Saturday, July 3, 2010

..Tribute: Selamat Hari Jadi...Bapak..

assalamualaikum all..

2 Julai...

banyak mengukir kenangan yang dulunya di anggap "tiada apa-apa" kepada kenangan bermakna buat diri miera

2 Julai 1956

lahir lah seorang insan yang di beri nama Awang Yusuf..
siapakah insan ini??
ya.. dialah bapakku.. bapak yang sangat2 ku rindui...

Selamat Hari Jadi Bapak...
sukar kah perkataan ini dilafazkan??
bagi ku.. terasa amat payah.. walau pun hati ku meronta ingin mengatakannya..
dan kadang-kala.. mampu ku luahkan tapi ku tak mampu menatap matanya.. apa tah lagi memeluknya..
walau hati ku meronta2 untuk berada dalam pelukannya.. ku tetap tidak mampu melakukannya..
apa yang pasti.. air mataku akan bergenang tiap kali ucapan ini berjaya ku luahkan di hadapannya

2 Julai..
kebiasaannya.. pada tarikh ini..
kami adik beradik dan mak akan mula merancang sesuatu..
sesuatu yang ringkas tapi mungkin dapat mengembirakan hati bapak..
namun.. ku pasti, keegoan lelaki jarang sekali akan mengambarkan isi hatinya..

ketika kami semua masih bersekolah..
mungkin ketika ini, kami masih belum mampu memberi nya hadiah..
hanya menanti untuk di bawa makan di luar oleh "birthday-boy"

dan ketika kami menginjak dewasa..
sudah mampu berfikir dan merancang dengan sendiri..
pelbagai agenda di rancang..
walau kadang kala tidak menjadi..
tidak mengapa.. asalkan kami nampak sebuah senyuman terukir di bibirnya..
sudah memadai buat kami..

masih terasa..
seperti baru semalam kami meraikan hari jadinya..
kami kelam kabut di dapur..
memasak beramai2 buatnya.. mungkin hanya yang simple..
tapi hanya itu yang mampu kami lakukan..

tapi.. semua itu hanya tinggal kenangan..
tiada lagi yang diraikan pada tarikh ini..
Allah lebih sayangkan nya..

mungkin andai bapak di panjangkan umur..
pasti sekarang kami sedang bergembira menjamu selera..
dan keesokan harinya..
dia akan bercerita dengan bangga kepada rakan2nya..
anak2 nya mengumpul duit untuk meraikannya..
bangga kerana anak2 nya sudah bekerjaya..
dan bangga kerana anak2 nya membeli kan hadiah buatnya..

namun..
siapalah kita manusia biasa untuk melawan takdir Allah...

 
-ketika dalam perjalanan ke Jeddah dalam kapal terbang-

masih bermain2 di fikiran miera.. tiap2 memori indah yang berlaku pada tarikh ini..

ketika hari jadi nya yang ke 49.. kami buat-buat tidak tahu.. lalu bapak merajuk.. bapak huurkan duit 50 ringgit kepada miera dan abang miera yang sulung.. mintak di belikan Pizza Ria.. dan dia mintak dikembalikan kepadanya seringgit.. kerana katanya.. simbolik untuk hari jadi nya ke 49.. miera tergelak sendiri.. muke dier sedih sangat waktu tue.. kesian dier.. jahat sungguh anak2 nya.. tapi..sebenarnya.. kami sudah ada agenda tersendiri.. kek sudah tersedia dan juga hadiah buatnya..

dan itulah yang akan kami lakukan setiap tahun.. membuat "collection" adik beradik dan akan di support oleh mak..cukuplah sekadar membelikan sebiji kek atau membeli sedikit makanan mewah.. pasti beliau gembira.. namun, sudah tentulah masih tidak dapat membalas jasanya membesar dan mendidik kami..

memori sewaktu hari jadinya yang pasti miera takkan lupakan sampai bila2..
kebetulan ketika hari jadinya hampir tiba, rezeki bapak murah.. mendapat bonus.. dan dia telah membelanja seluruh keluarga kami makan di Chicken Hartz buffet... 120++ orang.. dan kesemuanya terpinga-pinga tidak tahu tujuan majlis itu diadakan.. dan bapak sendiri tak nak kitorang kecoh2 cakap itu adalah hari jadinya..

di hari jadinya itu jugak lah kami telah merancang sesuatu yang miera anggap "berani mati".. nak taw ape?? mule2nyer kitorang plan nak bagi hadiah berus jamban ikat ngan riben ckit..tapi.. waktu nak beli tue.. takut la plak.. kang tak pasal2 sorang2 bapak ku ketuk ngan berus jamban.. last2 belikan jek 3 buku sabun n pack berus gigi+ ubat gigi... letak dalam kotak dari mane ntah ku dapat.. kotak recycle rasenyer.. letak riben satu.. =p

memang tyme dier dapat hadiah tue.. tyme dier bukak hadiah.. muke dier shock gler2.. hehehe.. nakal kan kitorang?? dah dier terkejut tue, barulah bagi hadiah yang betul.. Wallet.. dan satu kad hari jadi besar gedabak.. suke sangat dier dapat wallet.. sebab dier pon memang nak beli wallet waktu tue.. dan miera nampak.. sampai sekarang masih ade kotak dan beg letak hadiah tue tersimpan dalam bilik dier.. sayang kut dier nak buang..

last year.. tyme hari jadi dier.. kitorang celebrate kat rumah jek.. belikan kek dan makanan ckit2..
then.. hujung minggu tue.. dier bawak kitorang semua g bercuti di Santubong resort.. kitorang adik beradik + family adik beradik dier.. sewa 2 bilik besar.. ramai gak lah kitorang pergi.. bilik kitorang ade 9 orang.. bilik satu lagi.. lagi ramai kut...tyme siang tak yah cite lah.. family2 yang tak dapat bermalam semua datang jenguk dan melepak sekejap ngan kitorang..

 
-kek hari jadi bapak tahun lepas-


happy sangat2 waktu tue.. yerlah.. sebab berkumpul ramai2.. main tepi pantai.. main dalam swimming pool.. malam lak makan ramai2.. memang havoc lah.. gelak2.. gurau2..

tapi... tak siape taw.. itulah kali terakhir kami meraikan hari jadi bapak... tiada lagi sekarang...

miera selalu tulis kat status FB.. "appreciate ur parents"

u know y?? sebab miera tak nak ada yang akan menyesal macam miera.. miera tak rapat dengan bapak.. dan kadang2 miera selalu tak puas aty dengan ape yang dier buat.. miera selalu gak lah tak dengar cakap dier dan selalu buat2 tak dengar ape yang dier suruh.. sampai dier mengamuk..

kadang2.. miera akan jawab dier dengan kasar.. dan miera taw dier banyak kecik aty ngan miera.. [link] (dalam link ini menunjukkan betapa miera terlalu kurang ajar dengan arwah... bukan untuk menunjuk miera kuat.. tapi nilai lah sendiri betapa miera tidak menghargainya satu masa dulu)

tapi.. alhamdulillah.. miera sempat mintak maaf ngan dier sebelum dier pergi haji.. dan miera sempat mencurahkan bakti menjaga dier ketika dier sakit..[link 1] [link 2]

 
-berihram-

but, still.. miera rase masih terlalu banyak dosa miera ngan dier.. dan sebenarnya.. banyak peluang untuk miera berbakti dengan dier miera sia-siakan.. sepatutnya miera menunjukkan kasih sayang kat bapak sewaktu hayatnya.. tapi miera pilih untuk tidak melakukannya.. dan sekarang miera sangat2 menyesal...

setelah bapak pergi.. baru la miera sedar kekilafan diri.. baru lah miera terbangun dari lena yang panjang.. miera teringat sewaktu kecik2 dulu.. siapa yang akan memimpin tangan miera ketika berjalan.. siapa yang akan berjaga di tengah2 malam ketika miera demam atau sakit.. siapa yang akan memujuk miera ketika miera nangis.. siapa akan bawak miera ke klinik kalau miera sakit...siapa yang akan dodoikan miera.. dan siapa yang bersusah payah hantar miera ke sekolah.. siapa yang bersusah payah untuk berulang alik demi memastikan kesemua kami keluar bersama.. sebab waktu tue gune kete kecik jek.. adik beradik lak ramai.. dan siapa yang miera bonceng untuk bersiar2..

dan baru lah miera mula mencari.. bantal dan tempat landing paling miera suka tyme kecik2.. tak der yang lain.. di peha dan ribaan bapak... kalau dapat tempat nie.. memang confirm terus tidur dengan lena sampai ke pagi.. dan tempat ini lah yang kitorang adik beradik akan rebutkan..

tapi semuanya telah terlambat...

mungkin apabila kita sudah mula menginjak dewasa.. kita mulai lupa kenangan kita sewaktu kecik..dan kita semakin lupa siapakah sebenarnya yang membesarkan kita.. dan tangan yang manakah membelai kita.. mungkin ketika dewasa ini.. kita hanya memikirkan siapa yang bersama kita ketika itu sahaja..  kekasih, rakan dan orang luar.. teman2 yang biasa bersama kita ketika melepak.. itulah yang lebih kita utamakan... apabila kita dewasa..

buat pembaca blog ini.. andai anda masih mempunyai ibu dan bapa.. sayangilah mereka.. hubungilah mereka sekarang.. mungkin mereka sedang mengingati hari2 mula nya anda mengenal dunia.. mungkin mereka sedang merindui kemanjaan anda.. dan mungkin mereka sedang dahagakan perhatian anda..

dan...tunjukkanlah kasih sayang anda kepada ibu bapa anda.. walau setinggi mana pangkat anda.. ibu bapa tetap permulaan anda...

untuk sahabat2 ku.. kerana aku tidak mahu penyesalan ku ini berulang kembalilah.. aku memilih untuk tidak mahu berjauhan dari mak ku.. bukan kerana anak manja.. kerana aku tidak mahu mensia2kan masa untuk bersamanya.. dan keadaan kita berbeza wahai rakan2.. mak ku masih perlukan aku dan adik beradikku yang lain di sisinya sekarang.. dan seperti diri ini jua.. sudah pasti makku merasa kehilangan bapak dengan lebih kuat...

marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua orang tua kita.. mohon agar hidup mereka disejahterakan dan bermohon agar mereka tenang di sana dan ditempatkan di sisi orang2 yang beriman bagi yang telah menghadap ilahi... mudah-mudahan...



-AL-FATIHAH BUAT HAJI AWANG YUSUF BIN AWANG AHMAD... -

  -gambar terakhir arwah bapak ketika hayatnya.. di ambil sehari sebelum kembalinya beliau ke rahmatullah-

ya Allah ya Tuhanku.. tempat kan lah rohnya bersama orang-orang yang solleh di syurgamu Ya Allah.. ampunilah dosa-dosanya sewaktu hidupnya Ya Allah...

tribute to bapak- [link]

10 comments:

  1. alfatihah-

    semoga roh nya dicucuri rahmat. n harap ko lebih strong dr dolok. x usah di sesal glak hal lamak, jadikan pengajaran utk kita. :)

    ReplyDelete
  2. @0908-miss independent-


    thanxz ctot..

    ku harap semua yang baca tok dapat ambik cerita aku jadi pengajaran...

    i am strong sebab adanya kitakorang di sisi aku.. thanxz... luv ya.. ^_^

    ReplyDelete
  3. dear miera...bawak bersabar bebanyak ok...sume kententuan tuhan tue kite kne trima...
    nur paham prasaan miera...
    tarikh lahir ayah kite sama...but this year x dpt nk smbut cuz ayh nur kat kl anta adik ke uitm..
    nur doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat yang esa...
    banyak bersabar k...

    ReplyDelete
  4. @nur~mohd

    thanxz nur...
    kem salam kat ayah nur k.. ckp kt dier happy belated birthday.. ^_^

    ReplyDelete
  5. al-fatihah...

    hrp anda tabah menghadapi segala dugaan ini...be strong dear...

    ReplyDelete
  6. @~Nani3@InTaN~

    amin...

    thanxz nani3... i will be strong to face with a new life... ^_^

    ReplyDelete
  7. salam,.... mmg sedey biler dikenang tp itulah kenyataan hidup....

    ReplyDelete
  8. @akuzle

    thanxz sis..

    memang kenyataan hidup.. walau pahit.. tetap harus di telan..

    dan mati itu pasti.. cuma bila saat kematian kita saja yang belum kita tahu..

    ReplyDelete
  9. al-fatihah..

    thanks utk entri ni..skurang2nya dpt mengingatkan org ramai utk hargai ibu dan bapa mereka selama mereka masih ada..

    pengalaman org lain jgk boleh dijadikan pengajaran utk kita..

    Semoga kedua ibu bapa kita sentiasa dimaafkan dosa2 mereka. sama yg masih hidup mahupn yg telah meninggal dunia. Amin..

    ReplyDelete
  10. @NiZaM Limited

    amin...

    itu antara tujuan entri ini..
    dan jugak..
    tempat miera luahkan kerinduan kat arwah.. moga dia tenang di sana... amin..

    ReplyDelete

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..