Ok from now on I will make a new label in my blog. Resipi Koboi nama di beri. I will post all my cooking kalau rajin laa. Naper koboi? Sebab sebagai seorang yang tak reti masak dan tiada kesabaran, I usually will put whatever I like or I will do whatever I think is good. Senang cerita semua nya di koboi or di buat sesuka hati.
Hari ni miera masak Ayam Masak Merah. Seperti yang dinyatakan, saya pemalas orang nya. Jadi, ayam tu saya tak goreng. Tapi miera pun kurang gemar ayam di masak 2 kali especially di goreng terlebih dahulu. Sebab ayam tu selalu nya akan jadi keras dan hilang kemanisan. So, usually miera akan masak sekali jek.
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia yang di blend semua nya
Serai di titik
Cili boh/cili giling/cili kering yang di blend
Sos cili
Sos tomato
Susu cair
Rempah 4 sekawan
Cara-cara:
Tumiskan bawang-bawang yang telah di blend. Dah agak perang sikit, masuk kan serai. Masukkan rempah tumis 4 sekawan. Masukkan cili boh/cili giling dan tumis sehingga garing/masak. Masukkan sos cili dan sos tomato (miera pakai sos cili n sos tomato yang dapat time take away kfc n mekdi jek). Tumis sekejap. Masukkan ayam. Gaul-gaul ayam dengan tumisan tadi bagi sebati. Tunggu sehingga air ayam keluar. Kalau nak berkuah, tambahkan sedirit air. Dah agak-agak ayam hampir masak. Tambah kan susu cair. Time ni jangan pelik lak ayam dah tak jadi merah, jadi auam masak pink 😂. Tak nak tambah susu cair pon tak per sebenarnya. 2 2 pon sedap. Tambah garam n gula ikut kesesuaian. Done!!!
Tumisan bawang+serai+cili boh+sos tomato+sos cili dan rempah tumis
|
No comments:
Post a Comment
♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥