Wednesday, March 24, 2010

.::Berita Hari Ini::.

assalamualaikum all....

ketika membaca surat khabar hari ini...
miera terasa sedey..

semalam miera terima berita dr mak..
Tan Sri Dr Sulaiman Daud
telah kembali ke rahmatullah pada pg semlam
akibat sakit kanser hati yg dihidapinya.. [info]

 Arwah Tan Sri Dr Sulaiman Daud
atau ktorg lebey senang panggil dier "datok sulaiman"
merupakan bekas bos uncle miera..
uncle miera berkhidmat sbg setiausaha politik beliau dr taon 1990-1999
*info amek dr Borneo Post hr nie.. uncle kne interview*
means dr miera kecik smpai la miera darjah 4..

 Arwah Tan Sri Dr Sulaiman Daud
pernah memegang jwtn penting dlm negara..
arwah pernah menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Pelajaran satu masa dahulu..
merujuk pada The Borneo Post hari ini..
beliau merupakan slh seorng yg bertanggungjwb dalam pembinaan beberapa Universiti di negara kita..
 antaranya Unimas, UUM dan UIA..
ketika memegang jwatan Menteri Pendidikan, 
beliau telah mengilhamkan cawangan UPM di Bintulu..
betapa bsrnya jasa beliau dlm 
memperkasakan ilmu di kalangan rakyat Malaysia..

miera sbtolnyer sgt2 rapat dgn uncle miera..
dan sbg setiausaha sulit kpd Tan Sri..
uncle miera perlu sentiasa berada bersamanya 
ketika melawat rakyat..

dan miera..
akn ikut same 
masok ke kampung2..

n miera sgt2 kagum dgn arwah Tan Sri..
kerana wpon memegang jwtn yg penting dlm negara..
sedikit pun tdk ada bangga diri
tanpa rasa kekok untuk bergaul dgn rakyat..
boleh duduk bersila bersama2 rakyat..
dan sentiasa berusaha untk menolong rakyat..

keluarga arwah Tan Sri juga 
sederhana kehidupannya..
miera pernah berjumpa keluarganya..
ketika mereka sekeluarga dtg ke rumah uncle pada hari raya..

semua nya sama..
tiada beza dgn org lain..
tak ada sedikit pun nada meninggi diri atau sombong utk menegur kami..

dari aunty miera gak..
miera dpt taw..
Arwah Tan Sri tidak pernah menghantar anak2nya utk ke luar negara
alasannya??
pendidikan di negara kita sama tarafnya dgn di luar negara
skrng..
salah seorang dr anaknya telah menjadi doktor
di sebuah hospital pakar di Kuching..
*x tau la plak klu skrng nie ade antara anak2 beliau mdpt pendidikan di luar negara.. nie cite 11 taon dulu..*
miera petik sedikit interview uncle miera 
dlm The Borneo Post hari ini.
"He told me that politics is "ibadah" and we must work sincerely"
even mantan Perdana Menteri kita pun mengakui nya..

Sulaiman tidak pernah harap jawatan

KUALA LUMPUR 23 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tan Sri Dr. Sulaiman Daud sebagai negarawan sejati yang tidak pernah mengharapkan sebarang jawatan di dalam kerajaan.

andai lah semua yg berada dlm politik Malaysia hari ini..
berpegang pada niat ini..
maka tidak akan berlakulah politik yg kita lihat skrng..

bukan semua yg berpolitik hari ini..
berpolitik demi kepentingan rakyat..
kadang2 hanya untuk mengaut keuntungan..
upsss...tersasar ke politik la plak..

apa yang pasti..
jasa arwah Tan Sri..
tidak akan dapat kami sekeluarga lupakan..

kerana jasa beliau lah..
kami dapat hidup senang pada hari ini..
kami bukanlah dr keluarga berada..
tp dari kepercayaan yg beliau berikan pada uncle miera..
telah mampu mengubah hidup kami..


berita kedua yg membuatkan miera sebak ialah..
SAMBUTAN 50 TAHUN SMK TUNKU ABDUL RAHMAN (STAR), KUCHING..
apa yg membuatkan miera sedey??
arwah bapak miera salah seorang bekas pelajar sekolah ini..
dan beliau sgt2 aktif dgn persatuan alumni STAR (Old STAR Association)..

2 taon lepas..
arwah sgt beria-ia untuk mengumpul smua rakan2 sekolahnya..
dan mereka telah mengadakan sebuah majlis utk mengumpul kembali semua rakan sekelas mereka..

terbayang2 kegembiraan arwah..
tika pulang dr majlis tersebut..
sentiasa bercerita kenangan2nya ketika bersekolah..

dan sehingga ke hari ini..
rakan2nya sentiasa ada ketika kami membuat majlis tahlil untuk arwah..
bg miera.. 
itulah sahabat sejati...

teringat kembali..
ketika arwah di hospital..
salah seorang sahabatnya, Uncle Wahab..
akn mencium dahi arwah setiap kali sblom melangkah pulang..
dan setiap kali itu jua..
arwah akan menangis...

dan miera sendiri akan turut sama menangis..
masihkan ada sahabat spt itu hari ini???

miera dpt bygkan..
andai arwah masih ada..
sudah pasti..
beliau akan sibuk utk terlibat dlm majlis sambutan 50 tahun STAR..
bila di kenang kembali..
mereka yg tiada..
terasa pedih hati..
namun..
apa yg mampu dilakukan hanyalah berdoa..


AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM TAN SRI DR. SULAIMAN DAUD dan ALLAHYARHAM HAJI AWANG YUSUF BIN AWANG AHMAD....

semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan yang beriman di tempat yg paling istimewa di sisi Allah..

..amin..

No comments:

Post a Comment

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..