Thursday, December 23, 2010

..Setelah Memendam Rasa Seminggu.. HKLBR

assalamualaikum all...

akhirnyaaaa... semalam miera g tengok wayang sekali lagi.. cite ape???



HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH..

tercapai gak hasrat nak tengok, mule-mule plan nak tengok hari Selasa, tapi adik miera macam nak tak nak jek temankan. tanye kat aunty, dier cakap kalau tiket 6 ringgit baru dier nak pegi. ok lah.. postpone lak hari rabu.

check kat dalam website and newspaper local, HKLBR start pukul 2.. pukul 12 lebeh kitorang gerak dah. sebab risau tak der parking. sampai-sampai kat cineplax, tak der pukul 2 pon, pukul 3.45.. argghh.. rase cam nak pasrah jek kalau tak dapat tengok. my aunty dah ajak tukar filem, tengok "Aku Masih Dara" (alhamdulillah.. =p) tapi ku tamo...

tanye kat semua yang ikut, dorang cakap tak kesah kalau tunggu.. so, ronda-ronda lah dulu kat shopping complex. memandangkan semalam movie day, so banyak la budak-budak ntah hape-hape kat "pasar" sekitar pusat bandaraya. rase-rasenyer remaja-remaja nie bukan budak bandar Kuching kot. kebanyakkan datang nek bas or van sapu. dari penampilan dah leh detect. =)

wayang start 3.45. beli tiket before pukul 2. dah lebih separuh full (tinggal seat kat 3 barisan depan jek).. puuhh.. dahsyat penangan cite nie. maybe disebabkan movie day gak kut. selalu tengok wayang tak der la full sangat, sekali semalam punye la full sampai terpaksa duduk asing-asing ngan family.

bagi sesiapa yang tak tengok lagi cite nie. baik korang pegi hujung minggu nie.. sangat-sangat la berbaloi keluar duit beli tiket wayang tue.setakat semalam, menurut dari fanpage rasmi filem nie kat Facebook, filem nie dah mencecah kutipan tiket RM5juta. dan miera menyumbang sebanyak RM6 dari 5 juta tue.. =p

tamo cite sal sinopsis filem nie sebab miera percaya ramai yang dah tulis pasal cite nie. dipendekkan cite, filem nie sambungan buat filem Zombi Kampung Pisang.

plot cite dier not bad, tak der la cume ade certain-certain part yang best giler-giler, pastu bosan nak arwah. HKLBR nie plot dier ade turun naik, mule-mule seram pastu lawak pastu jiwang pastu lawak pastu serius pastu lawak balik. so, tak der lah sepanjang mase nak gelak dan tak der la satu-satu part tue meleret-leret.

macam biase lah cite Mamat Khalid nie walaupon lawak, tetap dier masukkan mesej dalam setiap filem dier. dalam filem nie Mamat Khalid menyindir sikap masyarakat Malaysia sekarang nie yang tak nak ambil pusing tentang keadaan jiran tetangga. walaupon duduk sebelah rumah, tak taw pon ape yang jadi kat jiran.

kekuatan filem ini rasenyer terletak pada populariti filem Zombi Kampung Pisang, di mana rasenyer ramai yang excited nak taw ape kesinambungan cite tersebut. lepas tue promosi filem nie pon macam meriah jek. tiap-tiap hari ade jek video-video thriller HKLBR di share kat Facebook. mungkin tue yang membuatkan orang tertarik nak ke panggung.

ditambah pulak dengan pelakon-pelakon yang hebat-hebat belaka. gandingan Awie dan Johan Raja Lawak dilihat menjadi dalam filem ini. di tambah lak dengan watak Ucop yang tak reti penat goyang-goyang kan tangan dier tue. susah taw nak carik lelaki bertangan lembut macam tue. miera sendiri pon tak dapat nak buat gaya tue.. hakhakhak..

apa yang pasti, lepas nie mesti lagu "enjet-enjet semut" bakal menjadi ingatan dan siulan kita. budak-budak sekarang mane reti main enjet-enjet semut. smua dok mengadap FB. at least, bile ade cite nie, budak-budak pon mule la kenal kembali permainan dan nyanyian dulu kala.. hehe..

unfortunately, semalam ade beberapa perkara yang telah membuatkan mood miera untuk tengok cite nie spoil. seperti yang dinyatakan tadi, banyak budak-budak pelik tengok wayang semalam. ade ker patot, panggung tak digelapkan lagi, dier dok kecoh-kecoh suroh top lampu. benggong!! dok main jerit-jerit lagi.

part yang tak lawak dorang gelak macam nak hape. wat sakit aty jek. pastu dok jerit-jerit ejek kawan dier. kene lak miera dok sebelah geng-geng iban kot. yang pasti bukan dak melayu. dok cite-cite macam-macam. pastu menguap, keluar bunyi tak hengat. macam harimau. dok jerit macam-macam.

hah!! lagi satu perangai budak melayu depan miera. gelak pastu dok keluar perkataan pelik-pelik dari mulut K!m*k!!. bukannnyer orang dewasa,  budak sekolah lagi rasenyer. nak kate buta, tengok wayang. nak kate celik, dier tak nampak ker budak-budak kecik kat sekeliling dier? budak yang bawah umur.

memang dah panas dah time tue, tunggu jek dier kluar perkataan tue sekali lagi, memang kene sound tak pon terajang kerusi dier. tapi rasenyer dier dengar kot miera merunggut dorang bising sangat dok ejek-ejek kawan dier yang duduk kat seat seberang. yang kat sebelah miera pon dier perasan kot miera jeling.

tue yang tak suke tengok wayang hari Rabu. cisss...

ape yang pasti.. miera nak tengok cite tue lagi!!!! ade tak sesiape yang sudi bawak miera tengok HKLBR??? anytime.. miera nak ikuttt~~~~

2 comments:

  1. saya sudi!!!! hahha..
    ak asa cam nak tgk jwak eyh..nx week juhh!

    ReplyDelete
  2. @0908-miss independent-

    juh lah... tapi ku sik mok hari rabu. ladies day sik da gik aiehh.. hari lain tiket 9 ringgit.. =)

    kakya.. mun ko ada transport.. aku on ajak.. hehehe

    ReplyDelete

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..