Showing posts with label CUTI. Show all posts
Showing posts with label CUTI. Show all posts

Monday, May 2, 2011

.."pecah laju" di hari isnin..

Assalamualaikum all..

Hari ini, cuti hari pekerja dan miera masih lagi kat rumah. Tak balik hortel lagi. Hehe.. Ilek lu..


So, bersempena ngan holiday hari nie, abang miera ajak "pecah laju" (baca: breakfast) kat luar.


So, hari nie kitorang sefamily makan kat Bombay Masala.. Makan makanan india.. So, inilah menu2 yang sempat d snap.. Teehee~~~


Nasik beriyani, tosai bnd peria goreng..


Burppp.. Alhamdulillah..


P/s: wish me luck for my paper tomorrow and on wednesday..

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Friday, December 31, 2010

..31 Disember 2010..

assalamualaikum all..


di hari terakhir bagi Tahun 2010 ini, miera tak der ape sangat nak di ceritakan. everything happen biasa-biasa jek 2 3 minggu nie. nothing special.

terasa macam baru semalam miera berada di 1.1.10, dengan sedikit perkara yang menjengkelkan berlaku. tup..tup.. esok dah 1.1.11.. 4 1 esok.. mesti ramai yang melangsungkan majlis kan? oh.. miera gak nak ucapkan tahniah buat sahabat MiRC miera, sis Wailin yang bakal melangsungkan pertunangan besok. akhirnyaa.. bertemu jua dengan jejaka idaman.. hehe..

sebelum 2010 melabuhkan tirai.. jom bersama miera mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada miera sepanjang 2010..

pembukaan 2010 amat menyedihkan, di akhir 2009, tanggal 9/11/2009 ayahnda kesayangan kami meninggal dunia di tanah suci Mekah. sesuatu yang sangat perit untuk dilalui. tapi, siapalah kita untuk melawan kehendakNya. segalanya diterima dengan redha. awal tahun disambut dengan hanya kenangan bersama arwah.

1.1.10 berlaku sedikit ketegangan.. entah di mana silapnya. miera pon tak pasti. cuma, apa yang pasti setiap manusia pasti ada kelemahan masing-masing. dan jagalah perlakuan, jagalah kata-kata untuk sama-sama kita menjaga hari orang lain dan juga diri sendiri. jangan sesekali kita menghina orang lain walau sejijik mana pun individu tersebut. siapa tahu, suatu hari nanti, kita yang berada di atas ini, akan menjadi lebih jijik dan hina dari dia. dan tak siapa dapat menduga, mungkin suatu hari nanti, keseluruhan hidup kita ini bergantung pada orang yang pernah kita hina.. kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.

3.1.10 majlis perkahwinan penuh gilang gemilang berlangsung dalam keluarga kami. pernikahan sepupu arwah bapak, Usu Abu dengan permaisuri hatinya Usu Alin. sangat meriah majlis ini dihadiri oleh banyak kenamaan negeri Sarawak. miera suke sangat-sangat tengok pelamin dorang. lawa...

dan bermulalah kehidupan miera sebagai seorang pelajar. di awal semester sedikit tidak puas hati sebab telah fail satu paper. tak dapat dinafikan, memang salah diri sendiri jugak tak dapat nak buat setiap soalan dengan betul. cuma, sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lecturer kepada my uncle, yang ingin tahu adakah miera nie bermasalah dalam kelas sehingga gagal. jawapan lecturer itu "miera terikut-ikut kawan" dan setahu miera kawan-kawan yang rapat dengan miera semuanya lulus.. isk..isk..isk.. tidak mengapa.. semua itu ada hikmahnya. tak pernah rasa berdendam dengan siapa-siapa.

semester terakhir di UiTMCS, berjuang untuk mendapatkan diploma. segala-galanya berjalan agak lancar. sehinggalah tiba bab Final Year Project. report segalanya ok.. cuma, apabila tiba masa untuk hardware, bermacam masalah timbul. padahal, project teramatlah simple. sama taraf ngan budak-budak sekolah punye kerja kursus KHB.




yang paling haru apabila cuma mendapat tahu bahawa kami perlu membuat presentation kurang dari 8 jam presentation. bertambah haru apabila hardware masih menunjukkan sedikit kegagalan. triple haru, ketika itu, miera and group member masih berada di rumah. dan presentation berlangsung seawal 8 pagi. tapi alhamdulillah.. segala masalah berjaya dihadapi.. =)
 -sedikit majlis perpisahan dan restu ilmu bersama lecturer-lecturer EE-

sebelum tamat semester, UiTMCS telah mengadakan majlis pra-graduan kepada kami yang bakal menamatkan pelajaran di UiTM.. dan ketika itulah first time dalam hidup miera pegi ke kedai untuk di make-up kan, first time pakai hand bag dan first time pakai high-heel.. hahahahaha...


 

habis final, disambung pulak dengan kursus 3P. first time dalam hidup miera, masuk kursus yang mendalami ilmu komputer. dari sistem dan jugak hardware. tapi, tak der lah faham sangat. tau basic-basic jek.. hehehe..

kemudian, menunggu keputusan dengan penuh debaran. dah dapat keputusan, Alhamdulillah.. lulus dan sah miera dah grad dan dah ada diploma. untuk menyambut tamat study, uncle miera bawak pegi melancong ke Kuala Lumpur selama seminggu. dan inilah first tyme kitorang pergi tanpa ada perancangan. pegi kaunter tiket, tengok ade tiket. besok terus fly g KL..sorry lah kepada rakan-rakan yang marah miera sebab tak bagitaw awal-awal.. hehehe




sekembalinya ke Kuching, keputusan UPU pon keluar. dan miera berjaya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam. tapi apabila melihat keadaan keluarga yang tidak berapa nak stabil dan keadaan mak pon yang macam tak nak lepaskan miera. miera ambil keputusan untuk mengorbankan tawaran tersebut. in the same time, miera mencuba nasib untuk mintak tukar U ke UNIMAS.

alhamdulillah, mungkin berkat niat yang baik, miera berjaya masuk ke UNIMAS untuk ijazah miera. masih lagi kursus yang sama dengan UiTM tawarkan. mula-mula masuk tue, memang rase sedih sesangat. sebetulnya miera dah janji ngan member-member UiTM untuk kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Shah Alam. mungkin bukan rezeki. tapi miera yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat miera.

di awal semester, sedikit rasa memberontak muncul dalam diri miera. sangat tak puas hati kene tukar U. mungkin dengan sistem yang sedikit berbeda dari yang lama. mungkin jugak kerana kesorangan. membe-membe di UiTM tak payah susah-susah nak carik membe baru. masing-masing dah ade membe sendiri. miera lak, terpaksa buat kawan baru semula. tak der sorang pon yang miera kenal. dan almaklumlah, masuk pon dah minggu ke-4. banyak yang dah ketinggalan. ditambah lak, masuk-masuk kelas terus kene sit for quizes and tests. dengan assignment lagi, dangan lab report yang kene kejar. sedikit tekanan di situ.

tapi lame-lame.. ok lah.. boleh dah nak sesuaikan diri dengan persekitaran.

6.12.2010... hari yang paling bermakna buat miera..

Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM.. pada sidang ke-3 di UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan. miera dan rakan-rakan EE111 diraikan dalam majlis yang penuh gilang gemilang. terasa berbaloi segala penat lelah yang diharungi selama 3 tahun. terasa bangga melihat wajah-wajah yang sentiasa di sisi miera memberi sokongan fizikal dan mental serta kewangan sepanjang miera menuntut ilmu.

pict: Reborn Photography

tapi.. yang pasti.. segolong ijazah itu hadiah miera buat mereka yang telah pergi meninggalkan miera. Arwah nenek miera, Allahyarhamah Mahdiah bt Buji, arwah atuk miera Allahyarham Suhaili bin Ropa, arwah uncle miera, Allahyarham Marzuki b Hj Suhaili dan arwah bapak miera, Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.

mereka inilah yang menyunting semangat dalam diri miera. arwah nenek selalu marah miera sebab miera tak dapat mengekalkan 4A/5A dalam family miera dalam UPSR. dier selalu cakap miera dah malukan dier sebab miera cume dapat 3A dan miera tak dapat masuk sekolah menengah yang top di Kuching. Arwah atuk miera lak, dier yang selalu ikat miera kat pokok, kuncikan miera dalam toilet sebab kenakalan miera waktu kecik-kecik dulu.

arwah uncle miera sentiasa memberi sokongan kat miera. walaupon kadang-kadang miera gaduh ngan dier. he is my bestfriend. sehinggakan sehari sebelum dier meniggal, dier masakkan miera nasi goreng untuk breakfast. dier yang hantar miera ke sekolah kalau hari hujan. dan disebabkan pesanan terakhir dier jugaklah miera berada di UiTM.

arwah bapak miera.. sentiasa menuturkan sindiran buat miera. tak pernah nak puji. miera disindir ketika gagal dalam setiap test yang miera ambil. sehingga arwah pernah suruh miera stop belajar dan kawen.

apa yang pasti, setiap sindiran, setiap kemarahan itu miera jadikan sebagai penguat semangat untuk belajar. miera nak buktikan pada semua, tidak semestinya kita perlu berada di sekolah pintar, baru kita boleh berjaya menjadi seorang doktor, engineer, arkitek dan orang yang bergaji besar serta berguna. miera nak buktikan, walau kita gagal sekali, tak bermakna kita akan gagal untuk meraih kejayaan.tiap kali miera patah semangat, miera ingat balik sindiran dorang...

sekarang.. Alhamdulillah.. miera dah berjaya membuktikan hampir kesemua kutukan mereka tak betul.

pesanan miera.. think positive, take everything sebagai benda yang baik. jangan sesekali memikirkan setiap kata adalah penghancuran kepada kita... and u will success...

hidup kita ini ibarat roda.. andai kita di atas, bantulah mereka yang di bawah untuk kita sama-sama merasa kesenangan. dan apabila kita dibawah, ucaplah Alhamdulillah, kerna Allah masih sayangkan kita dan Dia sedang menguji kita, jangan pernah sesekali berputus asa untuk terus berada di atas.. ^_^

LOVE story?? not in 2010 I guess.. next tyme maybe.. ^_^

selamat tinggal 2010... semoga selepas ini.. lebih banyak perkara yang baik akan berlaku

Monday, September 20, 2010

..Mari Bercerita..

assalamualaikum all...

sekian lama tak muncul.. akhirnya.. ku gagahkan juga diri untuk muncul kembali di blog yang sangat tak comel ini.. walaupon owner nya sangat comel.. wakakakakaka...

eh.. sebelum melangkah lebih jauh dan hari ini adalah 10 Syawal (correct me if im wrong..)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua... mohon keampunan andai pernah membuat anda terluka dan terguris hati dan perasaan.. saya hanyalah insan biasa yang tak pernah lari dari sebarang kesilapan..

errmm.. nak story pasal ape eh kali nie??

sekarang nie tengah menunggu detik pukul 12 tengah hari.. untuk ke kelas seterusnya...

haisshhh.. 2 minggu cuti memang syookk wa cakap sama lu..
malam tadi nak balik hostel, mengalir gak air mataku.. poyo jek lebih, padahal rumah ngan u tak sampai sejam pon perjalanan...

rase cam nak cuti lagi lah.. tak puas taw tak cuti seminggu..kalau boleh biar cuti bertahun-tahun.. haiissshh...

errrmmm.. nak cite sal hari raya kitorang lah..

tahun ini merupakan tahun pertama kitorang raya tanpa bapak.. Ya Allah.. sedih sangat2...

last day puasa tue, tyme "sungkey" (berbuka puasa) semua menangis.. sedih sangat-sangat.. lagi2 dah dengar takbir raya.. Tuhan jek tahu perasaan kami sekeluarga..

pagi raya tue.. kitorang amek kesempatan untuk wat tahlil wat bapak..

sayu jek.. terbayang-bayang kenangan dengan dier di pagi raya.. kalau dulu.. dier la yang paling kecoh kejutkan kitorang, suruh buat itu..ini.. membebel...

ingat lagi hari raya last year, bapak sakit.. still gak dier kecoh-kecoh kejutkan kitorang dan dier pon "smart" berbaju melayu lengkap.. walaupun terlantar atas katil.. Ya Allah.. sungguh besar dugaan yang Kau berikan buat kami.. Alhamdulillah.. setiap kejadian pasti ada rahmat yang tersembunyi..

lepas wat tahlil.. kitorang bermaaf-maafan..

special cara bermaafan di Sarawak.. kalau kebiasaan nyer, kite akan lihat orang bersalaman, cium tangan, kedua-dua belah pipi..

di Sarawak cara nyer berlainan sedikit.. dimana selepas salam cium tangan, yang muda akan mencium kepala lutut (yang sedang duduk bersila atau di atas kerusi) kedua orang tua/ orang yang lebih dewasa sebagai tanda hormat dan kemudian barulah mencium kedua-dua belah pipi...

waktu arwah bapak miera masih ade dulu.. tyme bermaafan nie kene wat muke serius.. tak boleh mintak maaf diiringi dengan gelak atas senyum-senyum.. dier cakap macam tak ikhlas jek nak mintak maaf.. dah lah miera nie jenis suke tergelak.. memang selalu lah kne "sound" ngan bapak.. =)

raya tahun nie kitorang adik beradik agak sedikit sengal...

mungkin unutk menutupi perasaan satu dengan ketiadaan bapak.. so, wat lah something yang boleh menghappykan diri..

setiap rumah yang kitorang pergi atau dalam bahasa sarawak di panggil "berjarah" kitorang akan wat aksi-aksi lucah sengal di hadapan kamera.. dan mule lah nak ketawa tak hengat dunia.. hehehehe... tapi kitorang tak "berjarah" kat rumah orang lain pon.. semua nyer adik beradik nenek belah mak dan arwah bapak dan adik beradik mak n bapak... tue jek.. =)

memandangkan sekarang nie sedang menmbuat hapdet di dalam lab.. segala gambar-gambar akan di upload kemudian.. ^_^

info tambahan: adat kunjung mengunjung dikenali sebagai "berjarah" di dalam bahasa Sarawak
                       bersalaman juga dipanggil "berjarah/jarah" oleh orang "veteren" Sarawak

eerrrm...ok lah yer..nanti2 kite continue lagi.. nak cite pasal tentatif hari raya kitorang lak.. dan seperti kebiasaannyer,, kitorang telah membuat "open house" pada hari raya ke-3... penat tapi seronok.. thanxz kepada semua yang sudi datang...

Thursday, July 8, 2010

..Ini Cerita Sudah Basi..KL Trip..12.06.2010-17.06.2010..


assalamualaikum all..

ini lah dia entri yang telah berjaya membuatku bengang last week.. b4 entri Selamat Hari Jadi Bapak...

walaupon dah basi.. ku tak peduli.. nak gak post entri.. wat kenangan ku nanti.. almaklumlah.. nak beli diari tak mampu la plak.. =p

oh.. nak bagi warning dulu.. entri ini panjang dan sangat membosankan.. harap la bersabar sampai ke hujung yer... zzaaassssss~~~

dalam entry nie nak cite aktiviti sepanjang miera wat lawatan mengejut ke Kuala Lumpur pada 12.6.2010 - 17.06.2010 hari tue..

seperti yang miera nyatakan dalam entry yang lepas.. miera pergi KL tanpa ada perancangan langsung.. dapat result hari jumaat pagi, petang jumaat uncle miera check tiket, mintak no ic, beli tiket.. tup2.. hari sabtu dah fly... ini semua gara2 miera telah berjaya menamatkan diploma dengan jayanya.. ^_^

kesannya?? sudah pasti lah pergi dalam keadaan shock serta tidak percaya..dan part yang paling parah.. tiada "back-up pocket money". kalau bagitaw awal2, boleh gak lah jual "cucur pisang" depan rumah seminggu dua.. dapat seratus dua, leh gak rembat barang2 lebih ckit.. =p nak korek2 tabung n g tukar duit syiling dalam tabung pon tak sempat.. uhuk2..
-tabung yang selamat dari menjadi mangsa keadaan-

trip kali nie tak seramai last trip.. last trip iaitu last 2 year kitorang pergi 15 orang.. kali nie just 4 orang, my uncle, my aunty, anak dorang n miera.. trip kali nie agak mencabar gak lah sebab yang pergi semua tak reti sangat ngan selok belok KL.. main belasah jek..

ok..chalo bete.. miera nak imbas kembali aktiviti2 yang telah dilakukan.. zassss~~~

12.06.2010(sabtu)

  • naik flight Kuching-K.L pukul 2 macam tue.. oh yeah..bagi yang dah lame tak nek air asia.. sekarang nie dier nyer sit, dah ade nombor yer.. tak der free sit lagi dah.. 
  • sampai KL dalam pukul 3++ petang macam tue.. pastu, kitorang amek bas dari LCCT-KL Central.. nie first time amek bas, selalu amek teksi or van yang dah ditempah awal2 (nie tyme mule2 dulu la..sekarang nie rasenyer dah tak boleh kut ) 
  • best gak nek bas nie.. murah (RM8 per head.. budak2 lain lak harga)+ selesa
  • first time gak miera sampai KL Central. dan ini lah first trip miera dapat merasa membeli sendiri Burger King.. selalu tue.. mesti nak KFC.. macam la kat Kuching tak der KFC.. isk2..
  • dari KL Central.. pergi hotel nek teksi.. dok hotel kat Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)..tempat stended kebanyakan orang Sarawak g KL.. hahahaha
  • dah siap check in.. itu..ini..itu..ini..zassssss~~~ g makan..
  • restoran pilihan?? of koz la Restoran Insaf... tyme korang masok, duduk jek kat meja tue, terasa insaf jek tengok dorang nie wat keje.. laju sungguh.. dah makan, rase syukur sangat2 sebab dapat merasa makanan yang sedap seperti itu.. dah lepas dapat bil, bayar bil, melangkah keluar.. teros rase taubat.. tobat nak masok restoran tue lagi bagi trip kali nie.. (next trip masok balik)
-nasi beriyani ayam madu.. RM 13 sepinggan.. -
  • tapi siyessss.. jus mangga dier sedaaappp sangat2.. kaw2 punya.. nasik pon sedap.. sekali sekala boleh la kut, kalau selalu, gugur gak la rambut nak bayar..
 
-jus mangga..kaw punya.. yummmyy-


-haruslah licin.. mahal woo.. dah makan baru lah korang rase betapa "insaf" dan "taubat"nya lepas bayar bil.. tue pon kalau korang jenis makan nasi campur bawah RM 5 sehari.. -
  • perut dah kenyang.. mari kita cuci mata di jalan TAR, jalan sampai arked.. lepas tue pergi SOGO..
  • minum jus kat food court SOGO jap.. dah tak sesedap dulu.. murah jek RM2.50 kut.. gelas XXL.. tapi tue lah..dah tak berape nak sedap.. banyak ais n air jek..
  • nek kat tingkat atas sekali tempat mainan yang masokkan token tue.. panggil ape eh?? Arked Mainan eh?? kitorang panggil aked jek.. kat Kuching nie ade, tapi tak der la sebesar tue.. dan miera pon dah lame tak jejak kaki kat aked di Kuching nie.. satu kat Wisma Satok, satu lagi kat Hock Lee..
  • jumpe lak ngan my kazen yang ade urusan study di Melaka.. lama woo tak jumpe dier..sebulan lebih dah dier merantau di Melaka waktu tue...sanggup dier turun KL nak lepak ngan kitorang..
  • bermulalah sesi "melalak-dalam-kotak".. masokkan token 2 bijik.. teros melalak.. hari tue kitorang melalak 10 buah lagu.. muakakakaka.. pedih dah anak tekak.. nie pon pestyme gak miera karok dalam kotak tue.. kat Kuching pon melambak, tapi tak pernah nak try.. hehehehe
  • ronda pasar malam memandangkan malam tue malam minggu.. tapi, agak terkeciwa di situ kerana hari hujan dan gerai2 semua tutup awal
  • zzzzzZZZzzzz.. pada pukul 4 pagi..dok berborak ngan my kazen, aiman..

    13.06.2010 (ahad)
    • hari nie plan nak meronda menaiki LRT.. sebab selalunyer gune teksi jek..sebut jek nak g mane, nanti drebar teksi hantarkan.. memandangkan kitorang sekarang dah jadi 5 orang, sah2 lah tak boleh dah nek teksi.. so, naik lah LRT..
    • destinasi pada awalnya adalah Bukit Bintang.. sampai BB, carik tempat makan (food court) pusing2.. last.. jumpe food court yang tak berape nak selesa.. so, chow teros.. perut pon dah giler2 lapar tyme nie...
    • amek LRT sekali lagi.. pegi Times Square.. makan kat TS.. kat food court atas sekali..
    • dan di sini.. ku telah menjumpai makanan yang sangat2 ku rindui.. fettucine carbonara.. boleh lah rasenyer..tak der la sedap sangat.. tapi.. ok lah.. nak lepas rindu punye pasal..dan tak nak "ponek" (translate=kempunan dalam bahasa sarawak)
     
    -fettucine carbonara.. nyumm...nyum..-
    • ronda2 dalam Times Square carik kasut.. dan ku masok satu kedai nie.. tanye la berape harga kasut sebab kat situ dier nyer price tag dah tanggal.. boleh plak cine tue jawab macam nie "lu mesti cuba ah" dengan muke berlagak.. chooii!! ku dah panas nie..
    -eeyeewwww.. aiman.. geli ku tengok-


    • cube kasut B.U.M kaler putih saiz 9, terasa besar la plak.. tadi ku mintak saiz 8.. dier dok bahas2 ngan aku lak, aku patot amek saiz 9 nanti tak sakit kaki.. dah saiz 9 tue besar.. even dah kai stoking pon masih besar.. macam mane lah ku nak jalan laju2 nanti?? last2 ku tak amek.. padan muke ko.. berlagak sangat.. muakakakakaka (dalam aty memang ku nak kenekan ko jek pon) 


       
      -datok Saidina.. besar gedabak-

    • berpisah ngan my kazen petang tue, dier hantar kitorang kat stesen LRT bandaraya (belakang SOGO) then dier cabut balik melaka... huhuhu.. sedeyh woo.. malam tue miera tak tidur dan teros tak der mood nak g makan semua.. kazen yang membesar bersama nie.. beza 11 hari jek

    14.06.2010 (isnin)

    • trip kali nie, kitorang memulakan perjalanan sememangnyer lewat.. kalau selalu tue, before pukul 9.30 pagi dah berdessupp ilang.. kali nie, pukul 11 baru nak mulakan perjalanan...
    • hari nie, mule2 sekali..melawat Semua House.. menjenguk kedai kasut.. sebab yang miera taw, kat sini jek ade jual kasut2 wanita saiz besar.. saiz 10-11.. dan dengan bangganya miera berjaya merembat 3 pasang sandal wanita.. saiz 11 2 pasang dan 12 sepasang.. serta menunggu sepasang lagi kasut yang akan dihantar dalam mase 2 hari lagi.. sebab tyme kitorang pergi nie, tak der saiz la plak.. hohohoho
    • destinasi kitorang hari ini.. Mid Valley sahaja..
    • miera ronda satu Mid Valley tue sorang2 saja.. percaya tak?? percayalah..
     
    -promotion Toys Story 3.. miera dah tengok dah.. bessttt!!-

    • miera ronda tingkat satu sampai atas sekali.. satu tingkat tue miera ronda habis..dari hujung sampai ke hujung yang satu lagi.. nak survey kasut sebenarnyer..
    • nie lah first time miera wat begitu kat negeri orang.. merayau sendirian.. selalu nyer, tak akan jauh dari family.. yer lah kan, negeri orang, kalau tempat sendiri, kalau sesat, taw lah jalan pulang. nie kat tempat orang.. tempat besar gedabak lak tue.. 
    • then, my uncle cakap dier nak air mineral.. belikan dier air mineral.. carik dier kat bawah sekali..dan dier cakap kat belakang megamall tue ade satu lagi shopping complex.. ape eh name dier?? lupe lak.. The Garden ker haper..
    • kat cni tak berape nak best la.. sebab kedai semua ribu raban punye..tempat untuk orang2 yang kaya jek gamaknyer, disebabkan saye tak kaya, saye jem nenas jek, jadi hanya mencuci mata saja di sini.. 
    • disebabkan my uncle masih lagi tak puas aty, kitorang tak jumpe tempat makan yang dier dok cite2 tue.. maka, kitorang pon pergilah sekali lagi ke Bukit Bintang menaiki teksi.. 
    • rupe2nyer kedai makan yang dier cite kan tue, betol2 kat belakang tempat kitorang jalan semalam.. belakang stesen LRT tue jek pon.. hatddooyy.. dah name pon tempat orang, sungguh ku tak biasa.. bangunan lak tinggi2.. mane lah nak nampak..
    • masok kat Sungei Wang.. dengan bergayanya, miera merembat kasut B.U.M sejibik-sejibak kasut yang ditry semalam.. saiz pon same... muahahahahahahaha~~~~~ (gelak kejam)
     
    -taaddaaa.. kasut yang berjaya di rembat dengan hensemnyer.. B.U.M saiz 9 (lelaki) dan sandal saiz 12 (wanita). =) -


    15.06.2010(selasa)

    • pagi2, breakfast kat Capital Cafe, kalau tak silap name restoran tue.. betol2 berhadapan dengan pintu masuk SOGO.. suke bekpes kat sini.. roti bakar dier sedap..
    • ronda2 sekejap kat jalan TAR..survey shawl2 dan kain2 kjap
    • plan hari ini.. Sunway Lagoon.. naik teksi.. tyme nie tak der la jem sangat jalan.. tambang teksi RM18++
    • sampai kat Sunway Pyramid.. dah tergamam tengok pintu gerbang dier.. besar la plak kan.. ngeee~~~ nak pegi Sunway Lagoon..tak taw lak mane jalan nyer.. lalu la bertanya sana dan sini... akhirnya ketemu jua..
    • nak masok Sunway Lagoon.. sekali ku melihat harganya..oh..tidak mengapalah.. ku tak nak masok..
    • nak bagitaw ckit lah yer.. kut2 ade yang nak amek taw.. masok ke Sunway Lagoon ade 2 pilihan.. satu kite leh masok semua kawasan (all park) dan satu lagi hanya 3 kawasan (3 park) kalau untuk all park dewasa-RM100 (RM 85 untuk yang ada mykad) dan kanak2- RM 80 (RM65 untuk yang ade mykad.. *pssttt..kanak2 ade eh? mykad?? or aku yang tersalah baca?? hurrmmm) untuk 3 park lak dewasa- RM 80 (RM 65 bagi yang ade mykad) dan kanak2- RM 60 (RM45 lah kut klu ade mykad whatsover).. 
     
    -pemandangan Sunway Lagoon dari tingkap KFC-

    • disebabkan hari pon dah petang.. dan ku plak tak der mood pon nak main air..dan bajet yang agak terhad.. kang membazir lak masok.. so, miera pon bagilah peluang my aunty n my kazen jek masok.. miera ngan my uncle tunggu kat Sunway Pyramid saja..mereka berdua bergumbira di dalam sana
    •  memang syok lah kat Sunway Pyramid nie.. tempat makan semua best2.. Chicken Hartz, McD, Pizza Hut, Starbuck, Laksa Shake.. macam2 lagi lah.. dan kebanyakkan nyer tak der pon kat Kuching.. dalam banyak2 tue, KFC gak menjadi pilihan nak isi perut yang lapar..dah menkan lagu hip-hop dah..
    • oh ya.. di sini gak pestyme ku melihat orang bermain ice skating.. tapi tak taw lak berape sekali main.. anyone?? please tell me.. nak kumpul duit 20 sen sehari..  =)
    -nampak macam seronok.. ice skating-
    • disebabkan miera dah tiada apa2 nak di beli.. nak jenjalan pon terasa malas.. so, dengan berbekalkan henpon N95 yang dipinjam dari my uncle, miera pon on9 menggunakan wireless yang disediakan..  lepak dekat bangku depan kedai..online sampai lebam.. dan kebas montot duduk tak gerak2..

    16.06.2010 (rabu)
    • hari nie.. hari untuk menghabiskan sisa2 duit dengan kain dan tudung serta shawl.. weeee~~~ ai laikkk
    • tapi miera tak belikan kain tuk diri sendiri pon, belikan tuk mak jek.. mak pon dah bank in kan duit ckit..
    • lokasi?? Jackel.. rambang mata wa cakap sama lu.. kain semua hensem2 belaka+kualiti pon bagos+harga pon boleh tahan.. disebabkan kat Kuching nie agak susah nak carik kain2 yang lawa+kualiti tinggi+murah.. maka.. penuhlah tangan miera ngan beg-beg Jackel nie.. tapi.. miera tukang bawak jek.. tak beli untuk diri sendiri pon
    • then, kembali semula ke kedai kasut kat Semua House.. amek kasut tumit tinggi yang dipesan.. stock baru sampai.. c.. ingat senang ker ade kaki saiz besar camnie.. nak beli kasut pon bukan main payah.. huhuhuhu
     
    -antara kasut yang berjaya di beli.. saiz 11 n 10-

    • agenda seterusnya, beli baju kurung moden yang dah siap untuk bekalan hari muka.. kegunaan miera nanti... 
     
    -pemandangan dari bilik hotel.. miera beli baju kat kedai hujung tue... nampak tak?? =p -
    • kembali semula ke arked nak carik hand bag.. dan miera telah berjaya merembat dengan hensem nya satu lagi barang.. yang murah saje k..
    • dan malam nyer plak.. miera telah terguda dengan lukisan inai di tepi jalan.. RM 10 untuk kedua-dua belah tangan.. =)

    17.06.2010

    • yeeaaaabbbaaaaa... hari nie nak balik Kuching.. yiiihhhaaaaaaa~~
    • pagi2 lagi telah meng"complete"kan pembelian shawl2 yang cantik lagi lembut lagi murah lagi senang lagi selesa untuk di pakai..
    • kat Kuching pon ade gak jual shawl2 macam tue, harga pon lebih kurang tapi kualiti dier tak best la plak..sebab tue lebih selesa nak beli kat KL satu shawl RM7-RM8.. kalau kat Kuching, jumpe sebijik dengan kualiti yang same mesti cecah belas2.. tue pon tak dapat nak tawar dah.. mencik ku~~~
    -suke shawl nie..-

    • pukul 1 bertolak ke LCCT menggunakan teksi.. RM80 yer harganyer..
    • oh ya..disebabkan inai di tangan tue.. banyak mata yang memerhati dan menegur.. 1st sekali yang tegur, abang cashier kat kedai jual pin.. "kenaper adik lukis kat tangan tue?? tak cantik la dik.. bagi abang lah kan, pompuan nie kalau tangan dier kosong, baru cantik.." ku senyum saja.. lam aty sempat lak melawak.. macam la ku nak jd gf ko.. bweeekkk =p . tyme nak masok ke terminal kat LCCT pon kene sekali lagi ngan abang kastam (ker polis ek??) "lawa tangan dik" sambil senyum2 tenung muka aku.. seb bek senyuman mu menawan aty ku.. 
    • waaaahhh~~~~ i'm in Kuching oledi.. maaakkk~~~ ku merinduimu... =)

    dan sudah semestinya ku merindui makanan2 di KL.. ai laaaiikkkk~~~

    dan juga abang2 teksi yang comel lagi bergaya lagi menawan ketika men"drive" teksi.. grrrr..seb bek ku ngan family, klu tak, leh gak usha2.. ngeee~~ giloss.. tak der kerje agaknyer.. muakakakaaka... =p

    insyaAllah.. tak lame lagi akan ke Shah Alam plak.. untuk konvokesyen yer kawan2..

      -saje jek nak menyibuk ngan shawl love2 n sandal baru.. =p -
    -shawl nie pon ku suka.. putih+hitam n putih+kelabu on the other side.. bentuk bulat2 n lurus2 -


    -ngegeh.. hoho.. saje jek-

    ~saya tidak akan memberi sebarang harapan lagi..kerna saya takut kecewa untuk kesekian kalinya.. dan saya juga tidak akan merancang apa2 lagi.. cukuplah sekadar saya menetapkan "target" dalam hidup saya.. biar saja saya mengikut "flow" apa pun yang bakal berlaku dalam hidup saya..~

      Thursday, June 24, 2010

      ..Rezeki Saya..

      assalamualaikum all...

      terasa sudah lama ku tak wat en3 kan?? memang lama pon.. hekhek..

      actually.. lepas dapat result hari tue jumaat, (11 JUN 2010), miera dapat hadiah dari uncle miera..

      miera check result pagi.. before pukul 12.. pukul 2, carik lah my uncle n family dier.. lapar sebenarnya.. ngehngehngeh... call my uncle, then dier cakap dier ngah beli tiket tuk ke KL.. me pon.. hah???!!!! tipu lah.. saje jek nak men2 kan aku nie... dier cakap nak bagi hadiah kat miera sebab dah grad + bawak family dier bercuti sekali.. dier happy sangat miera dah grad... ^_^

      then, dier call banyak kali, mintak no ic segala.. petang tue dier pulang, tibe2 paksa miera packing baju-baju semua.. memang ku tak percaya langsung, dalam otak waktu tue, nie mesti nak ajak tidur hotel sehari dua nie.. almaklumlah, cuti sekolah kan.. nak gak kadang2 bagi budak2 nie rehat.. main tepi pantai ker, main kat swimming pool ker..

      tengah malam tue, dier call, sruh miera jenguk bilik dier kejap, masok2 bilik tue, dorang dah siap packing dah, besar tue beg.. miera pon.. eh?? yeker nie nak g kl??hurrmm.. blurr gak lah..

      tapi, takot gak kalau btol, mau tak terber## aku packing esok pagi.. malam tue, packing la sikit2..

      tup2..hari sabtu tue, pegi KL flight pukul 1 kot, kalau tak silap... memang macam mimpi la.. sebab langsung tak di rancang.. tup..tup.. pegi macam tue jek.. lame lak tue.. sampai hari khamis.. 17 Jun baru balik kuching...

      nanti la cite pasal trip ke KL tue.. dan trip kali nie agak menarik sikit, sebab ke 3 3 kitorang main belasah jek nak pegi mane.. 3 3 tak biase sangat ngan KL, memang ikut suke la..

      errrmmm...

      hari Jumaat (18 Jun), pukul 12 tengah hari, keputusan kemasukan UPU bagi STPM/Diploma/setaraf pon diumumkan secara on9... dan ini lah keputusan yang miera dapat..



      1st tue, tak taw dapat UiTM mane, tapi macam 99% confirm dapat UiTM Shah Alam..

      mak dah nangis dah time miera tunjuk keputusan tue.. miera?? Alhamdulillah.. bersyukur... selain itu.. tiada apa2 perasaan.. *blank*

      keesokan hari nyer, baru la dapat bukak UiTM nyer website, tengok surat tawaran...


      dan... hari ini hari terakhir nak terima atau tak tawaran ini.. my decision??? not yet...

      terlalu banyak yang nak difikirkan..

      dari segi kewangan, yerlah kan, bukan sikit duit nak diguna untuk belajar ke semenanjung sana.. tue baru transport, makan lagi, tempat tinggal lagi.. itu.. ini..

      dan yang paling betol2 kene difikirkan.. tinggal kan mak.. bukan tak der adik beradik lain.. yess.. memang ade, dan semuanya boleh diharapkan untuk jaga mak..

      tapi statement mak yang watkan miera berfikir banyak kali.. "mak tak nak berpisah dengan mana2 anak mak lagi"

      emosi mak tak stabil lagi wat mase sekarang nie.. dier kan tak pernah berpisah ngan arwah bapak.. tapi Allah lebih sayangkan bapak..

      + 2 of my sibling dok jauh..sorang study di perak, sorang lagi kerje di bintulu..

      dan... lately.. mak miera selalu jek ngadu sakit2 badan.. u know what??? sebab banyak bende yang wat dier risau..

      jadi... dalam beberape jam nie.. biarlah miera berfikir masak-masak..

      terlalu banyak hati yang perlu di jaga...

      ~LIFE IS UNPREDICTABLE~

      Saturday, June 5, 2010

      .:Update.. My Story:.

      assalamualaikum all...

      sudah seminggu miera register menjadi seorang penganggur... tak buat ape2 pon kat rumah.. serius.. dok kat umah jek.. tak der pon jalan2..

      di awal2 jadi penganggur hari tue.. ok gak lah.. dapat gak masok mirc.. main kuiz n uno.. lepas tue.. entah berapa...kali ku cobaaa... memujuk hati ku ini.... di mana silapnya.. laptop x bleh on.. paling lame pon dier bertahan 10 minit.. pastu.. tup!!! padam..

      semenjak itu.. jadilah penumpang di komputer and laptop orang lain.. tapi.. bukan orang lain.. abang ku sendiri gak.. ceettt!!! apa ko merepek nie syaaiittooonn..

      oh ya.. 3P miera lulus!!! yeaahhh... 2 2 paper lulus.. alhamdulillah... maka dapat lah sijil CompTia A+ nanti..

      miera rindu lah kat member2 uitm.. lagi2 membe2 laki.. almaklumlah 2 minggu kitorang bersama.. seminggu 6 hari. dari pagi sampai petang. minum pagi, makan tengah hari bersama... huhuhu.. rindunyer kat korang...

      semalam miera mimpi dorang. dorang datang umah.. uwaaa.. miss u all guyz..

      lagi mau cerita apa??


      tak lama lagi saya punya result akan keluar.. apa2 pon keputusannya.. saya tetap redha. yang penting, saya sudah berusaha. insyaAllah. apa yang telah di usaha itu, itu lah hasilnya.

      So.. i'm waiting.. dengan penuh debaran.. itulah keputusan untuk keseluruhan perjalanan hidup saya selepas ini..

      lagi???

      itu saja lah kut..


      nota ngade2:
      • saya rase kan.. saye suke kat someone tue. tapi saye tak kenal pon sape dier. saye "tersuka" kat dier lepas follow blog dier. jatuh hati ngan care penulisan. tapi terasa lebih parah apabila sudah mula angau sama beliau.. adooyaayy!!! 
      ~SAYA SAYANG MAK SAYA!!~

      Friday, March 26, 2010

      .::Hari Ini Hari Jumaat::.

      assalamualaikum..

      hari ini.. hari Jumaat.. penghulu segala hari... betapa bsrnya maksud tersembunyi pada hari Jumaat ini..

      salah satu kejadian yg bakal berlaku pd hari Jumaat ialah.. Hari Kiamat..

      waktu kt skolah dulu.. dlm subjek Pendidikan Agama Islam.. ade satu tajuk khas tuk hari Jumaat.. dan telah disenaraikan keistimewaan hari Jumaat.. as i said b4.. salah satu kejadian yg pling bsr bakal berlaku pada penghulu segala hari ini ialah..hari penghabisan manusia di muka bumi ini..

      dan lebih di"detailkan"... Hari Kiamat akan berlaku selepas solat Asar pd Hari Jumaat.. oleh yg demikian, marilah sama2 kita memperbanyakkan amal ibadat di hari jumaat.. seperti melakukan amalan2 sunat pada hari Jumaat..

      cewaaahh.. dah mcm Al-Kuliyah la plak kan... x per.. ingt mengingati.. *lebey ingatkan diri sendiri sbnrnyer.. dah khayal sgt ngan duniawi.. isk2...*

      selesai la sudah mukadimah saye pada hari ini.. hikhik..

      isinyer.. pendek jek.. KELAS CANCEL!!!!

      ceett.. naper la x bgtaw awal2 eh.. dah siap2 baru dpt msg ckp kelas pkul 8-10 cancel.. cume perlu anta assignment jek.. haiyaaa... klas pkul 10 lak, lect ckp sape ade mslh jek g kelas.. so far, kump ktorg x der la plak masalah kan.. so, x yah la g kelas.. =p



      alangkah bagosnyer.. klu peng"kensel"an kelas ini diketahui smlm.. smlm jugak aku balik umah...

      uhuk2... i miss my bantal busuk so muccchh... uuuuuuu.....

      ok lah yer.. nak siap2 pakai tudung.. kjap lg nak g anta assignment n buku library.. pastu???

      pulang..marilah pulang bersama2... gelang..si paku geylang...(geylangggg) *wat suara latar*

      ~SILALAH MENJADI SEORANG DEWASA SEJAJAR DENGAN PENINGKATAN USIA.. KLU DAH 40 TAON PON, KLU PERILAKU MSH CAM BUDAK2.. N X HORMAT ORG.. ORG SIKIT PON X KAN HORMAT ANDA...~

      Monday, February 22, 2010

      .::end of holiday::.

      assalamualaikum all...

      setelah jam menunjukkan pkul 12 tgh mlm..maka dgn ini... cuti pertengahan semester bg UiTM telah pon berakhir... uwaaaaaaaaaaaaaaaa....

      cuti seminggu nie..
      sgt2 la membosankan..
      dan amat2 meng"hurt"kan jiwa..
      huhuhu

      yg best cuti seminggu nie..
      hanyalah pergi karaoke ngan abg ku, SAWENG..

      eh2..
      nk cite sal yg hurt dlu lah..
      start dr hari jumaat b4 cuti tue..
      dah yg buatkan sedikit rasa bahagiaku..
      mula tdk kontek saya..
      ingtkan dia marah2 manja..
      sekali.. smlm dia mendelete sy dr tagged nya..
      dan sy pon tros la mendelete tagged sy sendiri..
      sbb dah rase cam x der mende kt situ..
      sgt2 mbosankan..

      then..
      bile miera cite kt membe miera, ***..
      betapa miera kadang2 hanya berusaha menyembunyikan kesedeyhan aty..
      tros dier tuduh miera hipokrit..
      oh nooo!! satu tuduhan yg sgt2 berat..
      x kan la kite nak bgtaw org yg ngah berkongsi kegembiraan ngan kite..
      yg kite sedey..
      mestilah kite pon cube utk merasa happy ngan ape yg kwn kite bahagiakan..
      btol x??

      or..
      bile ade org ngadu kt kite..
      yg dier ade mslah..
      sebaik2nyer. kite dgr mslh dorang..
      wpon..kite sendiri berada dlm keadaan yg jauh lebey terok..
      pernah ker korang tgok wakil rakyat or program TV..
      ckp masalah peribadi dorang or produksi dorang..
      bile ade org awam mengadu mslah??

      cthnyer mcm nie..

      A: YB, saya nak ngadu ttg kwsn rumah ktorg yg xder lampu jln..gelap jek mlm2..

      YB: oh.. nanti sy akan cube selesaikan..
        
      *nie yg normal lah kn kite dgr..*

      penah ker jumpe mcm nie??

      A: YB, saya nak ngadu ttg kwsn rumah ktorg yg xder lampu jln..gelap jek mlm2..

      YB: oh.. itu mslh awaklah.. awk selesaikan lah sendiri.. sykt sy ngah terok skrng nie.. xder projek bilion2 msok.. anak2 sy nak g london nek private jet pon x bley...

      tp..
      bile miera wat mcm yg situasi normal..
      ley plak di tuduh hipokrit..
      what da fish lah...

      lpas tue..
      ade lak sorang lg..
      dier ckp miera dah berubah..
      dier ckp dier pon nak blah gak..
      arrgghh..

      then..
      disebabkan comment di fb..
      kwn miera ckp..
      miera nie suke "menembak" org sesuke aty..
      bkn menembak... peng..peng.. tue..
      menembak=marah @ tuduh
      tp..
      xder pon miera tembak sesiape dlm komen tue..
      mungkin telah disalah tafsirkan..
      bak bahase nenek2 miera dlu..
      "miss-communication"

      n still..
      bout my degree...
      pressurreee!!!!

      kemuncak segala2nya..
      assignment miera satu pon x siap cuti nie..
      huhuhu..

      oh yeaahh!!
      yg best nyer cuti nie..
      miera dah pandai make-up ckit2..
      *dumakk oii.. ingar ku ngan ku mpun...*
      hikhik..

      Alyaa n Anty yg ajr..
      dorang siap sponsor bli kan brg2..
      miera ade lip-gloss, eye-liner n mascara..
      hahahaha...
      dah up dah aku knek tok..
      muakakakakaa

      n last thing..
      i had bought new novel..
      Twenties Girl by Sophie Kinsella
      n i had finished read this book...
      what a lovely book..
      love it so much...

      nanti..
      klu ade mase dan kerajinan tue timbul..
      miera akn wat review buku2 yg miera dah bace k..
      since dah lame x wat ape2 review.. ^_^

      ~SOMETIMES, PEOPLE CHOOSE TO LEAVE NOT BECAUSE OF SELFISH REASONS, BUT BECAUSE THEY KNOW THAT THINGS WILL GET WORSE IF THEY STAY~

      ..Doa untuk mencari pasangan..