Friday, May 20, 2011

..Aktiviti Hari Khamis: Nur Kasih The Movie..

assalamualaikum all..


hari ini (19 Mei 2011) bermula tayangan Nur Kasih The Movie.. kesinambungan dari drama bersiri Nur Kasih yang ditayangkan di TV 3 tidak berapa lama dahulu..

secara jujur ingin saya katakan yang sebenarnya saya tidak pernah mengikuti secara serius drama bersiri ini, hanya menonton satu atau dua siri. memandangkan ketika drama ini disiarkan di TV, bapak baru saja meninggal, dalam keadaan sedang berkabung dan bersedih, memang tak der minat langsung nak follow..

cuma taw sikit-sikit jek cerita ini berdasarkan cerita dari member2 termasuk la member2 laki yang mengikuti cerita ini dan tak kurang juga mereka yang meminati Tiz Zaqiyah. rasanya, kemunculan filem ini sangat-sangat dinantikan oleh penonton yang sememangnya mengikuti perkembangan drama Nur Kasih..

kebelakangan ini, kerap kali trailer Nur Kasih The Movie di mainkan di TV3, tak da niat langsung nak pergi tengok. ok! saya tipu, ada rasa nak tengok tapi, tak da lah penuh harapan.. kalau ada rezeki nak tengok, tengok lah kan.. tiba-tiba pagi tadi, ada sorang membe skolah tweet bagitaw dier nak tengok Nur Kasih dan carik sapa yang sudi temankan... dan saya pon tanpa ada niat mereply tweet berkenaan dengan "aku!! tapi ko kenak spons.." dan beliau terus mereply "petang kelak ku ambik kau.. lak mesej"

penghujungnya, pukul 3.30 petang, saya berada di dalam panggung di MBO, The Spring Kuching bersama 2 rakan, dan sebungkus pop corn.. tiket + pop corn + air + minyak kereta semua nya di sponsor oleh Siti Sabariah.. thanxzzzzz a lot bebeh.. masok dalam panggung, tiga-tiga buat pengakuan, tak ikut drama cerita tue.tapi semangat nak tengok mengalahkan orang yang betol-betol follow... ngehehehehe.. dan panggung ketika itu agak kosong, tak sampai separuh mungkin sebab dah habis lunch hour dan bukan hujung minggu or mungkin gak orang pergi ke panggung lain..


-tiket wayang.. bukti saya btol-btol menonton wayang.. hehe-

berbalik kepada Nur Kasih The Movie, seperti semua orang sedia maklum, filem ini adalah kesinambungan dari drama Nur Kasih sendiri yang mengisarkan kisah percintaan di alam perkahwinan di antara Nur Amina lakonan Tizz Zaqiyah dan Adam lakonan Remy Ishak..

filem ini banyak menggunakan unsur-unsur "flash-back" di mana penonton di bawa melihat penghujungnya kemudian barulah diceritakan secara teliti.. so, make sure anda menonton filem ini dengan penuh konsentrasi supaya orang sebelah anda tak perlu menceritakan lagi kepada anda apa sebenarnya yang telah terjadi..

permulaan kisah ini sudah cukup menyedihkan apabila meliha Aidil lakonan Fizz Fairuz menghadapi kehilangan seorang yang amat di sayangi nya.. memang payah menghadapi kehilangan seseorang dalam keadaan kita tidak bersedia

filem ini juga menggunakan teknik seperti seseorang menceritakan kembali kisah hidup 3 insan ini.. suara Dato' Rahim Razali digunakan, tak dinafikan gak la, alunan suara beliau sedikit sebanyak menghidupkan filem ini..

lepas tu, penonton akan disajikan dengan banyak pemandangan yang indah di pertengahan filem ini di mana lokasi pengambaraan ialah di Jordan.. seriously sangat-sangat indah pemandangan nya walaupun hanya batu-batu besar di padang pasir.. bak kata Nur Amina "Masya Allah.. macam lukisan" di jawab pulak oleh Adam.. "Lukisan Allah Nur" =) tidak ketinggalan gak dengan kehijauan sawah padi.. nice..nice..nice.. ^_^

di samping itu, saya melihat filem ini mempunyai kekuatan di atas setiap pelakon nya.. tahniah kepada semua pelakon yang begitu menghayati watak dan berjaya membawanya dengan superb!! anda tak akan melihat satu pun watak yang lakonan nya "keras" dan mimik muka tak selari dengan apa yang diperkatakan..

selain jalan cerita ini sendiri yang menarik, lagu-lagu dalam filem ini juga sangat indah dan mampu membuatkan air mata anda tanpa segan silu berguguran umpama mutiara.. antara lagu yang digunakan ialah Lagu Kita (aizat), lagu dari Bob AF2, Mila AF (yang nie membuai perasaan di penghujung filem) dan beberapa lagu lain dan sudah semestinya lagu utama filem ini sendiri Nur Kasih dendangan Yasin dan Tizz Zaqiyah sendiri.. yang frust nya ialah.. lagu ini hanya dimainkan sedikit sahaja.. huh..

namun, sedikit kelemahan filem ini pada pandangan saya ialah.. jalan penceritaan yang terlalu banyak flashback dan suspen yang menjadikan penonton mula keliru.. mungkin Kabir Bahtia ingin menimbulkan unsur suspen dan lain dari filem melayu yang lain, tapi saya sebagai penonton mula merasa keliru dan membuat andaian sendiri mengenai perjalanan hidup Adam, Nur dan Aidil..

walaupon malu nak mengaku.. tapi bagitaw gak lah.. saya menangis dalam panggung dari awal sehingga akhir filem ini.. sobsobsob..  dan ini adalah kali pertama saya menonton filem cinta Melayu di pawagan selepas cerita Sembilu berpuluh tahun lalu.. sebab nya.. filem cinta Melayu hampir kesemua nya sama.. dan Nur Kasih The Movie telah memberi satu cerita lain dari lain..

so. overall saya bagi 4.5 dari 5 bintang... and two thumbs up untuk filem ini..

kepada sesiapa yang tak tengok lagi tue, sila lah pegi tengok.. tak rugi pon korang tengok filem ini.. oh ya, pelakon dalam filem nie banyak yang comel dan berlesung pipit.. Mia Sara, Alias (abang Mia Sara) mate dier sangat cantek.. Fizz Fairuz dan beberapa kanak-kanak Arab.. comel lagi hensem okeh.. =)

extra: lepas tengok wayang, jumpa membe-membe lama kat Kubah Ria. lama gila tak jumpa dorang nie.. akhirnya boleh chill out sesama... ^_^

2 comments:

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..