Monday, February 20, 2012

..semester sudah bermula..

assalamualaikum all..

selamat berhari Isnin semua.. dan selamat berMonday-Blues..

tak da cerita sangat nak bagitaw, direct to the title.. hari ini, 20.2.2012 bermula nya semester baru iaitu semester 2 sesi 2011/2012..

walaupun sedemikian, duit PTPTN tetap tak masok lagi.. ini menimbulkan sedikit kestressan.. susah gak kalau tak da duit nie. bayangkan lah kan, nak start sem baru mesti lah kene beli segala peralatan peribadi dan jugak tujuan pelajaran serta pembelajaran. segan la nak mintak duit kat mak.. huhu..

diharap la PTPTN masok secepat yang minckin. tengok dalam forum hari tue maybe dalam minggu nie jugak kot. tapi ada dalam page fb u kitorang, ada rakan pelajar mengatakan bulan 3 baru masok.. duhh.. paraaii la macam nie..

ape-ape pon.. tetap gak rasa bersyukur kerana sem ini, sekali lagi berpeluang menjadi penghuni kolej dalam kampus.. peeehh.. lega sangat-sangat bila dapat taw rayuan berjaya.. bukan apa, kalau tak dapat susah gak.. nak sewa rumah confirm2 mak tak bagi + agak mahal + keselamatan pon kurang.. nak ulang alik lagi la mustahil.. memandangkan saya tak reti bawak kereta dan tak da lesen.. so, memang mustahil lah kan..

walaupun bilik kolej nie sangat-sangat sempit.. bayangkan la bilik untuk  orang dijadikan untuk bilik 3 orang.. dengan kipas terpaksa di matikan atas sebab keselamatan..nak hampar sejadah pon agak susah dengan ruang yang agak terhad dalam bilik nie.. agak membinggungkan jugak la nak fikir mana nak letak kipas, mana nak letak printer nanti, mana nak letak buku dan macam2 barang lagi.. huhu..

apa-apa pun.. bersyukur masih di beri peluang dan akan cuba sedaya upaya untuk mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling. di apartmen baru, housemate baru dan sudah semestinya roomate baru...


satu yang best kat bilik ini ialah... internet giler hebat!! tak taw la kalau laju sebab tak banyak orang guna sekrang nie.. yerlah, baru hari pertama kan. ramai yang tak balik lagi.. kat rumah nie pon baru beberapa buah bilik yang berisi. even bilik miera sendiri baru miera sorang yang ada.. mintak-mintak la akan sampai bila-bila internet laju.. jimat ckit duit nak beli prepaid broadband.. =)


view pon ok. nampak padang bola tampar n kolej kediaman lagi satu, tengok belah kanan lak boleh nampak tasik n kawasan seberang tasik. cuma kat tengah-tengah jek menghadap blok kolej.. tapi, still la boleh tengok kehijauan alam.. tak der la mata sakit sangat kan.. boleh menghirup udara segar.. =)




setakat nie, jadual saya ok-ok ja.. cuma ambil 15 jam kredit memandangkan sem-sem depan banyak kosong, rasa malas pulak nak amek banyak-banyak subjek elektif.. slow-slow dulu la.. kalau amek sekarang risau nanti tak cukup jam kredit pulak..

ok.. setakat ini saja update untuk hari ini.. nanti kalau rajin, saya update lagi.. =)

**tersasar ckit dari tajuk.. hari Sabtu lepas,bola sepak Sarawak lawan Kelantan.. walaupun Sarawak kalah tue pon sebab last minit gol.. rumah kitorang tetap meriah... penuh dengan supporter Sarawak.. dalam 50++ orang gak la.. Sarawak Selamanya.. Ngap sayot!!!!! teaaam lain pok!!! di sayot saja~~ lalalalala ooooo~~~~

No comments:

Post a Comment

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..