Showing posts with label fren. Show all posts
Showing posts with label fren. Show all posts

Friday, May 20, 2011

..Aktiviti Hari Khamis: Nur Kasih The Movie..

assalamualaikum all..


hari ini (19 Mei 2011) bermula tayangan Nur Kasih The Movie.. kesinambungan dari drama bersiri Nur Kasih yang ditayangkan di TV 3 tidak berapa lama dahulu..

secara jujur ingin saya katakan yang sebenarnya saya tidak pernah mengikuti secara serius drama bersiri ini, hanya menonton satu atau dua siri. memandangkan ketika drama ini disiarkan di TV, bapak baru saja meninggal, dalam keadaan sedang berkabung dan bersedih, memang tak der minat langsung nak follow..

cuma taw sikit-sikit jek cerita ini berdasarkan cerita dari member2 termasuk la member2 laki yang mengikuti cerita ini dan tak kurang juga mereka yang meminati Tiz Zaqiyah. rasanya, kemunculan filem ini sangat-sangat dinantikan oleh penonton yang sememangnya mengikuti perkembangan drama Nur Kasih..

kebelakangan ini, kerap kali trailer Nur Kasih The Movie di mainkan di TV3, tak da niat langsung nak pergi tengok. ok! saya tipu, ada rasa nak tengok tapi, tak da lah penuh harapan.. kalau ada rezeki nak tengok, tengok lah kan.. tiba-tiba pagi tadi, ada sorang membe skolah tweet bagitaw dier nak tengok Nur Kasih dan carik sapa yang sudi temankan... dan saya pon tanpa ada niat mereply tweet berkenaan dengan "aku!! tapi ko kenak spons.." dan beliau terus mereply "petang kelak ku ambik kau.. lak mesej"

penghujungnya, pukul 3.30 petang, saya berada di dalam panggung di MBO, The Spring Kuching bersama 2 rakan, dan sebungkus pop corn.. tiket + pop corn + air + minyak kereta semua nya di sponsor oleh Siti Sabariah.. thanxzzzzz a lot bebeh.. masok dalam panggung, tiga-tiga buat pengakuan, tak ikut drama cerita tue.tapi semangat nak tengok mengalahkan orang yang betol-betol follow... ngehehehehe.. dan panggung ketika itu agak kosong, tak sampai separuh mungkin sebab dah habis lunch hour dan bukan hujung minggu or mungkin gak orang pergi ke panggung lain..


-tiket wayang.. bukti saya btol-btol menonton wayang.. hehe-

berbalik kepada Nur Kasih The Movie, seperti semua orang sedia maklum, filem ini adalah kesinambungan dari drama Nur Kasih sendiri yang mengisarkan kisah percintaan di alam perkahwinan di antara Nur Amina lakonan Tizz Zaqiyah dan Adam lakonan Remy Ishak..

filem ini banyak menggunakan unsur-unsur "flash-back" di mana penonton di bawa melihat penghujungnya kemudian barulah diceritakan secara teliti.. so, make sure anda menonton filem ini dengan penuh konsentrasi supaya orang sebelah anda tak perlu menceritakan lagi kepada anda apa sebenarnya yang telah terjadi..

permulaan kisah ini sudah cukup menyedihkan apabila meliha Aidil lakonan Fizz Fairuz menghadapi kehilangan seorang yang amat di sayangi nya.. memang payah menghadapi kehilangan seseorang dalam keadaan kita tidak bersedia

filem ini juga menggunakan teknik seperti seseorang menceritakan kembali kisah hidup 3 insan ini.. suara Dato' Rahim Razali digunakan, tak dinafikan gak la, alunan suara beliau sedikit sebanyak menghidupkan filem ini..

lepas tu, penonton akan disajikan dengan banyak pemandangan yang indah di pertengahan filem ini di mana lokasi pengambaraan ialah di Jordan.. seriously sangat-sangat indah pemandangan nya walaupun hanya batu-batu besar di padang pasir.. bak kata Nur Amina "Masya Allah.. macam lukisan" di jawab pulak oleh Adam.. "Lukisan Allah Nur" =) tidak ketinggalan gak dengan kehijauan sawah padi.. nice..nice..nice.. ^_^

di samping itu, saya melihat filem ini mempunyai kekuatan di atas setiap pelakon nya.. tahniah kepada semua pelakon yang begitu menghayati watak dan berjaya membawanya dengan superb!! anda tak akan melihat satu pun watak yang lakonan nya "keras" dan mimik muka tak selari dengan apa yang diperkatakan..

selain jalan cerita ini sendiri yang menarik, lagu-lagu dalam filem ini juga sangat indah dan mampu membuatkan air mata anda tanpa segan silu berguguran umpama mutiara.. antara lagu yang digunakan ialah Lagu Kita (aizat), lagu dari Bob AF2, Mila AF (yang nie membuai perasaan di penghujung filem) dan beberapa lagu lain dan sudah semestinya lagu utama filem ini sendiri Nur Kasih dendangan Yasin dan Tizz Zaqiyah sendiri.. yang frust nya ialah.. lagu ini hanya dimainkan sedikit sahaja.. huh..

namun, sedikit kelemahan filem ini pada pandangan saya ialah.. jalan penceritaan yang terlalu banyak flashback dan suspen yang menjadikan penonton mula keliru.. mungkin Kabir Bahtia ingin menimbulkan unsur suspen dan lain dari filem melayu yang lain, tapi saya sebagai penonton mula merasa keliru dan membuat andaian sendiri mengenai perjalanan hidup Adam, Nur dan Aidil..

walaupon malu nak mengaku.. tapi bagitaw gak lah.. saya menangis dalam panggung dari awal sehingga akhir filem ini.. sobsobsob..  dan ini adalah kali pertama saya menonton filem cinta Melayu di pawagan selepas cerita Sembilu berpuluh tahun lalu.. sebab nya.. filem cinta Melayu hampir kesemua nya sama.. dan Nur Kasih The Movie telah memberi satu cerita lain dari lain..

so. overall saya bagi 4.5 dari 5 bintang... and two thumbs up untuk filem ini..

kepada sesiapa yang tak tengok lagi tue, sila lah pegi tengok.. tak rugi pon korang tengok filem ini.. oh ya, pelakon dalam filem nie banyak yang comel dan berlesung pipit.. Mia Sara, Alias (abang Mia Sara) mate dier sangat cantek.. Fizz Fairuz dan beberapa kanak-kanak Arab.. comel lagi hensem okeh.. =)

extra: lepas tengok wayang, jumpa membe-membe lama kat Kubah Ria. lama gila tak jumpa dorang nie.. akhirnya boleh chill out sesama... ^_^

Friday, December 31, 2010

..31 Disember 2010..

assalamualaikum all..


di hari terakhir bagi Tahun 2010 ini, miera tak der ape sangat nak di ceritakan. everything happen biasa-biasa jek 2 3 minggu nie. nothing special.

terasa macam baru semalam miera berada di 1.1.10, dengan sedikit perkara yang menjengkelkan berlaku. tup..tup.. esok dah 1.1.11.. 4 1 esok.. mesti ramai yang melangsungkan majlis kan? oh.. miera gak nak ucapkan tahniah buat sahabat MiRC miera, sis Wailin yang bakal melangsungkan pertunangan besok. akhirnyaa.. bertemu jua dengan jejaka idaman.. hehe..

sebelum 2010 melabuhkan tirai.. jom bersama miera mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada miera sepanjang 2010..

pembukaan 2010 amat menyedihkan, di akhir 2009, tanggal 9/11/2009 ayahnda kesayangan kami meninggal dunia di tanah suci Mekah. sesuatu yang sangat perit untuk dilalui. tapi, siapalah kita untuk melawan kehendakNya. segalanya diterima dengan redha. awal tahun disambut dengan hanya kenangan bersama arwah.

1.1.10 berlaku sedikit ketegangan.. entah di mana silapnya. miera pon tak pasti. cuma, apa yang pasti setiap manusia pasti ada kelemahan masing-masing. dan jagalah perlakuan, jagalah kata-kata untuk sama-sama kita menjaga hari orang lain dan juga diri sendiri. jangan sesekali kita menghina orang lain walau sejijik mana pun individu tersebut. siapa tahu, suatu hari nanti, kita yang berada di atas ini, akan menjadi lebih jijik dan hina dari dia. dan tak siapa dapat menduga, mungkin suatu hari nanti, keseluruhan hidup kita ini bergantung pada orang yang pernah kita hina.. kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.

3.1.10 majlis perkahwinan penuh gilang gemilang berlangsung dalam keluarga kami. pernikahan sepupu arwah bapak, Usu Abu dengan permaisuri hatinya Usu Alin. sangat meriah majlis ini dihadiri oleh banyak kenamaan negeri Sarawak. miera suke sangat-sangat tengok pelamin dorang. lawa...

dan bermulalah kehidupan miera sebagai seorang pelajar. di awal semester sedikit tidak puas hati sebab telah fail satu paper. tak dapat dinafikan, memang salah diri sendiri jugak tak dapat nak buat setiap soalan dengan betul. cuma, sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lecturer kepada my uncle, yang ingin tahu adakah miera nie bermasalah dalam kelas sehingga gagal. jawapan lecturer itu "miera terikut-ikut kawan" dan setahu miera kawan-kawan yang rapat dengan miera semuanya lulus.. isk..isk..isk.. tidak mengapa.. semua itu ada hikmahnya. tak pernah rasa berdendam dengan siapa-siapa.

semester terakhir di UiTMCS, berjuang untuk mendapatkan diploma. segala-galanya berjalan agak lancar. sehinggalah tiba bab Final Year Project. report segalanya ok.. cuma, apabila tiba masa untuk hardware, bermacam masalah timbul. padahal, project teramatlah simple. sama taraf ngan budak-budak sekolah punye kerja kursus KHB.




yang paling haru apabila cuma mendapat tahu bahawa kami perlu membuat presentation kurang dari 8 jam presentation. bertambah haru apabila hardware masih menunjukkan sedikit kegagalan. triple haru, ketika itu, miera and group member masih berada di rumah. dan presentation berlangsung seawal 8 pagi. tapi alhamdulillah.. segala masalah berjaya dihadapi.. =)
 -sedikit majlis perpisahan dan restu ilmu bersama lecturer-lecturer EE-

sebelum tamat semester, UiTMCS telah mengadakan majlis pra-graduan kepada kami yang bakal menamatkan pelajaran di UiTM.. dan ketika itulah first time dalam hidup miera pegi ke kedai untuk di make-up kan, first time pakai hand bag dan first time pakai high-heel.. hahahahaha...


 

habis final, disambung pulak dengan kursus 3P. first time dalam hidup miera, masuk kursus yang mendalami ilmu komputer. dari sistem dan jugak hardware. tapi, tak der lah faham sangat. tau basic-basic jek.. hehehe..

kemudian, menunggu keputusan dengan penuh debaran. dah dapat keputusan, Alhamdulillah.. lulus dan sah miera dah grad dan dah ada diploma. untuk menyambut tamat study, uncle miera bawak pegi melancong ke Kuala Lumpur selama seminggu. dan inilah first tyme kitorang pergi tanpa ada perancangan. pegi kaunter tiket, tengok ade tiket. besok terus fly g KL..sorry lah kepada rakan-rakan yang marah miera sebab tak bagitaw awal-awal.. hehehe




sekembalinya ke Kuching, keputusan UPU pon keluar. dan miera berjaya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam. tapi apabila melihat keadaan keluarga yang tidak berapa nak stabil dan keadaan mak pon yang macam tak nak lepaskan miera. miera ambil keputusan untuk mengorbankan tawaran tersebut. in the same time, miera mencuba nasib untuk mintak tukar U ke UNIMAS.

alhamdulillah, mungkin berkat niat yang baik, miera berjaya masuk ke UNIMAS untuk ijazah miera. masih lagi kursus yang sama dengan UiTM tawarkan. mula-mula masuk tue, memang rase sedih sesangat. sebetulnya miera dah janji ngan member-member UiTM untuk kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Shah Alam. mungkin bukan rezeki. tapi miera yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat miera.

di awal semester, sedikit rasa memberontak muncul dalam diri miera. sangat tak puas hati kene tukar U. mungkin dengan sistem yang sedikit berbeda dari yang lama. mungkin jugak kerana kesorangan. membe-membe di UiTM tak payah susah-susah nak carik membe baru. masing-masing dah ade membe sendiri. miera lak, terpaksa buat kawan baru semula. tak der sorang pon yang miera kenal. dan almaklumlah, masuk pon dah minggu ke-4. banyak yang dah ketinggalan. ditambah lak, masuk-masuk kelas terus kene sit for quizes and tests. dengan assignment lagi, dangan lab report yang kene kejar. sedikit tekanan di situ.

tapi lame-lame.. ok lah.. boleh dah nak sesuaikan diri dengan persekitaran.

6.12.2010... hari yang paling bermakna buat miera..

Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM.. pada sidang ke-3 di UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan. miera dan rakan-rakan EE111 diraikan dalam majlis yang penuh gilang gemilang. terasa berbaloi segala penat lelah yang diharungi selama 3 tahun. terasa bangga melihat wajah-wajah yang sentiasa di sisi miera memberi sokongan fizikal dan mental serta kewangan sepanjang miera menuntut ilmu.

pict: Reborn Photography

tapi.. yang pasti.. segolong ijazah itu hadiah miera buat mereka yang telah pergi meninggalkan miera. Arwah nenek miera, Allahyarhamah Mahdiah bt Buji, arwah atuk miera Allahyarham Suhaili bin Ropa, arwah uncle miera, Allahyarham Marzuki b Hj Suhaili dan arwah bapak miera, Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.

mereka inilah yang menyunting semangat dalam diri miera. arwah nenek selalu marah miera sebab miera tak dapat mengekalkan 4A/5A dalam family miera dalam UPSR. dier selalu cakap miera dah malukan dier sebab miera cume dapat 3A dan miera tak dapat masuk sekolah menengah yang top di Kuching. Arwah atuk miera lak, dier yang selalu ikat miera kat pokok, kuncikan miera dalam toilet sebab kenakalan miera waktu kecik-kecik dulu.

arwah uncle miera sentiasa memberi sokongan kat miera. walaupon kadang-kadang miera gaduh ngan dier. he is my bestfriend. sehinggakan sehari sebelum dier meniggal, dier masakkan miera nasi goreng untuk breakfast. dier yang hantar miera ke sekolah kalau hari hujan. dan disebabkan pesanan terakhir dier jugaklah miera berada di UiTM.

arwah bapak miera.. sentiasa menuturkan sindiran buat miera. tak pernah nak puji. miera disindir ketika gagal dalam setiap test yang miera ambil. sehingga arwah pernah suruh miera stop belajar dan kawen.

apa yang pasti, setiap sindiran, setiap kemarahan itu miera jadikan sebagai penguat semangat untuk belajar. miera nak buktikan pada semua, tidak semestinya kita perlu berada di sekolah pintar, baru kita boleh berjaya menjadi seorang doktor, engineer, arkitek dan orang yang bergaji besar serta berguna. miera nak buktikan, walau kita gagal sekali, tak bermakna kita akan gagal untuk meraih kejayaan.tiap kali miera patah semangat, miera ingat balik sindiran dorang...

sekarang.. Alhamdulillah.. miera dah berjaya membuktikan hampir kesemua kutukan mereka tak betul.

pesanan miera.. think positive, take everything sebagai benda yang baik. jangan sesekali memikirkan setiap kata adalah penghancuran kepada kita... and u will success...

hidup kita ini ibarat roda.. andai kita di atas, bantulah mereka yang di bawah untuk kita sama-sama merasa kesenangan. dan apabila kita dibawah, ucaplah Alhamdulillah, kerna Allah masih sayangkan kita dan Dia sedang menguji kita, jangan pernah sesekali berputus asa untuk terus berada di atas.. ^_^

LOVE story?? not in 2010 I guess.. next tyme maybe.. ^_^

selamat tinggal 2010... semoga selepas ini.. lebih banyak perkara yang baik akan berlaku

Wednesday, July 14, 2010

..Apabila Saya Online..

assalamualaikum all..

hari nie, meh kite share2 ape yang anda akan buat bila anda online atau berada di hadapan PC/Laptop

kalau miera lak..aktiviti miera kalau on9 tak pernah lari dari beberapa perkara ini. My top list is CHATTING. hikhik

2 bulan lepas laptop miera buat hal, overheat. mule2 tue bile bukak program2 yang berat jek teros off. main game dalam application kat Facebook pon padam. kadang2 part paling parah bile bukak Microsoft Office pon padam. memang pressure gak lah tyme tue, lagi2 la dah nak hujung sem. assingment lak melambak + perlu gune software2 yang boleh tahan berat nyer. so, memang kene banyak2 bersabar la jawabnyer.

so, disebabkan diriku sudah ketensenan menggunakan laptop yang asyik padam..padam..dan padam ini, miera pon gune lah PC/laptop orang lain yang ade di rumah nie. dah name pon gune barang orang, tak boleh la nak online 24/7. yang paling wat mati kutu, dorang cakap, HARAM bukak MiRC. cettt.. bersabar jek lah den. tapi kadang2 curik2 gak bukak..huahuahuahua...

dah dapat balik laptop baru lah ku tersenyum bahagia kembali. miera suruh technician tue tukar fan, dier taknak. dier cakap dier wat cleaning service jek pon dah cukup. RM80 wat cleaning service okek!! tapi, yang tak bestnyer, sekarang nie pon kadang2 padam gak laptop nie..huhuhuhu..

eh..jauh nyer melalut..

meh kite terjah ape miera buat setiap kali online.. =)

1. Facebook
  •  untuk mengetahui update2 dari semua member2 dan ahli keluarga sekalian...

 


2. Check Email
  • yang nie just nak taw kot2 ada notification dari FB, ade komen terbaru kat blog atau promosi2 bookstore.
  • sekarang nie rasenyer YM miera ade virus kut, sebab kalau on jek, mule la nak hantar entah ape2 kat semua orang.. isk2.. so, miera on YM dari emel jek.
 

3. Blog
  • bukak blog, kalau ade orang tinggalkan jejak, miera g terjah..
  • tengok blog update kat list tepi tue.. so, wat korang yang tersenarai kat tepi tue, ^lurve_purple^ memang sentiasa bace blog korang. tapi, kadang2 malas nak tinggalkan jejak.. =)

4. MiRC
  • well.. miera nie dah cam addict lak ngan chatting nie.. dan pilihan miera MiRC.. sekarang nie miera tak layan sangat YM. kadang2 on YM pon sebab otomatik, check emel, YM akan on sekali. Chat kat FB pon serius miera tak layan.. dari dulu2 memang tak layan sangat.. so, kalau nak chat ngan ^lurve_purple^, join la MiRC k.
  • sekarang nie ^lurve_purple^ kebiasaanye ade kat DalNet (/server matrix.dal.net), server Sengal (/server irc.sengal.info) dan server MalayIRC (/server irc.malayirc.com)@ cenel kampung *promote2..hikhik*
  • untuk info anda, MiRC nie bukan sekadar untuk berchatting semata-mata, tapi ade gak cenel untuk main kuiz, uno, kaos dan macam2 lah.. dan terdapat banyak pilihan redio internet yang diterajui oleh user2 IRC nie.
 
-^lurve_purple^ ngah layan kuiz..top 10 tue.. hikhik.. yang kaler merah tue lak redio-

5. Radio

-dah main depan laptop nie, mesti la nak something tuk halwa telinga. so, miera akan on radio. sama ada radio yang selalu kite dengar lam kete tue or radio internet. kalau redio biase, miera akan pilih HitzFM online nyer. 
-bawah nie adalah redio yang akan miera on wat mase sekarang:-

  • miera baru jek berkenalan ngan redio nie. kalau nak taw, FrenzyFM nie bukan sekadar redio internet, tapi gak sebuah komuniti online. ala2 Facebook gak lah. dan lagi satu, dorang gak dapat dijadikan sebagai sebuah komuniti blogger. 
  • kat sini kite leh ade profile sendiri tuk add friends, join group, dengar radio, mintak lagu, chatting dan exchange link. 
  • kalau nak taw lebih lanjut, ape kate korang join sendiri k.
  • terima kasih kepada Nizam Limited yang memperkenalkan FrenzyFM kepada miera.
  • oh ya.. setakat nie, redio ini beroperasi 24 jam tanpa henti. cume kadang2 dier autorun jek, DJ2 dorang pon best gak.. dengar lah k.
 
-profile miera kat Frenzy-
 
-shoutbox untuk berchatting sambil exchange link-
   
 
-redio-

  •  nie lak radio yang di terajui oleh user2 IRC dan beroperasi secara rasmi di Server Sengal.
  • kat sini, kite boleh layan redio sambil chatting. 
  • redio nie wat mase sekarang nie tak on 24 jam. kalau ade DJ yang free dan line ok, dorang akan on redio. request lak boleh dibuat di server/cenel.
  • dah name pon Sengal kan, user2 kat sini semua friendly dan sengal tahap gaban.. hikhik..
-so, bagi korang yang tak der MiRC tue, jangan lah risau, korang still leh chat kat sini via web. janji korang ade java jek. -

6. Twitter
  • miera baru jek join twitter beberapa hari yang lepas. 
  • tujuan miera create account twitter ialah tempat miera luahkan perasaan sebab kat FB cam dah tak sesuai dah bcoz ramai dah family2 miera add miera. nak luahkan perasaan pon dah rase tak selesa sebab kite kene gak lah hormat dorang kan. kalau yang sebaya tak per gak, nie aunty-aunty, uncle-uncle, nenek-nenek.. cikgu2 pon ade. so, tak sesuai dah.
  • kat twitter gak la miera dapatkan update dari blogger2 yang hebat. sebab dorang rajin nak tweet2 new entry, so, indirectly miera dapat blogwalking.


yang tersenarai ini adalah perkara yang wajib miera bukak. yang sunat nyer banyak sangat...antaranya:-

baca suratkhabar online, blogwalking, sedut menyedut (download), bace gosip2, cuci mate, tengok video kat youtube, redtube dan xtube, stalking, carik note, carik buku, mengurat dan macam2 lagi lah..

so, anda pulak macam mana??? jom share.. (^_^)

p/s: i love to read.. tak semestinya membaca mesti baca buku/suratkhabar jek. blog, notes kat FB, status, komen kat FB pon boleh dijadikan bahan bacaan. kadang2 tanpa sedar, dari komen2 itulah kite dapat pandangan orang lain dari aspek yang berbeza.. (^_^)

Friday, June 25, 2010

..Yeay!! ^lurve_purple^ dapat award..

assalamualaikum all..

hari nie miera a.k.a ^lurve_purple^ dapat award....

sebelom nak dapat anugerah nak wat sedikit ucapan dulu...

*amek mood* ala2 menang anugerah grammy... =p

terima kasih wat nizam_limited yang menganugerahkan award ini kepada saya..sungguh tak di duga saya mendapat anugerah ini.. terima kasih diucapkan kepada seluruh keluarga saya dan sahabat handai..tak dilupakan juga kepada ikan2 peliharaan yang berada di rumah saya... ngeeee~~~




dan macam biase lah kan.. setiap award mesti ler ade dier nyer soalan.. meh kite same2 perah otak untuk jawab soalan... ^_^

1. Menarik tentang diri anda?
#suke gelak.. muakakakaka + kesengalan kadang kala melampaui batas

2. Ramalan anda pemenang World Cup tahun ini?
#pasukan SARAWAK... ngeeee~~~ (tak tengok world cup la yank..)


3. Warna baju anda hari ini?
#kat rumah kaler hitam... tyme tengok wayand tadi kaler hijau.. (psssttt.. baju luar jek kan?? ngeee~~~ )

4. Laman sosial kegemaran anda?
# adakah sosial yang membawa maksud interaksi bersama orang lain?? or so-si*l??? ape2 pon.. Facebook us my choice rite now.. adakah mirc juga termasuk dalam kategori ini?? 

5. Beri pada orang yang layak dapat award ni.

Friday, June 11, 2010

.:Alhamdulillah..Finally.. :.

assalamualaikum...

alhamdulillah.. semalam merupakan hari yang ditunggu2 bagi seluruh warga UiTM.. y?? bcoz semalam keputusan peperiksaan akhir sesi dis 09-mei 2010...

memandangkan sesi dis 09-mei 2010 adalah semester terakhir wat miera.. debarannya terasa amat2 kuat.. dalam student portal bagitaw keputusan akan dikuarkan 12pm a.k.a tgh hari tepat..tapi, cam biase lah, UiTM nyer server mesti jam punye, student kan ramai, smua bukak web yang same..

mule2 tue.. ok lah kan, exceeed traffic.. terima lagi, tunggu sampai pukul 3 ptg, masih lagi tak lepas2 nak masok, paling hebat pon login student portal. dah agak fed-up di situ. tdo dulu lah.. pukul 5 ptg try lagi..

mula dari 5 ptg sampai lah dekat nak pukul 12 tgh malam, miera tak buat kerje lain dah.. tekan refresh, F5, enter, left click mouse.. tue jek keje nyer.. sememangnyer exercise jari r semalam..

sampai lah miera nyer akaun kene banned sekejap, maybe sebab banyak sangat tempat di log in kot. sebab semalam miera gune semua laptop dan pc kat rumah nie tuk bukak student portal.. satu pon x berhasil.. memang hampeh lah...

tak taw lah naper server uitm sangat2 terok.. selalu pon macam tue jugak, biaselah kan..student ramai.. tapi sem nie lah miera rase paling terok..

last-last.. miera decide tuk tidak akan check result sehingga lah bangun pada pagi tadi..(pagi kah??) =p

dah nak masok tengah hari baru miera bukak student portal balik.. agak kecewa gak, sebab masih susah nak ditembusi.. setelah mencuba beberapa kali.. baru lah dapat tengok result.. tue pon bukan dari semak keputusan.. dari mini transcript.. tak kesah lah.. janji dah taw result..

agak bengang gaklah, try bukak beribu2 kali, tup-tup kat semak keputusan keluar "harap maaf keputusan belum dapat dipaparkan, sila cuba lain kali" (lebeh kurang lah ayat dier) mau tak bengang,,

ape2 pon...fuuhhh.. dah boleh tarik nafas lega..

Alhamdulillah... syukur kepada Allah...


-mini transcript miera-

miera lepas semua paper.. dan dah bergelar graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) UiTM...

sangat gembira..

peluk mak dah tadi.. then peluk anty.. nak peluk alem.. malu r plak.. huhuhu

happy memang happy.. tapi lebih banyak air mata jatuh sebab syahdu+pilu+sayu..

sepatutnya, kejayaan ini di kongsi bersama mereka2 yang terlalu ingin melihat aku berjaya dan yang banyak membantu aku dalam kehidupan sebagai seorang pelajar..

andai usia mereka dipanjangkan Allah.. sudah pasti mereka lah yang gembira sekarang..

Allahyarhamah Mahdia Binti Buji.. ingat lagi waktu dapat keputusan UPSR.. keputusan aku paling terok antara adik beradik.. habis dier mengamok satu rumah, dier cakap aku dah malukan dier..tapi waktu tue miera rilek jek.. ok lah tue, ade A.. bukannyer tak der A langsung kan.. kalau dier masih ade.. mesti sekarang nie dier dah kecoh cakap cucu dier dah grad engineer.. =)

Allahyarham Haji Suhaili bin Ropa.. nek Abuk.. mesti sekarang nie suara dier meninggi ke langit.. tanya itu ini.. hehehe.. daya pendengaran yang kurang produktif... ini lah orang nya.. yang bertanggungjawab menghantar miera ke sekolah kalau hari hujan.. dan sudah pastinya ketika budak2 bangang gaduh2 depan sekolah.. dier lah yang jadi bodyguard.. tak sempat beliau melihat cucu manja nya ini berjaya..

Allahyarham Marzuki Haji Suhaili.. uceng.. my 2nd father.. inilah orangnya yang menyuruh miera memasuki UiTM.. dan boleh dikatakan memasuki UiTM adalah salah satu wasiat terakhirnya.. teringat saat2 terakhir bersama nya di hospital.."A, masok UiTM ah" ..kata-kata itulah yang miera pegang setiap kali miera down. miera ingat pesanan dier tue. miera jadikan azimat tuk terus menempuh apa jua dugaan.. alhamdulillah... miera berjaya gak menunaikan hajat terakhir beliau..

dan yang paling miera nak sangat sekarang berada di sisi miera meraikan kejayaan miera nie..


Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.. bapak.. sepanjang miera menuntut ilmu, dari sekolah menengah sampai lah universiti.. ini lah orang nya yang banyak mencabar miera.. terlalu banyak cabaran dan makian yang dier telah bagi kat miera.. mungkin mule2 dengar rase cam nak terbakar jek nak mengamok..tapi, bile di fikir sejenak. miera jadikan itu sebagai cabaran buat miera..


miera masok ke Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya.. miera di sindir teruk oleh my family.. dan bapak lah orang yang paling selalu menyindir.. selalu membanding2kan sekolah miera ngan sekolah adik-beradik yang lain.. sekolah miera nie sememangnya sekolah yang paling teruk di Kuching nie..  dibandingkan pulak ngan sekolah paling cemerlang di Kuching.. dan turut menjadi salah sebuah sekolah cemerlang di Malaysia..


panas gua beb!! tapi.. miera nekad.. miera langkah jek kaki masok SMKPJ.. miera tanam dalam diri miera.. miera jugak boleh berjaya.. walaupon sekolah miera bukan sekolah yang baik..I WILL PROVE IT!!


alhamdulillah.. miera dapat buktikan.. miera berjaya masuk ke bidang engineering.. walaupun bukan Universiti oversea.. still.. universiti bertaraf dunia..


miera masuk UiTM.. amek bidang engineering.. selalu jek diperlekehkan.."mampu ker ko nak bawak engineering??" ayat bapak ku satu ketika dahulu.. tue jugak yang ku pegang.. study smart.. nak buktikan pada beliau I CAN DO IT!!!...


and now.. miera dah berjaya buktikan apa yang miera katakan satu ketika dahulu..


AL-FATIHAH buat mereka yang telah meninggalkan miera..


miera sangat2 rindu kat dorang.. betapa hati kecil miera mengharapkan agar mereka masih di sisi berkongsi kegembiraan bersama miera..

miera nak ucapkan Tahniah kepada semua sahabat2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.. dan tahniah gak sebab dah GRAD!! terutama sekali tuk my schoolmate, Nur Hasziana yang berjaya mendapat anugerah dekan buat sekian kalinya lalu mendapat Anugerah Naib Canselor.. dan tak ketinggalan gak Dedeq pelajar cemerlang UiTMCS(diploma) semester lepas.. ramai gak membe2 dapat anugerah dekan sem nie.. CONGRATZ all..

last but not least..


THANXZ ALL.. FOR EVERYTHING.. TO ALL MY FAMILY ESPECIALLY MY MAK, MY SIBLING, MY UNCLE2, MY AUNTY2, ALL MY LECTURERS AND ALL MY BELOVED FRIENDS.. THANXZ FOR UR SUPPORT FOR THIS 3 YEARS.. BAIK DARI SEGI KEWANGAN, FIZIKAL DAN MEMBANTU MIERA DALAM MENGAWAL EMOSI..

Wednesday, May 26, 2010

..Siaran Langsung Terakhir dari Makmal Komputer 5.. Goodbye... :.

assalamualaikum all...


first skali.. kite layan lagu nie dulu k.. sambil dengar lagu sambil bace en3 ngarut nie best jgak..




hari nie merupakan hari kedua terakhir program 3P kitorang.. hari nie last kitorang masok kelas dari pukul 9 sampai kul 5..

besok last day, kitorang akan menduduki satu lagi test code 702 untuk melayakkan kitorang mendapat sijil ComptiaA+..



semalam pon kitorang dah test.. code 701.. Alhamdullillah... miera lulus test tue.. mudah-mudahan esok juga dipermudahkan.. amin...

terasa sedih jek... yerlah.. esok bukan setakat hari terakhir miera menyertai program ini..esok juga mungkin menjadi hari terakhir miera sebagai seorang pelajar UiTMCS.. insyaAllah...

dan mungkin juga menjadi hari terakhir miera bersama rakan-rakan same course.. yang dah bersama miera selama 3 tahun.. banyak suka duka dah di lalui bersama..


siyes sedih dah nie.. *control air mate dari jatuh..malu lah den kalau nangis nie.. budak2 laki banyak la plak dalam kelas nie.. *

miera berharap sangat2.. dengan adanya sijil kursus ini, peluang kerja tuk miera bertambah luas.. dan miera gak boleh aplikasi apa yang di ajar dalam kehidupan seharian miera..

mungkin jugak ade yang gelakkan miera, "orang lain dah berkurun taw pasal selok belok komputer, ko lak baru nak belajar.. Loser.. Noob.. " tapi.. nevermind.. at least i have effort to learn.. better late than never.. kan??

dan mudah2an gak, dengan adenyer pengetahuan ini, akan di lakukan untuk jalan yang elok.. bukannyer digunakan untuk menunjuk2 ker, memusnahkan orang lain ker.. menyalahgunakan ilmu yang dituntut..

hurrmm.. sungguh cepat mase berlalu.. rase cam baru semalam miera cakap yang miera akan menghadiri kursus 2 minggu lepas habis exam.. pejam celik pejam celik.. dah habis pon kursus..

dan masih jugak terbayang di mata, hari pertama mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteaan Elektrik (Elektronik) di UiTM Kota Samarahan ini..

mate bengkak lagi waktu tue.. tarikh mendaftar lak 7 hari lepas pemergian arwah uncle (Uceng).. baru nak pujuk mate, jangan menangis lagi.. dah kene berpisah dengan seluruh isi rumah..

walaupun tak lah jauh mane.. cume 45 minit perjalanan dari rumah ke UiTM.. memang terasa sangat2.. mungkin disebabkan tidak pernah berjauhan dengan family.. dan mungkin juga miera merupakan anak manja..

masih segar di ingatan.. arwah Bapak *tarik nafas panjang2.. tahan diri dari menangis..* hantar miera ke UiTM ini.. dengan bertongkat.. sebab waktu tue arwah baru lepas operation kaki bcoz of infection kat kaki dier + dier menghidap kencing manis..

walaupun bertongkat.. tetap gagah hantar anak dier yang sorang nie masok U..

*dah tak mampu tahan air mate dah*

miera ingat lagi..waktu tue.. miera masok hostel.. bilik miera tingat 2.. pastu.. jalan dari parking untuk tempat register pon jauh.. dier ikut miera sampai register jek.. pastu dier ngadu penat..

lepas miera masok bilik..hantar barang semua.. jumpe dier kat kantin.. macam biaselah.. dengan sifat pemurah dier tue.. dier belanje makan sape-sape yang dier kenal kat kantin tue..

I really2 miss him...

beberapa hari lepas miera termimpi dier..dier panggil miera...

"A..ctok lok.. tolong beli Ayam Masak Merah k bapak.. dabel ah.."

dalam mimpi tue.. dier temgah duduk ngan member dier kat kedai makan.. miera renung jek muka dier..muke cam biase miera tengok.. bersih..segar....

*aduhh.. dah basah habis tisu nie...*

ok2.. kite kembali pada topik asal..

dah hujung2 nie.. baru la rase seronok ckit.. miera akui lah.. miera kadang-kadang tak selesa gak lah kat cni.. sebab mule-mule dulu.. budak2 laki nie tak nak layan miera sangat.. kebelakangan ini jek baru ok..

bukan ler nak mengatal *cikit ade lah..hohohoho* tapi memang siyes.. miera kurang selesa bergaul dengan perempuan.. lagi selesa bergaul dengan laki.. naper eh??? entahlah.. mungkin persekitaran miera dari kecik macam tue kot..

tapi.. sebetolnyer.. miera tak reti berkawan pon.. huahuahuahuahua... anti-social ckit.. ngeeee~~~

dah lah.. melalut2 dah cite nie,, aku sendiri dah naik bosan nak taip...

di kesempatan ini.. miera ingin mengucapkan ribuan dan jutaan (K + M= ??) kepada semua rakan-rakan miera yang sangat2 menjaga miera sewaktu program 3P nie dijalankan.. temankan miera makan.. sediakan payung dan sudi memayungkan miera ketika hujan hari tue.. terima kasih banyak-banyak...

special thankz jugak kepada mereka2 yang terlibat dalam memberi semangat dan sudi mem"back-up" miera sewaktu kes palat-memalat hari itu.. thanx guyzz... lebiu.. ^_^

seribu kemaafan ku pohon kepada semua rakan2 yang pernah ku kenali sewaktu menuntut ilmu di UiTM Kota Samarahan ini.. mohon di halalkan segala yang pernah kita kongsikan bersama.. mohon dihalalkan segala ilmu yang pernah miera belajar dari korang semua.. halalkan jugak hutangku..

dan sekali lagi.. TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA... jasa anda semua tidak akan dapat miera balas.. hanya mampu miera bermohon kepada Allah untuk membalas jasa2 anda.. semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di hari kelak.. amin...

sedeh la plak rasenyer.. updet blog kali terkahir menggunakan PC dan internet UiTM nie.. walaupon selalu ku maki hamun wireless UiTM.. tetap gak dia menjadi pilihan ku untuk mengetahui keadaan dunia... thankx UiTM.. ^_^


oh ya..trainer 3P kitorang belanje kitorang makan KFC sabtu lepas.. kitorang bayar 5 henget sorang jek.. yang lebih tue dier yang payung.. kitorang dapat snack plate sorang satu.. tq SIR PATRICK ANAK ANJAN.. (extra ucapan: Selamat Hari Gawai..Gayu Guru Gerai Nyamai wat sir..)

-trainer kitorang... Sir Patrick-

last but not least to all my fren..



nota ngegade:
  • ade orang tue cakap miera hipokrit.. ini bukannyer kali pertama dier cakap macam tue.. dah banyak kali dah.. so, i think.. maybe he is so true.. -_-
  • hari jumaat nie makan hol ke 3 arwah Uceng.. Al-fatihah...
  • wish me luck for my test esok... tq..
thankx to: pakcik google.. yang membantu ku mencari gambar...

Thursday, May 20, 2010

.:Laporan Dari Makmal Komputer.. Aku Bosan.. Lalu Menjawab Tag:.

assalamualaikum all... sekarang nie adalah lunch hour.. tapi tea break pkul 10 tdi lg ktorang dah makan.. almaklumlah.. hanya sebuah kedai makan di buka.. student lak ramai.. so, kene lah ambik peluang yang ada...kalau pergi sekarang.. confirm.. xder makanan dah..

nak wat skodeng2 blog orang len pon tak dapat.. line macam ntah hape2 dah.. so, miera decide nak wat tag dari Nuz... ^_^

Rules :
It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real..




nak pakai name ape eh?? my full name Dayang Siti Amira.. or nak gune Miera or nak gune Purple??? hurrrmmmm... which one nie??? 


 
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...


1. What is your name : Miera
2. A four letter word : Masa
3. A boy's name : Myzlan
4. A girl's name : Maimunah
5. An occupation : Mamak.. errkk mamak occupation eh?? hahahahaha
6. A colour : Maroon.. *teringat kat someone.. ckp nak kawen pakai tema kaler Maroon..oh someone.. where r u rite now?? hukhuk...*
7. Something you wear : Mask.. tyme H1N1 n Jerebu.. =p
8. A food : Manok Masak Merah.. *TRANSLATION Manok (bahasa Sarawak) = Ayam @ Chicken*
9. Something found in the bathroom : Mangkuk Tandas.. *terbaekk*
10. A place : Mekah.. *harap sangat2 dapat pergi sini.. tak dapat jumpe arwah Bapak.. tengok kawasan dier dikebumikan pun cukuplah.. Al-FATIHAH*
11. A reason for being late : Mak saye selesema... =p
12. Something u shout : Muka Ko Diat!! *marah*
13. A movie title : My Spy.. *tak tengok lagi cite nie..*
14. Something u drink : Milo Peng Kaw Punya... yummmyyy...
15. A musical group : Mestica *insaf 5 saat*
16. An animal : Monyet..
17. A street name : Matang Jaya
18. A type of car : Motorola.. =p

tag 20 people eh?? sape??? sape2 lah rase nak buat atau yang tengah kebosanan macam aku sekarang nie.. budak2 laki nie smua ngah main game.. hurmmm....

Wednesday, May 19, 2010

.:Siaran Langsung dari Makmal Komputer 5.. Apa itu PALAT:.

assalamualaikum all.. selamat pagi.. dan salam satu Malaysia... semoga hari ini membawa seribu makna bagi anda...

AMARAN KERAS: ENTRI INI MENGANDUNGI PERKATAAN YANG "EKSTREM"... SILA KERING KAN ATY ANDA KALAU ANDA SEORANG YANG SENSITIF DAN TIDAK SUKA PERKATAAN2 YANG TIDAK ELOK.. ATAU OPTION LAIN.. SILE CLICK "X" DI BROWSER ANDA.. TERIMA KASIH..

Bertemu kembali kita dalam amiera25.blogspot.com.. hari ini masih lagi membuat siaran langsung dari Makmal Komputer 5.. tapi.. laporan adalah something yang tiada kene mengena dengan ini kursus.. harap maklum..

memandangkan trainer belum lagi meng"start"kan kelas.. meh ler kite wat story telling ckit..

Sebelum itu.. let me ask u.. ade ker dalam bahasa malaysia standard perktaan PALAT??? 

 -poster KAMI.. buruk sungguh edit.. hahahahaha...-

dalam poster kami the movie.. tagline filem ini is Hidup Ini Memang PALAT Tapi Esok Masih Ada...

tak taw la plak kan.. klu ini just bahasa pasar.. i means word yg digunakan utk percakapan harian jek..dan bagi interpretasi miera lak.. tagline KAMI itu membawa maksud Hidup Ini Memang Tidak Adil..tapi esok tetap ade dan kite kene terus mengharungi hidup walaupun ianya tidak adil.. menurut pemahaman miera lah kan...

eh.. berjela lak mukadimah..

klu dalam Bahasa Sarawak.. PALAT ini membawa maksud di khianati.. atau dalam konteks persahabatan mahupun relationship.. PALAT ini membawa maksud ditikam dari belakang.. atau bak kate org2 tua.. Back Stabber la maksudnyer..

-amaran keras: kePALATan berlaku di mana2 saja-

perkataan PALAT nie miera dah dengar dari kecik lagi.. selain dari perkataan2 lain yang berunsur kelucahan atau lebih tepat lagi.. makian.. org2 tua selalu sebut.. TA*K PALAT... yang nie ai tak taw membawa maksud ape.. mungkin dah busan kut sebut perkataan KIM*K atau C*L**A dan perkataan2 yang seangkatan dengannya..

dipendekkan cerita.. PALAT ini adalah satu perkara yang tidak baik..rasenyer tak der sape pon rase mengkhianati dan dikhianati adalah satu perkara yang baik... walaupun mungkin si peMALAT ini merasakan dia hebat melakukan kePALATan..

bagi yang diPALAT??? rase macam jatuh dari tingkat 30 bangunan... yerlah kan.. kite dah bagi kepercayaan.. kite cite semua permasalahan.. kite berkongsi pelbagai perkara.. last2 kite dikhianati.. rahsia kite yang kite simpan selama ini elok2.. boleh diketahui umum macam tue jek...

errkk.. macam bosan la plak cite nie..

naper eh aku post entri pasal PALAT nie???

sebab lately.. perkataan yang banyak hadir dalam hidup miera is PALAT..

kePALATan berlaku sana sini dalam hidup miera sekarang.. ade yang PALAT dengan member, ade yang PALAT dengan orang ramai... ade yang PALAT ngan family.. haisshh.. macam2 lah..

 -translation: Pemalat sebenar dimotivasikan oleh kepentingan diri sendiri-

ape2 pon.. miera doakan semoga si peMALAT ini sedar kesilapan diri.. orang dah bagi kepercayaan kat anda tue.. jagelah betol2 kepercayaan itu.. dan tolonglah fikirkan tentang orang yang anda PALATi itu..

sekarang nie miera sendiri berhadapan dengan insiden PALAT-MEMALAT ini.. tapi.. ai kene cool.. klu ai melatah.. tak akan setel nyer masalah.. so, klu anda berhadapan dengan situasion PALAT MEMALAT ini.. jangan lah terlalu cepat melatah..

dan.. pastikan apa saja yang anda buat, ape yang anda cakap, di buat dan diucapkan di hadapan orang yang betul2 anda percayai..

bagi yang mendengar cerite lak.. wat analisa yang lengkap.. dengar betol2 cerita yang disampaikan.. fahami btol2 ayat yang di ucapkan supaya anda dapat menyebarkan maklumat dengan tepat.. dan ceritakanlah pada orang lain dengan LENGKAP.. jangan hanya menceritakan part2 tertentu sahaja.. dan jangan jugak menyebarkan cerita kalau anda sendiri tidak pasti..

oh lagi satu...jangan terima bulat2 cerita @ gosip yang anda dengar dari mulut orang.. unless orang yang menceritakan itu adalah objek itu sendiri.. dan sile jangan menilai dari sebelah pihak jek.. dengar dulu penjelasan dari pihak sane.. then baru kite wat conclusion..

PERINGATAN: CERITA YANG DI BAWA DARI MULUT KE MULUT AKAN MENJADI SAMPAH KERANA TERLALU BANYAK IKLAN DAN ANASIR2 LUAR YANG TERMUAT DALAM CERITA TERSEBUT.. cite asal adalah A.. bile dah diceritakan dari mulut ke mulut jadilah ABC12abDEhik45GmnyH67IzJKL8.. so, nilai lah sebaik-baiknya semua cerita yang anda dengar sebelum menjatuhkan hukuman..

nota saje2:
  • i can guess who r u.. because i know and i remember to whom i speak this thing... but never mind.. i forgive u.. because we never know what r waiting for us tomorrow.. mungkin ajal kite sampai besok.. tak sempat nak mintak maaf.. or mungkin gak besok2 ko jadi laki aku ker, jadi adik ipar aku ker, jadi salah seorang family aku ker.. or jadi bos aku ker kan.. we never know..
  • thanx to U.. because give me a chance to explain what actually had happened and what had i said.. i respect u because u take action base on ur mind not based on ur emotion.. thanx once again.. 
nota ngade2:
  • jangan cabar aku untuk buat kePALATan yang besar.. ko tak kenal lagi sape aku..
    akulah....
   


          superhuman..manusia normal yang mempunyai tahap kesabaran yang rendah.. namun akan ku perutuhkan tahap kesabaran ku..
  • im trying to be a better person.. so, please help me.. tegur lah aku kalau aku ade wat salah.. marahlah aku andai aku menyakiti mu.. makilah aku andai aku telah mengaibkan mu... but, please.. come to me as a human.. not a monster..

Monday, May 17, 2010

.:Laporan Tertunda dari Makmal Komputer 5 (with pictures):.

assalamualaikum all.. 

sebelum miera share aktiviti2 kitorang last week.. miera nak ucapkan salam Takziah buat keluarga Allahyarham Encik Jelani yang telah kembali ke rahmatullah pada malam semalam...
Allahyarham merupakan jiran kitorang dan sahabat baik arwah bapak, arwah uceng dan arwah datuk miera, abuk.. arwah gak orang surau yang aktif.. bak kate arwah bapak miera.. saat2 taat..agak jarang melihat arwah tidak mengerjakan solat di surau.. 5 waktu..5 waktu gaklah arwah akan solat di surau..

seluruh family miera akan merasakan pemergian beliau.. walaupun tidak rapat..tapi arwah lah yang selalu mengetuai solat berjemaah di rumah kitorang kalau ade kenduri tahlil..dan arwah gak seorang yang sangat2 baik dengan arwah bapak miera..kadang2 dier akan singgah ke rumah kitorang untuk bertanya khabar mak..

pemergiannya miera anggap sangat2 mulia.. arwah meninggal di rumah Allah.. Surau Taman Sejoli pada malam semalam antara waktu Maghrib dan Isya.. rebah ketika kuliah.. sangat mulia pemergiannya kan?? menemui Penciptanya di rumah Allah.. ya Allah... sungguh mulianya beliau disisi Mu.. mudah2an kita yang belum sampai ajal ini terus berusaha untuk memperoleh kematian yang mulia...

AL-FATIHAH

***************************************
hari nie just nak share gambar2 yang telah di snap during our 3P program... jom kite jamu mate...


    
-khusyuk tue...-


 
-study2.. markah per 950 tue.. bkn 100-
 
  
-aktiviti di waktu rehat.. rehat ker?? teettt!!-

-our trainer and Berita Harian free.. ^_^-
 
    
-dalam perjalanan mencari makanan on Saturday.. satu kedai pon tak bukak kat UiTM..hampeh..-


 -causes: FB tidak di block on saturday.. =p -
  
-mcD after the class..-

  
-cakkk!! nyum2...-

 

-Harris.. agak2 ley x lawan khai mamam Mega Mc?? harris habiskan McChicken + fries + McSundae + belasah Big Mac lagi kat rumah..huahuahua...- 

 

-lunch kat restoran belakang UiTM..licin woooo.... and im the only gurl... thanx guys sebab memayungi ku ketika hujan... hahahahaha.. -

-Arisha and Miera this morning..chumeeelll!!-

~PLEASEE.. BE SENSITIVE WITH OTHER'S FEELING.. WAIMA KAWAN SENDIRI.. WALAUPON NAMPAK CAM HAPPY.. PLEASE JANGAN MAINKAN ISU SENSITIF.. WALAUPUN ABANG2 AND KAKAK KU DAH KERJA.. TAK KAN SAMA DENGAN KEHIDUPAN KU WAKTU BAPAK ADA.. ~

Sunday, April 4, 2010

.::First Time::.

 assalamualaikum all...

*tgok jam*..

semalam, 3/4/2010, miera telah menghadiri DINER PRE-GRADUATION NIGHT..

fuuhh.. best ker?? boley lah...

pejam celik..pejam celik...dah 3 taon miera berada di UiTM... mcm2 dah di lalui.. macam2 dah dipelajari... yang baik banyak, yang x baik pon banyak....

dan banyak benda yang miera lalui semalam adalah yang pertama kali a.k.a 1st time...

perkara-perkara 1st time miera lalui semalam :


  • pergi Dinner bukan dengan family
  • berhabis duit membeli persiapan untuk ke Dinner... *tp, fully sponsor.. thanx anty n mak*
  • menghadiri majlis dinner UiTM *sbb x penah dapat anugerah dekan..uhuk2*
  • wat facial treatment *RM 35.. fully sponsor too*
  • make-up yg btol2 mekap.. pakai eye shadow complete smua.. *RM 25.. pon fully sponsor*
  • pakai hand-bag
hamek ko!!! ladies nyer sayer semalam yer.. pakai high-heel lg tue..

part mkn2 tue biase2 jek.. since miera dah penah dinner kt hotel tue ngan tempat kerja arwah Bapak dulu.. so, miera rase ade lagi hotel yang lebey sedap makanan dier.. upss..lupe lak gtaw tempat ktorg dinner... Riverside Majestic Hotel, Kuching..

ramai student yang hadir dinner malam tadi.. 75 table=around 750 orang...  dan tema nya pulak 1 MALAYSIA + Korporat...

tahniah gak diucapkan kepada penerima2 Anugerah Pelajar Cemerlang bagi setiap Fakulti...Hasliadi bin Guliga (Fakulti Kejuruteraan Elektrik, our faculty okek), Hafizul a.k.a Dedek (Pengurusan Maklumat, merangkap kembar aku sbb sama tarikh lahir.. hehehe) dan Iela ( Fakuti Bangunan, ex-jiran miera kt hostel)...

oh yeaahh.. Dedek gak telah dipilih sbg Peljar Cemerlang Keseluruhan bg Diploma.. waahh.. bangga doew.. wpun x rapat... hahahaha...

p/s nanti upload pict...

~LOVE PEOPLE AROUND U~

Sunday, March 28, 2010

.::CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..::.

assalamualaikum all..

seperti yang dinyatakan pada en3 yg lepas..

miera nak join satu contest.. memandangkan adiahnyer agk lumayan bg seorg student mcm saya... lg2 la nak ujung sem nie.. duit PTPTN pon dah hbis.. dah start ikat perut skrng nie.. tp perut x gak kempis2.. mkn mbsr lak dier...

nak cite ckit pasal contest nie.. di anjurkan oleh seorang jejaka ensem.. *kasik puji ckit nie* dan dgr citenyer sgt gila kan kaler kuning.. no wonder la byk gmbr dier pkai baju kuning.. =p.. siapakah gerangan penganjur nyer?? meh kite terjah ramai2... [Lelaki Ini]

jom kite start...




soalan yg perlu di jawab dlm kuiz ini ialah.. APA SAYA NAK BUAT KALAU DIBERI RM 100...

memandangkan miera ngah btol2 kering skrng nie.. mcm2 yg nak di beli.. tp.. list bwh nie dah di-short-listed-kan...

1st skali..
nak beli bende alah nie..


ape kah ini??
ini namenyer.. contact lense..

reason??? 
tbe2 terasa ingin nak pakai..
tuk pergi dinner Malam Pra-Graduan next week
lgpon.. cam best jek nak ubah imej..
mane ler taw nmpk lg chumel kan??
uweeekkk... *muntah darah aku bace*



-kaler mane nak pilih nie eh???-

+  sepupu sy, Aiman pon dah pakai mende alah nie.. nak jgakk!!
dulu2 pernah nak try.. 
tp takot "cucuk" mate sendiri..
seram gue.
tp memandangkan skrng nie hari2 dah pakai eye-liner..
xder mslah lg kut..

contact lense nie.. baru RM 30..
ade lagi balance..

2nd
nak beli novel..
sbb skrng nie gler2 bosan kt hostel..x taw nak bace ape dah..
line tenet pon sengal.. klu x, ley gak bkak2 blog korang kan...

dan novel pilihan saye adlah..




CAN YOU KEEP A SECRET BY SOPHIE KINSELLA...

dah tgok review buku nie..
mcm best jek..
tros berminat nak beli..
pastu.. ley jadi sbg ulangkaji tuk amek MUET gak..
mane ler taw writing nanti dpt markah gempak... *insyaAllah*

harga dier.. RM 35 kut..
- ngan less sbb jd membe bookstore.. around RM 30 la kut..

uuu.. msh ade lg balance nie.. nak beli ape eh???

3rd..
kecantikan sudah.. buku pon sudah.. tbe2 la plak wase lapar kan?? so, duit lebey tue nak g bli mknn la plak... balance pon nmpk cam byk lagi.. so, meh kite beli tuk family skali.. *lagi afdal*

my choicee???


-KFC twister.. mengidam nyer nak makan nie...-

klu x pon..

-nak carbonara.. pleaasseee....-

and tuk my family lak..



-kfc family feast-

or 

-pizza hut tuk adik2 ku... lame dah dorang x merasa... huhu-

cukup ker???
ker dah melampaui batas RM100?? xper2.. nanti kite korek tabung k..  wat duit tambahan.. =p

nie ant yg btol2 rase nak skrng nie... 

selain yg dlm list nie.. miera nak beli shawl.. nak tambah koleksi...

pastu.. tuk laptop nie lak.. maybe nak kne anto kedai.. tp..klu bayor melampau2.. x mampu la den.. klu stkt tukar fan.. boley la kut... 

itu lah dier.. klu ade RM100.. mcm2 ley dpt.. imej pon bertukar, ilmu pon dpt.. perot pon kenyang... bahagia idup... ^_^

p.s: smua pict di culik dr uncle google yg sgt2 baik hati...

..Doa untuk mencari pasangan..