Wednesday, February 22, 2012

..sebuah lagi kehilangan.. Al-Fatihah

assalamualaikum all...

hari isnin hari tu (20.02.2012) pada pukul 9 malam kami telah dikejutkan dengan berita pemergian sepupu kami, Awang Hadiburllah bin Awang Ismail atau kami lebih selesa memanggil arwah Abang Aman. baru berusia pertengahan 30-an..

arwah tidak menunjukkan tanda-tanda sakit tenat sebelum pemergiannya.. apa yang saya tahu, arwah muntah darah lalu rebah dan menghembuskan nafas terakhir..

apa yang paling menyayat hati kami sekeluarga ialah pada malam tersebut arwah berada di rumah hanya ditemani 2 orang anaknya yang masih kecil yang berumur 7 tahun dan 2 tahun.. isterinya pula baru pergi ke Kuala Lumpur pada pagi hari berkenaan.

melihat Yan (panggilan anak arwah kepada ayahnya) rebah, anak arwah yang sulung terus menjerit meminta tolong kepada jiran-jiran. menurut cerita jiran-jiran, sempatlah dibisikkan kalimah di telinga arwah pada ketika itu..

walaupun kami jarang bersua muka, perasaan kitorang dengan arwah sama macam rasa dengan adik beradik. sekali sekala berjumpa tetap mesra.. arwah seorang yang sangat baik dengan anak-anak.. jarang dengar arwah marah anak-anak...

mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala perjalanan hidup anak-anak arwah dan memberikan ketabahan hati buat isteri arwah..

Al-Fatihah...

#arwah berkerja sebagai Penolong Pengurus Asrama di UiTM Cawangan Sarawak, Kota Samarahan.. dan bahagian HEP UiTMCS turut menyatakan rasa takziah mereka di SINI

*sorry kalau blog ini keep update bout sad thing.. but, this is our life lately.. mungkin Allah sedang menguji sejauh mana ketabahan hati kami dan mungkin inilah nikmat yang diberikan buat kami sekeluarga..


Monday, February 20, 2012

..semester sudah bermula..

assalamualaikum all..

selamat berhari Isnin semua.. dan selamat berMonday-Blues..

tak da cerita sangat nak bagitaw, direct to the title.. hari ini, 20.2.2012 bermula nya semester baru iaitu semester 2 sesi 2011/2012..

walaupun sedemikian, duit PTPTN tetap tak masok lagi.. ini menimbulkan sedikit kestressan.. susah gak kalau tak da duit nie. bayangkan lah kan, nak start sem baru mesti lah kene beli segala peralatan peribadi dan jugak tujuan pelajaran serta pembelajaran. segan la nak mintak duit kat mak.. huhu..

diharap la PTPTN masok secepat yang minckin. tengok dalam forum hari tue maybe dalam minggu nie jugak kot. tapi ada dalam page fb u kitorang, ada rakan pelajar mengatakan bulan 3 baru masok.. duhh.. paraaii la macam nie..

ape-ape pon.. tetap gak rasa bersyukur kerana sem ini, sekali lagi berpeluang menjadi penghuni kolej dalam kampus.. peeehh.. lega sangat-sangat bila dapat taw rayuan berjaya.. bukan apa, kalau tak dapat susah gak.. nak sewa rumah confirm2 mak tak bagi + agak mahal + keselamatan pon kurang.. nak ulang alik lagi la mustahil.. memandangkan saya tak reti bawak kereta dan tak da lesen.. so, memang mustahil lah kan..

walaupun bilik kolej nie sangat-sangat sempit.. bayangkan la bilik untuk  orang dijadikan untuk bilik 3 orang.. dengan kipas terpaksa di matikan atas sebab keselamatan..nak hampar sejadah pon agak susah dengan ruang yang agak terhad dalam bilik nie.. agak membinggungkan jugak la nak fikir mana nak letak kipas, mana nak letak printer nanti, mana nak letak buku dan macam2 barang lagi.. huhu..

apa-apa pun.. bersyukur masih di beri peluang dan akan cuba sedaya upaya untuk mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling. di apartmen baru, housemate baru dan sudah semestinya roomate baru...


satu yang best kat bilik ini ialah... internet giler hebat!! tak taw la kalau laju sebab tak banyak orang guna sekrang nie.. yerlah, baru hari pertama kan. ramai yang tak balik lagi.. kat rumah nie pon baru beberapa buah bilik yang berisi. even bilik miera sendiri baru miera sorang yang ada.. mintak-mintak la akan sampai bila-bila internet laju.. jimat ckit duit nak beli prepaid broadband.. =)


view pon ok. nampak padang bola tampar n kolej kediaman lagi satu, tengok belah kanan lak boleh nampak tasik n kawasan seberang tasik. cuma kat tengah-tengah jek menghadap blok kolej.. tapi, still la boleh tengok kehijauan alam.. tak der la mata sakit sangat kan.. boleh menghirup udara segar.. =)




setakat nie, jadual saya ok-ok ja.. cuma ambil 15 jam kredit memandangkan sem-sem depan banyak kosong, rasa malas pulak nak amek banyak-banyak subjek elektif.. slow-slow dulu la.. kalau amek sekarang risau nanti tak cukup jam kredit pulak..

ok.. setakat ini saja update untuk hari ini.. nanti kalau rajin, saya update lagi.. =)

**tersasar ckit dari tajuk.. hari Sabtu lepas,bola sepak Sarawak lawan Kelantan.. walaupun Sarawak kalah tue pon sebab last minit gol.. rumah kitorang tetap meriah... penuh dengan supporter Sarawak.. dalam 50++ orang gak la.. Sarawak Selamanya.. Ngap sayot!!!!! teaaam lain pok!!! di sayot saja~~ lalalalala ooooo~~~~

Thursday, February 9, 2012

Bicara Hati, Gemersik Kalbu dan Vanilla Coklat

assalamualaikum all..

hari nie nak bercerita tentang beberapa buah drama Melayu yang sibuk diperkatakan kebelakangan ini.. dan sedang bersiaran sekarang di duah buah stesen TV yang berbeza

mula-mula nak bagi sinopsis ketiga-tiga drama ini..

  • Bicara Hati
"Bicara Hati. Sebuah drama Melayu yang baru mula ditayangkan di Astro Prima bermula 3 Januari yang lalu. Drama Bicara Hati yang ditayangkan setiap hari Selasa jam 9 malam ini juga merupakan sebuah drama yang diadaptasikan dari sebuah novel.

Sinopsis Drama Bicara Hati Astro Prima

Bicara Hati mengisahkan Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.
Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?"

dicopy paste dari SINI

-nie original cover. cover baru lebih kurang gak cuma gambar pompuan pakai tudung-

Drama ini di adaptasi dari sebuah novel karya Damya Hana yang turut berjudul Bicara Hati. sapa-sapa yang dah baca novel tue memang susah lah tak cair ngan Tengku Syahran.. dengan perangai gila-gila, nakal tapi jiwang.. hahahaha.. tapi..errmm..dalam Drama ini telah diolah semula.. jalan cerita agak berbeza lah dengan novel. yang paling ketara watak Razif.. dalam novel, kisah Razif akan tamat sampai Zahlia berkahwin jek, tapi dalam drama ini macam berpanjangan lak kisah si Razif nie, mungkin untuk disesuaikan keadaan lah kot.. =)

  • Gemersik Kalbu
SINOPSIS GEMERSIK KALBU(TV3)

Ikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?
sumber artikel dan artikel penuh di SINI

drama ini ditayangkan setiap hari Isnin sehingga Khamis pukul 7 malam. malam ini (9.2.2012) merupakan episod terakhir drama ini. so, jangan lupa okeh..
drama ini juga merupakan adapatasi sebuah novel karya penulis terkenal Anis Ayuni juga berjudul sama iaitu Gemersik Kalbu. tak leh nak komen lebih sebab tak ingat pernah baca ker tak novel nie. rasa macam pernah, tapi lupa jalan cerita. apa-apa pun stil menarik dengan watak Aqasha dalam drama ini. =)


  • Vanilla Coklat
SINOPSIS VANILLA COKLAT

Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
sumber  SINI

drama ini disiarkan di TV3 setiap selasa pada pukul 9 malam.. sama waktu dan ketika dengan Bicara Hati.. drama ini tak da kena mengena dengan sebarang novel harap maklum.. =)

okeh.. sudah taw sinopsis segala.. anda perasan something tak??

ketiga-tiga drama ini mempunyai persamaan iaitu kahwin tanpa di rancang. ada yang kahwin secara kontrak, ada perkahwinan sebab terpaksa dan yang satu lagi perkahwinan dirancang oleh keluarga. kadang-kadang jadi confuse pulak tengah tengok drama apa. semua nya lebih kurang sama di mana ketiga-tiga hero cuba memikat dan mengambil hati heroin. jadi, mana satu drama pilihan anda??

mine?? i choose Vanilla Coklat mungkin sebab watak dia sesuai kot. dengan perangai gila-gila Izara..dan tak dapat dinafikan raut wajah Izara Aishah sendiri dah mampu membuatkan anda tersenyum. siyess comel Izara nie. di tambah plak ngan Aamir. pon sama comel. membuatkan rasa macam nak tengok lagi dan lagi.. telatah dorang pon mencuit hati.

Gemersik Kalbu dan Bicara Hati lak..errmm.. boleh lah.. since ianya dari novel kan. boleh di agak lah macam mana jalan cerita. OST dalam Gemersik Kalbu siyess best.. macam lagu Obsesiku dari Aqasha sendiri.. alaa.. yang ku gigit cuping telinga tue.. hehe.. pastu lagu dari Awi Rafael, Bila Aku Jatuh Cinta dan banyak lagi lagu yang digunakan sepanjang drama. OST Bicara Hati pun besstt!! dari Lena AF9, tajuk Bicara Hati gak kut.. bisa mencairkan jiwa.. =)

apa-apa pun, sekarang nie memang dah jadi trend ker kat Malaysia nie mengadaptasi novel ke Drama dan Filem. but, not bad lah. since novel-novel tempatan banyak yang hebat-hebat. tapi, kalau boleh jangan lah terlalu banyak rombakan di buat sehingga mengacau feel pembaca novel. kalau setakat sikit-sikit untuk kesesuaian penonton ok lah kot. kadang-kadang macam di tokok tambah dengan watak dan adegan yang errrrmm.. tak perlu kot. ^_^

akhir kata, majulah karya seni tempatan untuk negara.. dan selamat berhibur semua.


credit picture: uncle Google

Tuesday, February 7, 2012

..Children Learn What They Live..

assalamualaikum all...


pagi nie just nak share something yang bila dihayati memberi kesan di hati.. sebuah karya Dorothy Law Nolte.. actually poem nie uncle miera jumpa bergantung kat salah sebuah klinik kanak-kanak di Kuching.. n dier cakap sebuah sajak yang bagus..




saya sangat tertarik beberapa bait..
"If children live with critism,  they learn to condemn"
cuba kita perhatikan sekeliling kita sekarang. apa yang kita tahu hanyalah mengkritik orang lain. jadi, tak mustahil anak-anak hari ini hanya tahu menjatuhkan orang lain.. bak kata pepatah, anak-anak umpama kaih putih, dan ibu bapa lah yang mencorakkan kain putih tersebut. andai dari kecik dah di ajar tak baik, dah besar, dia pon jadi tak baik, dengki sana, dengki sini, fitnah sana, fitnah sini.. nauzubillah...

sama-sama lah kita menunjukkan sifat yang baik untuk melahirkan anak-anak yang mempunyai sifat yang terpuji.. ^_^

oh.. rasenyer yang dalam gambar hanya sebahagian dari karya tue.. kat sini ada yang full.. LINK..


Saturday, February 4, 2012

..Ratu Ayam Penyet..

assalamualaikum all..

lama dah tak buat apa-apa review makanan kan? so, nak cita la ckit pasal makanan.. heee~~

beberapa malam lepas, berkesempatan la pegi ke Ratu Ayam Penyet yang terletak di area Matang, Petra Jaya, Kuching.. kalau ade sape2 pernah tengok JJCM beberapa minggu lepas, yang pergi ke Papadome, Ratu Ayam Penyet nie terletak tak berapa jauh la dari Papadome tue.. kalau ada sapa-sapa yang nak pegi, restoran nie terletak belakang E-Mart Matang, tak jauh dari B.S Store.. peehh... banyak betol nama tempat.. layan kan sajaa..

mungkin dah ramai yang tahu tentang Raja Ayam Penyet, sangat-sangat peymes satu ketika dahulu. dulu Raja Ayam Penyet nie terletak di area pusat bandar, bersebelahan dengan Masjid Bahagian Kuching. tapi sekrang dah berpindah tempat di belakang Kopi O Korner, area bawah fly-over Satok. eh.. jauh plak menyimpang.. ape-ape pon dengar cite Ratu Ayam Penyet nie ade link gak lah ngan Raja Ayam Penyet.. owner adik beradik kot.. dengar cite lah.. betol ker tidak, wallahualam.. =)

okeh..okeh.. kita teruskan dengan cerita Ratu Ayam Penyet. tempat agak selesa sebab kedai agak besar dan kerusi2 pun ala-ala kopitiam. nice place untuk lepak-lepak ngan membe2. parking pon senang jek. oh, kat sebelah Ratu Ayam Penyet nie ade kedai Bata. so, penat-penat lepas memilih kasut, boleh la singgah makan kat cni..


makanan kat sini pulak.. ermm.. selain dari specialty, tengok nama pon dah taw kan, Nasi Ayam Penyet, ada gak Nasi Ayam Bakar Sambal Bugis, dan bermacam jenis penyet lagi ada.. ada Nasi Sotong Penyet, Nasi Udang Penyet dan macam-macam lagi lah jenis penyet..

sedikit info mengenai Nasi Ayam Penyet, menu ini sebenarnya berasal dari Indonesia. Hidangan ini sebenarnya sangat simple tapi amat sedap lagi menyihatkan badan. Nasi putih dihidangkan bersama ayam yang digoreng biasa ataupun ada yang special digoreng dengan rempah. then ada ulam-ulaman dimakan bersama sambal khas untuk penyet.. makin pedas sambal nie, peeehh.. makin la sedap nak makan. ada gak kedai yang bagi sup kosong untuk di makan dengan nasik. yerlah, kering sangat pon tak sedap jugak..

waktu pergi Ratu Ayam Penyet hari tue, kitorang order macam2 jenis makanan.. hahaha.. sampai 2nd round makan.. =p abg miera order Nasi Ayam Penyet, miera makan Tom Yam, adik miera order Kueh Tiaw Tomato n sepupu miera makan Laksa Sarawak. yang tue main course, yang untuk "alas perut" order Yong Tau Foo, Sate n Banana Cheesse.. air lak biasa-biasa jek semua kecuali Teh C Peng Special n Kopi C Peng..

makanan semua sedap-sedap.. especially Yong Tau Foo.. sampai sekarang rase terliur lagi nak makan..sate pon sedap, malam tue abg miera order sate kulit.. peehh.. lame gler tak pekena sate kulit..

harga lak.. errrmm.. boleh tahan mahal. tapi boleh lah, sebab makanan pon banyak kan. sedap lak tue. berbaloi gak lah makan. kitorang malam tue around rm70 untuk 6 orang..

servis lak.. 4 bintang lah, cepat dan tepat. hehe.. tapi mungkin gak waktu kitorang pergi hari tue tak ramai orang. lepas kitorang duduk barulah kedai tue penuh (selalu jadi macam tue, mule-mule kite datang kedai or tempat tue sunyi jek, tak der orang langsung. duduk jek kejap teros jadi penuh.. bawak rezeki kot.. Alhamdulillah lah kalau macam tue.. =) )


akhir sekali.. rate untuk Ratu Ayam Penyet, Matang, Kuching nie nak bagi ****Setengah bintang lah.. setengah lagi hilang sebab tom yam takde isi sangat.. =p

jom menjamu mata dengan menu2 yang di order hari tue. Ayam Penyet, Laksa Sarawak n Sate jek tak amek gambar, boleh lah google yer kawan-kawan.. (",)

Kueh Tiaw Tomato.. ade membe semenanjung cakap, kat sana tak der  menu nie. ye eh? this is my favourite menu.. lagi-lagi kalau crispy Tomato.. peeehh.. sedaaaap sangat..


Yong Tau Foo.. sedaaaapp.. ada sayur kangkung, fish ball, tauhu, crab meat n macam-macam lah.. kuah dier pon sedapppp sangat... RM 6 (saiz Kecil) sangat-sangat disyorkan kalau datang sini..

Banana Cheesse.. pisang goreng yang ditabur hirisan keju dan susu manis.. peeehh.. rasa manis pisang + lemah cheesse + manis susu.. RM 3.50 untuk saiz kecil.. try la.. strongly suggested. 

Teh C Peng Special. or dulu nya dikenali sebagai 3 Layer Tea.. ada 3 lapisan, lapisan paling bawah ialah air Gula Apong , lapisan kedua Susu dan yang atas sekali air Teh..salah satu specialty di Sarawak.. tapi sekarang kat Semenanjung pon dah ada kot.. nie mahal ckit.. RM 2.30 or RM 2.80 lupa plak.. ada gak perasa pandan.. ponn sedap gak..

kalau ada kesempatan.. singgah la sini okeh.. tak rugi mencuba.. =)

Tuesday, January 31, 2012

..Result dah Kluarr!!!..

assalamualaikum all...

hari ini, 31 januari 2012.. keluarlah keputusan sem 1 2011-2012 UNIMAS..

agak mendebarkan jugak lah sebab sem lepas subjek2 agak gila2 terutama sekali Math 3.. peeehhh.. rase cam nak menangis tyme test1 n 2 pastu tyme final.. tak pernah-pernah rasa macam tue.. first tyme dalam kehidupan U jadi macam tue... nak SPM pon tak macam tue taw.. kan ker saya nie seorang yang sangat COOL.. *muntahijo*

actually subjek math 3 tue takder la susah sangat.. Matrix.. waktu sekolah menengah dah belajar.. pastu pengamiran n pembezaan or dalam english differentation n integration. senang kan? maybe sebab kurang latihan.. tue yang jadi macam.." errrrmm...hurrrmm..errrmmm.. macam mane eh nak buat? nie ape eh? formula apa eh nak guna?? duuhh... addduuuhhh... " lebih kurang macam tue la situasi tyme math 3 hari tue..

actually result dah boleh tengok semalam. awal pagi.. b4 pukul 10 macam tue lah.. tue pon rasenyer terlepas coz lepas tue dah tak boleh bukak.. system dah kene block. tapi semalam ada member2 bagitaw yang ada subjek dorang masih N/A.. agak mengusarkan jugak lah coz risau gak kot2 bukak result hari nie lain pulak dah jadi result..

apa-apa pun..Alhamdulillah.. semua subjek lepas.. walaupun ada yang cukup-cukup makan.. tak per la janji tak mengulang.. susah woo kalau repeat2 paper nie.. dengan kekangan masa lagi, kang clash sana clash sini.. kang berserabut lagi pala hotak ngan subjek-subjek yang baru nak amek.. bersyukur sesangat coz lepas semua subjek..

yang paling menggembirakan hati ini.. apabila subjek 2 subjek programming yang saya amek lulus dengan cemerlang.. phewwww.. tak sia-sia menjadikan hari khamis last sem sebagai hari programming.. kelas programming dari pukul 11 pagi sampai 9.30 malam.. berkat usaha dan berkat doa mak.. syukran ya Allah.. ^_^

bukan mudah sebenarnya nak amek 2 subjek programming sekaligus. walaupun basc lebih kurang sama tapi menggunakan bahasa or command yang berbeza, kadang2 terseliuh gak tangan tertukar command.. hehehe.. tapi tak dinafikan lah kedua-dua subjek tue saling membantu.. seriously.. =)

klu tak silap minggu lepas kot saya ada mimpi tentang result.. dalam mimpi tue takder subjek yang fail n dapat dean list.. dan kenyataannya.. betol takder yang gagal tapi tak betol part dean list tue.. bwahahaha...

agak menyedihkan gak lah coz GPA n CGPA menurun.. walaupun turun cuma 0.1 n 0.01.. tetap gak sedih.. bukan senang woo nak naikkan GPA n CGPA nie.. mintak-mintak la next..next..next sem boleh buat something untuk menarik kembali CGPA.. insyaAllah..

apa-apa pun... tahniah buat semua rakan-rakan yang mendapat dean list dan keputusan yang baik.. dan buat yang tak berapa bernasib baik, cuba lagi nanti k.. n never give up!!! ^_^

Wednesday, January 25, 2012

..Ada Apa dengan Baucher Buku 1 Malaysia (BB1M)..

assalamualaikum all...

apa khabar? gler lame tak update ape2 post kan.. dah masok taun baru pun.. huhu.. bukan apa, agak bz di hujung sem, lepas tu final lepas tu start cuti.. cuti means cuti.. hehehe..

nway, semangat pagi-pagi nie nak update blog pasal Baucher Buku 1 Malaysia (BB1M).. baucher buku nie dah mula diedarkan kepada semua penuntut intitusi pengajian tinggi dan pelajar tingkatan 6 pada awal Januari lalu.. seorang pelajar dapat RM 200..

bagi saya sendiri, 200 tue amat besar. tak dinafikan kata-kata orang bahawa 200 tak cukup menampung belanja buku.. indeed!! memang tak cukup... satu buku jek dah cecah rm 150++ tapi 4 me amat amat bersyukur. atleast dapat jimat 200 dari duit sendiri. secara jujurnya, every sem memang saya akan memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli buku teks kerana lebih selesa menggunakan buku sendiri berbanding pinjam di library ataupun membuat fotokopi...




jadi, dengan adanya baucher 200 itu, dapatlah jimat ckit duit sendiri. boleh la guna untuk beli baju ker, tudung ker untuk kegunaan ke kelas memandangkan dah beberapa sem tak beli baju mahupun seluar baru.. huhu.. memandangkan kitorang pon dah habis sem, so, baucher tue saya simpan dulu untuk kegunaan sem depan. kene tengok dulu buku apa yang diperlukan untuk sem depan.. ^_^

menurut laman rasmi KPT mengenai BB1M ini, objektif baucher ini diberikan ialah:
2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.


merujuk kepada objektif di atas, nampak macam bakal dipenuhi oleh saya dan mungkin juga berjuta pelajar lain.. ^_^

tapi yang menyedihkan apabila ada sesetengah pihak menidakkan tujuan BB1M ini. tak kisah lah orang nak kata ini sebagai gula-gula kah apa, at least, there are something for us.. ada gak sesetengah pelajar yang mengambil kesempatan dengan menjual BB1M ini di internet mahupun kepada pihak kedai.. iskiskisk..

nasihat saya, kalau anda tak nak or rasa benda ini tak memberi sebarang manfaat kepada anda.. apakata anda ambik baucher tue, pegi ke kedai buku, beli al-quran, surah yaasin, buku-buku agama banyak-banyak sampai habis 200 tue then sedekahkan kepada surau-surau masjid or bagi kepada anak-anak yatim. saya percaya kebanyakan surau-surau di IPT sering menganjurkan majlis ilmuan or bacaan Yaasin dan sebagainya. setiap kali orang membaca wakaf anda itu, anda akan beroleh pahala insyaAllah..

usah bongkak mengatakan baucher yang diberikan itu langsung tidak bagus.. dunia ini ibarat roda, mungkin anda sekarang berada di atas, ada duit untuk membeli segala yang anda mahu dan mampu membeli berpuluhpuluh buku sendiri. tapi bagi orang yang sedang berada di bawah dan bagi mereka yang menghargai ilmu, setiap sen yang diberikan amat bermakna..

kalau tetap gak anda rasa anda memang betol-betol tak nak baucher tue,carik la rakan-rakan anda yang memerlukan, tanya mereka nak beli buku apa dan tolong dorang beli memandangkan nak gune baucher tue perlu ic n matris kad yang match dengan yang ditulis kat baucher.. apa lah salah nya sekali sekala membuat amal dengan rakan-rakan anda, dahla segelas milo peng pon anda tak pernah belanja kawan anda kan..

oh!! diharap yang menjual di internet tue tak terlupa bahawa baucher ini mempunyai NO. SIRI dan tahukah anda bahawa setiap IPT mempunyai data mengenai No.Siri ini?? harap tak lupa lah ya..


sedikit info lagi, untuk maklumat baucher ini bukan sahaja boleh digunakan untuk membeli buku-buku teks seperti yang dianggap oleh orang ramai. dengn baucher ini, anda juga boleh membeli apa-apa jenis buku yang terdapat di kedai buku berkenaan tak kesah lah buku resipi ka, buku cara menjahit ka, buku sodoku ka, buku puzzle ka.. asalkan ianya adalah buku.. even novel n komik pun anda boleh beli. kalau lepas beli buku masih ada lebih duit baucher tue beli la full scape paper (kertas kajang) banyak-banyak, tak pun beli la a4 paper banyak-banyak.. boleh guna untuk print notes sepanjang sem. or beli la file-file untuk anda simpan segala jenis kertas.

baucher nie pon boleh digunakan untuk beli stationery.. hah!! bagi yang selalu kehilangan pen, pemadam, pembaris.. beli la sekotak trus pen, pembaris, pemadam tue semua.. silakan.. boleh saja~~ baucher nie on boleh digunakan untuk membeli kalkulator.. sapa-sapa rasa nak bergaya guna kalkulator harga 100++ beli la guna baucher nie.. or rasa-rasa banyak betol nota nak di simpan.. beli la pendrive sampai habis 200 tue.. rasa-rasa nak main dengan globe yang boleh berpusing tue pon boleh di beli..

kat mana nak beli??? kat semua kedai buku yang turut serta dalam BB1M ini, rasanya hampir kesemua kedai buku kat Malaysia nie boleh guna baucher nie.. MPH, Popular, MyBookstore (Kuching) dan banyak lagi..

so, tak da alasan langsung mengatakan BB1M ini tidak memberi sebarang manfaat kepada kita semua.. kecuali lah anda sedang menutup mata anda sendiri untuk menidakkan kebenaran ini.. eeerrrkk.. apa jak lah ayat aku tok berbelit-belit...

bah..bah.. mupok lok..kak ku geram di awal pagi dengar ada urang madah baucher buku tok tek sik berguna.. inggar sa nyawa ku ngan urang kedak ya.. apa nak di polah urang lain semua sik betol.. ko sorang jak betol.. ok lah.. kelak kita jumpa lagik.. insyaAllah..mun nyawa datang rajin update blog, kelak hapdate lagik ok... ^_^

p.s: ejaan sebenar vaucher dalam bahasa malaysia ialah BAUCAR.. bukan baucer seperti di dalam entri ini.. *lebih selesa ngeja baucer sebenanya..=p *


Friday, November 25, 2011

..Ombak Rindu ??..

assalamualaikum all..

apa khabar? ada sihat? ada O.K? apa-apa pun bersyukur la kerna kita masih bernafas hingga ke saat ini.. Alhamdulillah~~

saya percaya, kebelakangan ini, hampir setiap hari kita disajikan atau kita mendengar atau kita melihat preview filem "OMBAK RINDU"  tak kurang gak dengan orang ramai yang memperkatakan mengenai filem ini. mungkin filem ini boleh dikategorikan sebagai filem yang di nanti-nanti disebabkan cerita itu sendiri atau pelakon-pelakon yang mantap.. OMBAK RINDU bakal di pawagan 1 Disember 2011 ini, dilakonkan oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan di bantu oleh Lisa Surihani..

OMBAK RINDU sebenarnya adalah sebuah novel hasil karya Fauziah Ashari terbitan Alaf 21 sekitar awal 2000 dulu..sebelum apa-apa, jom kita review Novel ini.. *sorry kalau ade silap, dah lame bace buku nie, ingat-ingat lupe plak. nak bace balik, buku nie lak lost in space.. huhu*


Ombak Rindu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Izzah, beliau merupakan anak yatim piatu dan terpaksa di jaga oleh ibu saudaranya.

penderitaan hidup Izzah ini bermula apabila ibu saudara dan pak cik nya, Pak Taha memperlakukan Izzah seperti orang gaji di rumah mereka. malah segala persiapan Izzah ke sekolah tidak pernah dihiraukan mereka. keadaan semakin teruk apabila Pak Taha merupakan seorang pemabuk dan tahi judi.

demi membayar balik segala hutang dan memperoleh wang untuk terus berjudi, Pak Taha telah menjual Izzah. disebabkan kecantikan Izzah, tauke tersebut bersetuju dengan pertukaran yang diberikan oleh Pak Taha.

ketika dipaksa menjadi pelacur, pelanggan pertama Izzah adalah seorang jejaka *bukan pelanggan kot, Izzah dijadikan sebagai hadiah.. kalau tak silap la* kacak lagi kaya bernama Haris.. (mode: *cair*)

Izzah telah dibawa pulang ke rumah oleh Haris dan ketika Haris cuba untuk "menjamah" Izzah, Izzah merayu untuk dilepaskan atau Haris sudi menikahinya. Haris yang terkedu melihat seorang "pelacur-yang-baik" bersetuju menikahi Izzah secara rahsia dengan syarat Izzah sentiasa melayani naluri lelakinya.

dan disitulah bermula kisah 2 hati antara Izzah dan Haris. Haris merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan yang terkenal dan wanita itu amat dikagumi oleh masyarakat dan mempunyai standard yang tersendiri. so, agak sukar untuk Haris "membawa keluar" Izzah sebab pasti ada yang mengenali nya di mana saja mereka pergi.

layanan Haris pada Izzah sangat kasar dan Izzah pula sentiasa akur dengan setiap kata Haris walaupun hatinya memberontak. saat ini bermacam-macam adegan lucu terbit dari perlakuan mereka *mode: big smillleeee*

macam-macam konflik timbul dalam hidup mereka, Izzah dihantar oleh Haris melanjutkan pelajaran setelah Haris menemui sijil-sijil Izzah yang cemerlang ketika di sekolah, Haris di suruh berkahwin dengan ex-girlfren nya satu ketika dahulu, ibu nya mengetahui tentang kewujudan Izzah dan macam-macam lagi..

nak taw lebih lanjut or merasai sendiri "tenggelam" dalam hidup Izzah dan Haris? jom pegi dapatkan novel Ombak Rindu.. dengan cite akan diterbitkan semula selepas filem Ombak Rindu dikeluarkan.. siyes tak rugi bace novel nie..

Ombak Rindu adalah novel kegemaran saya sepanjang masa. tak akan ada yang lain mampu menambat hati ini seperti novel Ombak Rindu. dah beratus novel yang dibaca, hati tetap terpaut pada Haris*cewaahh.. sila muntah..*

apa-apa pun pada pandangan saya,mungkin novel ini tidak sesuai dijadikan filem kerana pada hari ini, hampir semua filem melayu mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama macam filem ini. even drama di TV pun banyak macam ni. tapi, tak mustahil filem ini akan menjadi Box Office disebabkan pembaca novel ini sendiri sudah lama menanti akan Haris dan Izah di layar perak.

even saya sendiri pon macam nak sangat ke panggung menyaksikan filem ini.. oh Harissss.. harap-harap la Haris dalam filem sama or kurang ckit dari Haris dalam novel ni. yang lain tue tak kisah sangat.. nak Haris je.. hikhik...

oh.. bagi yang dah bace novel ini, Ombak Rindu mempunyai kesinanmbungan iaitu Cinta..Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku.. pendapat saya sendiri. 2 kesinambungan ini agak nonsense. masih menarik tapi sedikit annoying kadang-kadang macam tak masuk akal. so, i prefer to stick with Ombak Rindu sahaja.. ^_^ tapi, tak salah kalau nak baca.. nak taw gak ape kesudahan kisah Haris dan Izzah, ade anak ker tak, direstui ker tak hubungan dorang..





p/s: cover novel ini sangat sweet.. selain dari berwarna purple (my fav colur op koz), gambar pasangan yang sedang bercanda di tepi pantai sangat-sangat menimbulkan taman di dalam jiwa..

akhir kata.. jom kita layan OST Ombak Rindu.. trailer filem ni..

Saturday, November 19, 2011

..down..down..down..

assalamualaikum and good morning all (blom pukul 12, morning lah kan?)

semalam submit penyertaan untuk contest giveaway samsung galaxy s ii...

gler banyak dugaan dan cabaran yang perlu di tempuh semalam..

mule2 nak wat video.. dah lah tak pernah edit video. memandangkan b4 nie sangat bz dengan macam-macam hal. semalam jek ada masa nak buat semua tue.. explore+try and error+buat entry.. dah lah semalam last day.kalau tak, boleh lagi dibaiki.. huhu..

dah siap video, entry semua.. tyme nak upload video plak macam-macam hal berlaku..

semalam kitorang ade katering. memang mintak maap banyak-banyak kat mak.. semalam langsung tak tolong dier prepare untuk katering. semua gara-gara contest nie.. huhu.

memang kelam kabut la semalam. tyme nak upload video, internet plak buat hal. hujan lebat gler.. boleh dikatakan ribut la.. modem kne OFF lah kan, kalau rosak, macam mane la nak on9 len kali.. try gune broadband plak. nak dijadikan cerita.. DIGI pulak problem-extra-gila semalam.. nak msg pon tak lepas. connect dalam 10 saat jek,lepas tue ilang. dah lah nak connect tue jenuh menunggu.. huhu..

then, dah upload kat blog.. sekali video tak clear la.. dah la video tue menggunakan tulisan. kalau dah tulisan tak nampak, apakah maksud semua itu?? sungguh ku tak paham.

dalam laptop nie memang clear habis video tue, leh tengok satu satu huruf.. carik lak alternatif lain, upload gune youtube. tue pon miera dah lambat. orang lain semua dah siap-siap nak g katering. miera masih lagi kat depan laptop.. dugaaannnn~~~~

first tyme upload video kat youtube.. memang noob habes. so, jangan la hairan tengok name video tue macam tue yer. tak reti nak tukar, tak reti nak ape2 pon. dan tak sempat nak explore. seriously...

try video tue.. alahai lebih kurang jugak. tapi o.k ckit la dari mule-mule tue. leh gak la bace kalau tengok btol2.. huhuhu..

walaupon dah berputus asa, dengan semangat 0.05%, pegi gak lah hantar emel kat beta.my. dah bising-bising dah orang panggil miera suroh gerak. cepat-cepat log out emel.

sampai kat rumah di katering, risau la plak kalau penyertaan tue tak di terima pihak beta.my. yerlah kan.. dah la last minit. gler risau la..

selepas menghadapi semua ini. peratusan untuk menang hanyalah 0.01%.

so, dengan ini..miera mengucapkan good luck kepada peserta-peserta lain yang jauh lebih kreatif dan berkualiti dari miera.. kalau dah menang nanti, tunjuk2 la kat blog k. tak dapat pegang, tengok pon jadilah..

and honestly,proud to myself yang sedaya upaya mengambil bahagian dalam contest ini. ini adalah percubaan pertama untuk menyertai sebarang contest. nanti, boleh la dijadikan kenangan dan jugak pedoman di masa akan datang. ^_^

p/s: saya sudah benar-benar yakin bahawasanya saya sememangnya TIDAK-KREATIF langsung. =)

Friday, November 18, 2011

..Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab....

assalamualaikum all..

hari ini, miera ingin menyertai satu contest yang dianjurkan oleh pihak beta.my. Giveaway: Samsung Galaxy S II untuk dimenangi.. contest nie dah berlangsung beberapa minggu. hari ini (18.11.11) merupakan hari terakhir. miera dah lame usha contest nie. tapi akibat kekangan masa dan kebizian yang teramat membuatkan miera lambat lak nak wat entry.

contest nie sangat mudah di mana para peserta di minta untuk membuat satu entry yang kreatif tanpa mengira cara. ramai giler dah join contest nie, macam-macam kekreatifan yang miera tengok.. miera akui la miera tak sekreatif mereka. miera tak reti nak edit-edit gambar jadi macam komik, nak wat cerita ker ape ker.. huhu..

memandangkan sem nie miera sangat banyak di "tepuk" or di sumbatkan dengan programming (2 subjek programming sem ini). so, miera decide nak wat guna C, yang pure C++ tak mahir lagi. dan kebetulan pulak, kitorang baru di ajar nak buat "string" semalam.. so, miera guna jek lah ape yang di ajar.. kira aplikasi apa yang kita belajar dalam kelas lah nie.. hikhik..

miera wat program nie menggunakan Visual Basic. dan amek video menggunakan CamStudio yang boleh di download di mana-mana saja serta edit menggunakan Windows Live Movie. tue jek yang ade, tak mampu nak pakai application iMac ker ape ker.. huhu..

so..
Bismillah hirahmanirahim....

Inilah pertaruhan miera..



video

macam tak clear jek.. huhu.. try kat you tube lak.. sila bukak dengan full screen ok. *okeh.. dah putus asa*



jom kita detail kan lagi sebab-sebab miera nak Samsung Galaxy S II ini..
  1. saya dan internet tidak dapat dipisahkan. sekarang nie guna handphone Sony Ericsson Elm.. ada Wifi, tapi kat sini masih kurang tempat yang sediakan Wifi Free dan loading yang super-duper-lambat. memandangkan saya pengguna Digi, so, saya akan bukak 0.facebook setiap 5 minit. dan tue jek yang saya dapat bukak. nak bukak web lain, mahal la plak charge kan. dengan adanya Samsung Galaxy S II yang memiliki spec Dual-core 1.2GHz ARM Cortex-A9 processor, Mali-400MP GPU, Exynos chipset ini, nak bukak ape-ape pon senang dan laju..  selamat tinggal masalah loading.. =)
  2. saya tidak pernah memiliki handphone secanggih ini atau semahal ini atau android phone..handphone semua yang biasa-biasa je..paling canggih pun yang sekarang nie, ade wifi n boleh 3G. budak-budak sekarang kecik-kecik dah ade i-Phone.. duhhh..
  3. siyes sangat jeles tengok sepupu pakai android phone. boleh jek download ape-ape aplikasi dengan senang. kalau henset sekarang nak download ape-ape pon leceh. kene download kat pc dulu pastu transfer.. haisshh.. aplikasi pon yang biasa-biasa jek.. kalau ade SGS2 ini, boleh la download dictionary ker, application news ker.. kan senang hidup.. 
  4. saya selalu pinjam handphone member-member dalam kelas untuk main game atau guna aplikasi dalam phone dorang. dah name pon member kelas, so, jumpe dalam kelas jek lah. dapat main waktu 5 min break jek. mane lah nak puas yer dak? baru nak  terer lastik burung, dah lecturer start kan kelas.. huhu.. so, kalau saye ada SGS2 ini, bile-bile mase pon boleh main, then leh main puas-puas. kalau ade SGS2 ini jugak, boleh la saya dok main-main dengan aplikasi dalam SGS2 kalau duduk berseorangan *I'm forever alone..okeh*, tak der la dok pura-pura baca mesej, padahal tak da mesej baru masok pon.. huhu
  5. ini agak menyedihkan tapi ada sedikit kebenaran. dah 5 taun miera tak dapat hadiah yang gempak untuk hadiah hari jadi miera. paling best pon dapat errrrmmmm.. ape ea? teddy bear kut.. *aduhai..sadis nyer hidup*. so, saya nak SGS2 ini sebagai hadiah birthday saya yang baru jek beberapa bulan lepas dan untuk hadiah tahun yang lepas-lepas. kalau dapat nie, 3 taun akan datang tak der hadiah pon tak ape. ^_^
  6. pernah tak rase rendah diri or kecewa or cemburu-tahap-tinggi apabila melihat via iphone, via android, or via "handphone-canggih" kat status di FB or Twitter orang lain? ya.. itulah perasaan saya tiap kali tengok. lagi-lagi bila tengok status sendiri "via 0.facebook" alahai.. free jek..terus rasa nak dapatkan jugak besok!! tapi duit tarak..
dengan adanya SGS2 ini jugak, leh la pancing budak-budak dengan games yang ada.. tak der la dorang nakal sangat. hikhikhik...


so, akhir kata.. diharap la pihak beta.my yang hensem lagi kacak sudi menilai penyertaan saya ini dan memberi SGS2 kepada saya.. leh kita berkenalan lebih dekat nanti.. heeee~~~~

-----------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah info mengenai Contest ini:


Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub

so, thats all... Wish me LUCK okeh!!! saingan yang sangat tinggi ini, peratusan nak menang hanya 10% jek. =) mudah-mudahan dengan ada nya special appearance dalam video di atas membawa rezeki.. heee~~~ apa-apa pun.. semoga SGS2 ini menjadi milik saya.. amiin~~~

*semua gambar yang terdapat dalam video dan entry ini di ambil dari pak cik google yang baik hati*
p/s: sekiranya pihak penganjur mahu melihat coding program, boleh la menghubungi saya.. heee~~~ coding budak baru belajar jek pon.. =p

update: banyak betol dugaan nak upload video nie.. uwaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~

..Doa untuk mencari pasangan..