Tuesday, January 31, 2012

..Result dah Kluarr!!!..

assalamualaikum all...

hari ini, 31 januari 2012.. keluarlah keputusan sem 1 2011-2012 UNIMAS..

agak mendebarkan jugak lah sebab sem lepas subjek2 agak gila2 terutama sekali Math 3.. peeehhh.. rase cam nak menangis tyme test1 n 2 pastu tyme final.. tak pernah-pernah rasa macam tue.. first tyme dalam kehidupan U jadi macam tue... nak SPM pon tak macam tue taw.. kan ker saya nie seorang yang sangat COOL.. *muntahijo*

actually subjek math 3 tue takder la susah sangat.. Matrix.. waktu sekolah menengah dah belajar.. pastu pengamiran n pembezaan or dalam english differentation n integration. senang kan? maybe sebab kurang latihan.. tue yang jadi macam.." errrrmm...hurrrmm..errrmmm.. macam mane eh nak buat? nie ape eh? formula apa eh nak guna?? duuhh... addduuuhhh... " lebih kurang macam tue la situasi tyme math 3 hari tue..

actually result dah boleh tengok semalam. awal pagi.. b4 pukul 10 macam tue lah.. tue pon rasenyer terlepas coz lepas tue dah tak boleh bukak.. system dah kene block. tapi semalam ada member2 bagitaw yang ada subjek dorang masih N/A.. agak mengusarkan jugak lah coz risau gak kot2 bukak result hari nie lain pulak dah jadi result..

apa-apa pun..Alhamdulillah.. semua subjek lepas.. walaupun ada yang cukup-cukup makan.. tak per la janji tak mengulang.. susah woo kalau repeat2 paper nie.. dengan kekangan masa lagi, kang clash sana clash sini.. kang berserabut lagi pala hotak ngan subjek-subjek yang baru nak amek.. bersyukur sesangat coz lepas semua subjek..

yang paling menggembirakan hati ini.. apabila subjek 2 subjek programming yang saya amek lulus dengan cemerlang.. phewwww.. tak sia-sia menjadikan hari khamis last sem sebagai hari programming.. kelas programming dari pukul 11 pagi sampai 9.30 malam.. berkat usaha dan berkat doa mak.. syukran ya Allah.. ^_^

bukan mudah sebenarnya nak amek 2 subjek programming sekaligus. walaupun basc lebih kurang sama tapi menggunakan bahasa or command yang berbeza, kadang2 terseliuh gak tangan tertukar command.. hehehe.. tapi tak dinafikan lah kedua-dua subjek tue saling membantu.. seriously.. =)

klu tak silap minggu lepas kot saya ada mimpi tentang result.. dalam mimpi tue takder subjek yang fail n dapat dean list.. dan kenyataannya.. betol takder yang gagal tapi tak betol part dean list tue.. bwahahaha...

agak menyedihkan gak lah coz GPA n CGPA menurun.. walaupun turun cuma 0.1 n 0.01.. tetap gak sedih.. bukan senang woo nak naikkan GPA n CGPA nie.. mintak-mintak la next..next..next sem boleh buat something untuk menarik kembali CGPA.. insyaAllah..

apa-apa pun... tahniah buat semua rakan-rakan yang mendapat dean list dan keputusan yang baik.. dan buat yang tak berapa bernasib baik, cuba lagi nanti k.. n never give up!!! ^_^

Wednesday, January 25, 2012

..Ada Apa dengan Baucher Buku 1 Malaysia (BB1M)..

assalamualaikum all...

apa khabar? gler lame tak update ape2 post kan.. dah masok taun baru pun.. huhu.. bukan apa, agak bz di hujung sem, lepas tu final lepas tu start cuti.. cuti means cuti.. hehehe..

nway, semangat pagi-pagi nie nak update blog pasal Baucher Buku 1 Malaysia (BB1M).. baucher buku nie dah mula diedarkan kepada semua penuntut intitusi pengajian tinggi dan pelajar tingkatan 6 pada awal Januari lalu.. seorang pelajar dapat RM 200..

bagi saya sendiri, 200 tue amat besar. tak dinafikan kata-kata orang bahawa 200 tak cukup menampung belanja buku.. indeed!! memang tak cukup... satu buku jek dah cecah rm 150++ tapi 4 me amat amat bersyukur. atleast dapat jimat 200 dari duit sendiri. secara jujurnya, every sem memang saya akan memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli buku teks kerana lebih selesa menggunakan buku sendiri berbanding pinjam di library ataupun membuat fotokopi...




jadi, dengan adanya baucher 200 itu, dapatlah jimat ckit duit sendiri. boleh la guna untuk beli baju ker, tudung ker untuk kegunaan ke kelas memandangkan dah beberapa sem tak beli baju mahupun seluar baru.. huhu.. memandangkan kitorang pon dah habis sem, so, baucher tue saya simpan dulu untuk kegunaan sem depan. kene tengok dulu buku apa yang diperlukan untuk sem depan.. ^_^

menurut laman rasmi KPT mengenai BB1M ini, objektif baucher ini diberikan ialah:
2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.


merujuk kepada objektif di atas, nampak macam bakal dipenuhi oleh saya dan mungkin juga berjuta pelajar lain.. ^_^

tapi yang menyedihkan apabila ada sesetengah pihak menidakkan tujuan BB1M ini. tak kisah lah orang nak kata ini sebagai gula-gula kah apa, at least, there are something for us.. ada gak sesetengah pelajar yang mengambil kesempatan dengan menjual BB1M ini di internet mahupun kepada pihak kedai.. iskiskisk..

nasihat saya, kalau anda tak nak or rasa benda ini tak memberi sebarang manfaat kepada anda.. apakata anda ambik baucher tue, pegi ke kedai buku, beli al-quran, surah yaasin, buku-buku agama banyak-banyak sampai habis 200 tue then sedekahkan kepada surau-surau masjid or bagi kepada anak-anak yatim. saya percaya kebanyakan surau-surau di IPT sering menganjurkan majlis ilmuan or bacaan Yaasin dan sebagainya. setiap kali orang membaca wakaf anda itu, anda akan beroleh pahala insyaAllah..

usah bongkak mengatakan baucher yang diberikan itu langsung tidak bagus.. dunia ini ibarat roda, mungkin anda sekarang berada di atas, ada duit untuk membeli segala yang anda mahu dan mampu membeli berpuluhpuluh buku sendiri. tapi bagi orang yang sedang berada di bawah dan bagi mereka yang menghargai ilmu, setiap sen yang diberikan amat bermakna..

kalau tetap gak anda rasa anda memang betol-betol tak nak baucher tue,carik la rakan-rakan anda yang memerlukan, tanya mereka nak beli buku apa dan tolong dorang beli memandangkan nak gune baucher tue perlu ic n matris kad yang match dengan yang ditulis kat baucher.. apa lah salah nya sekali sekala membuat amal dengan rakan-rakan anda, dahla segelas milo peng pon anda tak pernah belanja kawan anda kan..

oh!! diharap yang menjual di internet tue tak terlupa bahawa baucher ini mempunyai NO. SIRI dan tahukah anda bahawa setiap IPT mempunyai data mengenai No.Siri ini?? harap tak lupa lah ya..


sedikit info lagi, untuk maklumat baucher ini bukan sahaja boleh digunakan untuk membeli buku-buku teks seperti yang dianggap oleh orang ramai. dengn baucher ini, anda juga boleh membeli apa-apa jenis buku yang terdapat di kedai buku berkenaan tak kesah lah buku resipi ka, buku cara menjahit ka, buku sodoku ka, buku puzzle ka.. asalkan ianya adalah buku.. even novel n komik pun anda boleh beli. kalau lepas beli buku masih ada lebih duit baucher tue beli la full scape paper (kertas kajang) banyak-banyak, tak pun beli la a4 paper banyak-banyak.. boleh guna untuk print notes sepanjang sem. or beli la file-file untuk anda simpan segala jenis kertas.

baucher nie pon boleh digunakan untuk beli stationery.. hah!! bagi yang selalu kehilangan pen, pemadam, pembaris.. beli la sekotak trus pen, pembaris, pemadam tue semua.. silakan.. boleh saja~~ baucher nie on boleh digunakan untuk membeli kalkulator.. sapa-sapa rasa nak bergaya guna kalkulator harga 100++ beli la guna baucher nie.. or rasa-rasa banyak betol nota nak di simpan.. beli la pendrive sampai habis 200 tue.. rasa-rasa nak main dengan globe yang boleh berpusing tue pon boleh di beli..

kat mana nak beli??? kat semua kedai buku yang turut serta dalam BB1M ini, rasanya hampir kesemua kedai buku kat Malaysia nie boleh guna baucher nie.. MPH, Popular, MyBookstore (Kuching) dan banyak lagi..

so, tak da alasan langsung mengatakan BB1M ini tidak memberi sebarang manfaat kepada kita semua.. kecuali lah anda sedang menutup mata anda sendiri untuk menidakkan kebenaran ini.. eeerrrkk.. apa jak lah ayat aku tok berbelit-belit...

bah..bah.. mupok lok..kak ku geram di awal pagi dengar ada urang madah baucher buku tok tek sik berguna.. inggar sa nyawa ku ngan urang kedak ya.. apa nak di polah urang lain semua sik betol.. ko sorang jak betol.. ok lah.. kelak kita jumpa lagik.. insyaAllah..mun nyawa datang rajin update blog, kelak hapdate lagik ok... ^_^

p.s: ejaan sebenar vaucher dalam bahasa malaysia ialah BAUCAR.. bukan baucer seperti di dalam entri ini.. *lebih selesa ngeja baucer sebenanya..=p *


..Doa untuk mencari pasangan..