Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Wednesday, January 6, 2016

Review TmGO

assalamualaikum all..

hari ni nak buat entry mengenai salah satu produk terbaru Telekom Malaysia (TM) iaitu TmGO..

teruskan membaca...


Friday, June 10, 2011

..Kegilaan Terbaru IT Girl..

assalamualaikum~~

seperti yang sedia maklum, miera baru saja kehilangan seorang uncle yang amat rapat dengan miera.. yang jaga miera dari kecik.. Al-fatihah buat arwah..

bukan nak bercerita pasal arwah.. tapi berkaitan gak dengan anak arwah yang baru berusia 10 tahun. satu-satunya anak arwah.. kitorang duduk serumah (rumah semi-d yang dibuat laluan di hadapan dan belakang rumah). so, amat terasa la kehilangan arwah..

kitorang sedaya upaya tak nak anak arwah, Alyaa nie berasa sedih dengan kehilangan bapak dier. Alyaa nie pendiam sangat, kitorang risau kalau-kalau dier terlalu memendam rasa.. kang parah jadinya. sampai sekarang cam sayu jek tengok muka Alyaa.. syahdu.. bersabar jek muka dier..

disebabkan tak nak dier berasa sedih sangat, kitorang pon bagi lah Alyaa main laptop dan game dalam Facebook.. macam biasa lah kan.. game dalam Facebook memang memerlukan kawan yang banyak untuk unlock segala jenis barang dalam game tersebut..

dan sekarang nie.. hampir semua kitorang dah terjebak dengan permainan IT GIRL.. 

dah name pon GIRL.. so.. permainan dier betol-betol gurrlllyy okeh.. kene pakai kan dier santek-santek, belikan baju, skirt, bikini, handbag, aksesoru wanita, kasut dan macam-macam lagi..pastu.. dah pakai lawa-lawa..kene bawak g party lak.. pilih jek nak pergi party yang macam mana.. then, dah kat party atau kat street tue, akan jumpa dengan aweksss-aweekkss yang lain.. hah.. mule la nak tunjuk-tunjuk sape lagi hebat.. sapa menang, akan dapat hadiah dan jadi fame..

then..kene plak carik boyfriend.. boypren dier nie nanti akan bagi banyak barang..

yang lain-lain.. akan di update nanti.. sebab baru nak explore.. hohoho..







jadi.. jom ramai-ramai main game nie.. syokk jugak.. =p

Friday, February 25, 2011

..Menguji Kesabaran..

assalamualaikum all..

nak tanye nie, ade tak sape-sape kat sini keje PTPTN? kalau ade, boleh tak tolong jawapkan soalan ini.. "Bile duit PTPTN untuk kelompok satu dan dua sem 2 sesi 2010/2011 nak masuk??"

bukan ape, sekarang nie miera sangat lah ke"pokai"an.. awal-awal sem hari tue, ok lagi lah kan. tak der la segan sangat nak mintak kat mak. nie dah tengah sem, banyak duit nak kene pakai.
-bile la nak kaya tengok duit macam nie tiap-tiap hari ek?-

macam buku teks, nak fotostat note, nak beli ink printer, nak beli kertas. semua nie sepatutnya kene bayar awal sem, tapi disebabkan takder duit, mintak postpone dulu. nie dah mid-term, memang sah-sah lah sangat memerlukan untuk menghadapi testss dan quizzess..

nak top-up lagi. kalau tak top-up macam mane la nak contact ngan mak kat umah. kang dier menangis lak anak dier tak call dier. huhu..

sweater pon dah macam hidup segan mati tak mahu miera tengok. dah lusuh, yer lah kan, dah bertaon-taon pakai. hari-hari plak tue, memang la dah pudar warna.

dah lepas mid-term nie, banyak pulak presentation + project yang kene buat. nak wat project dikehendaki menggunakan photoshop dan beberapa software engineering yang lain. semangat jek nak buat, sekali view picture pon laptop dah ter"OFF" sendiri.

nak install software masuk dalam laptop pon tak boleh dah sekarang. processor problem kot. so, really-really need new laptop. memang la mak dah bagi green light nak sponsor. tapi, miera kene lah jugak bagi sedikit kan duit untuk beli laptop. dah memang itu kegunaan duit PTPTN.

oh.. last entry ade bagitaw pasal kolej kitorang yang tak der internet. kalau nak pakai internet kene pergi ke Bilik Komputer. hari tue, miera memang sangat-sangat perlu la nak gune internet, pegi kat bilik komputer, sekali full house daaa...

then, try-try la usha membe serumah merangkap my classmate. nak pinjam broadband dier, dier pon bagi la pinjam broadband Celcom dier. merasa gak la gune broadband celcom nie dalam 8-10 jam macam tue lah.

my komen (ececece.. orang dah bagi pinjam pon still leh nak komen2 yer..hoho): no wonder la banyak membe-membe kat FB yang menyumpah seranah broadband Celcom. kejap-kejap laju (tyme mula-mula connect) then slow balik.. slow kalau slow biasa-biasa tak per lagi. nie nak bukak yahoo.com/mail pon berjam-jam menunggu.

baru nak bukak, blom login, blom nak baca emel. huiisshh.. ape-ape pon terima kasih la kat membe yang sudi bagi pinjam hari tue..

so, hari rabu tue miera decide, nak beli broadband. tapi bukan lah yang kene bayar every month tue. kalau yang tue dah tentu tak mampu. nak makan pon berkira nie nak beli broadband.. huisshh..

pagi tue survey-survey dulu. tanye membe-membe pasal prepaid broadband. try usha maxis, RM8/day yang tue kalau gune sim biase lah. tak taw pulak kalau maxis ada prepaid broadband. huhu. tanye lak pasal Celcom, RM 7/day. kalau Digi lak, kalau gune sim biasa lah, dah sampai limit RM3 sehari, boleh pakai free satu hari tue.

so, petang tue gak miera pulang rumah. then cube-cube la berkias-kias kat abang miera. nak pegi kat mak, segan la. baru hari Ahad tue pinjam duit dier RM50. tak sampai 30 min dah habis. sebab beli kertas ngan barang-barang keperluan kat hostel.

bagitaw la kat abang, nak pinjam duit RM 50. last-last dier bagitaw mak. seb bek mak nak kasik. mak bagi RM 50 dan bermula lah journey untuk mencari prepaid broadband. petang tue dan bincang-bincang la ngan "kawan" abang, nak pinjam modem dier since dier cakap dier dah tak gune dah broadband. hehe.

tak jumpe prepaid internet yang lain kecuali Digi.. (rasenyer la tak jumpe.. hehe..) Digi starter pack limited edition Prepaid Internet bernilai RM 25 kat kebanyakan kedai yang miera usha2 lah kan. dalam tue ade RM 10 prepaid. dan yang paling pentind, prepaid dier untuk sehari adalah RM 2. murah kan?? tanye kat "kawan" abang, dier cakap celcom RM7@8/day. jauh sungguh beza.


so, dengan itu, berbekalkan duit yang dipinjam dari mak, maka belilah starter pack tersebut. tapi miera beli RM 23.50 jek. pandai kan miera carik kedai yang murah?? muahahahahaha.. nak top-up dier pakai top-up biase jek pon. ok lah kan.


-ghupe starter pack-

dah sampai kat unimas nie, usha lagi housemate sebab dier ade broadband lebih. tanye la kat dier, ade tak modem lebih.. dier bagi la miera modem Digi yang dier dah tak gune. maka, bermulalah penggunaan Digi Internet saya.

Komen setelah menggunakan Digi Internet selama 2 hari : Sangat-sangat NICE!! lajuss macam streamyx jek. laptop pon boleh park mane-mane ku suka (tak macam Celcom, salah park sikit jek teros ilang connection), nak bukak emel tak der masalah, nak attach file pastu send pon tak der masalah. siap leh tengok YouTube lagi.

-Validity kalau korang top-up-

tapi, rasenyer Digi nie ade limit kot. macam yang miera check kat pak cik gugel, ade yang bagi taw kalau dah exceed 3GB per month, connection akan jadi slow. tak taw la btol ker tak. wallahualam. ape yang pasti sampai sekarang nie connection OK lagi. Tipu la kalau bagitaw tak der masalah langsung. Tapi masalah tue akan setel dalam mase yang singkat i means, connection akan slow dalam masa yang singkat jek. sangat-sangat stable berbanding dengan Celcom. murah pon murah.

so, pas nie miera nak beli modem sendiri lah. nak carik yang murah jek.. (^_^)

eh.. dah terpanjang la plak.

p/s: Digi boleh gune free facebook dengan menggunakan 0.facebook.com Digi..always the smarter choice.

Wednesday, July 14, 2010

..Apabila Saya Online..

assalamualaikum all..

hari nie, meh kite share2 ape yang anda akan buat bila anda online atau berada di hadapan PC/Laptop

kalau miera lak..aktiviti miera kalau on9 tak pernah lari dari beberapa perkara ini. My top list is CHATTING. hikhik

2 bulan lepas laptop miera buat hal, overheat. mule2 tue bile bukak program2 yang berat jek teros off. main game dalam application kat Facebook pon padam. kadang2 part paling parah bile bukak Microsoft Office pon padam. memang pressure gak lah tyme tue, lagi2 la dah nak hujung sem. assingment lak melambak + perlu gune software2 yang boleh tahan berat nyer. so, memang kene banyak2 bersabar la jawabnyer.

so, disebabkan diriku sudah ketensenan menggunakan laptop yang asyik padam..padam..dan padam ini, miera pon gune lah PC/laptop orang lain yang ade di rumah nie. dah name pon gune barang orang, tak boleh la nak online 24/7. yang paling wat mati kutu, dorang cakap, HARAM bukak MiRC. cettt.. bersabar jek lah den. tapi kadang2 curik2 gak bukak..huahuahuahua...

dah dapat balik laptop baru lah ku tersenyum bahagia kembali. miera suruh technician tue tukar fan, dier taknak. dier cakap dier wat cleaning service jek pon dah cukup. RM80 wat cleaning service okek!! tapi, yang tak bestnyer, sekarang nie pon kadang2 padam gak laptop nie..huhuhuhu..

eh..jauh nyer melalut..

meh kite terjah ape miera buat setiap kali online.. =)

1. Facebook
  •  untuk mengetahui update2 dari semua member2 dan ahli keluarga sekalian...

 


2. Check Email
  • yang nie just nak taw kot2 ada notification dari FB, ade komen terbaru kat blog atau promosi2 bookstore.
  • sekarang nie rasenyer YM miera ade virus kut, sebab kalau on jek, mule la nak hantar entah ape2 kat semua orang.. isk2.. so, miera on YM dari emel jek.
 

3. Blog
  • bukak blog, kalau ade orang tinggalkan jejak, miera g terjah..
  • tengok blog update kat list tepi tue.. so, wat korang yang tersenarai kat tepi tue, ^lurve_purple^ memang sentiasa bace blog korang. tapi, kadang2 malas nak tinggalkan jejak.. =)

4. MiRC
  • well.. miera nie dah cam addict lak ngan chatting nie.. dan pilihan miera MiRC.. sekarang nie miera tak layan sangat YM. kadang2 on YM pon sebab otomatik, check emel, YM akan on sekali. Chat kat FB pon serius miera tak layan.. dari dulu2 memang tak layan sangat.. so, kalau nak chat ngan ^lurve_purple^, join la MiRC k.
  • sekarang nie ^lurve_purple^ kebiasaanye ade kat DalNet (/server matrix.dal.net), server Sengal (/server irc.sengal.info) dan server MalayIRC (/server irc.malayirc.com)@ cenel kampung *promote2..hikhik*
  • untuk info anda, MiRC nie bukan sekadar untuk berchatting semata-mata, tapi ade gak cenel untuk main kuiz, uno, kaos dan macam2 lah.. dan terdapat banyak pilihan redio internet yang diterajui oleh user2 IRC nie.
 
-^lurve_purple^ ngah layan kuiz..top 10 tue.. hikhik.. yang kaler merah tue lak redio-

5. Radio

-dah main depan laptop nie, mesti la nak something tuk halwa telinga. so, miera akan on radio. sama ada radio yang selalu kite dengar lam kete tue or radio internet. kalau redio biase, miera akan pilih HitzFM online nyer. 
-bawah nie adalah redio yang akan miera on wat mase sekarang:-

  • miera baru jek berkenalan ngan redio nie. kalau nak taw, FrenzyFM nie bukan sekadar redio internet, tapi gak sebuah komuniti online. ala2 Facebook gak lah. dan lagi satu, dorang gak dapat dijadikan sebagai sebuah komuniti blogger. 
  • kat sini kite leh ade profile sendiri tuk add friends, join group, dengar radio, mintak lagu, chatting dan exchange link. 
  • kalau nak taw lebih lanjut, ape kate korang join sendiri k.
  • terima kasih kepada Nizam Limited yang memperkenalkan FrenzyFM kepada miera.
  • oh ya.. setakat nie, redio ini beroperasi 24 jam tanpa henti. cume kadang2 dier autorun jek, DJ2 dorang pon best gak.. dengar lah k.
 
-profile miera kat Frenzy-
 
-shoutbox untuk berchatting sambil exchange link-
   
 
-redio-

  •  nie lak radio yang di terajui oleh user2 IRC dan beroperasi secara rasmi di Server Sengal.
  • kat sini, kite boleh layan redio sambil chatting. 
  • redio nie wat mase sekarang nie tak on 24 jam. kalau ade DJ yang free dan line ok, dorang akan on redio. request lak boleh dibuat di server/cenel.
  • dah name pon Sengal kan, user2 kat sini semua friendly dan sengal tahap gaban.. hikhik..
-so, bagi korang yang tak der MiRC tue, jangan lah risau, korang still leh chat kat sini via web. janji korang ade java jek. -

6. Twitter
  • miera baru jek join twitter beberapa hari yang lepas. 
  • tujuan miera create account twitter ialah tempat miera luahkan perasaan sebab kat FB cam dah tak sesuai dah bcoz ramai dah family2 miera add miera. nak luahkan perasaan pon dah rase tak selesa sebab kite kene gak lah hormat dorang kan. kalau yang sebaya tak per gak, nie aunty-aunty, uncle-uncle, nenek-nenek.. cikgu2 pon ade. so, tak sesuai dah.
  • kat twitter gak la miera dapatkan update dari blogger2 yang hebat. sebab dorang rajin nak tweet2 new entry, so, indirectly miera dapat blogwalking.


yang tersenarai ini adalah perkara yang wajib miera bukak. yang sunat nyer banyak sangat...antaranya:-

baca suratkhabar online, blogwalking, sedut menyedut (download), bace gosip2, cuci mate, tengok video kat youtube, redtube dan xtube, stalking, carik note, carik buku, mengurat dan macam2 lagi lah..

so, anda pulak macam mana??? jom share.. (^_^)

p/s: i love to read.. tak semestinya membaca mesti baca buku/suratkhabar jek. blog, notes kat FB, status, komen kat FB pon boleh dijadikan bahan bacaan. kadang2 tanpa sedar, dari komen2 itulah kite dapat pandangan orang lain dari aspek yang berbeza.. (^_^)

..Doa untuk mencari pasangan..