Showing posts with label meninggal. Show all posts
Showing posts with label meninggal. Show all posts

Wednesday, March 13, 2019

..Hello 2019..

assalamualaikum all..

after a years and a month.. I feel like I want to write something and update what happened to my life

before we start with my 2019 so far, lets recap 2018 a lil bit. the best and only achievement in my life for 2018 is NO HEART BROKEN incident.. peeeehhhh setaun pok jaga hati dan perasaan.. tapi tetaplah pedih dan luka di hati terasa. kohkohkoh.. cuma dapat di elak luka baru

oh.. 2018 I lost my uncle, my father's brother. satu kehilangan besar dalam family. sebab nya ketua segala ketua.. ketua kumpulan zikir, ketua rombongan bila ada majlis2 nikah, tunang, merisik, ketua kumpulan selawat, imam bila berjemaah, ketua ngaco urang latah, ketua berjoget di hujung majlis.. semua lah nya.. berasa nya sik ada.. huhu.. al-fatihah Awang Medaan Awang Ahmad.

n 2018 i lost my sense of everything too.. rasa macam heartless gila 2018. sampey satu tahap i feel worried with myself because i cant react anything in whatever happen in my life. i cant feel sadness, happiness.. nothing..blank

somehow, something good happen in 2018. i met a loottt of mirc's friend because I had 3 trips to KL last year. in apr, oct and dec. sharing stories and stuff.. kenangan indah sebenarnya 😀

and the best vacation is in Dec. my family vacation, 6 out of 7 of my siblings in KL for vacation n of course our queen of our heart, my mak. insyaAllah ada rezeki kita vacation adik beradik ke Mekah gik..amiiiinn.. insyaAllah

study?

masih seperti itu.. masih belum abis dan entah bila nak abis. huhu

2019 so far?

nothing much change in my study. nothing good happen in financial. something good happen to my heart in the beginning of 2019. but in march, dah start sik best.. heeee.. so, i guess 2019 dimulakan dengan masalah hati lagik.. iskiskisk.. kepak jaga 2018, masok2 2019 lalu kenak.. iskiskisk..

anyway.. im going to have my pre-viva maybe next week or next month. wish me luck ok? and wish I can finish my study by this year. before september to be exact. and no more heart broken series in 2019. I want a happy life... wish everything will be fine ok?

good luck adik2 nak dapat result SPM esok.. all the best for ur future.

Wednesday, February 22, 2012

..sebuah lagi kehilangan.. Al-Fatihah

assalamualaikum all...

hari isnin hari tu (20.02.2012) pada pukul 9 malam kami telah dikejutkan dengan berita pemergian sepupu kami, Awang Hadiburllah bin Awang Ismail atau kami lebih selesa memanggil arwah Abang Aman. baru berusia pertengahan 30-an..

arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit tenat sebelum pemergiannya.. apa yang saya tahu, arwah muntah darah lalu rebah dan menghembuskan nafas terakhir..

apa yang paling menyayat hati kami sekeluarga ialah pada malam tersebut arwah berada di rumah hanya ditemani 2 orang anaknya yang masih kecil yang berumur 7 tahun dan 2 tahun.. isterinya pula baru pergi ke Kuala Lumpur pada pagi hari berkenaan.

melihat Yan (panggilan anak arwah kepada ayahnya) rebah, anak arwah yang sulung terus menjerit meminta tolong kepada jiran-jiran. menurut cerita jiran-jiran, sempatlah dibisikkan kalimah di telinga arwah pada ketika itu..

walaupun kami jarang bersua muka, perasaan kitorang dengan arwah sama macam rasa dengan adik beradik. sekali sekala berjumpa tetap mesra.. arwah seorang yang sangat baik dengan anak-anak.. jarang dengar arwah marah anak-anak...

mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala perjalanan hidup anak-anak arwah dan memberikan ketabahan hati buat isteri arwah..

Al-Fatihah...

#arwah berkerja sebagai Penolong Pengurus Asrama di UiTM Cawangan Sarawak, Kota Samarahan.. dan bahagian HEP UiTMCS turut menyatakan rasa takziah mereka di SINI

*sorry kalau blog ini keep update bout sad thing.. but, this is our life lately.. mungkin Allah sedang menguji sejauh mana ketabahan hati kami dan mungkin inilah nikmat yang diberikan buat kami sekeluarga..


Tuesday, June 28, 2011

..Al-Fatihah.. kehilangan ke-2 dalam masa sebulan..

assalamualaikum all..

24.6.2011 yang lalu, sekali lagi keluarga kami menerima berita yang amat menyedihkan..

kami kehilangan seorang lagi orang yang kami kasihi..yang kami sayangi.. pada pukul lebih kurang 8.30 malam, nenek saudara miera (adik kepada nenek belah mak), Nenda Hajah Rabiah Binti Buji atau panggilan kitorang kat dier Nek On telah pergi menyambut panggilan Ilahi..

beliau meninggal akibat jantung gagal mengepam darah dengan baik. beliau menghidap penyakit buah pinggang dan perlu berdialisis 2hari sekali. dan seperti post miera yang dahulu, kitorang baru jek kehilangan uncle miera yang di kasihi pada 31.5.2011..

beberapa hari selepas pemergian uncle miera, Nek On telah dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan kecil membuang sel mati di kakinya. dan selepas itu doktor telah memberitahu bahawa badan arwah tidak mampu menghasilkan sel baru dan kami diberikan 2 pilihan. sama ada untuk memotong kaki tersebut atau pergi ke Kuala Lumpur untuk melakukan proses menghasilkan sel baru secara "klon" sel.

selepas itu, keadaan arwah menjadi tidak stabil. kadang-kadang disebabkan gula dalam darah yang rendah dan juga tekanan darah yang rendah. 2 minngu lepas arwah telah dimasukkan ke ICU untuk memudahkan pihak hospital "monitor" dan amek duit lebih. beberapa kali gak lah arwah diletakkan dalam "code blue" iaitu code untuk pesakit yang memerlukan perhatian dari semua department hospital.

sehari sebelum arwah meninggal, beliau telah menjalani pembedahan kaki kerana pihak hospital mendapati kaki tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. dan mengatakan mungkin keadaan nya bertambah baik sekiranya pembedahan tersebut dijalankan.

apa-apa pun, Allahyarhamah telah pergi dengan tenang setelah bertarung nyawa beberapa minggu.. namun, sedikit ketidakpuasan hati miera apabila pihak pusat perubatan tersebut seolahh-olah "tarik tali" dengan keluarga apabial tidak memberi penerangan yang menyeluruh ketika memberi rawatan.

sama-samalah kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah Rabiah binti Buji dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. dan berdoa semoga setiap amalannya diterima Allah dan dosanya diampunkan. amiin..


doakan juga ketabahan kami sekeluarga menghadapi ujian dari Allah.. kehilangan buat kali ke 2 dalam masa kurang sebulan bukanlah satu yang mudah. ditambah pula kami merasa kehilangan setiap 2 tahun. menjadikan rasa rindu terhadap mereka yang telah pergi menjadi terlalu kuat. semoga Allah menetapkan keimanan kami sekeluarga..

-gambar kenangan bersama Allahyarhamah ketika Hari Raya Korban yang lalu-

semoga Allah merahmati setiap insan yang berada di sisi kami tika dalam suka mahupun duka. jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang tak jemu memberikan semangat kepada kami untuk terus tabah menempuh hidup yang penuh dugaan ini..

Friday, June 3, 2011

..Perginya Insan yang ku Kasihi..

Assalamualaikum..
Pada hari selasa lalu, 31 Mei 2011 pada pukul 9++ malam, telah pergi seorang insan yang amat ku kasihi dan sayangi iaitu bapa saudara ku, Zainudin Haji Suhaili.

Pemergiannya bukanlah permergian biasa tapi pergi nya seorang insan menemui Penciptanya. Perginya seorang insan hanya membawa bekalan amal ibadat ke alam yang kekal abadi..

Arwah merupakan seorang yang teramat baik kepada semua anak saudaranya, lebih2 lagi miera. Tak akan dapat sorang pon marah miera, arwah akan mengamuk. Miera terlalu rapat dengan arwah. Jauh lebih rapat antara miera dengan arwah bapa sendiri.

Dari kecik sampai besar, kalau miera demam, nak makan apa2 pun, nak pegi mana, even nak mintak duit. Miera tak akan pegi kat orang lain, arwah lah tempat miera meluahkan segala-galanya.

Kitorang panggil dier Alem, tue bukan name btol dier, tapi kitaorang anak2 saudara dier jek yang panggil dier macam tue. Setiap kawan kitorang jugak adalah kawan arwah. Tak pernah dier nak berkira dengan kawan2 kitorang.

Arwah pergi meningalkan seorang balu dan seorang anak yang berusia 10 tahun. Anak inilah yang membuatkan hati kami hancur tatkala melihat wajah tenang nya. Mungkin dia belum mengerti atau mungkin dia sedang memendam rasa.
Ya Allah.. Sungguh besar dugaan kau berikan buat kami sekeluarga. Sudah 6 tahun, kami kehilangan 5 orang barisan hadapan keluarga ini. Namun bagi diri ini, pemergian arwah terlalu memberi kesan. Hanya pada arwah kami berharap dan kini dia telah kembali kepada Allah..
Tiada apa yang mampu kami lakukan, hanya berdoa agar Allah mengampuni segala dosanya, menerima setiap amal ibadat nya dan menempatkan nya d syurga bersama para sahabat dan para solihin. Amiin..
Di sini jugak, saya ingin memohon seribu kemaafan bagi pihak arwah andai arwah pernah menyakiti hati sesiapa yang mengenali arwah. Halalkan segala makan minum arwah..
Al-fatihah
*arwah pergi dengan senang dan tenang, pemergiannya secara tiba-tiba amat menyedihkan kami..doakan ketabahan kami sekeluarga.. *
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Friday, December 31, 2010

..31 Disember 2010..

assalamualaikum all..


di hari terakhir bagi Tahun 2010 ini, miera tak der ape sangat nak di ceritakan. everything happen biasa-biasa jek 2 3 minggu nie. nothing special.

terasa macam baru semalam miera berada di 1.1.10, dengan sedikit perkara yang menjengkelkan berlaku. tup..tup.. esok dah 1.1.11.. 4 1 esok.. mesti ramai yang melangsungkan majlis kan? oh.. miera gak nak ucapkan tahniah buat sahabat MiRC miera, sis Wailin yang bakal melangsungkan pertunangan besok. akhirnyaa.. bertemu jua dengan jejaka idaman.. hehe..

sebelum 2010 melabuhkan tirai.. jom bersama miera mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada miera sepanjang 2010..

pembukaan 2010 amat menyedihkan, di akhir 2009, tanggal 9/11/2009 ayahnda kesayangan kami meninggal dunia di tanah suci Mekah. sesuatu yang sangat perit untuk dilalui. tapi, siapalah kita untuk melawan kehendakNya. segalanya diterima dengan redha. awal tahun disambut dengan hanya kenangan bersama arwah.

1.1.10 berlaku sedikit ketegangan.. entah di mana silapnya. miera pon tak pasti. cuma, apa yang pasti setiap manusia pasti ada kelemahan masing-masing. dan jagalah perlakuan, jagalah kata-kata untuk sama-sama kita menjaga hari orang lain dan juga diri sendiri. jangan sesekali kita menghina orang lain walau sejijik mana pun individu tersebut. siapa tahu, suatu hari nanti, kita yang berada di atas ini, akan menjadi lebih jijik dan hina dari dia. dan tak siapa dapat menduga, mungkin suatu hari nanti, keseluruhan hidup kita ini bergantung pada orang yang pernah kita hina.. kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.

3.1.10 majlis perkahwinan penuh gilang gemilang berlangsung dalam keluarga kami. pernikahan sepupu arwah bapak, Usu Abu dengan permaisuri hatinya Usu Alin. sangat meriah majlis ini dihadiri oleh banyak kenamaan negeri Sarawak. miera suke sangat-sangat tengok pelamin dorang. lawa...

dan bermulalah kehidupan miera sebagai seorang pelajar. di awal semester sedikit tidak puas hati sebab telah fail satu paper. tak dapat dinafikan, memang salah diri sendiri jugak tak dapat nak buat setiap soalan dengan betul. cuma, sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lecturer kepada my uncle, yang ingin tahu adakah miera nie bermasalah dalam kelas sehingga gagal. jawapan lecturer itu "miera terikut-ikut kawan" dan setahu miera kawan-kawan yang rapat dengan miera semuanya lulus.. isk..isk..isk.. tidak mengapa.. semua itu ada hikmahnya. tak pernah rasa berdendam dengan siapa-siapa.

semester terakhir di UiTMCS, berjuang untuk mendapatkan diploma. segala-galanya berjalan agak lancar. sehinggalah tiba bab Final Year Project. report segalanya ok.. cuma, apabila tiba masa untuk hardware, bermacam masalah timbul. padahal, project teramatlah simple. sama taraf ngan budak-budak sekolah punye kerja kursus KHB.




yang paling haru apabila cuma mendapat tahu bahawa kami perlu membuat presentation kurang dari 8 jam presentation. bertambah haru apabila hardware masih menunjukkan sedikit kegagalan. triple haru, ketika itu, miera and group member masih berada di rumah. dan presentation berlangsung seawal 8 pagi. tapi alhamdulillah.. segala masalah berjaya dihadapi.. =)
 -sedikit majlis perpisahan dan restu ilmu bersama lecturer-lecturer EE-

sebelum tamat semester, UiTMCS telah mengadakan majlis pra-graduan kepada kami yang bakal menamatkan pelajaran di UiTM.. dan ketika itulah first time dalam hidup miera pegi ke kedai untuk di make-up kan, first time pakai hand bag dan first time pakai high-heel.. hahahahaha...


 

habis final, disambung pulak dengan kursus 3P. first time dalam hidup miera, masuk kursus yang mendalami ilmu komputer. dari sistem dan jugak hardware. tapi, tak der lah faham sangat. tau basic-basic jek.. hehehe..

kemudian, menunggu keputusan dengan penuh debaran. dah dapat keputusan, Alhamdulillah.. lulus dan sah miera dah grad dan dah ada diploma. untuk menyambut tamat study, uncle miera bawak pegi melancong ke Kuala Lumpur selama seminggu. dan inilah first tyme kitorang pergi tanpa ada perancangan. pegi kaunter tiket, tengok ade tiket. besok terus fly g KL..sorry lah kepada rakan-rakan yang marah miera sebab tak bagitaw awal-awal.. hehehe




sekembalinya ke Kuching, keputusan UPU pon keluar. dan miera berjaya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam. tapi apabila melihat keadaan keluarga yang tidak berapa nak stabil dan keadaan mak pon yang macam tak nak lepaskan miera. miera ambil keputusan untuk mengorbankan tawaran tersebut. in the same time, miera mencuba nasib untuk mintak tukar U ke UNIMAS.

alhamdulillah, mungkin berkat niat yang baik, miera berjaya masuk ke UNIMAS untuk ijazah miera. masih lagi kursus yang sama dengan UiTM tawarkan. mula-mula masuk tue, memang rase sedih sesangat. sebetulnya miera dah janji ngan member-member UiTM untuk kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Shah Alam. mungkin bukan rezeki. tapi miera yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat miera.

di awal semester, sedikit rasa memberontak muncul dalam diri miera. sangat tak puas hati kene tukar U. mungkin dengan sistem yang sedikit berbeda dari yang lama. mungkin jugak kerana kesorangan. membe-membe di UiTM tak payah susah-susah nak carik membe baru. masing-masing dah ade membe sendiri. miera lak, terpaksa buat kawan baru semula. tak der sorang pon yang miera kenal. dan almaklumlah, masuk pon dah minggu ke-4. banyak yang dah ketinggalan. ditambah lak, masuk-masuk kelas terus kene sit for quizes and tests. dengan assignment lagi, dangan lab report yang kene kejar. sedikit tekanan di situ.

tapi lame-lame.. ok lah.. boleh dah nak sesuaikan diri dengan persekitaran.

6.12.2010... hari yang paling bermakna buat miera..

Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM.. pada sidang ke-3 di UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan. miera dan rakan-rakan EE111 diraikan dalam majlis yang penuh gilang gemilang. terasa berbaloi segala penat lelah yang diharungi selama 3 tahun. terasa bangga melihat wajah-wajah yang sentiasa di sisi miera memberi sokongan fizikal dan mental serta kewangan sepanjang miera menuntut ilmu.

pict: Reborn Photography

tapi.. yang pasti.. segolong ijazah itu hadiah miera buat mereka yang telah pergi meninggalkan miera. Arwah nenek miera, Allahyarhamah Mahdiah bt Buji, arwah atuk miera Allahyarham Suhaili bin Ropa, arwah uncle miera, Allahyarham Marzuki b Hj Suhaili dan arwah bapak miera, Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.

mereka inilah yang menyunting semangat dalam diri miera. arwah nenek selalu marah miera sebab miera tak dapat mengekalkan 4A/5A dalam family miera dalam UPSR. dier selalu cakap miera dah malukan dier sebab miera cume dapat 3A dan miera tak dapat masuk sekolah menengah yang top di Kuching. Arwah atuk miera lak, dier yang selalu ikat miera kat pokok, kuncikan miera dalam toilet sebab kenakalan miera waktu kecik-kecik dulu.

arwah uncle miera sentiasa memberi sokongan kat miera. walaupon kadang-kadang miera gaduh ngan dier. he is my bestfriend. sehinggakan sehari sebelum dier meniggal, dier masakkan miera nasi goreng untuk breakfast. dier yang hantar miera ke sekolah kalau hari hujan. dan disebabkan pesanan terakhir dier jugaklah miera berada di UiTM.

arwah bapak miera.. sentiasa menuturkan sindiran buat miera. tak pernah nak puji. miera disindir ketika gagal dalam setiap test yang miera ambil. sehingga arwah pernah suruh miera stop belajar dan kawen.

apa yang pasti, setiap sindiran, setiap kemarahan itu miera jadikan sebagai penguat semangat untuk belajar. miera nak buktikan pada semua, tidak semestinya kita perlu berada di sekolah pintar, baru kita boleh berjaya menjadi seorang doktor, engineer, arkitek dan orang yang bergaji besar serta berguna. miera nak buktikan, walau kita gagal sekali, tak bermakna kita akan gagal untuk meraih kejayaan.tiap kali miera patah semangat, miera ingat balik sindiran dorang...

sekarang.. Alhamdulillah.. miera dah berjaya membuktikan hampir kesemua kutukan mereka tak betul.

pesanan miera.. think positive, take everything sebagai benda yang baik. jangan sesekali memikirkan setiap kata adalah penghancuran kepada kita... and u will success...

hidup kita ini ibarat roda.. andai kita di atas, bantulah mereka yang di bawah untuk kita sama-sama merasa kesenangan. dan apabila kita dibawah, ucaplah Alhamdulillah, kerna Allah masih sayangkan kita dan Dia sedang menguji kita, jangan pernah sesekali berputus asa untuk terus berada di atas.. ^_^

LOVE story?? not in 2010 I guess.. next tyme maybe.. ^_^

selamat tinggal 2010... semoga selepas ini.. lebih banyak perkara yang baik akan berlaku

Thursday, May 20, 2010

.:Laporan Dari Makmal Komputer.. Aku Bosan.. Lalu Menjawab Tag:.

assalamualaikum all... sekarang nie adalah lunch hour.. tapi tea break pkul 10 tdi lg ktorang dah makan.. almaklumlah.. hanya sebuah kedai makan di buka.. student lak ramai.. so, kene lah ambik peluang yang ada...kalau pergi sekarang.. confirm.. xder makanan dah..

nak wat skodeng2 blog orang len pon tak dapat.. line macam ntah hape2 dah.. so, miera decide nak wat tag dari Nuz... ^_^

Rules :
It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real..




nak pakai name ape eh?? my full name Dayang Siti Amira.. or nak gune Miera or nak gune Purple??? hurrrmmmm... which one nie??? 


 
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...


1. What is your name : Miera
2. A four letter word : Masa
3. A boy's name : Myzlan
4. A girl's name : Maimunah
5. An occupation : Mamak.. errkk mamak occupation eh?? hahahahaha
6. A colour : Maroon.. *teringat kat someone.. ckp nak kawen pakai tema kaler Maroon..oh someone.. where r u rite now?? hukhuk...*
7. Something you wear : Mask.. tyme H1N1 n Jerebu.. =p
8. A food : Manok Masak Merah.. *TRANSLATION Manok (bahasa Sarawak) = Ayam @ Chicken*
9. Something found in the bathroom : Mangkuk Tandas.. *terbaekk*
10. A place : Mekah.. *harap sangat2 dapat pergi sini.. tak dapat jumpe arwah Bapak.. tengok kawasan dier dikebumikan pun cukuplah.. Al-FATIHAH*
11. A reason for being late : Mak saye selesema... =p
12. Something u shout : Muka Ko Diat!! *marah*
13. A movie title : My Spy.. *tak tengok lagi cite nie..*
14. Something u drink : Milo Peng Kaw Punya... yummmyyy...
15. A musical group : Mestica *insaf 5 saat*
16. An animal : Monyet..
17. A street name : Matang Jaya
18. A type of car : Motorola.. =p

tag 20 people eh?? sape??? sape2 lah rase nak buat atau yang tengah kebosanan macam aku sekarang nie.. budak2 laki nie smua ngah main game.. hurmmm....

Monday, May 17, 2010

.:Laporan Tertunda dari Makmal Komputer 5 (with pictures):.

assalamualaikum all.. 

sebelum miera share aktiviti2 kitorang last week.. miera nak ucapkan salam Takziah buat keluarga Allahyarham Encik Jelani yang telah kembali ke rahmatullah pada malam semalam...
Allahyarham merupakan jiran kitorang dan sahabat baik arwah bapak, arwah uceng dan arwah datuk miera, abuk.. arwah gak orang surau yang aktif.. bak kate arwah bapak miera.. saat2 taat..agak jarang melihat arwah tidak mengerjakan solat di surau.. 5 waktu..5 waktu gaklah arwah akan solat di surau..

seluruh family miera akan merasakan pemergian beliau.. walaupun tidak rapat..tapi arwah lah yang selalu mengetuai solat berjemaah di rumah kitorang kalau ade kenduri tahlil..dan arwah gak seorang yang sangat2 baik dengan arwah bapak miera..kadang2 dier akan singgah ke rumah kitorang untuk bertanya khabar mak..

pemergiannya miera anggap sangat2 mulia.. arwah meninggal di rumah Allah.. Surau Taman Sejoli pada malam semalam antara waktu Maghrib dan Isya.. rebah ketika kuliah.. sangat mulia pemergiannya kan?? menemui Penciptanya di rumah Allah.. ya Allah... sungguh mulianya beliau disisi Mu.. mudah2an kita yang belum sampai ajal ini terus berusaha untuk memperoleh kematian yang mulia...

AL-FATIHAH

***************************************
hari nie just nak share gambar2 yang telah di snap during our 3P program... jom kite jamu mate...


    
-khusyuk tue...-


 
-study2.. markah per 950 tue.. bkn 100-
 
  
-aktiviti di waktu rehat.. rehat ker?? teettt!!-

-our trainer and Berita Harian free.. ^_^-
 
    
-dalam perjalanan mencari makanan on Saturday.. satu kedai pon tak bukak kat UiTM..hampeh..-


 -causes: FB tidak di block on saturday.. =p -
  
-mcD after the class..-

  
-cakkk!! nyum2...-

 

-Harris.. agak2 ley x lawan khai mamam Mega Mc?? harris habiskan McChicken + fries + McSundae + belasah Big Mac lagi kat rumah..huahuahua...- 

 

-lunch kat restoran belakang UiTM..licin woooo.... and im the only gurl... thanx guys sebab memayungi ku ketika hujan... hahahahaha.. -

-Arisha and Miera this morning..chumeeelll!!-

~PLEASEE.. BE SENSITIVE WITH OTHER'S FEELING.. WAIMA KAWAN SENDIRI.. WALAUPON NAMPAK CAM HAPPY.. PLEASE JANGAN MAINKAN ISU SENSITIF.. WALAUPUN ABANG2 AND KAKAK KU DAH KERJA.. TAK KAN SAMA DENGAN KEHIDUPAN KU WAKTU BAPAK ADA.. ~

Wednesday, March 24, 2010

.::Berita Hari Ini::.

assalamualaikum all....

ketika membaca surat khabar hari ini...
miera terasa sedey..

semalam miera terima berita dr mak..
Tan Sri Dr Sulaiman Daud
telah kembali ke rahmatullah pada pg semlam
akibat sakit kanser hati yg dihidapinya.. [info]

 Arwah Tan Sri Dr Sulaiman Daud
atau ktorg lebey senang panggil dier "datok sulaiman"
merupakan bekas bos uncle miera..
uncle miera berkhidmat sbg setiausaha politik beliau dr taon 1990-1999
*info amek dr Borneo Post hr nie.. uncle kne interview*
means dr miera kecik smpai la miera darjah 4..

 Arwah Tan Sri Dr Sulaiman Daud
pernah memegang jwtn penting dlm negara..
arwah pernah menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Pelajaran satu masa dahulu..
merujuk pada The Borneo Post hari ini..
beliau merupakan slh seorng yg bertanggungjwb dalam pembinaan beberapa Universiti di negara kita..
 antaranya Unimas, UUM dan UIA..
ketika memegang jwatan Menteri Pendidikan, 
beliau telah mengilhamkan cawangan UPM di Bintulu..
betapa bsrnya jasa beliau dlm 
memperkasakan ilmu di kalangan rakyat Malaysia..

miera sbtolnyer sgt2 rapat dgn uncle miera..
dan sbg setiausaha sulit kpd Tan Sri..
uncle miera perlu sentiasa berada bersamanya 
ketika melawat rakyat..

dan miera..
akn ikut same 
masok ke kampung2..

n miera sgt2 kagum dgn arwah Tan Sri..
kerana wpon memegang jwtn yg penting dlm negara..
sedikit pun tdk ada bangga diri
tanpa rasa kekok untuk bergaul dgn rakyat..
boleh duduk bersila bersama2 rakyat..
dan sentiasa berusaha untk menolong rakyat..

keluarga arwah Tan Sri juga 
sederhana kehidupannya..
miera pernah berjumpa keluarganya..
ketika mereka sekeluarga dtg ke rumah uncle pada hari raya..

semua nya sama..
tiada beza dgn org lain..
tak ada sedikit pun nada meninggi diri atau sombong utk menegur kami..

dari aunty miera gak..
miera dpt taw..
Arwah Tan Sri tidak pernah menghantar anak2nya utk ke luar negara
alasannya??
pendidikan di negara kita sama tarafnya dgn di luar negara
skrng..
salah seorang dr anaknya telah menjadi doktor
di sebuah hospital pakar di Kuching..
*x tau la plak klu skrng nie ade antara anak2 beliau mdpt pendidikan di luar negara.. nie cite 11 taon dulu..*
miera petik sedikit interview uncle miera 
dlm The Borneo Post hari ini.
"He told me that politics is "ibadah" and we must work sincerely"
even mantan Perdana Menteri kita pun mengakui nya..

Sulaiman tidak pernah harap jawatan

KUALA LUMPUR 23 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tan Sri Dr. Sulaiman Daud sebagai negarawan sejati yang tidak pernah mengharapkan sebarang jawatan di dalam kerajaan.

andai lah semua yg berada dlm politik Malaysia hari ini..
berpegang pada niat ini..
maka tidak akan berlakulah politik yg kita lihat skrng..

bukan semua yg berpolitik hari ini..
berpolitik demi kepentingan rakyat..
kadang2 hanya untuk mengaut keuntungan..
upsss...tersasar ke politik la plak..

apa yang pasti..
jasa arwah Tan Sri..
tidak akan dapat kami sekeluarga lupakan..

kerana jasa beliau lah..
kami dapat hidup senang pada hari ini..
kami bukanlah dr keluarga berada..
tp dari kepercayaan yg beliau berikan pada uncle miera..
telah mampu mengubah hidup kami..


berita kedua yg membuatkan miera sebak ialah..
SAMBUTAN 50 TAHUN SMK TUNKU ABDUL RAHMAN (STAR), KUCHING..
apa yg membuatkan miera sedey??
arwah bapak miera salah seorang bekas pelajar sekolah ini..
dan beliau sgt2 aktif dgn persatuan alumni STAR (Old STAR Association)..

2 taon lepas..
arwah sgt beria-ia untuk mengumpul smua rakan2 sekolahnya..
dan mereka telah mengadakan sebuah majlis utk mengumpul kembali semua rakan sekelas mereka..

terbayang2 kegembiraan arwah..
tika pulang dr majlis tersebut..
sentiasa bercerita kenangan2nya ketika bersekolah..

dan sehingga ke hari ini..
rakan2nya sentiasa ada ketika kami membuat majlis tahlil untuk arwah..
bg miera.. 
itulah sahabat sejati...

teringat kembali..
ketika arwah di hospital..
salah seorang sahabatnya, Uncle Wahab..
akn mencium dahi arwah setiap kali sblom melangkah pulang..
dan setiap kali itu jua..
arwah akan menangis...

dan miera sendiri akan turut sama menangis..
masihkan ada sahabat spt itu hari ini???

miera dpt bygkan..
andai arwah masih ada..
sudah pasti..
beliau akan sibuk utk terlibat dlm majlis sambutan 50 tahun STAR..
bila di kenang kembali..
mereka yg tiada..
terasa pedih hati..
namun..
apa yg mampu dilakukan hanyalah berdoa..


AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM TAN SRI DR. SULAIMAN DAUD dan ALLAHYARHAM HAJI AWANG YUSUF BIN AWANG AHMAD....

semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan yang beriman di tempat yg paling istimewa di sisi Allah..

..amin..

..Doa untuk mencari pasangan..