Friday, May 20, 2011

..Aktiviti Hari Khamis: Nur Kasih The Movie..

assalamualaikum all..


hari ini (19 Mei 2011) bermula tayangan Nur Kasih The Movie.. kesinambungan dari drama bersiri Nur Kasih yang ditayangkan di TV 3 tidak berapa lama dahulu..

secara jujur ingin saya katakan yang sebenarnya saya tidak pernah mengikuti secara serius drama bersiri ini, hanya menonton satu atau dua siri. memandangkan ketika drama ini disiarkan di TV, bapak baru saja meninggal, dalam keadaan sedang berkabung dan bersedih, memang tak der minat langsung nak follow..

cuma taw sikit-sikit jek cerita ini berdasarkan cerita dari member2 termasuk la member2 laki yang mengikuti cerita ini dan tak kurang juga mereka yang meminati Tiz Zaqiyah. rasanya, kemunculan filem ini sangat-sangat dinantikan oleh penonton yang sememangnya mengikuti perkembangan drama Nur Kasih..

kebelakangan ini, kerap kali trailer Nur Kasih The Movie di mainkan di TV3, tak da niat langsung nak pergi tengok. ok! saya tipu, ada rasa nak tengok tapi, tak da lah penuh harapan.. kalau ada rezeki nak tengok, tengok lah kan.. tiba-tiba pagi tadi, ada sorang membe skolah tweet bagitaw dier nak tengok Nur Kasih dan carik sapa yang sudi temankan... dan saya pon tanpa ada niat mereply tweet berkenaan dengan "aku!! tapi ko kenak spons.." dan beliau terus mereply "petang kelak ku ambik kau.. lak mesej"

penghujungnya, pukul 3.30 petang, saya berada di dalam panggung di MBO, The Spring Kuching bersama 2 rakan, dan sebungkus pop corn.. tiket + pop corn + air + minyak kereta semua nya di sponsor oleh Siti Sabariah.. thanxzzzzz a lot bebeh.. masok dalam panggung, tiga-tiga buat pengakuan, tak ikut drama cerita tue.tapi semangat nak tengok mengalahkan orang yang betol-betol follow... ngehehehehe.. dan panggung ketika itu agak kosong, tak sampai separuh mungkin sebab dah habis lunch hour dan bukan hujung minggu or mungkin gak orang pergi ke panggung lain..


-tiket wayang.. bukti saya btol-btol menonton wayang.. hehe-

berbalik kepada Nur Kasih The Movie, seperti semua orang sedia maklum, filem ini adalah kesinambungan dari drama Nur Kasih sendiri yang mengisarkan kisah percintaan di alam perkahwinan di antara Nur Amina lakonan Tizz Zaqiyah dan Adam lakonan Remy Ishak..

filem ini banyak menggunakan unsur-unsur "flash-back" di mana penonton di bawa melihat penghujungnya kemudian barulah diceritakan secara teliti.. so, make sure anda menonton filem ini dengan penuh konsentrasi supaya orang sebelah anda tak perlu menceritakan lagi kepada anda apa sebenarnya yang telah terjadi..

permulaan kisah ini sudah cukup menyedihkan apabila meliha Aidil lakonan Fizz Fairuz menghadapi kehilangan seorang yang amat di sayangi nya.. memang payah menghadapi kehilangan seseorang dalam keadaan kita tidak bersedia

filem ini juga menggunakan teknik seperti seseorang menceritakan kembali kisah hidup 3 insan ini.. suara Dato' Rahim Razali digunakan, tak dinafikan gak la, alunan suara beliau sedikit sebanyak menghidupkan filem ini..

lepas tu, penonton akan disajikan dengan banyak pemandangan yang indah di pertengahan filem ini di mana lokasi pengambaraan ialah di Jordan.. seriously sangat-sangat indah pemandangan nya walaupun hanya batu-batu besar di padang pasir.. bak kata Nur Amina "Masya Allah.. macam lukisan" di jawab pulak oleh Adam.. "Lukisan Allah Nur" =) tidak ketinggalan gak dengan kehijauan sawah padi.. nice..nice..nice.. ^_^

di samping itu, saya melihat filem ini mempunyai kekuatan di atas setiap pelakon nya.. tahniah kepada semua pelakon yang begitu menghayati watak dan berjaya membawanya dengan superb!! anda tak akan melihat satu pun watak yang lakonan nya "keras" dan mimik muka tak selari dengan apa yang diperkatakan..

selain jalan cerita ini sendiri yang menarik, lagu-lagu dalam filem ini juga sangat indah dan mampu membuatkan air mata anda tanpa segan silu berguguran umpama mutiara.. antara lagu yang digunakan ialah Lagu Kita (aizat), lagu dari Bob AF2, Mila AF (yang nie membuai perasaan di penghujung filem) dan beberapa lagu lain dan sudah semestinya lagu utama filem ini sendiri Nur Kasih dendangan Yasin dan Tizz Zaqiyah sendiri.. yang frust nya ialah.. lagu ini hanya dimainkan sedikit sahaja.. huh..

namun, sedikit kelemahan filem ini pada pandangan saya ialah.. jalan penceritaan yang terlalu banyak flashback dan suspen yang menjadikan penonton mula keliru.. mungkin Kabir Bahtia ingin menimbulkan unsur suspen dan lain dari filem melayu yang lain, tapi saya sebagai penonton mula merasa keliru dan membuat andaian sendiri mengenai perjalanan hidup Adam, Nur dan Aidil..

walaupon malu nak mengaku.. tapi bagitaw gak lah.. saya menangis dalam panggung dari awal sehingga akhir filem ini.. sobsobsob..  dan ini adalah kali pertama saya menonton filem cinta Melayu di pawagan selepas cerita Sembilu berpuluh tahun lalu.. sebab nya.. filem cinta Melayu hampir kesemua nya sama.. dan Nur Kasih The Movie telah memberi satu cerita lain dari lain..

so. overall saya bagi 4.5 dari 5 bintang... and two thumbs up untuk filem ini..

kepada sesiapa yang tak tengok lagi tue, sila lah pegi tengok.. tak rugi pon korang tengok filem ini.. oh ya, pelakon dalam filem nie banyak yang comel dan berlesung pipit.. Mia Sara, Alias (abang Mia Sara) mate dier sangat cantek.. Fizz Fairuz dan beberapa kanak-kanak Arab.. comel lagi hensem okeh.. =)

extra: lepas tengok wayang, jumpa membe-membe lama kat Kubah Ria. lama gila tak jumpa dorang nie.. akhirnya boleh chill out sesama... ^_^

Thursday, May 19, 2011

..Heli L.E.D..




Assalamualaikum all..

Pernah tak dengar tentang helikopter l.e.d? Tak pasti lak ape name sebenar permainan nie.

2 or 3 hari lepas, dalam buletin utama ada menyiarkan mengenai hobi baru warga Kuching yang main helikopter lastik d waterfront kuching.
Permainan nie macam permainan biasa yang kita dapat dalam kotak tora-tora tue. Pelayang yang budak2 selalu main, tembak kat atas, kemudian pelayang tue akan turun chantekk jek..
Heli l.e.d nie, dier gabungan antara lastik+pelayang+lampu l.e.d.

Cara permainan ini sangat simple, ON kan l.e.d, lastik kan pelayang tue tinggi-tinggi dan kejar pelayang yang jatuh. Simple kan? Sambil berhibur leh exercise sekali.hehe

Sekarang nie ade beberapa tempat yang untuk bermain heli l.e.d nie which are kuching waterfront and kubah ria. Permainan nie boleh gak d main d kawasan yang luas. Hari tue kitorang main kat depan rumah, memandangkan waktu tue malam, tak der la kereta lalu.

Dulu waktu mula-mula famous dulu, heli l.e.d ini d jual dengan harga rm5 satu, pastu dah turun ckit rm10 3, sekarang nie ade tempat yang jual rm1 or rm2 satu.

Seronok taw main nie, sambil beriadah, dapat mengeratkan hubungan antara adik beradik or kawan-kawan. Yang penting, dapat menghilangkan stress..

So, enjoy...

video

-sorry video gelap dan abaikan hanya kitorang yang main kat situ memandangkan bukan hujung minggu.. ^_^ -

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Tuesday, May 17, 2011

..penangan Drama Nora Elena di TV3..

assalamualaikum all...

sekarang nie sedang disiarkan di TV 3 pukul 7 sampai 8 malam, drama bersiri bertajuk Nora Elena yang di lakonkan oleh Aaron Aziz, Siti Saleha dan Zul ape ntah name pelakon tue.. yang pasti tue boyfren Abby Abadi..hehe..

acually, drama  nie dihasilkan adaptasi dari sebuah novel bertajuk Kasih Yang Suci hasil tulisan Meen Zulaikha..


miera bukan nak cerita pasal drama ini, tapi penangan drama ini kepada blog ^lurve_purple^ nie. miera dah pernah baca novel nie dan pernah tulis pasal buku nie satu ketika dahulu.. banyak gak lag keyword novel nie masok blog lepas entry tue..

tapi semakin bertambah-tambah banyak lepas drama nie dimainkan.. terkezut kejap tadi bile tengok nie..



so, thanxz kepada yang telah masok ke blog ini.. blog yang mengarut entah hape-hape.. hehehe..

p.s: tak sabar nak tengok filem adaptasi dari Nove "Ombak Rindu" karya Fauziah Ashari..

..first tyme..

Assalamualaikum all..

Petang tadi miera g cabut gigi. Lame gak tunggu kat klinik tadi. Dalam 3 jam gak lah.

Doktor panggil, masok baring kejap, pastu dier bius. Doktor suwoh kuar balik, 5 minit pastu dier panggil balik.

Dah baring balik, dier bius lagi. Peh.. Kebas sangat2 mulut nie. Pastu dier amek macam spanar, letak kat gigi teros cabut.

Siyesly tak sampai 5 minit doktor tue cabut gigi, tak der rase sakit langsong. (Setakat nie lah, tak taw lak dalam 2 3 jam lagi.. Mintak-mintaklah tak der sakit langsung lah kan..)

Doktor tue tunjuk gigi yang dah d cabut. Alahai.. Masih kuat dan tak der la rapuh sangat. Sian gigi tue, macam sayang la plak tengok gigi tue. Rase menyesal pon ade gak, sebab gigi tue macam masih kuat.

Tapi apa kan daya, gigi tue berlubang dalam sangat. Nak tampal risau lak nanti makin sakit. Tue yang decide nak cabut gigi. Huhuhu

Apa-apa pun, doakan miera cepat2 sembuh k.. Amiin..

P/s: tahniah and happy convocation day to all uitm's student especially uitmcs's student.. *Teringat kenangan terindah last year tyme convocation.. Rase cam nak ulang balik jek. Hehe..*
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Saturday, May 14, 2011

.. Keistimewaan camera handphone saya..

Assalamualaikum all..
Sebelum bercerita lebeh lanjut, adalah lebih baik kiranya saya mengakui saya agak ketinggalan dalam mendalami handphone saya ini.
Setelah hampir sebulan pakai, baru nampak satu ke'best'an phone ini.
Dengan ini d sertakan 2 gambar yang d ambil menggunakan 5mp phone camera ni.
Gambar yang first adalah gambar asal. Dan yang 2nd, gambar yang telah d zoom ke tahap maksimum.
Enjoy~~~
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Monday, May 2, 2011

.."pecah laju" di hari isnin..

Assalamualaikum all..

Hari ini, cuti hari pekerja dan miera masih lagi kat rumah. Tak balik hortel lagi. Hehe.. Ilek lu..


So, bersempena ngan holiday hari nie, abang miera ajak "pecah laju" (baca: breakfast) kat luar.


So, hari nie kitorang sefamily makan kat Bombay Masala.. Makan makanan india.. So, inilah menu2 yang sempat d snap.. Teehee~~~


Nasik beriyani, tosai bnd peria goreng..


Burppp.. Alhamdulillah..


P/s: wish me luck for my paper tomorrow and on wednesday..

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

..Doa untuk mencari pasangan..