nak tanye nie, ade tak sape-sape kat sini keje PTPTN? kalau ade, boleh tak tolong jawapkan soalan ini.. "Bile duit PTPTN untuk kelompok satu dan dua sem 2 sesi 2010/2011 nak masuk??"
bukan ape, sekarang nie miera sangat lah ke"pokai"an.. awal-awal sem hari tue, ok lagi lah kan. tak der la segan sangat nak mintak kat mak. nie dah tengah sem, banyak duit nak kene pakai.
-bile la nak kaya tengok duit macam nie tiap-tiap hari ek?-
macam buku teks, nak fotostat note, nak beli ink printer, nak beli kertas. semua nie sepatutnya kene bayar awal sem, tapi disebabkan takder duit, mintak postpone dulu. nie dah mid-term, memang sah-sah lah sangat memerlukan untuk menghadapi testss dan quizzess..
nak top-up lagi. kalau tak top-up macam mane la nak contact ngan mak kat umah. kang dier menangis lak anak dier tak call dier. huhu..
sweater pon dah macam hidup segan mati tak mahu miera tengok. dah lusuh, yer lah kan, dah bertaon-taon pakai. hari-hari plak tue, memang la dah pudar warna.
dah lepas mid-term nie, banyak pulak presentation + project yang kene buat. nak wat project dikehendaki menggunakan photoshop dan beberapa software engineering yang lain. semangat jek nak buat, sekali view picture pon laptop dah ter"OFF" sendiri.
nak install software masuk dalam laptop pon tak boleh dah sekarang. processor problem kot. so, really-really need new laptop. memang la mak dah bagi green light nak sponsor. tapi, miera kene lah jugak bagi sedikit kan duit untuk beli laptop. dah memang itu kegunaan duit PTPTN.
oh.. last entry ade bagitaw pasal kolej kitorang yang tak der internet. kalau nak pakai internet kene pergi ke Bilik Komputer. hari tue, miera memang sangat-sangat perlu la nak gune internet, pegi kat bilik komputer, sekali full house daaa...
then, try-try la usha membe serumah merangkap my classmate. nak pinjam broadband dier, dier pon bagi la pinjam broadband Celcom dier. merasa gak la gune broadband celcom nie dalam 8-10 jam macam tue lah.
my komen (ececece.. orang dah bagi pinjam pon still leh nak komen2 yer..hoho): no wonder la banyak membe-membe kat FB yang menyumpah seranah broadband Celcom. kejap-kejap laju (tyme mula-mula connect) then slow balik.. slow kalau slow biasa-biasa tak per lagi. nie nak bukak yahoo.com/mail pon berjam-jam menunggu.
baru nak bukak, blom login, blom nak baca emel. huiisshh.. ape-ape pon terima kasih la kat membe yang sudi bagi pinjam hari tue..
so, hari rabu tue miera decide, nak beli broadband. tapi bukan lah yang kene bayar every month tue. kalau yang tue dah tentu tak mampu. nak makan pon berkira nie nak beli broadband.. huisshh..
pagi tue survey-survey dulu. tanye membe-membe pasal prepaid broadband. try usha maxis, RM8/day yang tue kalau gune sim biase lah. tak taw pulak kalau maxis ada prepaid broadband. huhu. tanye lak pasal Celcom, RM 7/day. kalau Digi lak, kalau gune sim biasa lah, dah sampai limit RM3 sehari, boleh pakai free satu hari tue.
so, petang tue gak miera pulang rumah. then cube-cube la berkias-kias kat abang miera. nak pegi kat mak, segan la. baru hari Ahad tue pinjam duit dier RM50. tak sampai 30 min dah habis. sebab beli kertas ngan barang-barang keperluan kat hostel.
bagitaw la kat abang, nak pinjam duit RM 50. last-last dier bagitaw mak. seb bek mak nak kasik. mak bagi RM 50 dan bermula lah journey untuk mencari prepaid broadband. petang tue dan bincang-bincang la ngan "kawan" abang, nak pinjam modem dier since dier cakap dier dah tak gune dah broadband. hehe.
tak jumpe prepaid internet yang lain kecuali Digi.. (rasenyer la tak jumpe.. hehe..) Digi starter pack limited edition Prepaid Internet bernilai RM 25 kat kebanyakan kedai yang miera usha2 lah kan. dalam tue ade RM 10 prepaid. dan yang paling pentind, prepaid dier untuk sehari adalah RM 2. murah kan?? tanye kat "kawan" abang, dier cakap celcom RM7@8/day. jauh sungguh beza.
so, dengan itu, berbekalkan duit yang dipinjam dari mak, maka belilah starter pack tersebut. tapi miera beli RM 23.50 jek. pandai kan miera carik kedai yang murah?? muahahahahaha.. nak top-up dier pakai top-up biase jek pon. ok lah kan.
-ghupe starter pack-
dah sampai kat unimas nie, usha lagi housemate sebab dier ade broadband lebih. tanye la kat dier, ade tak modem lebih.. dier bagi la miera modem Digi yang dier dah tak gune. maka, bermulalah penggunaan Digi Internet saya.
Komen setelah menggunakan Digi Internet selama 2 hari : Sangat-sangat NICE!! lajuss macam streamyx jek. laptop pon boleh park mane-mane ku suka (tak macam Celcom, salah park sikit jek teros ilang connection), nak bukak emel tak der masalah, nak attach file pastu send pon tak der masalah. siap leh tengok YouTube lagi.
-Validity kalau korang top-up-
tapi, rasenyer Digi nie ade limit kot. macam yang miera check kat pak cik gugel, ade yang bagi taw kalau dah exceed 3GB per month, connection akan jadi slow. tak taw la btol ker tak. wallahualam. ape yang pasti sampai sekarang nie connection OK lagi. Tipu la kalau bagitaw tak der masalah langsung. Tapi masalah tue akan setel dalam mase yang singkat i means, connection akan slow dalam masa yang singkat jek. sangat-sangat stable berbanding dengan Celcom. murah pon murah.
so, pas nie miera nak beli modem sendiri lah. nak carik yang murah jek.. (^_^)
eh.. dah terpanjang la plak.
p/s: Digi boleh gune free facebook dengan menggunakan 0.facebook.com Digi..always the smarter choice.
No comments:
Post a Comment
♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥