Assalamualaikum..
Pada hari selasa lalu, 31 Mei 2011 pada pukul 9++ malam, telah pergi seorang insan yang amat ku kasihi dan sayangi iaitu bapa saudara ku, Zainudin Haji Suhaili.
Pemergiannya bukanlah permergian biasa tapi pergi nya seorang insan menemui Penciptanya. Perginya seorang insan hanya membawa bekalan amal ibadat ke alam yang kekal abadi..
Arwah merupakan seorang yang teramat baik kepada semua anak saudaranya, lebih2 lagi miera. Tak akan dapat sorang pon marah miera, arwah akan mengamuk. Miera terlalu rapat dengan arwah. Jauh lebih rapat antara miera dengan arwah bapa sendiri.
Dari kecik sampai besar, kalau miera demam, nak makan apa2 pun, nak pegi mana, even nak mintak duit. Miera tak akan pegi kat orang lain, arwah lah tempat miera meluahkan segala-galanya.
Kitorang panggil dier Alem, tue bukan name btol dier, tapi kitaorang anak2 saudara dier jek yang panggil dier macam tue. Setiap kawan kitorang jugak adalah kawan arwah. Tak pernah dier nak berkira dengan kawan2 kitorang.
Arwah pergi meningalkan seorang balu dan seorang anak yang berusia 10 tahun. Anak inilah yang membuatkan hati kami hancur tatkala melihat wajah tenang nya. Mungkin dia belum mengerti atau mungkin dia sedang memendam rasa.
Ya Allah.. Sungguh besar dugaan kau berikan buat kami sekeluarga. Sudah 6 tahun, kami kehilangan 5 orang barisan hadapan keluarga ini. Namun bagi diri ini, pemergian arwah terlalu memberi kesan. Hanya pada arwah kami berharap dan kini dia telah kembali kepada Allah..
Tiada apa yang mampu kami lakukan, hanya berdoa agar Allah mengampuni segala dosanya, menerima setiap amal ibadat nya dan menempatkan nya d syurga bersama para sahabat dan para solihin. Amiin..
Di sini jugak, saya ingin memohon seribu kemaafan bagi pihak arwah andai arwah pernah menyakiti hati sesiapa yang mengenali arwah. Halalkan segala makan minum arwah..
Al-fatihah
*arwah pergi dengan senang dan tenang, pemergiannya secara tiba-tiba amat menyedihkan kami..doakan ketabahan kami sekeluarga.. *
Sent using a Sony Ericsson mobile phone
sabar mira...
ReplyDeletetiap yg hidup mesti kembli kpd penciptanya...
tiap dugaan yg menmpa..
mesti ada hikmah....
kuatkan dri mira..