Saturday, December 18, 2010

..Yeay!!! g tengok wayang..

assalamualaikum...

tengah hari tadi (Jumaat, 17.12.10) *entry ini telah dischedulekan..harap maklum* miera telah diajak oleh my aunty ngan anak dier pergi tengok wayang.. cite ape??

-THE CHRONICLE OF NARNIA: THE VOYAGE OF THE DAWN TREADER-


siyesly, miera tak minat sangat tengok cite-cite macam nie. tengok-tengok macam tue jek, boleh lah. tapi nak g panggung tengok movie macam nie, kurreenngg berminat sikit.

kalau miera sendiri lah kan, miera tak berape gemar la nak tengok cite orang puteh kat panggung. sebabnyer ade 2 jek. 1st, dalam internet berlambak, boleh gak jimat duit nak beli tiket. 2nd dah name pon cite orang puteh kan, dah sah-sah orang puteh pon banyak yang menonton, so even korang tak pergi tengok pon still dorang ade penonton yang sendiri. lagipun kalau filem dorang box office pon, bukan dorang ade bagitaw terima kasih buat penonton2 di Malaysia.. kan?? itu just pandangan miera lah. kalau korang tak setuju pon, never mind, duit korang yang kuar g panggung.

setakat nie, miera lebih suke tengok movie hollywood/bollywood just dari internet or vcd jek. semenjak dah pandai masuk panggung sendiri nie (walaupon jarang, setaun sekali jek masok panggung), miera prefer masuk panggung untuk filem-filem melayu yang miera rase berkualiti dan keutamaan untuk filem bergenre komedi. kalau romantik tue, tak minat sangat la. sebab rase tak berbaloi jek keluar duit tuk tengok filem-filem Malaysia yang berunsur romantik ntah hape-hape tue. jalan cite, semua hampir same. anak orang kaya, joli sana, joli sini, sakit, gaduh, rempit sana, gaduh sini, judi sana dan dedah sana sini. lagi best layan Oh Yeah! kat Astro Warna. leh gelak guling-guling.

ok.. back to the story. miera just pernah tengok 1st filem untuk Narnia. tue pon kat TV hari tue dan sudah semestinya tak tengok dari awal sampai habis. tengok cikit-cikit jek. ok lah, not bad yang 1st tue. dan diakui miera memang tak ikut perkembangan movie nie.

tadi pon sebab ade orang nak belanja dan miera pon dah lame tak tengok wayang, on sajaa.. ok lah cite narnia yang ke 3 nie. tapi rasenyer yang 1st lagi best kowt. yang 2nd miera tak pernah tengok. miera suke tengok harimau (Aslan) jek dalam narnia nie.

mengisahkan pengembaraan Edmund dan Lucy serta sorang watak tambahan, sepupu dorang (Eustace) ke Narnia. abang n kakak dorang tak der dah, dorang dah dewasa, so tak leh geng ngan budak-budak dah. hehehe.. kali nie, pengembaraan dorang adalah di lautan. mengisahkan dorang belayar untuk ke "hujung-dunia" di mana dipercayai negara Aslan. di samping tue, dorang gak ade misi sendiri di mana dorang kene carik ke tujuh-tujuh pedang sakti yang diperlukan untuk menghapus kuasa jahat.

nak taw lebih lanjut, glah tengok cite nie sendiri.. ^_^

lagi yang menarik tentang movie nie: PRINCE CASPIAN tersangat lah hensem. ade tak sesiapa yang macam dier kat Malaysia nie??? =p

next week mesti gak tengok Hantu Kak Limah.. biar sorang-sorang kat panggung. tetap gak akan pergi.. nak pergi tadi, tapi cite tue start pukul 2. and my aunty memang tak nak langsung masuk panggung tuk cite melayu. dier cakap macam tak berbaloi jek. lagi pon dier bukan nyer amek kesah langsung pasal jalan cerita, dier nak tengok gambar yang cantik jek.

oh.. dalam panggung tadi tak sampai 10 orang pon penonton. maybe sebab bukan hujung minggu+tengah hari+hari jumaat+solat jumaat. so, selesa lah dan lagi satu kitorang masok panggung lewat 10 minit. ngeeee~~~ =p

p/s: have a great weekend guysss...

pict: credit to Mr Google.

1 comment:

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..