di hari terakhir bagi Tahun 2010 ini, miera tak der ape sangat nak di ceritakan. everything happen biasa-biasa jek 2 3 minggu nie. nothing special.
terasa macam baru semalam miera berada di 1.1.10, dengan sedikit perkara yang menjengkelkan berlaku. tup..tup.. esok dah 1.1.11.. 4 1 esok.. mesti ramai yang melangsungkan majlis kan? oh.. miera gak nak ucapkan tahniah buat sahabat MiRC miera, sis Wailin yang bakal melangsungkan pertunangan besok. akhirnyaa.. bertemu jua dengan jejaka idaman.. hehe..
sebelum 2010 melabuhkan tirai.. jom bersama miera mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada miera sepanjang 2010..
pembukaan 2010 amat menyedihkan, di akhir 2009, tanggal 9/11/2009 ayahnda kesayangan kami meninggal dunia di tanah suci Mekah. sesuatu yang sangat perit untuk dilalui. tapi, siapalah kita untuk melawan kehendakNya. segalanya diterima dengan redha. awal tahun disambut dengan hanya kenangan bersama arwah.
1.1.10 berlaku sedikit ketegangan.. entah di mana silapnya. miera pon tak pasti. cuma, apa yang pasti setiap manusia pasti ada kelemahan masing-masing. dan jagalah perlakuan, jagalah kata-kata untuk sama-sama kita menjaga hari orang lain dan juga diri sendiri. jangan sesekali kita menghina orang lain walau sejijik mana pun individu tersebut. siapa tahu, suatu hari nanti, kita yang berada di atas ini, akan menjadi lebih jijik dan hina dari dia. dan tak siapa dapat menduga, mungkin suatu hari nanti, keseluruhan hidup kita ini bergantung pada orang yang pernah kita hina.. kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.
3.1.10 majlis perkahwinan penuh gilang gemilang berlangsung dalam keluarga kami. pernikahan sepupu arwah bapak, Usu Abu dengan permaisuri hatinya Usu Alin. sangat meriah majlis ini dihadiri oleh banyak kenamaan negeri Sarawak. miera suke sangat-sangat tengok pelamin dorang. lawa...
dan bermulalah kehidupan miera sebagai seorang pelajar. di awal semester sedikit tidak puas hati sebab telah fail satu paper. tak dapat dinafikan, memang salah diri sendiri jugak tak dapat nak buat setiap soalan dengan betul. cuma, sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lecturer kepada my uncle, yang ingin tahu adakah miera nie bermasalah dalam kelas sehingga gagal. jawapan lecturer itu "miera terikut-ikut kawan" dan setahu miera kawan-kawan yang rapat dengan miera semuanya lulus.. isk..isk..isk.. tidak mengapa.. semua itu ada hikmahnya. tak pernah rasa berdendam dengan siapa-siapa.
semester terakhir di UiTMCS, berjuang untuk mendapatkan diploma. segala-galanya berjalan agak lancar. sehinggalah tiba bab Final Year Project. report segalanya ok.. cuma, apabila tiba masa untuk hardware, bermacam masalah timbul. padahal, project teramatlah simple. sama taraf ngan budak-budak sekolah punye kerja kursus KHB.
yang paling haru apabila cuma mendapat tahu bahawa kami perlu membuat presentation kurang dari 8 jam presentation. bertambah haru apabila hardware masih menunjukkan sedikit kegagalan. triple haru, ketika itu, miera and group member masih berada di rumah. dan presentation berlangsung seawal 8 pagi. tapi alhamdulillah.. segala masalah berjaya dihadapi.. =)
-sedikit majlis perpisahan dan restu ilmu bersama lecturer-lecturer EE-
habis final, disambung pulak dengan kursus 3P. first time dalam hidup miera, masuk kursus yang mendalami ilmu komputer. dari sistem dan jugak hardware. tapi, tak der lah faham sangat. tau basic-basic jek.. hehehe..
kemudian, menunggu keputusan dengan penuh debaran. dah dapat keputusan, Alhamdulillah.. lulus dan sah miera dah grad dan dah ada diploma. untuk menyambut tamat study, uncle miera bawak pegi melancong ke Kuala Lumpur selama seminggu. dan inilah first tyme kitorang pergi tanpa ada perancangan. pegi kaunter tiket, tengok ade tiket. besok terus fly g KL..sorry lah kepada rakan-rakan yang marah miera sebab tak bagitaw awal-awal.. hehehe
sekembalinya ke Kuching, keputusan UPU pon keluar. dan miera berjaya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam. tapi apabila melihat keadaan keluarga yang tidak berapa nak stabil dan keadaan mak pon yang macam tak nak lepaskan miera. miera ambil keputusan untuk mengorbankan tawaran tersebut. in the same time, miera mencuba nasib untuk mintak tukar U ke UNIMAS.
alhamdulillah, mungkin berkat niat yang baik, miera berjaya masuk ke UNIMAS untuk ijazah miera. masih lagi kursus yang sama dengan UiTM tawarkan. mula-mula masuk tue, memang rase sedih sesangat. sebetulnya miera dah janji ngan member-member UiTM untuk kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Shah Alam. mungkin bukan rezeki. tapi miera yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat miera.
di awal semester, sedikit rasa memberontak muncul dalam diri miera. sangat tak puas hati kene tukar U. mungkin dengan sistem yang sedikit berbeda dari yang lama. mungkin jugak kerana kesorangan. membe-membe di UiTM tak payah susah-susah nak carik membe baru. masing-masing dah ade membe sendiri. miera lak, terpaksa buat kawan baru semula. tak der sorang pon yang miera kenal. dan almaklumlah, masuk pon dah minggu ke-4. banyak yang dah ketinggalan. ditambah lak, masuk-masuk kelas terus kene sit for quizes and tests. dengan assignment lagi, dangan lab report yang kene kejar. sedikit tekanan di situ.
tapi lame-lame.. ok lah.. boleh dah nak sesuaikan diri dengan persekitaran.
6.12.2010... hari yang paling bermakna buat miera..
Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM.. pada sidang ke-3 di UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan. miera dan rakan-rakan EE111 diraikan dalam majlis yang penuh gilang gemilang. terasa berbaloi segala penat lelah yang diharungi selama 3 tahun. terasa bangga melihat wajah-wajah yang sentiasa di sisi miera memberi sokongan fizikal dan mental serta kewangan sepanjang miera menuntut ilmu.
pict: Reborn Photography
tapi.. yang pasti.. segolong ijazah itu hadiah miera buat mereka yang telah pergi meninggalkan miera. Arwah nenek miera, Allahyarhamah Mahdiah bt Buji, arwah atuk miera Allahyarham Suhaili bin Ropa, arwah uncle miera, Allahyarham Marzuki b Hj Suhaili dan arwah bapak miera, Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.
mereka inilah yang menyunting semangat dalam diri miera. arwah nenek selalu marah miera sebab miera tak dapat mengekalkan 4A/5A dalam family miera dalam UPSR. dier selalu cakap miera dah malukan dier sebab miera cume dapat 3A dan miera tak dapat masuk sekolah menengah yang top di Kuching. Arwah atuk miera lak, dier yang selalu ikat miera kat pokok, kuncikan miera dalam toilet sebab kenakalan miera waktu kecik-kecik dulu.
arwah uncle miera sentiasa memberi sokongan kat miera. walaupon kadang-kadang miera gaduh ngan dier. he is my bestfriend. sehinggakan sehari sebelum dier meniggal, dier masakkan miera nasi goreng untuk breakfast. dier yang hantar miera ke sekolah kalau hari hujan. dan disebabkan pesanan terakhir dier jugaklah miera berada di UiTM.
arwah bapak miera.. sentiasa menuturkan sindiran buat miera. tak pernah nak puji. miera disindir ketika gagal dalam setiap test yang miera ambil. sehingga arwah pernah suruh miera stop belajar dan kawen.
apa yang pasti, setiap sindiran, setiap kemarahan itu miera jadikan sebagai penguat semangat untuk belajar. miera nak buktikan pada semua, tidak semestinya kita perlu berada di sekolah pintar, baru kita boleh berjaya menjadi seorang doktor, engineer, arkitek dan orang yang bergaji besar serta berguna. miera nak buktikan, walau kita gagal sekali, tak bermakna kita akan gagal untuk meraih kejayaan.tiap kali miera patah semangat, miera ingat balik sindiran dorang...
sekarang.. Alhamdulillah.. miera dah berjaya membuktikan hampir kesemua kutukan mereka tak betul.
pesanan miera.. think positive, take everything sebagai benda yang baik. jangan sesekali memikirkan setiap kata adalah penghancuran kepada kita... and u will success...
hidup kita ini ibarat roda.. andai kita di atas, bantulah mereka yang di bawah untuk kita sama-sama merasa kesenangan. dan apabila kita dibawah, ucaplah Alhamdulillah, kerna Allah masih sayangkan kita dan Dia sedang menguji kita, jangan pernah sesekali berputus asa untuk terus berada di atas.. ^_^
LOVE story?? not in 2010 I guess.. next tyme maybe.. ^_^
selamat tinggal 2010... semoga selepas ini.. lebih banyak perkara yang baik akan berlaku