum all... n good morning....

      hari ini.. x nak cite panjang2... just khai nak tanye soalan...dah tajuk en3 pon persoalan kan...

      persoalannya ialah...



      MUNGKINKAH UNTUK SESEORANG JATUH CINTA DENGAN ORANG YANG TAK DIKENALI...

      fuhh!!!

      org yg x dikenali ker??? eerrmm.. maksud miera di sini ialah.. x kenal or contact personally... just kite kenal org tersebut melalui profile2 peribadi beliau cam kat tagged, fs, ms and fb.. or mungkin jugak kite jatuh hati dr blog beliau.. dengan gaya penyampaian dan bahasa2...

      tp.. yg pasti bukan nyer jatuh hati ngan fb, ms so whatever n blog tersebut.. tp jatuh hati pada orang nya..

      MUSTAHIL KAH????

      hurrmmm....

      dan adakah masih menyimpan perasaan *teeetttt* yang wujud setelah hampir 10 taon terhadap seseorang yang tidak mengetahuinya itu adalah bodoh?????

      p/s: di harap tiada sebarang spekulasi di buat terhadap miera.. hahahaha....

      oh yeaahh.. wish me luck for my 3 test n 1 quiz... and also my final project that need to be complete before end of next week...

      Saturday, March 27, 2010

      .:Ini Bantal Punya Cerita:.

      assalamualaikum...

      semangat nie nak berblogging.. since dah muak a.k.a "lejuk" ngan fesbuk...

      en3 kali nie x der perahan idea ape2.. sbb men"culik" dr web wazy.. nk cite sal wazy ker x eh?? x yah lah eh.. =p
      tp blog dier besstt woo.. padat ngan info2 ttg pengkomputeran  + agama +lirik2.. mcm2 ada lah pendek katenyer blog wazy nie...

      en3 kali nie kite nak tgok keperibadian seseorg melalui pengunaan bantal...

      1) Memeluk Bantal

      Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

      2) Menggunakan Banyak Bantal

      Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

       -bantal2 kaler purple.. ai laaiikk-
      3) Tidur Dengan Satu Bantal
      Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

      4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
      Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

      5) Tidur tanpa Bantal
      Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

      6) Tidak punya bantal

      olololo..kecian nyer.. g masok contest kt [sini].. dpt adiah ley g bli bantal... =p

      -nie salah satu bantal yg wajib ade klu tdo kt hostel.. bantal love.. lembuttt... bear tue lak 2 2 present.. yg coklet tue name dier Chumel... yg monyet tue lak.. name dier Encik Nyet @ Mr John.. =p-


      p/s:  yg di kalerkan tue.. yg 2 teratas tue mmg sayep nyer style la... x cayer.. tanye kt Atiq sbb miera slalu tdo kt bilik dier.. dah mcm bwk bekalan pergi perang dah bwk bantal2.. =p

      yg no 4 tue.. kadang2 jek lah..

      sejauh mane kebenarannya?? adalah ckit mengena.. ^_^

      ~OUR PARENT SENTIASA NAK YANG TERBAIK BUAT ANAK2...HARGAILAH MEREKA...~

      Monday, February 22, 2010

      .::end of holiday::.

      assalamualaikum all...

      setelah jam menunjukkan pkul 12 tgh mlm..maka dgn ini... cuti pertengahan semester bg UiTM telah pon berakhir... uwaaaaaaaaaaaaaaaa....

      cuti seminggu nie..
      sgt2 la membosankan..
      dan amat2 meng"hurt"kan jiwa..
      huhuhu

      yg best cuti seminggu nie..
      hanyalah pergi karaoke ngan abg ku, SAWENG..

      eh2..
      nk cite sal yg hurt dlu lah..
      start dr hari jumaat b4 cuti tue..
      dah yg buatkan sedikit rasa bahagiaku..
      mula tdk kontek saya..
      ingtkan dia marah2 manja..
      sekali.. smlm dia mendelete sy dr tagged nya..
      dan sy pon tros la mendelete tagged sy sendiri..
      sbb dah rase cam x der mende kt situ..
      sgt2 mbosankan..

      then..
      bile miera cite kt membe miera, ***..
      betapa miera kadang2 hanya berusaha menyembunyikan kesedeyhan aty..
      tros dier tuduh miera hipokrit..
      oh nooo!! satu tuduhan yg sgt2 berat..
      x kan la kite nak bgtaw org yg ngah berkongsi kegembiraan ngan kite..
      yg kite sedey..
      mestilah kite pon cube utk merasa happy ngan ape yg kwn kite bahagiakan..
      btol x??

      or..
      bile ade org ngadu kt kite..
      yg dier ade mslah..
      sebaik2nyer. kite dgr mslh dorang..
      wpon..kite sendiri berada dlm keadaan yg jauh lebey terok..
      pernah ker korang tgok wakil rakyat or program TV..
      ckp masalah peribadi dorang or produksi dorang..
      bile ade org awam mengadu mslah??

      cthnyer mcm nie..

      A: YB, saya nak ngadu ttg kwsn rumah ktorg yg xder lampu jln..gelap jek mlm2..

      YB: oh.. nanti sy akan cube selesaikan..
        
      *nie yg normal lah kn kite dgr..*

      penah ker jumpe mcm nie??

      A: YB, saya nak ngadu ttg kwsn rumah ktorg yg xder lampu jln..gelap jek mlm2..

      YB: oh.. itu mslh awaklah.. awk selesaikan lah sendiri.. sykt sy ngah terok skrng nie.. xder projek bilion2 msok.. anak2 sy nak g london nek private jet pon x bley...

      tp..
      bile miera wat mcm yg situasi normal..
      ley plak di tuduh hipokrit..
      what da fish lah...

      lpas tue..
      ade lak sorang lg..
      dier ckp miera dah berubah..
      dier ckp dier pon nak blah gak..
      arrgghh..

      then..
      disebabkan comment di fb..
      kwn miera ckp..
      miera nie suke "menembak" org sesuke aty..
      bkn menembak... peng..peng.. tue..
      menembak=marah @ tuduh
      tp..
      xder pon miera tembak sesiape dlm komen tue..
      mungkin telah disalah tafsirkan..
      bak bahase nenek2 miera dlu..
      "miss-communication"

      n still..
      bout my degree...
      pressurreee!!!!

      kemuncak segala2nya..
      assignment miera satu pon x siap cuti nie..
      huhuhu..

      oh yeaahh!!
      yg best nyer cuti nie..
      miera dah pandai make-up ckit2..
      *dumakk oii.. ingar ku ngan ku mpun...*
      hikhik..

      Alyaa n Anty yg ajr..
      dorang siap sponsor bli kan brg2..
      miera ade lip-gloss, eye-liner n mascara..
      hahahaha...
      dah up dah aku knek tok..
      muakakakakaa

      n last thing..
      i had bought new novel..
      Twenties Girl by Sophie Kinsella
      n i had finished read this book...
      what a lovely book..
      love it so much...

      nanti..
      klu ade mase dan kerajinan tue timbul..
      miera akn wat review buku2 yg miera dah bace k..
      since dah lame x wat ape2 review.. ^_^

      ~SOMETIMES, PEOPLE CHOOSE TO LEAVE NOT BECAUSE OF SELFISH REASONS, BUT BECAUSE THEY KNOW THAT THINGS WILL GET WORSE IF THEY STAY~

      ..Doa untuk mencari pasangan..