24.6.2011 yang lalu, sekali lagi keluarga kami menerima berita yang amat menyedihkan..
kami kehilangan seorang lagi orang yang kami kasihi..yang kami sayangi.. pada pukul lebih kurang 8.30 malam, nenek saudara miera (adik kepada nenek belah mak), Nenda Hajah Rabiah Binti Buji atau panggilan kitorang kat dier Nek On telah pergi menyambut panggilan Ilahi..
beliau meninggal akibat jantung gagal mengepam darah dengan baik. beliau menghidap penyakit buah pinggang dan perlu berdialisis 2hari sekali. dan seperti post miera yang dahulu, kitorang baru jek kehilangan uncle miera yang di kasihi pada 31.5.2011..
beberapa hari selepas pemergian uncle miera, Nek On telah dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan kecil membuang sel mati di kakinya. dan selepas itu doktor telah memberitahu bahawa badan arwah tidak mampu menghasilkan sel baru dan kami diberikan 2 pilihan. sama ada untuk memotong kaki tersebut atau pergi ke Kuala Lumpur untuk melakukan proses menghasilkan sel baru secara "klon" sel.
selepas itu, keadaan arwah menjadi tidak stabil. kadang-kadang disebabkan gula dalam darah yang rendah dan juga tekanan darah yang rendah. 2 minngu lepas arwah telah dimasukkan ke ICU untuk memudahkan pihak hospital "monitor"
sehari sebelum arwah meninggal, beliau telah menjalani pembedahan kaki kerana pihak hospital mendapati kaki tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. dan mengatakan mungkin keadaan nya bertambah baik sekiranya pembedahan tersebut dijalankan.
apa-apa pun, Allahyarhamah telah pergi dengan tenang setelah bertarung nyawa beberapa minggu.. namun, sedikit ketidakpuasan hati miera apabila pihak pusat perubatan tersebut seolahh-olah "tarik tali" dengan keluarga apabial tidak memberi penerangan yang menyeluruh ketika memberi rawatan.
sama-samalah kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah Rabiah binti Buji dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. dan berdoa semoga setiap amalannya diterima Allah dan dosanya diampunkan. amiin..
doakan juga ketabahan kami sekeluarga menghadapi ujian dari Allah.. kehilangan buat kali ke 2 dalam masa kurang sebulan bukanlah satu yang mudah. ditambah pula kami merasa kehilangan setiap 2 tahun. menjadikan rasa rindu terhadap mereka yang telah pergi menjadi terlalu kuat. semoga Allah menetapkan keimanan kami sekeluarga..
-gambar kenangan bersama Allahyarhamah ketika Hari Raya Korban yang lalu-
No comments:
Post a Comment
♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥