Friday, December 17, 2010

..Ramona and Beezus..

assalamualaikum all...

hari nie nak cite sal movie yang baru miera tengok secara online "Ramona and Beezus"


bagi miera cite nie besssttt sangat sebab ade pelakon yang sangat comel..
memegang watak sebagai Ramona, Joey King nie sangat-sangat la comel. dengan mate bulat kaler hijau, dengan mulut yang sangat comel dan celoteh serta kaletah yang aktif.. geeraaaammmmm sangat tengok budak nie.. kalau dier nie kat depan mate, memang dah lame den geget-geget.... =)

sinopsis cite ini:
"filem ini mengisahkan tentang kisah dua beradik, Ramona dan Beezus. Ramona merupakan seorang budak yang agak aktif, nakal dan sering ditimpa perkara-perkara yang memalukan beliau di hadapan rakan-rakan dan keluarganya. namun yang demikian, Ramona merupakan seorang yang sangat kreatif dan ingin menolong mempertahankan rumah mereka. Mereka mempunyai sepasang ibu-bapa yang sangat sayang akan mereka dan sentiasa melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang juga bertajuk "Ramona and Beezus" hasil tulisan Beverly Cleary"

-cover page baru dan lama novel Ramona and Beezus-

ade gak part dalam movie nie yang membuatkan miera menangis (menangis lagi.. sensitif sungguh diriku ini..huhuhu).

bagi miera filem ini sememangnya jelas memaparkan kasih sayang dalam sesebuah keluarga amat penting. kasih sayang antara ibu-bapa dan anak-anak, kasih sayang antara adik-beradik dan jugak kasih sayang antara manusia dan haiwan.

jom kite berkenalan pulak dengan 2 pelakon utama filem ini..


first sekali.. budak paling ccchhhhuuummeeeellll~~~ Joey King yang berlakon sebagai Ramona Quimby. dak tecik nie baru jek berusia 11 tahun. Lahir pada 30 Julai 1999. cite nie bukan lah 1st filem beliau tapi merupakan filem sulung beliau memegang watak utama. dak nie gak banyak berlakon dalam iklan-iklan TV. menurut wikipedia, dier dah muncul dalam 104 commercial.

Joey nie gak pernah muncul dalam beberapa siri TV terkemuka seperti "The Suite Life of Zack and Cody", Jericho dan CSI. bukan setakat memaparkan wajah beliau di layar skrin, suara Joey juga pernah digunakan dalam cerita "Ice Age:Dawn of Dinosaurs" sebagai watak Beaver Girl.

ape-ape pon. budak nie memang tersangat la comel dan lawak. pandai dier wat ekspresi muka yang pelbagai. dengan mate yang besar tue.. eee... gerammmm~~~

watak kedua dalam filem ini ialah Beezus yang dilakonkan oleh Selena Gomez. mule-mule tengok movie nie ingatkan dorang nie betul-betul adik beradik. sebab muke siyesly sijibik. Selena Gomez nie baru jek berusia 18 tahun. dier nie dah lame dah berlakon terutama sekali untuk Disney. bermula pada seawal usia 7 tahun dalam "Barney & Friends" dan pernah muncul dalam Hannah Montana serta menjadi model dalam video clip Jonas Brother. filem pertama beliau ialah "Spy Kids 3D-Game Over"


dan miera mule suke tengok dier nie lepas tengok cite "Another Cinderella Story". comel gak budak nie, dengan gigi yang sedikit "rabbit". dalam cite Another Cinderella Story nie dier banyak menari and badan dier sangat-sangat lembut. tue yang jadi suke tengok dier nie berlakon. oh.. menurut wikipedia, Selena Gomez nie dah ade plan untuk buat  "fashion line" dier yang tersendiri yang bernama "Dream Out Loud by Selena Gomez", jadi ker tidak perancangan tersebut, wallahualam..

tak ketinggalan gak, pelakon tambahan lelaki yang sangat Hensem.. aauuwwww... *lap air liur*, Josh Duhamel yang turut membintangi siri Las Vegas. dier nie tak der ape la sangat dalam cite nie, tapi disebabkan kehenseman beliau, turut menambah rase sukkeee sangat tengok filem nie.. =p


errrmm.. tue jek lah nak cite. walaupon cite nie dah lame kat panggung, miera baru perasan akan kewujudan cerita nie lepas terjumpa novel "Ramona and Beezus" kat bookstore hari tue.. dan dengan secara tidak langsung, i know what book to buy next.. =p

ape-ape pon, enjoy~~~~

picture: credit to Uncle Google

p/s: balas dendam buat entry hari-hari setelah agak jarang nak update blog setahun nie.. =)

No comments:

Post a Comment

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..