Thursday, February 9, 2012

Bicara Hati, Gemersik Kalbu dan Vanilla Coklat

assalamualaikum all..

hari nie nak bercerita tentang beberapa buah drama Melayu yang sibuk diperkatakan kebelakangan ini.. dan sedang bersiaran sekarang di duah buah stesen TV yang berbeza

mula-mula nak bagi sinopsis ketiga-tiga drama ini..

  • Bicara Hati
"Bicara Hati. Sebuah drama Melayu yang baru mula ditayangkan di Astro Prima bermula 3 Januari yang lalu. Drama Bicara Hati yang ditayangkan setiap hari Selasa jam 9 malam ini juga merupakan sebuah drama yang diadaptasikan dari sebuah novel.

Sinopsis Drama Bicara Hati Astro Prima

Bicara Hati mengisahkan Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.
Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?"

dicopy paste dari SINI

-nie original cover. cover baru lebih kurang gak cuma gambar pompuan pakai tudung-

Drama ini di adaptasi dari sebuah novel karya Damya Hana yang turut berjudul Bicara Hati. sapa-sapa yang dah baca novel tue memang susah lah tak cair ngan Tengku Syahran.. dengan perangai gila-gila, nakal tapi jiwang.. hahahaha.. tapi..errmm..dalam Drama ini telah diolah semula.. jalan cerita agak berbeza lah dengan novel. yang paling ketara watak Razif.. dalam novel, kisah Razif akan tamat sampai Zahlia berkahwin jek, tapi dalam drama ini macam berpanjangan lak kisah si Razif nie, mungkin untuk disesuaikan keadaan lah kot.. =)

  • Gemersik Kalbu
SINOPSIS GEMERSIK KALBU(TV3)

Ikuti kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya. Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati?
sumber artikel dan artikel penuh di SINI

drama ini ditayangkan setiap hari Isnin sehingga Khamis pukul 7 malam. malam ini (9.2.2012) merupakan episod terakhir drama ini. so, jangan lupa okeh..
drama ini juga merupakan adapatasi sebuah novel karya penulis terkenal Anis Ayuni juga berjudul sama iaitu Gemersik Kalbu. tak leh nak komen lebih sebab tak ingat pernah baca ker tak novel nie. rasa macam pernah, tapi lupa jalan cerita. apa-apa pun stil menarik dengan watak Aqasha dalam drama ini. =)


  • Vanilla Coklat
SINOPSIS VANILLA COKLAT

Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.
Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.
sumber  SINI

drama ini disiarkan di TV3 setiap selasa pada pukul 9 malam.. sama waktu dan ketika dengan Bicara Hati.. drama ini tak da kena mengena dengan sebarang novel harap maklum.. =)

okeh.. sudah taw sinopsis segala.. anda perasan something tak??

ketiga-tiga drama ini mempunyai persamaan iaitu kahwin tanpa di rancang. ada yang kahwin secara kontrak, ada perkahwinan sebab terpaksa dan yang satu lagi perkahwinan dirancang oleh keluarga. kadang-kadang jadi confuse pulak tengah tengok drama apa. semua nya lebih kurang sama di mana ketiga-tiga hero cuba memikat dan mengambil hati heroin. jadi, mana satu drama pilihan anda??

mine?? i choose Vanilla Coklat mungkin sebab watak dia sesuai kot. dengan perangai gila-gila Izara..dan tak dapat dinafikan raut wajah Izara Aishah sendiri dah mampu membuatkan anda tersenyum. siyess comel Izara nie. di tambah plak ngan Aamir. pon sama comel. membuatkan rasa macam nak tengok lagi dan lagi.. telatah dorang pon mencuit hati.

Gemersik Kalbu dan Bicara Hati lak..errmm.. boleh lah.. since ianya dari novel kan. boleh di agak lah macam mana jalan cerita. OST dalam Gemersik Kalbu siyess best.. macam lagu Obsesiku dari Aqasha sendiri.. alaa.. yang ku gigit cuping telinga tue.. hehe.. pastu lagu dari Awi Rafael, Bila Aku Jatuh Cinta dan banyak lagi lagu yang digunakan sepanjang drama. OST Bicara Hati pun besstt!! dari Lena AF9, tajuk Bicara Hati gak kut.. bisa mencairkan jiwa.. =)

apa-apa pun, sekarang nie memang dah jadi trend ker kat Malaysia nie mengadaptasi novel ke Drama dan Filem. but, not bad lah. since novel-novel tempatan banyak yang hebat-hebat. tapi, kalau boleh jangan lah terlalu banyak rombakan di buat sehingga mengacau feel pembaca novel. kalau setakat sikit-sikit untuk kesesuaian penonton ok lah kot. kadang-kadang macam di tokok tambah dengan watak dan adegan yang errrrmm.. tak perlu kot. ^_^

akhir kata, majulah karya seni tempatan untuk negara.. dan selamat berhibur semua.


credit picture: uncle Google

No comments:

Post a Comment

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..