Wednesday, February 22, 2012

..sebuah lagi kehilangan.. Al-Fatihah

assalamualaikum all...

hari isnin hari tu (20.02.2012) pada pukul 9 malam kami telah dikejutkan dengan berita pemergian sepupu kami, Awang Hadiburllah bin Awang Ismail atau kami lebih selesa memanggil arwah Abang Aman. baru berusia pertengahan 30-an..

arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit tenat sebelum pemergiannya.. apa yang saya tahu, arwah muntah darah lalu rebah dan menghembuskan nafas terakhir..

apa yang paling menyayat hati kami sekeluarga ialah pada malam tersebut arwah berada di rumah hanya ditemani 2 orang anaknya yang masih kecil yang berumur 7 tahun dan 2 tahun.. isterinya pula baru pergi ke Kuala Lumpur pada pagi hari berkenaan.

melihat Yan (panggilan anak arwah kepada ayahnya) rebah, anak arwah yang sulung terus menjerit meminta tolong kepada jiran-jiran. menurut cerita jiran-jiran, sempatlah dibisikkan kalimah di telinga arwah pada ketika itu..

walaupun kami jarang bersua muka, perasaan kitorang dengan arwah sama macam rasa dengan adik beradik. sekali sekala berjumpa tetap mesra.. arwah seorang yang sangat baik dengan anak-anak.. jarang dengar arwah marah anak-anak...

mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala perjalanan hidup anak-anak arwah dan memberikan ketabahan hati buat isteri arwah..

Al-Fatihah...

#arwah berkerja sebagai Penolong Pengurus Asrama di UiTM Cawangan Sarawak, Kota Samarahan.. dan bahagian HEP UiTMCS turut menyatakan rasa takziah mereka di SINI

*sorry kalau blog ini keep update bout sad thing.. but, this is our life lately.. mungkin Allah sedang menguji sejauh mana ketabahan hati kami dan mungkin inilah nikmat yang diberikan buat kami sekeluarga..


1 comment:

  1. SEMOGA arwah ditempatkan dikalangan orang- orang yg beriman..al-fatihah

    ReplyDelete

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..