Kembali dalam slot resipi koboi. Hari ni masak ayam kicap. Semenjak sambung study dan jadi penganggur ni, menu ayam kicap ni seminggu 2-3 akan ada. Sebab my cousin suka sangat ayam ni. Akan request ayam kicap ni almost everyday. Disebabkan senang, ok lah nak layan. Ni resipi dari Nenek saudara miera. Bahan-bahan agak banyak, tapi cara masak simple giler. Tak payah tumis-tumis. So lettsssss!!
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia di kisar
Butter
Kicap pekat
Kicap soya (kicap tong nam kata org sarawak)
Butter sikit
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato sikit
Hoisin Sos (optional)
Susu cair
Gula Apong
Optional: boleh tambah kentang dan carrot
Cara-cara:
Bersihkan ayam. Letak bawang-bawang di kisar, letak butter/majerin sikit. Masukkan kicap soya, kicap pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato, hoisin sos. Masukkan ikut suka, kalau rasa cam ok, on jek. Kalau rasa kurang, adjust la ape patut. Tadi miera takder hoisin sos, so letak sikit seasoning maggi. Masukkan gula apong. Gula apong ni la buat ayam ni jadi sedap. Kalau kat semenanjung xder gula apong, boleh guna gula biasa. Tadi miera pon kehabisan gula apong, so gula biasa pon boleh. Kalau nak, masukkan sekali kentang dan carrot. Gaul rata semua bahan-bahan tadi dengan ayam. Oh, lupe lak ngan rempah 4 sekawan. Masuk jek sekali. Gaul-gaul. Kalau nak, perap dalam 15-30 minit. Nyalakan api, on induction or ape2 jek la korang guna. Dah agak-ayam dah masak sikit, air ayam dah keluar, kentang dan carrot dah empuk, tuang kan sedikit susu cair. Masukkan garam dan gula ikut kesesuaian. Tunggu ayam masak. Done!!!
Kicap-kicap yang digunakan |
Ayam yang diperap dengan bahan-bahan |
Susu cair sikit
|
No comments:
Post a Comment
♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥