hari ini, miera ingin menyertai satu contest yang dianjurkan oleh pihak beta.my. Giveaway: Samsung Galaxy S II untuk dimenangi.. contest nie dah berlangsung beberapa minggu. hari ini (18.11.11) merupakan hari terakhir. miera dah lame usha contest nie. tapi akibat kekangan masa dan kebizian yang teramat membuatkan miera lambat lak nak wat entry.
contest nie sangat mudah di mana para peserta di minta untuk membuat satu entry yang kreatif tanpa mengira cara. ramai giler dah join contest nie, macam-macam kekreatifan yang miera tengok.. miera akui la miera tak sekreatif mereka. miera tak reti nak edit-edit gambar jadi macam komik, nak wat cerita ker ape ker.. huhu..
memandangkan sem nie miera sangat banyak di "tepuk" or di sumbatkan dengan programming (2 subjek programming sem ini). so, miera decide nak wat guna C, yang pure C++ tak mahir lagi. dan kebetulan pulak, kitorang baru di ajar nak buat "string" semalam.. so, miera guna jek lah ape yang di ajar.. kira aplikasi apa yang kita belajar dalam kelas lah nie.. hikhik..
miera wat program nie menggunakan Visual Basic. dan amek video menggunakan CamStudio yang boleh di download di mana-mana saja serta edit menggunakan Windows Live Movie. tue jek yang ade, tak mampu nak pakai application iMac ker ape ker.. huhu..
so..
Bismillah hirahmanirahim....
Inilah pertaruhan miera..
macam tak clear jek.. huhu.. try kat you tube lak.. sila bukak dengan full screen ok. *okeh.. dah putus asa*
jom kita detail kan lagi sebab-sebab miera nak Samsung Galaxy S II ini..
- saya dan internet tidak dapat dipisahkan. sekarang nie guna handphone Sony Ericsson Elm.. ada Wifi, tapi kat sini masih kurang tempat yang sediakan Wifi Free dan loading yang super-duper-lambat. memandangkan saya pengguna Digi, so, saya akan bukak 0.facebook setiap 5 minit. dan tue jek yang saya dapat bukak. nak bukak web lain, mahal la plak charge kan. dengan adanya Samsung Galaxy S II yang memiliki spec Dual-core 1.2GHz ARM Cortex-A9 processor, Mali-400MP GPU, Exynos chipset ini, nak bukak ape-ape pon senang dan laju.. selamat tinggal masalah loading.. =)
- saya tidak pernah memiliki handphone secanggih ini atau semahal ini atau android phone..handphone semua yang biasa-biasa je..paling canggih pun yang sekarang nie, ade wifi n boleh 3G. budak-budak sekarang kecik-kecik dah ade i-Phone.. duhhh..
- siyes sangat jeles tengok sepupu pakai android phone. boleh jek download ape-ape aplikasi dengan senang. kalau henset sekarang nak download ape-ape pon leceh. kene download kat pc dulu pastu transfer.. haisshh.. aplikasi pon yang biasa-biasa jek.. kalau ade SGS2 ini, boleh la download dictionary ker, application news ker.. kan senang hidup..
- saya selalu pinjam handphone member-member dalam kelas untuk main game atau guna aplikasi dalam phone dorang. dah name pon member kelas, so, jumpe dalam kelas jek lah. dapat main waktu 5 min break jek. mane lah nak puas yer dak? baru nak terer lastik burung, dah lecturer start kan kelas.. huhu.. so, kalau saye ada SGS2 ini, bile-bile mase pon boleh main, then leh main puas-puas. kalau ade SGS2 ini jugak, boleh la saya dok main-main dengan aplikasi dalam SGS2 kalau duduk berseorangan *I'm forever alone..okeh*, tak der la dok pura-pura baca mesej, padahal tak da mesej baru masok pon.. huhu
- ini agak menyedihkan tapi ada sedikit kebenaran. dah 5 taun miera tak dapat hadiah yang gempak untuk hadiah hari jadi miera. paling best pon dapat errrrmmmm.. ape ea? teddy bear kut.. *aduhai..sadis nyer hidup*. so, saya nak SGS2 ini sebagai hadiah birthday saya yang baru jek beberapa bulan lepas dan untuk hadiah tahun yang lepas-lepas. kalau dapat nie, 3 taun akan datang tak der hadiah pon tak ape. ^_^
- pernah tak rase rendah diri or kecewa or cemburu-tahap-tinggi apabila melihat via iphone, via android, or via "handphone-canggih" kat status di FB or Twitter orang lain? ya.. itulah perasaan saya tiap kali tengok. lagi-lagi bila tengok status sendiri "via 0.facebook" alahai.. free jek..terus rasa nak dapatkan jugak besok!! tapi duit tarak..
so, akhir kata.. diharap la pihak beta.my yang hensem lagi kacak sudi menilai penyertaan saya ini dan memberi SGS2 kepada saya.. leh kita berkenalan lebih dekat nanti.. heeee~~~~
-----------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah info mengenai Contest ini:
so, thats all... Wish me LUCK okeh!!! saingan yang sangat tinggi ini, peratusan nak menang hanya 10% jek. =) mudah-mudahan dengan ada nya special appearance dalam video di atas membawa rezeki.. heee~~~ apa-apa pun.. semoga SGS2 ini menjadi milik saya.. amiin~~~
*semua gambar yang terdapat dalam video dan entry ini di ambil dari pak cik google yang baik hati*
p/s: sekiranya pihak penganjur mahu melihat coding program, boleh la menghubungi saya.. heee~~~ coding budak baru belajar jek pon.. =p
update: banyak betol dugaan nak upload video nie.. uwaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment
♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥