Wednesday, July 21, 2010

..Maaf, Tiada dalam Rekod..

assalamualaikum all...

terasa lama dah tak update blog ini.

kali ini cuma ingin menceritakan sedikit perkembangan mengenai kemasukan miera ke Universiti.

beberapa minggu (atau bulan) lepas, pihak UNIMAS ada menghubungi miera dan menyatakan bahawa permohonan pertukaran U miera akan dibawa dalam mesyuarat senat dan keputusan akan diketahui sama dengan keputusan rayuan.

tepat pukul 12 tengah hari tadi (Rabu, 21 Julai 2010), diumumkan keputusan rayuan kemasukan ke U sesi Julai 2010.

miera dengan hati yang tenang dan hanya bertawakal menekan kekunci dan tetikus di komputer untuk menyemak keputusan miera..

dan apa yang miera dapat adalah ini..



memandangkan miera menyemak keputusan pada waktu tengah hari dan sudah pastilah kakitangan Unimas sedang berehat, miera menanti sehingga waktu petang untuk menghubungi mereka.

setelah talian miera disambungkan kepada beberapa pihak, baru miera berpeluang untuk berbicara dengan orang yang bertanggungjawab menguruskan permohonan pertukaran U.

tapi apakan daya, miera masih belum mendapat jawapan bagi rayuan miera kali ini. hal ini kerana, senarai nama pelajar yang berjaya melakukan pertukaran U tidak ada dalam simpanan beliau. dengan ini, miera terpaksa menunggu sehingga esok petang untuk mendapatkan jawapan yang pasti.

walaubagaimanapun, apa sahaja keputusan yang bakal miera terima esok, miera terima dengan hati yang terbuka. miera telah merangka kehidupan miera bagi kedua-dua keputusan. miera akui, miera tak meletakkan sebarang harapan yang tinggi bagi keputusan ini.

akhir kata, miera merasakan mungkin tidak mengapa kita menangis sendirian, yang penting orang di sekeliling kita merasa gembira dan bahagia. miera percaya Allah itu maha adil dan maha mengetahui. biarlah Dia memberi balasan yang wajar.

Kita sebagai manusia telah diberikan otak untuk berfikir dan perasaan untuk kita memahami rasa hati orang sekeliling kita. mungkin mulut kita menyatakan sayang, dan hati kita merasakan. tapi, adakah otak kita berfikir tentang perbuatan kita, adakah perbuatan kita betul-betul telah membahagiakan insan yang kita sayang?? atau mungkinkah perbuatan kita hanya mendatangkan rasa gembira di hati kita dan beberapa pihak sahaja. namun, membuatkan air mata pihak lain yang perlu kita jaga mencecah bumi.

hanya diri kita sebagai insan yang mampu menjawabnya..

No comments:

Post a Comment

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..