Thursday, August 20, 2020

..Salam Maal Hijrah 1442H..

 Assalamualaikum

Salam Maal Hijrah buat semua yang singgah dan baca blog ni. Semoga di tahun baru ini kita akan berhijrah ke arah 1001 kebaikan. Semoga amal ibadah kita akan dipertingkatkan pada tahun ini. Semoga diri kita semakin hampir dengan Allah, sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hambaNya yang lebih sempurna. Semoga tahun ini memberi kebahagiaan di dunia dan juga akhirat buat kita. Jangan berhenti untuk menjadi baik walau diri mu dikelilingi kebaikan yang tertangguh. 



Dan untuk diri sendiri. Semoga ada sinar di dalam kehidupan pada tahun 1442H ini. Aamiinn. 



Wednesday, August 12, 2020

..Ayam Masak Kicap Nek Chik..

Assalamualaikum all..


Kembali dalam slot resipi koboi. Hari ni masak ayam kicap. Semenjak sambung study dan jadi penganggur ni, menu ayam kicap ni seminggu 2-3 akan ada. Sebab my cousin suka sangat ayam ni. Akan request ayam kicap ni almost everyday. Disebabkan senang, ok lah  nak layan. Ni resipi dari Nenek saudara miera. Bahan-bahan agak banyak, tapi cara masak simple giler. Tak payah tumis-tumis. So lettsssss!!


Bahan-bahan:

Ayam

Bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia di kisar

Butter

Kicap pekat

Kicap soya (kicap tong nam kata org sarawak)

Butter sikit

Sos tiram

Sos cili

Sos tomato sikit

Hoisin Sos (optional)

Susu cair

Gula Apong 

Optional: boleh tambah kentang dan carrot


Cara-cara:

Bersihkan ayam. Letak bawang-bawang di kisar, letak butter/majerin sikit. Masukkan kicap soya, kicap pekat, sos tiram, sos cili, sos tomato, hoisin sos. Masukkan ikut suka, kalau rasa cam ok, on jek. Kalau rasa kurang, adjust la ape patut. Tadi miera takder hoisin sos, so letak sikit seasoning maggi. Masukkan gula apong. Gula apong ni la buat ayam ni jadi sedap. Kalau kat semenanjung xder gula apong, boleh guna gula biasa. Tadi miera pon kehabisan gula apong, so gula biasa pon boleh. Kalau nak, masukkan sekali kentang dan carrot. Gaul rata semua bahan-bahan tadi dengan ayam. Oh, lupe lak ngan rempah 4 sekawan. Masuk jek sekali. Gaul-gaul. Kalau nak, perap dalam 15-30 minit. Nyalakan api, on induction or ape2 jek la korang guna. Dah agak-ayam dah masak sikit, air ayam dah keluar, kentang dan carrot dah empuk, tuang kan sedikit susu cair. Masukkan garam dan gula ikut kesesuaian. Tunggu ayam masak. Done!!! 

Kicap-kicap yang digunakan


Ayam yang diperap dengan bahan-bahan

Susu cair sikit

Ayam Masak Kicap done!!! 




Tuesday, August 11, 2020

..Lempah Manis..

Lempah Sayur Manis
 


Assalamualaikum all..

Hari ni masak lauk simpleeee sangat. Kat rumah, mak panggil lauk ni lempah manis. Dalam bm tak tau ape. Mungkin sayur masak air kot.


Bahan-bahan:

Bawang putih

Bawang merah

Ikan bilis

Cili

Sayur pilihan (hari ni guna sayur kacang panjang n bayam pahit. Semalam guna labu kuning)


Cara-cara:

Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili n ikan bilis sampai puas hati. Nak lumat ker nak kasar ker ikut suka lah. Masakkan air dalam periuk. Kalau ade guna sayur yang keras macam labu ker masukkan sekali bagi empuk. Dah agak empuk sikit, masukkan semua bahan yang di tumbuk tadi. Pastu masukkan sayur daun or kacang panjang. Adjust rasa tambah gula ker garam ker. Masak sekejap. Doneee!!!! 


Menu lain hari ni: kari kepala ikan bersama bendi and ayam goreng macam biasa. 

Monday, August 10, 2020

..Ayam Masak Merah tanpa Goreng..

 Assalamualaikum all..


Ok from now on I will make a new label in my blog. Resipi Koboi nama di beri. I will post all my cooking kalau rajin laa. Naper koboi? Sebab sebagai seorang yang tak reti masak dan tiada kesabaran, I usually will put whatever I like or I will do whatever I think is good. Senang cerita semua nya di koboi or di buat sesuka hati. 


Hari ni miera masak Ayam Masak Merah. Seperti yang dinyatakan, saya pemalas orang nya. Jadi, ayam tu saya tak goreng. Tapi miera pun kurang gemar ayam di masak 2 kali especially di goreng terlebih dahulu. Sebab ayam tu selalu nya akan jadi keras dan hilang kemanisan. So, usually miera akan masak sekali jek.


Bahan-bahan:

Ayam

Bawang putih, bawang merah, bawang besar dan halia yang di blend semua nya

Serai di titik 

Cili boh/cili giling/cili kering yang di blend

Sos cili

Sos tomato

Susu cair

Rempah 4 sekawan

Cara-cara:

Tumiskan bawang-bawang yang telah di blend. Dah agak perang sikit, masuk kan serai. Masukkan rempah tumis 4 sekawan. Masukkan cili boh/cili giling dan tumis sehingga garing/masak. Masukkan sos cili dan sos tomato (miera pakai sos cili n sos tomato yang dapat time take away kfc n mekdi jek). Tumis sekejap. Masukkan ayam. Gaul-gaul ayam dengan tumisan tadi bagi sebati. Tunggu sehingga air ayam keluar. Kalau nak berkuah, tambahkan sedirit air. Dah agak-agak ayam hampir masak. Tambah kan susu cair. Time ni jangan pelik lak ayam dah tak jadi merah, jadi auam masak pink 😂. Tak nak tambah susu cair pon tak per sebenarnya.  2 2 pon sedap. Tambah garam n gula ikut kesesuaian. Done!!!

Tumisan bawang+serai+cili boh+sos tomato+sos cili dan rempah tumis

Penyelamat utama 😂












Saturday, August 8, 2020

..Ikan Kukus Sukati Mesen..

Assalamualaikum all..

Hari ni miera masak ikan kukus, resipi belasah ikut suka n koboi bahan2 yang ada dalam peti ais. Bahasa sarawak sukati mesen membawa maksud ikut suka hati la nak letak apa pun.

Ikan bawal kukus ikut suka. Tengok rupa macam tak sedap, tapi, dont judge a book by its cover. Kalau lapar, semua pon sedap.

Bahan-bahan:

Ikan Bawal (Ikan duey dalam bahasa sarawak)

Tepung jagung

Oyster sauce

Kicap masin

Bawang putih, bawang merah, bawang besar

Halia

Serai

Carrot

Timun

Kubis

Lemon/limau kasturi

Garam

Asam keping


Cara-cara:

Bersihkan ikan. Lumurkan ikan dengan tepung jagung. Tepung jagung tu sikit jek, untuk buangkan hanyir ikan jek. Letak oyster sos, kicap masin. Sapu rata atas ikan. Hiris halus bawang2, halia dan serai. Tabur atas ikan. Sayur-sayur yang di potong kecik2 pun tabur jek atas ikan. Kalau rajin, letak ouster sos n kicap kat sayur sebelum di tabur aras ikan. Kalau malas macam saya, sayur tu gaulkan jek dengan ikan tu sekali. Letak asam keping sikit n perahkan jus lemon or limau kasturi. Kukus dalam pengukus or pepandai la carik camner nak kukus. Siap!!


Makan lak ngan kicap + cili potong + perahan limau. Nasik panas. Peeehhhhh. Lagi sedap kalau ade tomato. Ikan tu make sure dah cuci leklok. Kadang-kadang akan ade rasa pahit sebab perut ikan tak berapa nak bersih or kurang tepung jagung. 


Selamat mengkoboi resipi. 

Friday, August 7, 2020

..Jumaat: 7.8.2020..

 “ Ya Allah, jagalah perasaan dan hati ku. Jangan lah kau letakkan perasaan kasih, sayang dan rindu ku pada seseorang yang bukan untukku. Kurniakanlah jodoh yang terbaik buatku, yang mampu membahagiakan diriku dunia dan akhirat. Yang mampu mengembirakan keluarga ku..aamiin ya rabbal alamin”

سلام هاري جمعة

..Doa untuk mencari pasangan..