Showing posts with label hilang. Show all posts
Showing posts with label hilang. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

..sebuah lagi kehilangan.. Al-Fatihah

assalamualaikum all...

hari isnin hari tu (20.02.2012) pada pukul 9 malam kami telah dikejutkan dengan berita pemergian sepupu kami, Awang Hadiburllah bin Awang Ismail atau kami lebih selesa memanggil arwah Abang Aman. baru berusia pertengahan 30-an..

arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit tenat sebelum pemergiannya.. apa yang saya tahu, arwah muntah darah lalu rebah dan menghembuskan nafas terakhir..

apa yang paling menyayat hati kami sekeluarga ialah pada malam tersebut arwah berada di rumah hanya ditemani 2 orang anaknya yang masih kecil yang berumur 7 tahun dan 2 tahun.. isterinya pula baru pergi ke Kuala Lumpur pada pagi hari berkenaan.

melihat Yan (panggilan anak arwah kepada ayahnya) rebah, anak arwah yang sulung terus menjerit meminta tolong kepada jiran-jiran. menurut cerita jiran-jiran, sempatlah dibisikkan kalimah di telinga arwah pada ketika itu..

walaupun kami jarang bersua muka, perasaan kitorang dengan arwah sama macam rasa dengan adik beradik. sekali sekala berjumpa tetap mesra.. arwah seorang yang sangat baik dengan anak-anak.. jarang dengar arwah marah anak-anak...

mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala perjalanan hidup anak-anak arwah dan memberikan ketabahan hati buat isteri arwah..

Al-Fatihah...

#arwah berkerja sebagai Penolong Pengurus Asrama di UiTM Cawangan Sarawak, Kota Samarahan.. dan bahagian HEP UiTMCS turut menyatakan rasa takziah mereka di SINI

*sorry kalau blog ini keep update bout sad thing.. but, this is our life lately.. mungkin Allah sedang menguji sejauh mana ketabahan hati kami dan mungkin inilah nikmat yang diberikan buat kami sekeluarga..


Tuesday, June 28, 2011

..Al-Fatihah.. kehilangan ke-2 dalam masa sebulan..

assalamualaikum all..

24.6.2011 yang lalu, sekali lagi keluarga kami menerima berita yang amat menyedihkan..

kami kehilangan seorang lagi orang yang kami kasihi..yang kami sayangi.. pada pukul lebih kurang 8.30 malam, nenek saudara miera (adik kepada nenek belah mak), Nenda Hajah Rabiah Binti Buji atau panggilan kitorang kat dier Nek On telah pergi menyambut panggilan Ilahi..

beliau meninggal akibat jantung gagal mengepam darah dengan baik. beliau menghidap penyakit buah pinggang dan perlu berdialisis 2hari sekali. dan seperti post miera yang dahulu, kitorang baru jek kehilangan uncle miera yang di kasihi pada 31.5.2011..

beberapa hari selepas pemergian uncle miera, Nek On telah dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan kecil membuang sel mati di kakinya. dan selepas itu doktor telah memberitahu bahawa badan arwah tidak mampu menghasilkan sel baru dan kami diberikan 2 pilihan. sama ada untuk memotong kaki tersebut atau pergi ke Kuala Lumpur untuk melakukan proses menghasilkan sel baru secara "klon" sel.

selepas itu, keadaan arwah menjadi tidak stabil. kadang-kadang disebabkan gula dalam darah yang rendah dan juga tekanan darah yang rendah. 2 minngu lepas arwah telah dimasukkan ke ICU untuk memudahkan pihak hospital "monitor" dan amek duit lebih. beberapa kali gak lah arwah diletakkan dalam "code blue" iaitu code untuk pesakit yang memerlukan perhatian dari semua department hospital.

sehari sebelum arwah meninggal, beliau telah menjalani pembedahan kaki kerana pihak hospital mendapati kaki tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. dan mengatakan mungkin keadaan nya bertambah baik sekiranya pembedahan tersebut dijalankan.

apa-apa pun, Allahyarhamah telah pergi dengan tenang setelah bertarung nyawa beberapa minggu.. namun, sedikit ketidakpuasan hati miera apabila pihak pusat perubatan tersebut seolahh-olah "tarik tali" dengan keluarga apabial tidak memberi penerangan yang menyeluruh ketika memberi rawatan.

sama-samalah kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah Rabiah binti Buji dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. dan berdoa semoga setiap amalannya diterima Allah dan dosanya diampunkan. amiin..


doakan juga ketabahan kami sekeluarga menghadapi ujian dari Allah.. kehilangan buat kali ke 2 dalam masa kurang sebulan bukanlah satu yang mudah. ditambah pula kami merasa kehilangan setiap 2 tahun. menjadikan rasa rindu terhadap mereka yang telah pergi menjadi terlalu kuat. semoga Allah menetapkan keimanan kami sekeluarga..

-gambar kenangan bersama Allahyarhamah ketika Hari Raya Korban yang lalu-

semoga Allah merahmati setiap insan yang berada di sisi kami tika dalam suka mahupun duka. jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang tak jemu memberikan semangat kepada kami untuk terus tabah menempuh hidup yang penuh dugaan ini..

Friday, June 3, 2011

..Perginya Insan yang ku Kasihi..

Assalamualaikum..
Pada hari selasa lalu, 31 Mei 2011 pada pukul 9++ malam, telah pergi seorang insan yang amat ku kasihi dan sayangi iaitu bapa saudara ku, Zainudin Haji Suhaili.

Pemergiannya bukanlah permergian biasa tapi pergi nya seorang insan menemui Penciptanya. Perginya seorang insan hanya membawa bekalan amal ibadat ke alam yang kekal abadi..

Arwah merupakan seorang yang teramat baik kepada semua anak saudaranya, lebih2 lagi miera. Tak akan dapat sorang pon marah miera, arwah akan mengamuk. Miera terlalu rapat dengan arwah. Jauh lebih rapat antara miera dengan arwah bapa sendiri.

Dari kecik sampai besar, kalau miera demam, nak makan apa2 pun, nak pegi mana, even nak mintak duit. Miera tak akan pegi kat orang lain, arwah lah tempat miera meluahkan segala-galanya.

Kitorang panggil dier Alem, tue bukan name btol dier, tapi kitaorang anak2 saudara dier jek yang panggil dier macam tue. Setiap kawan kitorang jugak adalah kawan arwah. Tak pernah dier nak berkira dengan kawan2 kitorang.

Arwah pergi meningalkan seorang balu dan seorang anak yang berusia 10 tahun. Anak inilah yang membuatkan hati kami hancur tatkala melihat wajah tenang nya. Mungkin dia belum mengerti atau mungkin dia sedang memendam rasa.
Ya Allah.. Sungguh besar dugaan kau berikan buat kami sekeluarga. Sudah 6 tahun, kami kehilangan 5 orang barisan hadapan keluarga ini. Namun bagi diri ini, pemergian arwah terlalu memberi kesan. Hanya pada arwah kami berharap dan kini dia telah kembali kepada Allah..
Tiada apa yang mampu kami lakukan, hanya berdoa agar Allah mengampuni segala dosanya, menerima setiap amal ibadat nya dan menempatkan nya d syurga bersama para sahabat dan para solihin. Amiin..
Di sini jugak, saya ingin memohon seribu kemaafan bagi pihak arwah andai arwah pernah menyakiti hati sesiapa yang mengenali arwah. Halalkan segala makan minum arwah..
Al-fatihah
*arwah pergi dengan senang dan tenang, pemergiannya secara tiba-tiba amat menyedihkan kami..doakan ketabahan kami sekeluarga.. *
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Friday, August 27, 2010

..Separuh Nyawaku Hilang..

assalamualaikum all..

just nak wat entry pendek. since tomorrow morning i got mid term test.

minggu nie dan minggu depan sememangnya akan dipenuhi dengan test2 dan kuiz2. almaklum lah dah masok pertengahan sem kan..

minggu depan gak, kitorang dah start cuti pertengahan semester+cuti raya. start 4/8 sampai 16/9 kalau tak silap. kalau tak silap lah.. miera tak tengok sangat pon kalendar2 akademik nie..

dan di saat-saat genting highland ini gak miera telah kehilangan separuh "nyawa" miera..apakah "nyawa" ku itu??

My KALKULATOR...

-casio 570 model kalkulator miera-
pict:credit tue pak cik google

uwaaa.. wase nak menangis..
teringat kate2 my lecturer tyme diploma dulu..

u as an engineering student, u shouldn't forget to bring ur calculator.. this is ur "nyawa"..

yes!! miera akui sangat2.. kalkulator tue lah nyawa kitorang.. as semua orang taw, engineering memang tak kan lari dari calculation..

n tomorrow i will sit for my mathematics test..

cerita nyer macam nie.. semalam miera ade kelas Math.. dan for sure la akan pakai kalkulator. then, tyme nak balik tue, maybe miera terlupa nak amek kalkulator tue sekali..

memandangkan miera taw kalkulator nie semuanyer hampir same, so, miera wat la ukiran tersendiri kat my kalkulator.. kat depan tue, memang banyak sticker menderma yang miera selalu mintak dari member2.. then kat belakang lak, miera tulis name miera gune liquid paper, dan miera siap lekat sticker my full name.. then kat punat2 no tue lak, miera wat satu garisan kaler purple..

tadi miera pergi la tengok kat bilik tutorial kitorang guna semalam.. mungkin rezeki kan..

dan yang miera jumpe hanyalah sticker tertulis nama miera di lantai tempat miera duduk semalam.. dan kalkulator tersebut telah pun ghaib...

nasib baik miera dah alihkan duit rm10 kat dalam kalkulator tue.. yang tinggal just beberapa keping tiket wayang kitorang tengok dulu..

huhuhuhu.. miera dah gune kalkulator tue since i was form 4.. itulah kalkulator pertama miera.. dari sekolah menengah sampai ke diploma. dan masok degree..

uwaaaa... sayang nyer...

mungkin dah bukan rezeki..

cuma just wondering, "adakah taraf pelajar universiti sama dengan taraf budak-budak sekolah?? masih belum tahu fikir apa yang perlu dilakukan apabila menjumpai barang yang diketahui bukan milik mereka??"

mudah-mudahan tuan kalkulator baru tue menjaga mr k dengan sebaik-baiknya.. dan mudah-mudahan beliau mendapat rahmat di bulan puasa yang mulia ini...

apa-apa pun, luckily miera ade housemate yang berbaik hati meminjamkan miera kalkulator beliau untuk 2 hari ini.. tadi miera ade quiz n test.. esok pon nak test lagi.. huhuhu..

wish me luck for tomorrow k..

..Doa untuk mencari pasangan..