Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Friday, June 25, 2010

..Yeay!! ^lurve_purple^ dapat award..

assalamualaikum all..

hari nie miera a.k.a ^lurve_purple^ dapat award....

sebelom nak dapat anugerah nak wat sedikit ucapan dulu...

*amek mood* ala2 menang anugerah grammy... =p

terima kasih wat nizam_limited yang menganugerahkan award ini kepada saya..sungguh tak di duga saya mendapat anugerah ini.. terima kasih diucapkan kepada seluruh keluarga saya dan sahabat handai..tak dilupakan juga kepada ikan2 peliharaan yang berada di rumah saya... ngeeee~~~




dan macam biase lah kan.. setiap award mesti ler ade dier nyer soalan.. meh kite same2 perah otak untuk jawab soalan... ^_^

1. Menarik tentang diri anda?
#suke gelak.. muakakakaka + kesengalan kadang kala melampaui batas

2. Ramalan anda pemenang World Cup tahun ini?
#pasukan SARAWAK... ngeeee~~~ (tak tengok world cup la yank..)


3. Warna baju anda hari ini?
#kat rumah kaler hitam... tyme tengok wayand tadi kaler hijau.. (psssttt.. baju luar jek kan?? ngeee~~~ )

4. Laman sosial kegemaran anda?
# adakah sosial yang membawa maksud interaksi bersama orang lain?? or so-si*l??? ape2 pon.. Facebook us my choice rite now.. adakah mirc juga termasuk dalam kategori ini?? 

5. Beri pada orang yang layak dapat award ni.

Friday, June 11, 2010

.:Alhamdulillah..Finally.. :.

assalamualaikum...

alhamdulillah.. semalam merupakan hari yang ditunggu2 bagi seluruh warga UiTM.. y?? bcoz semalam keputusan peperiksaan akhir sesi dis 09-mei 2010...

memandangkan sesi dis 09-mei 2010 adalah semester terakhir wat miera.. debarannya terasa amat2 kuat.. dalam student portal bagitaw keputusan akan dikuarkan 12pm a.k.a tgh hari tepat..tapi, cam biase lah, UiTM nyer server mesti jam punye, student kan ramai, smua bukak web yang same..

mule2 tue.. ok lah kan, exceeed traffic.. terima lagi, tunggu sampai pukul 3 ptg, masih lagi tak lepas2 nak masok, paling hebat pon login student portal. dah agak fed-up di situ. tdo dulu lah.. pukul 5 ptg try lagi..

mula dari 5 ptg sampai lah dekat nak pukul 12 tgh malam, miera tak buat kerje lain dah.. tekan refresh, F5, enter, left click mouse.. tue jek keje nyer.. sememangnyer exercise jari r semalam..

sampai lah miera nyer akaun kene banned sekejap, maybe sebab banyak sangat tempat di log in kot. sebab semalam miera gune semua laptop dan pc kat rumah nie tuk bukak student portal.. satu pon x berhasil.. memang hampeh lah...

tak taw lah naper server uitm sangat2 terok.. selalu pon macam tue jugak, biaselah kan..student ramai.. tapi sem nie lah miera rase paling terok..

last-last.. miera decide tuk tidak akan check result sehingga lah bangun pada pagi tadi..(pagi kah??) =p

dah nak masok tengah hari baru miera bukak student portal balik.. agak kecewa gak, sebab masih susah nak ditembusi.. setelah mencuba beberapa kali.. baru lah dapat tengok result.. tue pon bukan dari semak keputusan.. dari mini transcript.. tak kesah lah.. janji dah taw result..

agak bengang gaklah, try bukak beribu2 kali, tup-tup kat semak keputusan keluar "harap maaf keputusan belum dapat dipaparkan, sila cuba lain kali" (lebeh kurang lah ayat dier) mau tak bengang,,

ape2 pon...fuuhhh.. dah boleh tarik nafas lega..

Alhamdulillah... syukur kepada Allah...


-mini transcript miera-

miera lepas semua paper.. dan dah bergelar graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) UiTM...

sangat gembira..

peluk mak dah tadi.. then peluk anty.. nak peluk alem.. malu r plak.. huhuhu

happy memang happy.. tapi lebih banyak air mata jatuh sebab syahdu+pilu+sayu..

sepatutnya, kejayaan ini di kongsi bersama mereka2 yang terlalu ingin melihat aku berjaya dan yang banyak membantu aku dalam kehidupan sebagai seorang pelajar..

andai usia mereka dipanjangkan Allah.. sudah pasti mereka lah yang gembira sekarang..

Allahyarhamah Mahdia Binti Buji.. ingat lagi waktu dapat keputusan UPSR.. keputusan aku paling terok antara adik beradik.. habis dier mengamok satu rumah, dier cakap aku dah malukan dier..tapi waktu tue miera rilek jek.. ok lah tue, ade A.. bukannyer tak der A langsung kan.. kalau dier masih ade.. mesti sekarang nie dier dah kecoh cakap cucu dier dah grad engineer.. =)

Allahyarham Haji Suhaili bin Ropa.. nek Abuk.. mesti sekarang nie suara dier meninggi ke langit.. tanya itu ini.. hehehe.. daya pendengaran yang kurang produktif... ini lah orang nya.. yang bertanggungjawab menghantar miera ke sekolah kalau hari hujan.. dan sudah pastinya ketika budak2 bangang gaduh2 depan sekolah.. dier lah yang jadi bodyguard.. tak sempat beliau melihat cucu manja nya ini berjaya..

Allahyarham Marzuki Haji Suhaili.. uceng.. my 2nd father.. inilah orangnya yang menyuruh miera memasuki UiTM.. dan boleh dikatakan memasuki UiTM adalah salah satu wasiat terakhirnya.. teringat saat2 terakhir bersama nya di hospital.."A, masok UiTM ah" ..kata-kata itulah yang miera pegang setiap kali miera down. miera ingat pesanan dier tue. miera jadikan azimat tuk terus menempuh apa jua dugaan.. alhamdulillah... miera berjaya gak menunaikan hajat terakhir beliau..

dan yang paling miera nak sangat sekarang berada di sisi miera meraikan kejayaan miera nie..


Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.. bapak.. sepanjang miera menuntut ilmu, dari sekolah menengah sampai lah universiti.. ini lah orang nya yang banyak mencabar miera.. terlalu banyak cabaran dan makian yang dier telah bagi kat miera.. mungkin mule2 dengar rase cam nak terbakar jek nak mengamok..tapi, bile di fikir sejenak. miera jadikan itu sebagai cabaran buat miera..


miera masok ke Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya.. miera di sindir teruk oleh my family.. dan bapak lah orang yang paling selalu menyindir.. selalu membanding2kan sekolah miera ngan sekolah adik-beradik yang lain.. sekolah miera nie sememangnya sekolah yang paling teruk di Kuching nie..  dibandingkan pulak ngan sekolah paling cemerlang di Kuching.. dan turut menjadi salah sebuah sekolah cemerlang di Malaysia..


panas gua beb!! tapi.. miera nekad.. miera langkah jek kaki masok SMKPJ.. miera tanam dalam diri miera.. miera jugak boleh berjaya.. walaupon sekolah miera bukan sekolah yang baik..I WILL PROVE IT!!


alhamdulillah.. miera dapat buktikan.. miera berjaya masuk ke bidang engineering.. walaupun bukan Universiti oversea.. still.. universiti bertaraf dunia..


miera masuk UiTM.. amek bidang engineering.. selalu jek diperlekehkan.."mampu ker ko nak bawak engineering??" ayat bapak ku satu ketika dahulu.. tue jugak yang ku pegang.. study smart.. nak buktikan pada beliau I CAN DO IT!!!...


and now.. miera dah berjaya buktikan apa yang miera katakan satu ketika dahulu..


AL-FATIHAH buat mereka yang telah meninggalkan miera..


miera sangat2 rindu kat dorang.. betapa hati kecil miera mengharapkan agar mereka masih di sisi berkongsi kegembiraan bersama miera..

miera nak ucapkan Tahniah kepada semua sahabat2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.. dan tahniah gak sebab dah GRAD!! terutama sekali tuk my schoolmate, Nur Hasziana yang berjaya mendapat anugerah dekan buat sekian kalinya lalu mendapat Anugerah Naib Canselor.. dan tak ketinggalan gak Dedeq pelajar cemerlang UiTMCS(diploma) semester lepas.. ramai gak membe2 dapat anugerah dekan sem nie.. CONGRATZ all..

last but not least..


THANXZ ALL.. FOR EVERYTHING.. TO ALL MY FAMILY ESPECIALLY MY MAK, MY SIBLING, MY UNCLE2, MY AUNTY2, ALL MY LECTURERS AND ALL MY BELOVED FRIENDS.. THANXZ FOR UR SUPPORT FOR THIS 3 YEARS.. BAIK DARI SEGI KEWANGAN, FIZIKAL DAN MEMBANTU MIERA DALAM MENGAWAL EMOSI..

Wednesday, June 10, 2009

::AWARD + TAG::

assalamualaikum alll.......
meh jwb tag lagi... n dpt award taw.. pestyme...


1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
::atiq... yg sungguh baik memberi aku kerepek.. hehehehe...::
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

::anak manjak::
::suka glak tdo...zzzZZZZzzzz...::
::pemalas yg teramat...::
::sensitip::
::ade bantal mucukzzz... yg sungguh mucuk.. dah seploh taon umo dier..::
::suke nak dgr masalah org..::
::suke nak perati telatah2 org..::
::love purple so much.. of course...::
::agak ssh nak menolak...::
::x penah kapel.. *glad to be myself*::
::suke budak2... ::
::penyakat...::
::suke sgt ice lemon tea + 100 plus + oren juice..::
::layan lagu n cite jiwang... tp not dlm bab bercinta kut... *gelimat*::

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog.
=ALL MY FOLLOWER.. N U....::

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda..

..Doa untuk mencari pasangan..