Friday, November 25, 2011

..Ombak Rindu ??..

assalamualaikum all..

apa khabar? ada sihat? ada O.K? apa-apa pun bersyukur la kerna kita masih bernafas hingga ke saat ini.. Alhamdulillah~~

saya percaya, kebelakangan ini, hampir setiap hari kita disajikan atau kita mendengar atau kita melihat preview filem "OMBAK RINDU"  tak kurang gak dengan orang ramai yang memperkatakan mengenai filem ini. mungkin filem ini boleh dikategorikan sebagai filem yang di nanti-nanti disebabkan cerita itu sendiri atau pelakon-pelakon yang mantap.. OMBAK RINDU bakal di pawagan 1 Disember 2011 ini, dilakonkan oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan di bantu oleh Lisa Surihani..

OMBAK RINDU sebenarnya adalah sebuah novel hasil karya Fauziah Ashari terbitan Alaf 21 sekitar awal 2000 dulu..sebelum apa-apa, jom kita review Novel ini.. *sorry kalau ade silap, dah lame bace buku nie, ingat-ingat lupe plak. nak bace balik, buku nie lak lost in space.. huhu*


Ombak Rindu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Izzah, beliau merupakan anak yatim piatu dan terpaksa di jaga oleh ibu saudaranya.

penderitaan hidup Izzah ini bermula apabila ibu saudara dan pak cik nya, Pak Taha memperlakukan Izzah seperti orang gaji di rumah mereka. malah segala persiapan Izzah ke sekolah tidak pernah dihiraukan mereka. keadaan semakin teruk apabila Pak Taha merupakan seorang pemabuk dan tahi judi.

demi membayar balik segala hutang dan memperoleh wang untuk terus berjudi, Pak Taha telah menjual Izzah. disebabkan kecantikan Izzah, tauke tersebut bersetuju dengan pertukaran yang diberikan oleh Pak Taha.

ketika dipaksa menjadi pelacur, pelanggan pertama Izzah adalah seorang jejaka *bukan pelanggan kot, Izzah dijadikan sebagai hadiah.. kalau tak silap la* kacak lagi kaya bernama Haris.. (mode: *cair*)

Izzah telah dibawa pulang ke rumah oleh Haris dan ketika Haris cuba untuk "menjamah" Izzah, Izzah merayu untuk dilepaskan atau Haris sudi menikahinya. Haris yang terkedu melihat seorang "pelacur-yang-baik" bersetuju menikahi Izzah secara rahsia dengan syarat Izzah sentiasa melayani naluri lelakinya.

dan disitulah bermula kisah 2 hati antara Izzah dan Haris. Haris merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan yang terkenal dan wanita itu amat dikagumi oleh masyarakat dan mempunyai standard yang tersendiri. so, agak sukar untuk Haris "membawa keluar" Izzah sebab pasti ada yang mengenali nya di mana saja mereka pergi.

layanan Haris pada Izzah sangat kasar dan Izzah pula sentiasa akur dengan setiap kata Haris walaupun hatinya memberontak. saat ini bermacam-macam adegan lucu terbit dari perlakuan mereka *mode: big smillleeee*

macam-macam konflik timbul dalam hidup mereka, Izzah dihantar oleh Haris melanjutkan pelajaran setelah Haris menemui sijil-sijil Izzah yang cemerlang ketika di sekolah, Haris di suruh berkahwin dengan ex-girlfren nya satu ketika dahulu, ibu nya mengetahui tentang kewujudan Izzah dan macam-macam lagi..

nak taw lebih lanjut or merasai sendiri "tenggelam" dalam hidup Izzah dan Haris? jom pegi dapatkan novel Ombak Rindu.. dengan cite akan diterbitkan semula selepas filem Ombak Rindu dikeluarkan.. siyes tak rugi bace novel nie..

Ombak Rindu adalah novel kegemaran saya sepanjang masa. tak akan ada yang lain mampu menambat hati ini seperti novel Ombak Rindu. dah beratus novel yang dibaca, hati tetap terpaut pada Haris*cewaahh.. sila muntah..*

apa-apa pun pada pandangan saya,mungkin novel ini tidak sesuai dijadikan filem kerana pada hari ini, hampir semua filem melayu mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama macam filem ini. even drama di TV pun banyak macam ni. tapi, tak mustahil filem ini akan menjadi Box Office disebabkan pembaca novel ini sendiri sudah lama menanti akan Haris dan Izah di layar perak.

even saya sendiri pon macam nak sangat ke panggung menyaksikan filem ini.. oh Harissss.. harap-harap la Haris dalam filem sama or kurang ckit dari Haris dalam novel ni. yang lain tue tak kisah sangat.. nak Haris je.. hikhik...

oh.. bagi yang dah bace novel ini, Ombak Rindu mempunyai kesinanmbungan iaitu Cinta..Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku.. pendapat saya sendiri. 2 kesinambungan ini agak nonsense. masih menarik tapi sedikit annoying kadang-kadang macam tak masuk akal. so, i prefer to stick with Ombak Rindu sahaja.. ^_^ tapi, tak salah kalau nak baca.. nak taw gak ape kesudahan kisah Haris dan Izzah, ade anak ker tak, direstui ker tak hubungan dorang..





p/s: cover novel ini sangat sweet.. selain dari berwarna purple (my fav colur op koz), gambar pasangan yang sedang bercanda di tepi pantai sangat-sangat menimbulkan taman di dalam jiwa..

akhir kata.. jom kita layan OST Ombak Rindu.. trailer filem ni..

2 comments:

  1. kamek dah diat cita tok...
    kmk rasa mcm senggaut gilak jln citanya dlm movie.. pasya mun sik tegal Aaron Aziz, sik idup juak watak Haris. Watak Izzah pun sik kuat dipegang Maya Karin..

    p/s: Sebenarnya gelorat jiwa nak ngga Aaron Aziz jak. hhhaahaha

    ReplyDelete
  2. benar kata ktk.. cita nya cam sik dapat dijiwai glak.. kmk rasa pelakong nya fail semua..kecuali Lisa Surihani.. coz mek dapat rasa sama macam watak Mila dalam novel. walaupun urang padah movie x pat disama glak ngan novel.. tapi, mun pelakon dapat megang watak + emosi dalam cerita ya benar2, dapat juak kita feel ckit.. Aaron Aziz bolehlah..ada lah ckit2 rupa Hariz dalam novel.. hehe..yerrr.. jadi pengkritik filem indah kmk tek.. hehehehe...

    ReplyDelete

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..