Saturday, February 19, 2011

..Apa di Atas?..

assalamualaikum..

apa di atas?? atau translation: "What's Up??"


hampir dua bulan tak buat apa-apa entry kat blog..*ppuuhh...ppuuhh.. sapu..sapu.. sawang-sawang dan debu-debu kat blog..* hari nie nak bagi sedikit update.. teehhee~~

hari tue, CST production ade wat contest, kerjasama dengan Lynda Rahim.. dah separuh entry miera buat, tapi dek sebab ade orang dah patahkan semangat, so.. malas lah nak continue buat.. tengok lah nanti kalau ade mood balik nak sambung cite tue, leh dijadikan entry ngade-ngade kan? ^_^

jom cite ckit mengenai my life lately..

di permulaan sem, nampak macam OK jek everything.. nie dah masok mid-sem, mule lah dah goyang sane sini. dengan kuiz + test + assignment + presentation + lab + mini-project.. nice combination kan?? hurrmm..

bertambah pulak dengan kewangan yang sedikit goyah. sebab PTPTN tak masuk lagi. hanya berharap dengan duit yang mak bagi. duit tue gak untuk mamam kat Unimas yang bapak mahal tapi taklah sesedap mana pon, duit tue gak untuk beli barang-barang kegunaan untuk study cam pen, kertas n book, dan duit tue gaklah digunakan untuk segala-galanya.

so, memang tak der langsung untuk kegunaan mereleasekan tension. nak makan KFC pon tak mampu. nasib baik semalam abang miera bawak makan KFC, tak der la mengidam sangat kan. hari tue tengok orang makan McD pon rase terliur jek, tapi apakan daya, ku hanya mampu melihat..

tapi kira bertuah lagi lah kan kite nie sebab ade makanan, banyak lagi yang lebih teruk dari kite. tak makan berminggu-minggu sebab kesempitan wang. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan.

cerita tentang hidup kat hostel lak. selain dari makan yang agak mahal untuk harga student dan di jual di dalam kampus, masih terasa malas nak balik hostel every week walaupon dah 4 taon hidup di hostel. huhu

mungkin harga makanan kat unimas tak der lah mahal sangat, tapi sebab dah terbiasa dengan keadaan di UiTM yang harga makanan nyer sangat murah dan rase pon OK (setimpal dengan harga), jadi agak janggal nak berbelanja lebih. kalau dulu miera kat UiTM, RM 50 tue, cukup untuk mamam pagi, tengah hari n malam. kadang-kadang untuk minum petang sekali. siap ade balance lagi. kat Unimas nie lak, RM 50 tue, leh untuk makan pagi n malam jek. tue pon kadang-kadang malam makan beger jek. n untuk makanan jek, air tak termasuk. 

tak dinafikan lah, mule-mule masuk unimas dulu sedikit janggal sebab tak leh nak save duit tue shopping hujung minggu. tak der lah shopping sangat pon, beli makanan special ckit jek pon cam Kfc ker, sugarbun ker kan. klu kuar mane2 pon, at lease dapat gak beli satu dua barang. since dah msok cni, telan air liur jek lah kalau g temankan orang lain jalan.

oh.. dalam setaon nie gak, dapat dikira ngan jari berapa kali miera g shopping complex. selalu hujung minggu dok kat umah jek. kalau g jenjalan pon, jalan masok kawasan kampung or senang cite, kawasan luar bandar la. tengok hutan-hutan jek.

mungkin disebabkan itu gaklah, paras stress + tension meningkat. selalu jek nak emo. kalau tak emo pon tahap sensitif menjadi terlalu aktif. senang jek air mata nie nak keluar. huhuhu..

ok2.. next story..

dalam mase sebulan nie dok hostel sangat la tak best. sebab tak der internet. Kolej kitorang kalau nak gune internet, kene pakai cable. tapi port internet tue macam bermasalah. nak carik wifi punye lah payah. tue pon kalau jumpe "very low" okek!! huhu..

so, kalau nak mengonlinekan diri, kene lah pegi bilik komputer. selalu miera akan on9 hari isnin jek sebab ade subjek yang memerlukan kitorang berada di depan komputer. ape lagi lah kan? sambil menyelam sambil minum air. hehe

kalau dulu, selalu miera cite pasal kes tak der air kat hostel. kalau kat uitm dulu boleh lagi lah tahan kalau tak der air. dah duduk hostel pon free kan. kat unimas nie, kne bayar rm200++ tuk dok hostel. sekali tak dak air la plak hari tue. pagi2 lak tue.. dahlah tak taw mane nak carik sumber air kat unimas. kalau uitm dulu, kat depan hostel ade paip, boleh lagi nak bawak air satu baldi g tingkat 3. tak pon ade tangki air kat belakang blok. ok lagi lah kan.

tapi nasib baik la tak lame air tue tak der. 830 dah ade balik. haru gak lah nak carik air tuk mandi sebab nak g kelas pukul 8. huhu.. petang lak, pada hari yang sama.. boleh plak tak der lektrik.. uiisshh.. sangat mencabar hari tue okek..

seb bek gak lektrik ade balik sebelom malam. kalau tak, selamat sampai di rumah dah.. hohohoho...

nie lagi satu cite.. last week miera sakit gigi yang teramat. dier bukan sakit yang biasa, sakit tue macam bisa tau. then, sakit dier ade mase tertentu jek. yang pelik nyer, time makan, langsung tak der rase sakit. disebabkan nak amek sickleave dan nak check gigi.. pegi gak lah ke klinik..

sekali dentist tue bagitaw miera ade dua gigi yang bermasalah. satu kat atas, satu kat bawah. yang kat bawah tue dier dapat selamatkan, dier tampal balik lubang yang dah terbukak. yang atas tue dah tak leh nak diselamatkan dah.

doktor tue suruh balik rumah dulu n fikir sama ada nak cabut or wat treatment. disebabkan gigi tue kat depan n masih kuat, agak sayang nak di cabut. kalau nak wat treatment lak, dier akan matikan urat gigi tue, then tak kan ade rase sakit lah nanti. dan tak leh lak nak cabut by that time sebab tyme tue "nerve" ngah membengkak. tue yang menjadi sangat sakit. huhu

kalau wat treatment lak, kos dier dalam RM 400-500.. hissshh.. duit lagi.. huhu

ok lah.. sampai di sini saja.. nak makan KFC lebih malam tadi.. yuummmmyyyy~~~ ^_^

nie yang miera jumpe tyme mengugel tadi...

 
nice huh?? ^_^

No comments:

Post a Comment

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..