Thursday, July 22, 2010

..SAYA LAGI SALAH???..

assalamualaikum all..

izinkan hari ini saya meluahkan perasaan.. hanya di sini saja tempat untuk diriku meluahkan perasaan. ku dah tak tahu di mana arah dan tujuan harus ku bawa hati dan perasaan ini.

aku sendiri tak faham..
apa sebenarnya mereka mahukan dari aku??? apa mereka hendakkan selama ini semua aku dah turutkana walau dengan hati yang sangat berat. tak boleh kah aku diberi sedikit saja peluang??? untuk hidupku sendiri,,

di suruh buat A, A jugak yang ku buat walau hati ku terlalu mahukan B.

selama ini aku hanya berdiam diri di saat mereka mencanangkan pada dunia itu ini.. padahal diriku dan mereka sendiri tahu akan penyelesaian pada masalah tersebut. kenapa aku hanya berdiam diri??? kerana aku mahu mejaga hati mereka.

dan kini.. setelah hati mereka ku jaga walau hati ku sendiri meronta-ronta tidak puas hati.aku masih dituduh sebagai membuang tuah oleh orang lain. dan andai difikir dengan mendalam. ya, memang aku menolak tuah, tapi aku lakukan dengan rela, demi menjaga hati orang lain. demi sebuah perkara yang ku gelarkan sebagai pengorbanan kononnya..

apa saja mereka mahu, semua dah ku lakukan. tapi apakan daya, keputusannya tetap tidak memihak kepada ku. bukan nya aku berputus asa, aku sendiri pernah terdengar dia menyatakan "seperti anjing menyalak" meminta-minta pertolongan dari orang lain..

nah.. apakah bezanya kini?? masih tetap menyalak.. bahkan kali ini lebih perit. dah diterajang, masih lagi menyalak meminta makan.. tak malu kah???

masih lagi sekarang aku dipersalahkan.. degil, bodoh sombong.. pernah aku melawan selama ini??? tak pernah... aku turutkan saja segala arahan.. itu..ini..itu ini..

salah kah aku tetap pendirian sekarang???? salah kah aku??? salah???

aku sudah seolah-olah hilang hak ke atas hidupku sendiri..

dan airmata ini sungguh BODOH!!!! bukan airmata kecewa dengan keputusan yang diterima..

tapi AIRMATA SEDIH KERANA DI TUDUH DERHAKA..

aku dah melakukan sebaik-baiknya segala perintah.. biar hati berat.. namu kerana PENGORBANAN, ku lakukan jua.. tapi masih jua ku tak dapat apa-apa yang baik..

masih lagi AKU DIPERSALAHKAN

1 comment:

  1. Berserah kepadaNya..sesungguhnya Dia lah yg maha mengatahui.

    ReplyDelete

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..