Showing posts with label unimas. Show all posts
Showing posts with label unimas. Show all posts

Wednesday, June 24, 2020

..2020: After A Years..

assalamualaikum all..

fuhhh 1 year ++ not updating my blog at all..

what happened for the rest of 2019?

letssss the story begin

Friday, September 28, 2012

..kad diskaun siswa dan FK berselawat..

Asslamualaikum all..

Salam jumaat buat semua.. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kita masih bernafas di hari jumaat yang mulia ini..

Pagi tadi g kelas, kata nya start kelas pukul 9.. So, sampai2 kelas tiba2 d suruh pulak ke pentas utama Engineering Week untuk ikut aktiviti pagi ini..

Aktiviti pagi ni diberi nama FK BERSELAWAT..alhamdulillah.. Sekian lama rohani ini tak terisi, baru hari ini berpeluang dapat memberi makanan pada rohani.. Khayal sangat dengan duniawi.. Sebenarnya boleh jek tak pegi aktiviti tu, kelas pon ade jek.. Tapi memandangkan dapat pelepasan.. Baik stay jek la..

Syahdu gler hati dengar orang berselawat ke atas junjungan nabi kita.. Nabi Muhammad S.A.W.. Dengan ghasidah, dengan menyanyi puji pujian ke atas junjungan nabi.. Sejuk jek hati...

Lepas abis berselawat, pegi pulak pavilion pelajar, collect kad diskaun siswa.. Kad diskaun nie boleh digunakan untuk beli barang kat macam2 tempat.. But, sadly kat sarawak ni sejemput jek leh pakai.. Huhu

ok.. Nk rilek2 kjap.. Jap lg dah nk g kelas balik.. Huhu

Sent via Nokia 3310

Monday, February 20, 2012

..semester sudah bermula..

assalamualaikum all..

selamat berhari Isnin semua.. dan selamat berMonday-Blues..

tak da cerita sangat nak bagitaw, direct to the title.. hari ini, 20.2.2012 bermula nya semester baru iaitu semester 2 sesi 2011/2012..

walaupun sedemikian, duit PTPTN tetap tak masok lagi.. ini menimbulkan sedikit kestressan.. susah gak kalau tak da duit nie. bayangkan lah kan, nak start sem baru mesti lah kene beli segala peralatan peribadi dan jugak tujuan pelajaran serta pembelajaran. segan la nak mintak duit kat mak.. huhu..

diharap la PTPTN masok secepat yang minckin. tengok dalam forum hari tue maybe dalam minggu nie jugak kot. tapi ada dalam page fb u kitorang, ada rakan pelajar mengatakan bulan 3 baru masok.. duhh.. paraaii la macam nie..

ape-ape pon.. tetap gak rasa bersyukur kerana sem ini, sekali lagi berpeluang menjadi penghuni kolej dalam kampus.. peeehh.. lega sangat-sangat bila dapat taw rayuan berjaya.. bukan apa, kalau tak dapat susah gak.. nak sewa rumah confirm2 mak tak bagi + agak mahal + keselamatan pon kurang.. nak ulang alik lagi la mustahil.. memandangkan saya tak reti bawak kereta dan tak da lesen.. so, memang mustahil lah kan..

walaupun bilik kolej nie sangat-sangat sempit.. bayangkan la bilik untuk  orang dijadikan untuk bilik 3 orang.. dengan kipas terpaksa di matikan atas sebab keselamatan..nak hampar sejadah pon agak susah dengan ruang yang agak terhad dalam bilik nie.. agak membinggungkan jugak la nak fikir mana nak letak kipas, mana nak letak printer nanti, mana nak letak buku dan macam2 barang lagi.. huhu..

apa-apa pun.. bersyukur masih di beri peluang dan akan cuba sedaya upaya untuk mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling. di apartmen baru, housemate baru dan sudah semestinya roomate baru...


satu yang best kat bilik ini ialah... internet giler hebat!! tak taw la kalau laju sebab tak banyak orang guna sekrang nie.. yerlah, baru hari pertama kan. ramai yang tak balik lagi.. kat rumah nie pon baru beberapa buah bilik yang berisi. even bilik miera sendiri baru miera sorang yang ada.. mintak-mintak la akan sampai bila-bila internet laju.. jimat ckit duit nak beli prepaid broadband.. =)


view pon ok. nampak padang bola tampar n kolej kediaman lagi satu, tengok belah kanan lak boleh nampak tasik n kawasan seberang tasik. cuma kat tengah-tengah jek menghadap blok kolej.. tapi, still la boleh tengok kehijauan alam.. tak der la mata sakit sangat kan.. boleh menghirup udara segar.. =)




setakat nie, jadual saya ok-ok ja.. cuma ambil 15 jam kredit memandangkan sem-sem depan banyak kosong, rasa malas pulak nak amek banyak-banyak subjek elektif.. slow-slow dulu la.. kalau amek sekarang risau nanti tak cukup jam kredit pulak..

ok.. setakat ini saja update untuk hari ini.. nanti kalau rajin, saya update lagi.. =)

**tersasar ckit dari tajuk.. hari Sabtu lepas,bola sepak Sarawak lawan Kelantan.. walaupun Sarawak kalah tue pon sebab last minit gol.. rumah kitorang tetap meriah... penuh dengan supporter Sarawak.. dalam 50++ orang gak la.. Sarawak Selamanya.. Ngap sayot!!!!! teaaam lain pok!!! di sayot saja~~ lalalalala ooooo~~~~

Tuesday, January 31, 2012

..Result dah Kluarr!!!..

assalamualaikum all...

hari ini, 31 januari 2012.. keluarlah keputusan sem 1 2011-2012 UNIMAS..

agak mendebarkan jugak lah sebab sem lepas subjek2 agak gila2 terutama sekali Math 3.. peeehhh.. rase cam nak menangis tyme test1 n 2 pastu tyme final.. tak pernah-pernah rasa macam tue.. first tyme dalam kehidupan U jadi macam tue... nak SPM pon tak macam tue taw.. kan ker saya nie seorang yang sangat COOL.. *muntahijo*

actually subjek math 3 tue takder la susah sangat.. Matrix.. waktu sekolah menengah dah belajar.. pastu pengamiran n pembezaan or dalam english differentation n integration. senang kan? maybe sebab kurang latihan.. tue yang jadi macam.." errrrmm...hurrrmm..errrmmm.. macam mane eh nak buat? nie ape eh? formula apa eh nak guna?? duuhh... addduuuhhh... " lebih kurang macam tue la situasi tyme math 3 hari tue..

actually result dah boleh tengok semalam. awal pagi.. b4 pukul 10 macam tue lah.. tue pon rasenyer terlepas coz lepas tue dah tak boleh bukak.. system dah kene block. tapi semalam ada member2 bagitaw yang ada subjek dorang masih N/A.. agak mengusarkan jugak lah coz risau gak kot2 bukak result hari nie lain pulak dah jadi result..

apa-apa pun..Alhamdulillah.. semua subjek lepas.. walaupun ada yang cukup-cukup makan.. tak per la janji tak mengulang.. susah woo kalau repeat2 paper nie.. dengan kekangan masa lagi, kang clash sana clash sini.. kang berserabut lagi pala hotak ngan subjek-subjek yang baru nak amek.. bersyukur sesangat coz lepas semua subjek..

yang paling menggembirakan hati ini.. apabila subjek 2 subjek programming yang saya amek lulus dengan cemerlang.. phewwww.. tak sia-sia menjadikan hari khamis last sem sebagai hari programming.. kelas programming dari pukul 11 pagi sampai 9.30 malam.. berkat usaha dan berkat doa mak.. syukran ya Allah.. ^_^

bukan mudah sebenarnya nak amek 2 subjek programming sekaligus. walaupun basc lebih kurang sama tapi menggunakan bahasa or command yang berbeza, kadang2 terseliuh gak tangan tertukar command.. hehehe.. tapi tak dinafikan lah kedua-dua subjek tue saling membantu.. seriously.. =)

klu tak silap minggu lepas kot saya ada mimpi tentang result.. dalam mimpi tue takder subjek yang fail n dapat dean list.. dan kenyataannya.. betol takder yang gagal tapi tak betol part dean list tue.. bwahahaha...

agak menyedihkan gak lah coz GPA n CGPA menurun.. walaupun turun cuma 0.1 n 0.01.. tetap gak sedih.. bukan senang woo nak naikkan GPA n CGPA nie.. mintak-mintak la next..next..next sem boleh buat something untuk menarik kembali CGPA.. insyaAllah..

apa-apa pun... tahniah buat semua rakan-rakan yang mendapat dean list dan keputusan yang baik.. dan buat yang tak berapa bernasib baik, cuba lagi nanti k.. n never give up!!! ^_^

Tuesday, April 5, 2011

..Lintas Langsung dari TR1..

assalamualaikum all..

just nak wat lintas langsung...

sebentar lagi saya akan present my webpage... entah hape2 jek web..

wish me luck keyh!!

http://ek-tech-login.zxq.net/INTRODUCTION.html

Saturday, February 19, 2011

..Apa di Atas?..

assalamualaikum..

apa di atas?? atau translation: "What's Up??"


hampir dua bulan tak buat apa-apa entry kat blog..*ppuuhh...ppuuhh.. sapu..sapu.. sawang-sawang dan debu-debu kat blog..* hari nie nak bagi sedikit update.. teehhee~~

hari tue, CST production ade wat contest, kerjasama dengan Lynda Rahim.. dah separuh entry miera buat, tapi dek sebab ade orang dah patahkan semangat, so.. malas lah nak continue buat.. tengok lah nanti kalau ade mood balik nak sambung cite tue, leh dijadikan entry ngade-ngade kan? ^_^

jom cite ckit mengenai my life lately..

di permulaan sem, nampak macam OK jek everything.. nie dah masok mid-sem, mule lah dah goyang sane sini. dengan kuiz + test + assignment + presentation + lab + mini-project.. nice combination kan?? hurrmm..

bertambah pulak dengan kewangan yang sedikit goyah. sebab PTPTN tak masuk lagi. hanya berharap dengan duit yang mak bagi. duit tue gak untuk mamam kat Unimas yang bapak mahal tapi taklah sesedap mana pon, duit tue gak untuk beli barang-barang kegunaan untuk study cam pen, kertas n book, dan duit tue gaklah digunakan untuk segala-galanya.

so, memang tak der langsung untuk kegunaan mereleasekan tension. nak makan KFC pon tak mampu. nasib baik semalam abang miera bawak makan KFC, tak der la mengidam sangat kan. hari tue tengok orang makan McD pon rase terliur jek, tapi apakan daya, ku hanya mampu melihat..

tapi kira bertuah lagi lah kan kite nie sebab ade makanan, banyak lagi yang lebih teruk dari kite. tak makan berminggu-minggu sebab kesempitan wang. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan.

cerita tentang hidup kat hostel lak. selain dari makan yang agak mahal untuk harga student dan di jual di dalam kampus, masih terasa malas nak balik hostel every week walaupon dah 4 taon hidup di hostel. huhu

mungkin harga makanan kat unimas tak der lah mahal sangat, tapi sebab dah terbiasa dengan keadaan di UiTM yang harga makanan nyer sangat murah dan rase pon OK (setimpal dengan harga), jadi agak janggal nak berbelanja lebih. kalau dulu miera kat UiTM, RM 50 tue, cukup untuk mamam pagi, tengah hari n malam. kadang-kadang untuk minum petang sekali. siap ade balance lagi. kat Unimas nie lak, RM 50 tue, leh untuk makan pagi n malam jek. tue pon kadang-kadang malam makan beger jek. n untuk makanan jek, air tak termasuk. 

tak dinafikan lah, mule-mule masuk unimas dulu sedikit janggal sebab tak leh nak save duit tue shopping hujung minggu. tak der lah shopping sangat pon, beli makanan special ckit jek pon cam Kfc ker, sugarbun ker kan. klu kuar mane2 pon, at lease dapat gak beli satu dua barang. since dah msok cni, telan air liur jek lah kalau g temankan orang lain jalan.

oh.. dalam setaon nie gak, dapat dikira ngan jari berapa kali miera g shopping complex. selalu hujung minggu dok kat umah jek. kalau g jenjalan pon, jalan masok kawasan kampung or senang cite, kawasan luar bandar la. tengok hutan-hutan jek.

mungkin disebabkan itu gaklah, paras stress + tension meningkat. selalu jek nak emo. kalau tak emo pon tahap sensitif menjadi terlalu aktif. senang jek air mata nie nak keluar. huhuhu..

ok2.. next story..

dalam mase sebulan nie dok hostel sangat la tak best. sebab tak der internet. Kolej kitorang kalau nak gune internet, kene pakai cable. tapi port internet tue macam bermasalah. nak carik wifi punye lah payah. tue pon kalau jumpe "very low" okek!! huhu..

so, kalau nak mengonlinekan diri, kene lah pegi bilik komputer. selalu miera akan on9 hari isnin jek sebab ade subjek yang memerlukan kitorang berada di depan komputer. ape lagi lah kan? sambil menyelam sambil minum air. hehe

kalau dulu, selalu miera cite pasal kes tak der air kat hostel. kalau kat uitm dulu boleh lagi lah tahan kalau tak der air. dah duduk hostel pon free kan. kat unimas nie, kne bayar rm200++ tuk dok hostel. sekali tak dak air la plak hari tue. pagi2 lak tue.. dahlah tak taw mane nak carik sumber air kat unimas. kalau uitm dulu, kat depan hostel ade paip, boleh lagi nak bawak air satu baldi g tingkat 3. tak pon ade tangki air kat belakang blok. ok lagi lah kan.

tapi nasib baik la tak lame air tue tak der. 830 dah ade balik. haru gak lah nak carik air tuk mandi sebab nak g kelas pukul 8. huhu.. petang lak, pada hari yang sama.. boleh plak tak der lektrik.. uiisshh.. sangat mencabar hari tue okek..

seb bek gak lektrik ade balik sebelom malam. kalau tak, selamat sampai di rumah dah.. hohohoho...

nie lagi satu cite.. last week miera sakit gigi yang teramat. dier bukan sakit yang biasa, sakit tue macam bisa tau. then, sakit dier ade mase tertentu jek. yang pelik nyer, time makan, langsung tak der rase sakit. disebabkan nak amek sickleave dan nak check gigi.. pegi gak lah ke klinik..

sekali dentist tue bagitaw miera ade dua gigi yang bermasalah. satu kat atas, satu kat bawah. yang kat bawah tue dier dapat selamatkan, dier tampal balik lubang yang dah terbukak. yang atas tue dah tak leh nak diselamatkan dah.

doktor tue suruh balik rumah dulu n fikir sama ada nak cabut or wat treatment. disebabkan gigi tue kat depan n masih kuat, agak sayang nak di cabut. kalau nak wat treatment lak, dier akan matikan urat gigi tue, then tak kan ade rase sakit lah nanti. dan tak leh lak nak cabut by that time sebab tyme tue "nerve" ngah membengkak. tue yang menjadi sangat sakit. huhu

kalau wat treatment lak, kos dier dalam RM 400-500.. hissshh.. duit lagi.. huhu

ok lah.. sampai di sini saja.. nak makan KFC lebih malam tadi.. yuummmmyyyy~~~ ^_^

nie yang miera jumpe tyme mengugel tadi...

 
nice huh?? ^_^

Friday, December 31, 2010

..31 Disember 2010..

assalamualaikum all..


di hari terakhir bagi Tahun 2010 ini, miera tak der ape sangat nak di ceritakan. everything happen biasa-biasa jek 2 3 minggu nie. nothing special.

terasa macam baru semalam miera berada di 1.1.10, dengan sedikit perkara yang menjengkelkan berlaku. tup..tup.. esok dah 1.1.11.. 4 1 esok.. mesti ramai yang melangsungkan majlis kan? oh.. miera gak nak ucapkan tahniah buat sahabat MiRC miera, sis Wailin yang bakal melangsungkan pertunangan besok. akhirnyaa.. bertemu jua dengan jejaka idaman.. hehe..

sebelum 2010 melabuhkan tirai.. jom bersama miera mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada miera sepanjang 2010..

pembukaan 2010 amat menyedihkan, di akhir 2009, tanggal 9/11/2009 ayahnda kesayangan kami meninggal dunia di tanah suci Mekah. sesuatu yang sangat perit untuk dilalui. tapi, siapalah kita untuk melawan kehendakNya. segalanya diterima dengan redha. awal tahun disambut dengan hanya kenangan bersama arwah.

1.1.10 berlaku sedikit ketegangan.. entah di mana silapnya. miera pon tak pasti. cuma, apa yang pasti setiap manusia pasti ada kelemahan masing-masing. dan jagalah perlakuan, jagalah kata-kata untuk sama-sama kita menjaga hari orang lain dan juga diri sendiri. jangan sesekali kita menghina orang lain walau sejijik mana pun individu tersebut. siapa tahu, suatu hari nanti, kita yang berada di atas ini, akan menjadi lebih jijik dan hina dari dia. dan tak siapa dapat menduga, mungkin suatu hari nanti, keseluruhan hidup kita ini bergantung pada orang yang pernah kita hina.. kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.

3.1.10 majlis perkahwinan penuh gilang gemilang berlangsung dalam keluarga kami. pernikahan sepupu arwah bapak, Usu Abu dengan permaisuri hatinya Usu Alin. sangat meriah majlis ini dihadiri oleh banyak kenamaan negeri Sarawak. miera suke sangat-sangat tengok pelamin dorang. lawa...

dan bermulalah kehidupan miera sebagai seorang pelajar. di awal semester sedikit tidak puas hati sebab telah fail satu paper. tak dapat dinafikan, memang salah diri sendiri jugak tak dapat nak buat setiap soalan dengan betul. cuma, sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lecturer kepada my uncle, yang ingin tahu adakah miera nie bermasalah dalam kelas sehingga gagal. jawapan lecturer itu "miera terikut-ikut kawan" dan setahu miera kawan-kawan yang rapat dengan miera semuanya lulus.. isk..isk..isk.. tidak mengapa.. semua itu ada hikmahnya. tak pernah rasa berdendam dengan siapa-siapa.

semester terakhir di UiTMCS, berjuang untuk mendapatkan diploma. segala-galanya berjalan agak lancar. sehinggalah tiba bab Final Year Project. report segalanya ok.. cuma, apabila tiba masa untuk hardware, bermacam masalah timbul. padahal, project teramatlah simple. sama taraf ngan budak-budak sekolah punye kerja kursus KHB.




yang paling haru apabila cuma mendapat tahu bahawa kami perlu membuat presentation kurang dari 8 jam presentation. bertambah haru apabila hardware masih menunjukkan sedikit kegagalan. triple haru, ketika itu, miera and group member masih berada di rumah. dan presentation berlangsung seawal 8 pagi. tapi alhamdulillah.. segala masalah berjaya dihadapi.. =)
 -sedikit majlis perpisahan dan restu ilmu bersama lecturer-lecturer EE-

sebelum tamat semester, UiTMCS telah mengadakan majlis pra-graduan kepada kami yang bakal menamatkan pelajaran di UiTM.. dan ketika itulah first time dalam hidup miera pegi ke kedai untuk di make-up kan, first time pakai hand bag dan first time pakai high-heel.. hahahahaha...


 

habis final, disambung pulak dengan kursus 3P. first time dalam hidup miera, masuk kursus yang mendalami ilmu komputer. dari sistem dan jugak hardware. tapi, tak der lah faham sangat. tau basic-basic jek.. hehehe..

kemudian, menunggu keputusan dengan penuh debaran. dah dapat keputusan, Alhamdulillah.. lulus dan sah miera dah grad dan dah ada diploma. untuk menyambut tamat study, uncle miera bawak pegi melancong ke Kuala Lumpur selama seminggu. dan inilah first tyme kitorang pergi tanpa ada perancangan. pegi kaunter tiket, tengok ade tiket. besok terus fly g KL..sorry lah kepada rakan-rakan yang marah miera sebab tak bagitaw awal-awal.. hehehe




sekembalinya ke Kuching, keputusan UPU pon keluar. dan miera berjaya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam. tapi apabila melihat keadaan keluarga yang tidak berapa nak stabil dan keadaan mak pon yang macam tak nak lepaskan miera. miera ambil keputusan untuk mengorbankan tawaran tersebut. in the same time, miera mencuba nasib untuk mintak tukar U ke UNIMAS.

alhamdulillah, mungkin berkat niat yang baik, miera berjaya masuk ke UNIMAS untuk ijazah miera. masih lagi kursus yang sama dengan UiTM tawarkan. mula-mula masuk tue, memang rase sedih sesangat. sebetulnya miera dah janji ngan member-member UiTM untuk kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Shah Alam. mungkin bukan rezeki. tapi miera yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat miera.

di awal semester, sedikit rasa memberontak muncul dalam diri miera. sangat tak puas hati kene tukar U. mungkin dengan sistem yang sedikit berbeda dari yang lama. mungkin jugak kerana kesorangan. membe-membe di UiTM tak payah susah-susah nak carik membe baru. masing-masing dah ade membe sendiri. miera lak, terpaksa buat kawan baru semula. tak der sorang pon yang miera kenal. dan almaklumlah, masuk pon dah minggu ke-4. banyak yang dah ketinggalan. ditambah lak, masuk-masuk kelas terus kene sit for quizes and tests. dengan assignment lagi, dangan lab report yang kene kejar. sedikit tekanan di situ.

tapi lame-lame.. ok lah.. boleh dah nak sesuaikan diri dengan persekitaran.

6.12.2010... hari yang paling bermakna buat miera..

Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM.. pada sidang ke-3 di UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan. miera dan rakan-rakan EE111 diraikan dalam majlis yang penuh gilang gemilang. terasa berbaloi segala penat lelah yang diharungi selama 3 tahun. terasa bangga melihat wajah-wajah yang sentiasa di sisi miera memberi sokongan fizikal dan mental serta kewangan sepanjang miera menuntut ilmu.

pict: Reborn Photography

tapi.. yang pasti.. segolong ijazah itu hadiah miera buat mereka yang telah pergi meninggalkan miera. Arwah nenek miera, Allahyarhamah Mahdiah bt Buji, arwah atuk miera Allahyarham Suhaili bin Ropa, arwah uncle miera, Allahyarham Marzuki b Hj Suhaili dan arwah bapak miera, Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.

mereka inilah yang menyunting semangat dalam diri miera. arwah nenek selalu marah miera sebab miera tak dapat mengekalkan 4A/5A dalam family miera dalam UPSR. dier selalu cakap miera dah malukan dier sebab miera cume dapat 3A dan miera tak dapat masuk sekolah menengah yang top di Kuching. Arwah atuk miera lak, dier yang selalu ikat miera kat pokok, kuncikan miera dalam toilet sebab kenakalan miera waktu kecik-kecik dulu.

arwah uncle miera sentiasa memberi sokongan kat miera. walaupon kadang-kadang miera gaduh ngan dier. he is my bestfriend. sehinggakan sehari sebelum dier meniggal, dier masakkan miera nasi goreng untuk breakfast. dier yang hantar miera ke sekolah kalau hari hujan. dan disebabkan pesanan terakhir dier jugaklah miera berada di UiTM.

arwah bapak miera.. sentiasa menuturkan sindiran buat miera. tak pernah nak puji. miera disindir ketika gagal dalam setiap test yang miera ambil. sehingga arwah pernah suruh miera stop belajar dan kawen.

apa yang pasti, setiap sindiran, setiap kemarahan itu miera jadikan sebagai penguat semangat untuk belajar. miera nak buktikan pada semua, tidak semestinya kita perlu berada di sekolah pintar, baru kita boleh berjaya menjadi seorang doktor, engineer, arkitek dan orang yang bergaji besar serta berguna. miera nak buktikan, walau kita gagal sekali, tak bermakna kita akan gagal untuk meraih kejayaan.tiap kali miera patah semangat, miera ingat balik sindiran dorang...

sekarang.. Alhamdulillah.. miera dah berjaya membuktikan hampir kesemua kutukan mereka tak betul.

pesanan miera.. think positive, take everything sebagai benda yang baik. jangan sesekali memikirkan setiap kata adalah penghancuran kepada kita... and u will success...

hidup kita ini ibarat roda.. andai kita di atas, bantulah mereka yang di bawah untuk kita sama-sama merasa kesenangan. dan apabila kita dibawah, ucaplah Alhamdulillah, kerna Allah masih sayangkan kita dan Dia sedang menguji kita, jangan pernah sesekali berputus asa untuk terus berada di atas.. ^_^

LOVE story?? not in 2010 I guess.. next tyme maybe.. ^_^

selamat tinggal 2010... semoga selepas ini.. lebih banyak perkara yang baik akan berlaku

Sunday, November 21, 2010

..jangan ndak update blog ajak..

assalamualaikum all...

sekian lama tak update..

sekarang nie tengah menghadapi Peperiksaan Akhir Semester yang pertama bagi degree ku.. mudah-mudahan segala-galanya berjalan lancar..amin..


hari rabu ini (24.11.2010) merupakan paper yang terakhir miera.. dah lepas azab 6 paper.. paper yang ke-7 dan yang terakhir akan menyusul dalam masa beberapa hari lagi..

so far.. errmm.. ok lah.. tak sepayah semasa di UiTM dulu.. mungkin sebab apa yang di ajar di dalam kelas sudah memadai sebab soalan tue memang lecturer yang ajar sendiri set.. berbeza sedikit dari di UiTM di mana kami hanya akan membuat soalan2 "spot" ala2 SPM.. hehehe.. sebab kitorang pon tak taw soalan datang dari lecturer UiTM mana.. so, kena pandai2 lah nak "spot" soalan..

eh.. terpanjang lak..

just nak share satu quote nie yang miera jumpe kat twitter semalam, yang di twit oleh #EhYeke..

"Kalau sayang, berkorbanlah untuk lepaskan. Jika dia memang takdir
atau jodoh kita, dia akan kembali semula..."


hurrmm... betul lah tue kan... kalau dah jodoh, tak akan ke mana...

dan.. miera nak share sebuah lagu nie....


syahdu sangat2... huhuhu..

dan mungkin..inilah yang sedang miera alami sekarang... only Allah knows... ^_^

Thursday, October 7, 2010

..Masih Jauh..

assalamualaikum all...

sekian lama tak hapdet blog.. akhirnya, miera wat keputusan untuk menutup blog ini... Oppsss!!!! silap... wat keputusan nak hapdet blog kejap... (macam lah ada yang kesah klu ku tutup blog kan?? =p )

lepas bercuti 2 minggu untuk beraya, maka bermulalah fasa "SIBUK a.k.a BZ" untuk kami di IPT nie..

macam-macam aktiviti dan kerja yang kitorang perlu buat..

antara aktiviti dan kerja2 tersebut ialah

  • essemenzzzzzz
  • presentationzzzz
  • quizezzzzzz
  • testizzz testzzzzzzzz
  • lab report
  • dan usaha untuk mendapatkan 15 mata merit untuk mendapatkan hostel next sem..
alhamdulillah.. miera baru jek setel satu presentation tadi..

next week hari isnin ada 2 presentation.. awal pagi satu.. satu lagi kelas malam.. haisshh... agak nebes di situ..

dulu kat UiTM miera tak pernah ada presentation yang di dalam kelas tersebut beratus-ratus pelajar sebab di UiTM memang hanya akan mengehadkan jumlah student dalam kelas.. paling ramai pun 35 orang jek..

even untuk subjek yang perlu di ambil oleh semua student.. dier akan pecah-pecahkan kelas mengikut kursus. kecuali lah bila kekurangan lecturer, baru lah akan digabungkan beberapa buah program..

kat UNIMAS nie lak, first time lah kiranya miera akan present dihadapan beratus-ratus orang.. tak dapat lari la dari nebes dan mengigil tue...  tapi.. itu merupakan pengalaman kan.. bile lagi nak merasa kalau tak sekarang.. yer dak?

esok miera ade test untuk C++ wish me luck k all... love u all... ^_^


nanti miera cont lagi k..

Nota Tapak Kaki Saiz 12

"miera tengah mencari tone plain shawl.. klu ade sesiapa yang taw kat mane2 blog yang menjual, please inform me k.. ade gak la miera g usha2.. tapi kebanyakkan nyer, semua dah sold out.. n one more thing, miera tamo dari kain jenis chiffon... nipis sangat... "
-contoh shawl yang miera nak carik.. yang nie ade 3 tone.. kaler dier berubah secara memanjang-

 -or nak yang macam nie.. kaler setengah-setengah-

*credit picture: di ambil dari FB abang-abang saya.. thanxz...

Friday, August 27, 2010

..Separuh Nyawaku Hilang..

assalamualaikum all..

just nak wat entry pendek. since tomorrow morning i got mid term test.

minggu nie dan minggu depan sememangnya akan dipenuhi dengan test2 dan kuiz2. almaklum lah dah masok pertengahan sem kan..

minggu depan gak, kitorang dah start cuti pertengahan semester+cuti raya. start 4/8 sampai 16/9 kalau tak silap. kalau tak silap lah.. miera tak tengok sangat pon kalendar2 akademik nie..

dan di saat-saat genting highland ini gak miera telah kehilangan separuh "nyawa" miera..apakah "nyawa" ku itu??

My KALKULATOR...

-casio 570 model kalkulator miera-
pict:credit tue pak cik google

uwaaa.. wase nak menangis..
teringat kate2 my lecturer tyme diploma dulu..

u as an engineering student, u shouldn't forget to bring ur calculator.. this is ur "nyawa"..

yes!! miera akui sangat2.. kalkulator tue lah nyawa kitorang.. as semua orang taw, engineering memang tak kan lari dari calculation..

n tomorrow i will sit for my mathematics test..

cerita nyer macam nie.. semalam miera ade kelas Math.. dan for sure la akan pakai kalkulator. then, tyme nak balik tue, maybe miera terlupa nak amek kalkulator tue sekali..

memandangkan miera taw kalkulator nie semuanyer hampir same, so, miera wat la ukiran tersendiri kat my kalkulator.. kat depan tue, memang banyak sticker menderma yang miera selalu mintak dari member2.. then kat belakang lak, miera tulis name miera gune liquid paper, dan miera siap lekat sticker my full name.. then kat punat2 no tue lak, miera wat satu garisan kaler purple..

tadi miera pergi la tengok kat bilik tutorial kitorang guna semalam.. mungkin rezeki kan..

dan yang miera jumpe hanyalah sticker tertulis nama miera di lantai tempat miera duduk semalam.. dan kalkulator tersebut telah pun ghaib...

nasib baik miera dah alihkan duit rm10 kat dalam kalkulator tue.. yang tinggal just beberapa keping tiket wayang kitorang tengok dulu..

huhuhuhu.. miera dah gune kalkulator tue since i was form 4.. itulah kalkulator pertama miera.. dari sekolah menengah sampai ke diploma. dan masok degree..

uwaaaa... sayang nyer...

mungkin dah bukan rezeki..

cuma just wondering, "adakah taraf pelajar universiti sama dengan taraf budak-budak sekolah?? masih belum tahu fikir apa yang perlu dilakukan apabila menjumpai barang yang diketahui bukan milik mereka??"

mudah-mudahan tuan kalkulator baru tue menjaga mr k dengan sebaik-baiknya.. dan mudah-mudahan beliau mendapat rahmat di bulan puasa yang mulia ini...

apa-apa pun, luckily miera ade housemate yang berbaik hati meminjamkan miera kalkulator beliau untuk 2 hari ini.. tadi miera ade quiz n test.. esok pon nak test lagi.. huhuhu..

wish me luck for tomorrow k..

Saturday, August 21, 2010

..Perbezaan Lama dan Baru..

disclaimer: Entry ini hanya pandangan penulis blog.. tidak bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak.. andai ada pihak yang terasa.. mohon seribu kemaafan.. "peace no war"

assalamualaikum all...

lame dah tak buat update kan.. so, hari nie just nak buat sedikit update..

sebelum tue.. SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam.. dah masok hari ke 11 baru nak ucap ek?? hikhik... sorry ler.. agak kebizian..

di kesempatan ini gak la miera nak mohon seribu kemaafan seandainya pernah menyakiti hati mana-mana pihak (harap-harap tak der lah kan)

so, seperti yang telah miera nyatakan dalam entry yang lepas, miera dah pun menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer... di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)..

UNIMAS nie terletak bersebelahan jek dengan UiTM Kota Samarahan (UiTMCS cawangan Sarawak) tempat miera menuntut ilmu selama 3 tahun lepas sehingga mendapat segulung Diploma.. =)

so, kiranya miera nie kembali semula ke tempat yang sama, cuma U berbeza.. tapi kan, even la kedudukan U ini tak jauh.. suasana di kedua-dua U nie sangat-sangat berbeza.. and Yes!! minggu pertama miera mengalami sedikit kesukaran untuk menyesesuaikan diri dengan persekitaran yang baru..

tapi Alhamdulillah.. dah masok 3 minggu nie, dah boleh lah adapt dengan keadaan baru nie.. cuma I still miss my UiTM... sebab kat UiTM tempat nyer "sejemput" jek.. actually kawasan UiTM besar.. tapi hanya sedikit jek kawasan yang digunakan sebagai tempat untuk belajar dan kawasan untuk beriadah dan tempat melepak..

so, even dari fakulti lain-lain pon, tetap kite akan kerap berjumpa.. untuk ke kelas dan semua aktiviti... apatah lagi kalau memang satu course.. memang sure akan jumpe hari-hari.. paling tidak pon jumpe tyme tukar kelas tue..

tapi, di UNIMAS nie, tempat nyer terlalu besar..tyme mule-mule kelas tue, rase cam "eh, kat sini tak der student ker???" sunyi sangat-sangat.. even waktu masok lab, kelas semua.. memang tak nampak pon student lain.. isk2...

then.. satu lagi kelainan pada kelas disini ialah.. kalau dulu di UiTM.. memang sure 12-2 tak kan ade kelas.. sebab dikhaskan untuk student dan lecturer berehat.. lain lak kat UNIMAS nie.. hari isnin miera punyer jadual sangat pack!! 8-4 non stop.. maybe pengurusan di UNIMAS nie kebanyakkannyer non-muslim kut.. so, tak terfikir sangat nga solat zuhur semua kan.. tapi.. still lah, kemudahan di UNIMAS nie agak lengkap.. sebab di setiap fakulti ade surau.. so, boleh la mintak lecturer habiskan kelas awal sikit, bagi peluang pelajar muslim tuk bersolat...

cume yang kesiannyer kat budak-budak yang ade gastrik jek lah.. hakhak... kesian dorang kan.. tak sempat nak makan..

dan cafe pon terletak agak jauh lah gak.. kalau kat UiTM dulu, kalau ade 15 min jek pon dah boleh "tapau" macam2 dari kantin or  koperasi.. tapi kat sini, kalau dari fakulti miera dalam 6-8 min perjalanan baru la jumpe cafe... tue pon pilihan agak terhad..

ape ek lagi??

oh.. miera rase unimas nie kurang menitikberatkan kebajikan student.. atau mungkin belum berpeluang untuk membuat laluan pejalan kaki untuk student.. memandangkan kampus kitorang sekarang nie adalah kampus baru kan.. mudah-mudahan di masa hadapan akan ade laluan pejalan kaki nie.. sebab dekat kampus lama memang disediakan laluan pejalan kaki..

kalau di UiTM dulu.. hujan ribut macam mane pon, still dapat sampai ke kelas dengan hanya basah-manja-maja jek walaupon tanpa payung, atau..even panas terik macam mana pon, tetap gak tak der sun-burn.. berlainan lak ngan UNIMAS nie.. setiap masa dan ketika, kita perlu membawa payung..

dan malang bagi miera.. miera sangat alergik untuk membawa payung ke mana-mana saja.. so, i prefer to use my sweater.. tapi.. kene tanggaung lah basah nyer.. kalau panas tue.. berpanas lah yer.. dan kalau dulu gak.. tengok laki bawak payung, rase nak gelak jek..tengok payung bunga-bunga nyer...hikhik but not now.. semua pakai payung.. haiisshh...

the best part in UNIMAS is.. segalanya diuruskan oleh staff.. seriously.. student boleh cuci tangan.. sikit-sikit..pass jek ngan staff.. dorang akan uruskan everything.. dan staff-staff kat sini pon ok-ok.. baik-baik jek..

mungkin staff-staff UiTMCS boleh belajar dari staff-staff UNIMAS.. bukan semua staff2 UiTM tak ok.. cume sekerat dua jek.. kalau student tanye.. mule la nak buat muke ketat.. kalau student pergi kaunter nak tanye itu ini.. mule lah nak marah-marah.. we know, student UiTM ramai..staff plak sejemput jek.. tapi.. at least jawap la dengan baik..

first day miera register di UNIMAS..tyme g bayar yuran.. seriously.. terkejut beruk kjap tengok kauter banyak.. dah macam kat bank dah... kalau kat UiTM.. satu jek kaunter bendahari.. kalau tyme nak bayar barangan elektrik tue.. memang menangis la ko berbaris panjang sampai ke tingkat bawah dier nyer barisan..

lagi ape ek???

yang lain-lain lebih kurang jek kot.. nie yang miera nampak wat mase sekarang nie lah.. nanti-nanti miera update lagi.. hekhek...

sedikit pasal study lak..

miera merupakan salah seorang 2nd intake student.. miera masok-masok, orang lain dah study 3 minggu..so, memang agak kebluran sedikit.. even ape yang kitorang belajar sekarang, semuanya miera dah belajar time diploma.. tapi wajib lah kan miera dah lupe.. sebab tyme belajar tue pon, tyme mule2 masok diploma dulu.. 3 taon lepas..

dan memang semput la nak kejar budak-budak 1st intake nie.. dorang dah ade kuiz, dah ade assignment.. dan dah ade geng-geng sendiri.. so, dah semestinya lebih cenderung untuk bergaul ngan membe-membe dorang jek kan..

dan keadaan ini agak menjengkelkan di minggu pertama..terase cam tunggul kayu jek.. kite senyum pon kadang2 dorang wat-wat tak nampak.. tapi.. dah masok 2 3 minggu nie.. ok gak lah.. not bad actually...

ditambah pulak ngan miera nie suke jek main belasah nak tegur orang kan.. pedulik ape aku kalau salah name.. hakhak.. pastu..leh la kite berkenalan kan.. ngehngehngeh...

miggu depan nie dah minggu ke 7 pembelajaran.. means mid term.. so.. banyak la test dan quiz yang akan berlangsung minggu ini.. + miera kene siapkan 8 lab report.. haiisshhh.. sepatutnyer, miera anta 6 lab report semalam.. tapi miera tak sempat nak siapkan.. uwaaaaa~~~jangan la lecturer tue marah eh nanti...

tapi miera dah berusaha keras untuk menyiapkan lab report tersebut.. memang struggle betol2 2 hari.. tapi..still tak berjaye..sedihnyer.. miera langsung tak der rest since masok UNIMAS nie taw.. hujung minggu pon miera tak der g jenjalan.. dah tak taw dah ape yang ade kat The Spring sekarang.. miera cume taw jalan dari Kuching ke Kota Samarahan kebanyakkan dah jadi 2 lane dah.. tue jek yang mier taw..

hujung minggu pon dok menelaah kembali nota-nota lama.. dan study tuk kuiz n test.. assignment lagi.. peeehh.. penat den... kene wat pecutan  nie.. sebab nak samekan level ngan dak-dak 1st intake kan..

ape-ape pon.. miera amalkan study smart.. not study hard.. so that, miera akan make sure yang miera tak terlalu under pressure.. kang semua yang di belajar.. satu pon tak masok..

so.. sampai disini saja.. papai.. ^_^

p/s: baju raya korang dah siap?? kaler ape?? miera punye dah siap.. sebab baju tuk masok U= baju raya.. hikhik...

..Doa untuk mencari pasangan..