as i mentioned in last post, ive been experiencing some weird experience with some "friend" that i met online (read: MiRC) again? yesss.. again. i never learn my mistake kan?
so, i will write this post as lurvepurple and might as miera at the end. so letssss the story begin..
The story begin almost end of 2018. I think it was before September. Im still active at MiRC up until now. Ade sorang user ni kat Dalnet, cenel kampung n desa rasa nya. Nick nama lelaki with initial "S". Macam biasa, bukan pepel la kalau x kecoh kat cenel. Bila S ni join jek, saje2 jek nak tegur "Hi S, single x?" bukan S sorang jek lah, sapa2 baru join pon pepel tanye camtu. dah macam penyambut tetamu cenel.
Then si S ni x reply kat cenel pon. dier jawab Hi jek, tapi yang persoalan single tu dier jawab kat pm. dier citer la dier single lagi. umo berapa, kerja apa bagai. lepas tu, pepel malas dah nak layan pm. so, cakap kat dier ape2 borak kat cenel jek
lepas tu si S ni selalu la join irc time malam2. dier citer la x leh tido sebab terkenang ex-tunang. dier citer time tu baru nak putus tunang. memang tengah proses putus tunang lah time tu al kesah nyer. So., sebagai seorang chatter yang concern, pepel pon bagi lah nasihat. Ahhh gittewww..
Everytime dier masuk jek, I will ask if dier ok ker tak. And nope bukan kat dier jek, I will do the same to all my friends kalau dorang ade masalah camtu. Just to check, bukan apa, I know the feeling being alone and left all by youself when having problem lagi2 bila melibatkan hati dan perasaan. Can lead to think that you are loser, depression n anxiety. So, I think that is my role as citizen to help and comfort each other.
Benda tu jadi for a few months la rasa nya. S ni kerja dalam bidang pendidikan. And by that time im quite busy with my thesis. In October, im facing a problem with my thesis. Since im doing a circuit design, im required to come out with equation from my own design. I try to simplified my equation but looks like something wrong somewhere. And its actually a basic math. S works is involved with math. So, I ask for his help to solve my equation and ask a few question on basic math that we used to learn during secondary school. Pecahan dan ratio jek pon tapi otak dah berkarat kan and involved dengan exponential and so on, jadi pening la sikit. Dari sini kitorang bertukar no phone.
Since dah tukar no phone, maka makin kerap la contact each other. Kalau dulu, bila sama2 masa on kat irc jek baru borak kan, dah ade no phone maka selalu la whatsapp sampai malam2. Ahh gitteww kaauu
I have one problem with myself, easily get bored n annoyed. Usually I will give someone 2 weeks of trial. Hahahaha. If we can still contact and I enjoyed the conversation after 2 weeks, then considered that man can be my long term friends. But, in 2 weeks time if we have some issue or i lost interest with him, then considered bye bye. 😂🤣😂🤣😂 The reason why im still single for this 31 years 😂
With this S, I lost interest actually after 2 weeks but he keep message me. Everyday.. every single day. Ada hari yang pepel dah busy dengan ntah ape2, g jenjalan ker and tak mesej sesapa, dier akan mesej time malam tanya naper senyap jek hari ni. Gitu lah kisah nyer
Pastu, pepel g KL on November or awal Disember, tibe2 dier senyap for a few days. Since pepel dah lost interest, so i dont even care. Tibe2 muncul balik, dier ckp kne admitted sebab denggi n balik kampung dah. Parent jemput. Kesiann.. dah la baru putus tunang, denggi lak.
18.12.2018 our first phone call. Kenapa ingat tarikh? Sebab sehari sebelum tu keluar ngan membe2, one of my bestfriend introduce us to her fiancee.
First call rasanya 6 jam. Yesss!! I can talk for that long 😂🤣. On the first phone call, he ask me to be his girlfriend. Ehhh no.. he ask me if I want to be his wife. He said that he is ready for marriage, but his ex-fiancee flew away with another man. Kaseehh nyaaaa. My answer? Of course big NO!! Because we did not know each other that well for me to accept him as my boyfriend apa tah lagi nak jadi laki. He keep asking me why, and i told him my mom nak menantu Sarawakian specifically Urang Kuching 😉.
Give up ka beliau? Tidak sama sekali. He ask me if he want to masuk meminang, how much will be my hantaran? Tidak berfirik panjang, my answer is 40k 😂. From that moment, we talk everyday. Since i told him i did not know him, he told me everything about himself. His family, his parent, siblings, childhood, uni life, working life. Everything include his ex.
Once in a while, he will ask me again to be his wife. “Ahhh.. nanti abg carik la 40k. Abang sanggup”. He even ask for my mom phone number. No, my family does not know anything about this guy. He told me to tell my mom about us. Gilee kaaauu.. dah la aku tengah struggle with my master’s thesis. Nak bagitau mak tengah sakan bercinta? Mamposss laa kne pukul ngan batang penyapu nanti 😅. And he ask me about my siblings. I told him if one day, someone want to make me as his wife, I will ask him to tell my brothers directly because they are my wali. That what he want to do. He ask for my brothers phone number so he can talk to him directly and ask for permission.
Time ni hati pepel dah errmm macam serius mamat ni. Takder perasaan yang sayaanngg sangat2 lagi. Cuma time ni dah fikir lah dah ada org nak, why dont give a chance kan?
One thing yang rasa macam dier ni OK is dier sangat jaga my solat. I admit, im not a good muslim. Solat tunggang langgang, rasa nak solat, solat. Terlepas solat buat donno jek. Quran pon jarang sekali nak baca. Bukan la tak solat langsung, bukan lah tak baca quran langsung. Cuma sangat jarang n lagha dengan duniawi. Tapi, bile dah berkawan ngan S ni, fuhhhh subuh di awal waktu yer kawan2. Pepagi memang kena call kejutkan dier sebab kat sarawak kan waktu masuk awal. Kalau x bangun, habessss kne bebel la. Satu bebel dier yang pepel ingat “Solat ni macam jari, terlepas Subuh, hilang satu jari, kalau tak solat 2 3 waktu, ilang jari kan susah nak wat keje, camner nak makan kalau jari xder?”. Yer, saya menjawab pakai lah straw tak pon tube. Padahal dalam hatii peeehhhhh makan dalam ni. Since then, I try my best to complete 5 waktu.
Kesan nya? Alhamdulillah.. hidup saya lebih tenang dan urusan master berjalan dengan agak lancar. Walaupun banyak kerja kena buat, ketenangan tu masih ada bersama saya.
Honestly, dier adalah lelaki pertama yang bercakap dengan pepel for more than 2 month straight. Every single day. There is a time when I told him i dont want a phone call sebab x nak terbuai dengan perasaan sendiri. Because at this moment I feel like I am his bounce ball. Yerlah, baru lagi putus tunang kan, cepat betol nak ada penganti. Even kadang2 kitorang call dier akan citer pasal ex dier. The worse, dier penah call pukul 2 pagi n nangis. Sebab dier mimpi his ex and he said he miss her badly. Then how am I supposed to accept this man as my boyfriend? Bile tak nak call, mula lah drama tak der mood la ape la. Ahh gitteww
In March, as i mentioned before, saya seorang yang cepat jemu. Hari2 elok, x best gak. Kene ade gaduh2 gak kan. So, by that time dah rasa jemu, so I just off my phone for 24 hours. Phone abis battery, malas nak charge. Fuhhhh buka2 phone, whatsapp masuk ade org marah2 sebab hilang. On jek phone, dapat call cakap naper off phone bla bla bla.
After few days, tibe2 semua berubah. Mesej sepatah2 not even a phone call. Padan muka aku. Kahkahkah.. So, I ask him masih merajuk ker sebab hilang sehari tu, dier jawab tak. Ade hal sikit, ade family matter ape ntah. Dah sudah aku lak yang start gundah gulana. I keep asking him why ape semua. Dari jawab sepatah whatsapp terus senyap. Tapi dok update2. Whatsapp status Rindu.. pffttttt
Finally, pepel leh pujuk dier untuk call. Time call tu tanye lah why tibe2 senyap n nak mengelak. Dier pon citer la time pepel off phone tu, adik dier ade kat umah. Maybe time tu dier bengang kan, dier citer la kat adik dier pasal pepel. Then adik dier ni lak gtau family yg lain. Parent dier marah la sebab 1. Kenal kat internet, tak tau sape pon kan. 2. Dier masih sayang kat ex tunang. So, family dier cakap jangan la main kan perasaan awek lain. Adik beradik dier pon semua bising. I do believe this sebab macam legit la. And my family will react the same too.
Time ni peehhh hati pepel dah start cam alaa camner ni, rindu laaa. Kemain nangis siang malam sebab rindu. Tapi time ni dah islamik sikit, rindu jek baca doa. Gittuuu kaauu.. baca quran mohon ketenangan. Lagi2 time tu pon tengah struggle nak submit thesis. Fuhhhh kacau bilau emosi time tu.
In 2019 kan ade kes d johor pasal pencemarah sungai ape ntah tu. During that time kitorang ade contact sebab dier kat johor, so carik alasan la nak contact tanya kabar. Hahahaha.. tapi waktu tu dier balik kampung. Once kat kampung, dier call pepel, nangis2 cakap stress tengah ade masalah. Sebab tu pecut balik kampung. And that is out last phone call.
Nowwwww.. sila baca balik tajuk post. CATFISH. Episod catfish pun bermula
Lepas phone call tu terus senyap. Mesej memang jarang la nak bereply. Whatsapp 3 kali seminggu, sekali jek dier reply. Tapi sebab saya kan kadang2 bodoh gak, saya mesej jek la. Kadang2 bagi kata2 semangat or just good morning, wishing him a good day. Eceehhhh
Waktu ni agak parah gak lah. Sebab kan dah terbiasa ade org call siang malam tanya itu ini. Bile tiba2 hilang, jadi macam kerinduan gak lah. Fuhhh air mataaa siang malam. Tengok honda city pun nangis sebab dier guna honda city. Hahahaha
Time ni serius masih nangis2 lagi. Tapi depan orang kena la control macho. Lagi lagi dapat makanan sedap, of course double hepi. Dalam hidup saya, makan dan tidur lagi penting dari laki 😂 |
Since dier pon mcm dah tak berminat nak layan pepel. And i think cukup lah kot nak kejar sebulan lebih. Thesis pon memerlukan perhatian saya. So, I decided to delete everything related to him. Walauupunnn terasa payaahhh jek. Conversation, gambar2 dier bagi. Even phone log. Nak move on lah katakan
I still remember that day. I perform my sunat dhuha prayer. Waktu berdoa tu tibe2 terkeluar dari mulut ni “Ya Allah, pertemukan aku dengan S” tanpa ada sebarang intention pun. Memang terkeluar dari mulut macam tu. I do perform solat istikharah, tiada jawapan cuma nampak dia makin menjauh, so I think its time for me to completely move on.
Time tu dah dekat2 nak Ramadhan, macam biasalah kan. Dekat2 nak puasa baru gelabah nak qada’ puasa lepas. So, that day I came early to Uni. Ngantukkk gilerrrr, tertido depan pc. Bangun2 dah 10++ g surau buat dhuha. Balik dari surau, sambung tido.
Bangun2 dalam keadaan mamai tu, bukak apps TRUECALLER APPS kat phone. Laaaa masih ade lagi no dier dalam apps tu. Tapiii dalam apps tu bukan nama S yang pepel kenal, nama awek n kat belakang nama tempat kerja. Tu tak kesah la sebab apps tu pon bukan 100% accurate. Kalau kite ade reg apps tu, if orang Xder no kite, memang akan keluar la ur identity bile kite call org tu walaupun org tu x save pon no kite. Or kalau ade org lain yg save no kite kat phone dorang, bile org yg xder no call, akan keluar nama yg org 1st tu save. So, tak boleh caya sangat lah kan.
Dalam mamai2 tu, nak delete la log tu.. come on kate nak move on 😅. But instead of Delete, pepel tertekan “search on web”. Result kat google, keluar gambar anak buah dier yang dier selalu send kat pepel. Ehhh baby A laaa. So, pepel click la gambar tu.. keluar la 1 blog
At first dah berdebar tengok blog tu. why? 80% gambar S penah hantar ada dalam blog tu. and i was like errrkkk ni blog dier ker? Scroll blog tu, owner blog seorang pak cik. Baca2 sekali lalu jek macam dapat cam tu ayah dier. Rasanya time awal2 kitorang sembang dlu dier penah cite ayah dier ade blog gak.
So, 1st thing to do. Carik la gambar S dalam blog tu. S tak penah bagi gambar selfie kat pepel n saya pon ade bagi 1 2 jek. Tapiiiii kitorang penah videocall ok. So, I know rupa dier macam mana. Scroll jauh2 post pak cik tu. Blog tu pulak jenis update almost everyday. Rajin btol pak cik update blog. Saya ni setaun sekali pon payah 😅. Dah scroll jejauh tu tak jumpeee pon anak dier yg S ni. Time ni pepel dah ahhhh?? Apee nii?? Appee niii?? Ape yang terjadi sebenarnya??
Waktu tu dah terkifir ehh S ni amek identiti pak cik ni ker ape? Sebab gambar2 dalam blog tu byk yg pepel dapat especially gambar baby A tu dari S. Saya tidak berputus asa ya, carik FB pak cik tu lak, jumpee!! Dari FB tu, jumpe lak FB anak dier yang lain (Ciri-ciri stalker yang berjaya saya ni). Click FB Anak dier, ade la satu post wish abang dier birthday. Nama tu sebijik nama S bagi kat pepel tapiii dalam gambar tu bukan beliau. N yang dalam gambar tu dah kawen, anak dah besar. Dahhh sudaahhh apee lak jadi ni kan
Pening gak la.. remember that awek name in truecaller apps? I try to search that name n the workplace. It exist! Tgok dalam website workplace ade gambar staf, tgok dalam blog pak cik tu, eh same laa. Dah sudahh makin pening ni. Pak cik tu ade anak nama yg S bagi kat pepel tapi itu bukan S yang video call ngan pepel. Pak cik tu ade cucu nama baby A yang S selalu cite kat pepel. N Pak Cik tu ade anak nama yang sama kat true caller. Pening kan? Tapi satu pon bukan S yg saya dok borak tiap2 hari.
Dari blog, stalk FB pak cik tu lak. Scroll sampai bawahhh, jumpe la 1 gambar lama. Ehhhh ni S!! Ok, ade peluang cerah ni. Tapi waktu dah kecut perut sikit sebab gambar raya pak cik tu anak semua pakai tudung. Masuk balik dalam web workplace, tenung gambar tu betul2 sambil bayangkan video call. Alamaaakkk!! Sama laaaa riak wajah. Cuma yg video call rambut pendek, dalam web workplace pakai tudung. 🤦🏽♀️🤦🏽♀️🤦🏽♀️🤦🏽♀️🤦🏽♀️🤦🏽♀️🤦🏽♀️
Time tu dah start gelak2 sendiri dah. So, the whole day tu jadi stalker. Dari blog pak cik tu sampai la ke FB semua anak dier. Makaaaa, dengan yakinnya saya menyatakan selama berbulan2 tu saya bercinta dengan seorang Awek 💆🏽♀️
Camner leh confident sangat? Sebab ade video dalam blog pak cik tu n saya kenal sangat la suara tu, suara yang sama call tiap2 malam dan empunya suara itu adalah nama yg sama kat truecaller apps. Seorang awek ayu yer, cantik jek bertudung berbaju kurung. Tapi ade gambar tak pakai tudung dalam blog tu sebijik yang video call pepel n macam lelaki.
When I told my friends about this. The questions n kritikan yang di terima “tak kan lah tak leh cam suara awek?” “Tak kan lah tak leh beza awek ngan laki” “Tak kan lah tak nampak dada dier camner”. 1 suara dier garau, yes ade lembut sikit tapi I think itu normal kot kalau tgok profesion dier. Saya tengok dier video call sekali dua jek, tak penah lak mintak dier bukak baju ker ape, mane la nak nampak dada. And the way dier bercerita pasal daily life dier memang macam abang2 macho sangat. Jadi imam kat tempat kerja, jadi ketua itu ini, ade awek workmate berminat la, siap Penah hantar gambar pakai kain pelikat dok atas sejadah. Merempit g tempat keja n hantar gambar moto. Nama pon lelaki, ape lagi aku nak argue?
Time tu rasa bersyukur sangat sebab Allah dah jawab ape yang menjadi tanda tanya n selamatkan miera dari terjebak jauh. Tak der rasa marah langsung. Dok gelak jek bila teringat. Hahahahaha.. tibe2 terasa goosebump sebab a few days before, waktu jiwa gundah gulana, i read quran randomly. Lepas habis baca, bukak tafsir rupanya ayat tu bercerita pasal kaum nabi Luth yang di terbalik kan muka bumi sebab mengikut nafsu songsang. Nauzubillahminzalik. Coincidence maybe, tapi mungkin gak Allah nak sampaikan sesuatu kat saya.
I try to confront him or her? Tapi time tu dier cakap tengah busy itu la ini la. I insist to talk or message her that night. Kesah aku ko tak reply, yang penting hati ni puas. Hahaha walaupun dier dok mengelak2 cakap tengah stress banyak masalah orang sekeliling tak paham dier orang sekeliling push dier buat itu ini la. So, I told her I know everything dah. Panjang gilerr mesej aku.. sepatahhh pon dier tak reply. Not even a single alphabet mahupun emoji.
Tak marah pon.. cuma i just want to know, banyaakkk awek2 dalam mirc tu, why lurve_purple yang dier buat macam tu? Why me? And kenapa nak usha awek straight? I think dalam mirc tu ade gak yang sewaktu dengan dier. Or kat luar pon ade jek awek carik pakwe sejenis. But, why me?
Tapi bile dah ingat balik ape yang kitorang penah borak dulu, i feel pity for her. Sekarang ni macam dier ni tengah sakit. Terperangkap dalam diri sendiri mungkin. The way dier sangat confident cakap dier buat semua kerja lelaki, putus tunang dengan sebab awek tu lari ikut laki lain. Macam betol2 nak jadi laki tapi realiti serius awek ayu. Pakai tudung, baju kurung, heels. Aku pon tak pakai heels.
Itu lah alkesah penipuan paling bodoh yang pernah saya dapat dari dunia mirc ni. Harap nyer lepas ni akan jadi lebih bijak walaupun bodoh tu memang tak kan hilang la. Hahaha.. walaupun lepas ni mungkin akan di tipu or dipermainkan lagi, harap nyer biarlah dari laki sejati. Hahahaha
And to u S, thank you sebab penah hadir. Mungkin awak adalah “orang hebat” yang saya mintak kat Allah untuk dipertemukan dengan saya. Mungkin jugak awak adalah jawapan kepada doa saya untuk menjadi lebih dekat dengan Allah. Walaupun perbuatan awak bukan lah satu yang betul, tapi tanpa sedar awak membawakan saya lebih dekat dengan Allah. Saya doakan satu hari nanti awak akan kembali ke fitrah dan awak akan lebih bahagia. 😊
P/s: thank you pak cik sebab selalu update blog 😉
Sadis citer pepel.. Belaek mate saye
ReplyDeleteBelaek sebab pereeyy kerr tuuu?
Delete