Showing posts with label result. Show all posts
Showing posts with label result. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

..Maaf, Tiada dalam Rekod..

assalamualaikum all...

terasa lama dah tak update blog ini.

kali ini cuma ingin menceritakan sedikit perkembangan mengenai kemasukan miera ke Universiti.

beberapa minggu (atau bulan) lepas, pihak UNIMAS ada menghubungi miera dan menyatakan bahawa permohonan pertukaran U miera akan dibawa dalam mesyuarat senat dan keputusan akan diketahui sama dengan keputusan rayuan.

tepat pukul 12 tengah hari tadi (Rabu, 21 Julai 2010), diumumkan keputusan rayuan kemasukan ke U sesi Julai 2010.

miera dengan hati yang tenang dan hanya bertawakal menekan kekunci dan tetikus di komputer untuk menyemak keputusan miera..

dan apa yang miera dapat adalah ini..



memandangkan miera menyemak keputusan pada waktu tengah hari dan sudah pastilah kakitangan Unimas sedang berehat, miera menanti sehingga waktu petang untuk menghubungi mereka.

setelah talian miera disambungkan kepada beberapa pihak, baru miera berpeluang untuk berbicara dengan orang yang bertanggungjawab menguruskan permohonan pertukaran U.

tapi apakan daya, miera masih belum mendapat jawapan bagi rayuan miera kali ini. hal ini kerana, senarai nama pelajar yang berjaya melakukan pertukaran U tidak ada dalam simpanan beliau. dengan ini, miera terpaksa menunggu sehingga esok petang untuk mendapatkan jawapan yang pasti.

walaubagaimanapun, apa sahaja keputusan yang bakal miera terima esok, miera terima dengan hati yang terbuka. miera telah merangka kehidupan miera bagi kedua-dua keputusan. miera akui, miera tak meletakkan sebarang harapan yang tinggi bagi keputusan ini.

akhir kata, miera merasakan mungkin tidak mengapa kita menangis sendirian, yang penting orang di sekeliling kita merasa gembira dan bahagia. miera percaya Allah itu maha adil dan maha mengetahui. biarlah Dia memberi balasan yang wajar.

Kita sebagai manusia telah diberikan otak untuk berfikir dan perasaan untuk kita memahami rasa hati orang sekeliling kita. mungkin mulut kita menyatakan sayang, dan hati kita merasakan. tapi, adakah otak kita berfikir tentang perbuatan kita, adakah perbuatan kita betul-betul telah membahagiakan insan yang kita sayang?? atau mungkinkah perbuatan kita hanya mendatangkan rasa gembira di hati kita dan beberapa pihak sahaja. namun, membuatkan air mata pihak lain yang perlu kita jaga mencecah bumi.

hanya diri kita sebagai insan yang mampu menjawabnya..

Thursday, June 24, 2010

..Rezeki Saya..

assalamualaikum all...

terasa sudah lama ku tak wat en3 kan?? memang lama pon.. hekhek..

actually.. lepas dapat result hari tue jumaat, (11 JUN 2010), miera dapat hadiah dari uncle miera..

miera check result pagi.. before pukul 12.. pukul 2, carik lah my uncle n family dier.. lapar sebenarnya.. ngehngehngeh... call my uncle, then dier cakap dier ngah beli tiket tuk ke KL.. me pon.. hah???!!!! tipu lah.. saje jek nak men2 kan aku nie... dier cakap nak bagi hadiah kat miera sebab dah grad + bawak family dier bercuti sekali.. dier happy sangat miera dah grad... ^_^

then, dier call banyak kali, mintak no ic segala.. petang tue dier pulang, tibe2 paksa miera packing baju-baju semua.. memang ku tak percaya langsung, dalam otak waktu tue, nie mesti nak ajak tidur hotel sehari dua nie.. almaklumlah, cuti sekolah kan.. nak gak kadang2 bagi budak2 nie rehat.. main tepi pantai ker, main kat swimming pool ker..

tengah malam tue, dier call, sruh miera jenguk bilik dier kejap, masok2 bilik tue, dorang dah siap packing dah, besar tue beg.. miera pon.. eh?? yeker nie nak g kl??hurrmm.. blurr gak lah..

tapi, takot gak kalau btol, mau tak terber## aku packing esok pagi.. malam tue, packing la sikit2..

tup2..hari sabtu tue, pegi KL flight pukul 1 kot, kalau tak silap... memang macam mimpi la.. sebab langsung tak di rancang.. tup..tup.. pegi macam tue jek.. lame lak tue.. sampai hari khamis.. 17 Jun baru balik kuching...

nanti la cite pasal trip ke KL tue.. dan trip kali nie agak menarik sikit, sebab ke 3 3 kitorang main belasah jek nak pegi mane.. 3 3 tak biase sangat ngan KL, memang ikut suke la..

errrmmm...

hari Jumaat (18 Jun), pukul 12 tengah hari, keputusan kemasukan UPU bagi STPM/Diploma/setaraf pon diumumkan secara on9... dan ini lah keputusan yang miera dapat..



1st tue, tak taw dapat UiTM mane, tapi macam 99% confirm dapat UiTM Shah Alam..

mak dah nangis dah time miera tunjuk keputusan tue.. miera?? Alhamdulillah.. bersyukur... selain itu.. tiada apa2 perasaan.. *blank*

keesokan hari nyer, baru la dapat bukak UiTM nyer website, tengok surat tawaran...


dan... hari ini hari terakhir nak terima atau tak tawaran ini.. my decision??? not yet...

terlalu banyak yang nak difikirkan..

dari segi kewangan, yerlah kan, bukan sikit duit nak diguna untuk belajar ke semenanjung sana.. tue baru transport, makan lagi, tempat tinggal lagi.. itu.. ini..

dan yang paling betol2 kene difikirkan.. tinggal kan mak.. bukan tak der adik beradik lain.. yess.. memang ade, dan semuanya boleh diharapkan untuk jaga mak..

tapi statement mak yang watkan miera berfikir banyak kali.. "mak tak nak berpisah dengan mana2 anak mak lagi"

emosi mak tak stabil lagi wat mase sekarang nie.. dier kan tak pernah berpisah ngan arwah bapak.. tapi Allah lebih sayangkan bapak..

+ 2 of my sibling dok jauh..sorang study di perak, sorang lagi kerje di bintulu..

dan... lately.. mak miera selalu jek ngadu sakit2 badan.. u know what??? sebab banyak bende yang wat dier risau..

jadi... dalam beberape jam nie.. biarlah miera berfikir masak-masak..

terlalu banyak hati yang perlu di jaga...

~LIFE IS UNPREDICTABLE~

Friday, June 11, 2010

.:Alhamdulillah..Finally.. :.

assalamualaikum...

alhamdulillah.. semalam merupakan hari yang ditunggu2 bagi seluruh warga UiTM.. y?? bcoz semalam keputusan peperiksaan akhir sesi dis 09-mei 2010...

memandangkan sesi dis 09-mei 2010 adalah semester terakhir wat miera.. debarannya terasa amat2 kuat.. dalam student portal bagitaw keputusan akan dikuarkan 12pm a.k.a tgh hari tepat..tapi, cam biase lah, UiTM nyer server mesti jam punye, student kan ramai, smua bukak web yang same..

mule2 tue.. ok lah kan, exceeed traffic.. terima lagi, tunggu sampai pukul 3 ptg, masih lagi tak lepas2 nak masok, paling hebat pon login student portal. dah agak fed-up di situ. tdo dulu lah.. pukul 5 ptg try lagi..

mula dari 5 ptg sampai lah dekat nak pukul 12 tgh malam, miera tak buat kerje lain dah.. tekan refresh, F5, enter, left click mouse.. tue jek keje nyer.. sememangnyer exercise jari r semalam..

sampai lah miera nyer akaun kene banned sekejap, maybe sebab banyak sangat tempat di log in kot. sebab semalam miera gune semua laptop dan pc kat rumah nie tuk bukak student portal.. satu pon x berhasil.. memang hampeh lah...

tak taw lah naper server uitm sangat2 terok.. selalu pon macam tue jugak, biaselah kan..student ramai.. tapi sem nie lah miera rase paling terok..

last-last.. miera decide tuk tidak akan check result sehingga lah bangun pada pagi tadi..(pagi kah??) =p

dah nak masok tengah hari baru miera bukak student portal balik.. agak kecewa gak, sebab masih susah nak ditembusi.. setelah mencuba beberapa kali.. baru lah dapat tengok result.. tue pon bukan dari semak keputusan.. dari mini transcript.. tak kesah lah.. janji dah taw result..

agak bengang gaklah, try bukak beribu2 kali, tup-tup kat semak keputusan keluar "harap maaf keputusan belum dapat dipaparkan, sila cuba lain kali" (lebeh kurang lah ayat dier) mau tak bengang,,

ape2 pon...fuuhhh.. dah boleh tarik nafas lega..

Alhamdulillah... syukur kepada Allah...


-mini transcript miera-

miera lepas semua paper.. dan dah bergelar graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) UiTM...

sangat gembira..

peluk mak dah tadi.. then peluk anty.. nak peluk alem.. malu r plak.. huhuhu

happy memang happy.. tapi lebih banyak air mata jatuh sebab syahdu+pilu+sayu..

sepatutnya, kejayaan ini di kongsi bersama mereka2 yang terlalu ingin melihat aku berjaya dan yang banyak membantu aku dalam kehidupan sebagai seorang pelajar..

andai usia mereka dipanjangkan Allah.. sudah pasti mereka lah yang gembira sekarang..

Allahyarhamah Mahdia Binti Buji.. ingat lagi waktu dapat keputusan UPSR.. keputusan aku paling terok antara adik beradik.. habis dier mengamok satu rumah, dier cakap aku dah malukan dier..tapi waktu tue miera rilek jek.. ok lah tue, ade A.. bukannyer tak der A langsung kan.. kalau dier masih ade.. mesti sekarang nie dier dah kecoh cakap cucu dier dah grad engineer.. =)

Allahyarham Haji Suhaili bin Ropa.. nek Abuk.. mesti sekarang nie suara dier meninggi ke langit.. tanya itu ini.. hehehe.. daya pendengaran yang kurang produktif... ini lah orang nya.. yang bertanggungjawab menghantar miera ke sekolah kalau hari hujan.. dan sudah pastinya ketika budak2 bangang gaduh2 depan sekolah.. dier lah yang jadi bodyguard.. tak sempat beliau melihat cucu manja nya ini berjaya..

Allahyarham Marzuki Haji Suhaili.. uceng.. my 2nd father.. inilah orangnya yang menyuruh miera memasuki UiTM.. dan boleh dikatakan memasuki UiTM adalah salah satu wasiat terakhirnya.. teringat saat2 terakhir bersama nya di hospital.."A, masok UiTM ah" ..kata-kata itulah yang miera pegang setiap kali miera down. miera ingat pesanan dier tue. miera jadikan azimat tuk terus menempuh apa jua dugaan.. alhamdulillah... miera berjaya gak menunaikan hajat terakhir beliau..

dan yang paling miera nak sangat sekarang berada di sisi miera meraikan kejayaan miera nie..


Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.. bapak.. sepanjang miera menuntut ilmu, dari sekolah menengah sampai lah universiti.. ini lah orang nya yang banyak mencabar miera.. terlalu banyak cabaran dan makian yang dier telah bagi kat miera.. mungkin mule2 dengar rase cam nak terbakar jek nak mengamok..tapi, bile di fikir sejenak. miera jadikan itu sebagai cabaran buat miera..


miera masok ke Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya.. miera di sindir teruk oleh my family.. dan bapak lah orang yang paling selalu menyindir.. selalu membanding2kan sekolah miera ngan sekolah adik-beradik yang lain.. sekolah miera nie sememangnya sekolah yang paling teruk di Kuching nie..  dibandingkan pulak ngan sekolah paling cemerlang di Kuching.. dan turut menjadi salah sebuah sekolah cemerlang di Malaysia..


panas gua beb!! tapi.. miera nekad.. miera langkah jek kaki masok SMKPJ.. miera tanam dalam diri miera.. miera jugak boleh berjaya.. walaupon sekolah miera bukan sekolah yang baik..I WILL PROVE IT!!


alhamdulillah.. miera dapat buktikan.. miera berjaya masuk ke bidang engineering.. walaupun bukan Universiti oversea.. still.. universiti bertaraf dunia..


miera masuk UiTM.. amek bidang engineering.. selalu jek diperlekehkan.."mampu ker ko nak bawak engineering??" ayat bapak ku satu ketika dahulu.. tue jugak yang ku pegang.. study smart.. nak buktikan pada beliau I CAN DO IT!!!...


and now.. miera dah berjaya buktikan apa yang miera katakan satu ketika dahulu..


AL-FATIHAH buat mereka yang telah meninggalkan miera..


miera sangat2 rindu kat dorang.. betapa hati kecil miera mengharapkan agar mereka masih di sisi berkongsi kegembiraan bersama miera..

miera nak ucapkan Tahniah kepada semua sahabat2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.. dan tahniah gak sebab dah GRAD!! terutama sekali tuk my schoolmate, Nur Hasziana yang berjaya mendapat anugerah dekan buat sekian kalinya lalu mendapat Anugerah Naib Canselor.. dan tak ketinggalan gak Dedeq pelajar cemerlang UiTMCS(diploma) semester lepas.. ramai gak membe2 dapat anugerah dekan sem nie.. CONGRATZ all..

last but not least..


THANXZ ALL.. FOR EVERYTHING.. TO ALL MY FAMILY ESPECIALLY MY MAK, MY SIBLING, MY UNCLE2, MY AUNTY2, ALL MY LECTURERS AND ALL MY BELOVED FRIENDS.. THANXZ FOR UR SUPPORT FOR THIS 3 YEARS.. BAIK DARI SEGI KEWANGAN, FIZIKAL DAN MEMBANTU MIERA DALAM MENGAWAL EMOSI..

..Doa untuk mencari pasangan..