Friday, December 31, 2010

..31 Disember 2010..

assalamualaikum all..


di hari terakhir bagi Tahun 2010 ini, miera tak der ape sangat nak di ceritakan. everything happen biasa-biasa jek 2 3 minggu nie. nothing special.

terasa macam baru semalam miera berada di 1.1.10, dengan sedikit perkara yang menjengkelkan berlaku. tup..tup.. esok dah 1.1.11.. 4 1 esok.. mesti ramai yang melangsungkan majlis kan? oh.. miera gak nak ucapkan tahniah buat sahabat MiRC miera, sis Wailin yang bakal melangsungkan pertunangan besok. akhirnyaa.. bertemu jua dengan jejaka idaman.. hehe..

sebelum 2010 melabuhkan tirai.. jom bersama miera mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada miera sepanjang 2010..

pembukaan 2010 amat menyedihkan, di akhir 2009, tanggal 9/11/2009 ayahnda kesayangan kami meninggal dunia di tanah suci Mekah. sesuatu yang sangat perit untuk dilalui. tapi, siapalah kita untuk melawan kehendakNya. segalanya diterima dengan redha. awal tahun disambut dengan hanya kenangan bersama arwah.

1.1.10 berlaku sedikit ketegangan.. entah di mana silapnya. miera pon tak pasti. cuma, apa yang pasti setiap manusia pasti ada kelemahan masing-masing. dan jagalah perlakuan, jagalah kata-kata untuk sama-sama kita menjaga hari orang lain dan juga diri sendiri. jangan sesekali kita menghina orang lain walau sejijik mana pun individu tersebut. siapa tahu, suatu hari nanti, kita yang berada di atas ini, akan menjadi lebih jijik dan hina dari dia. dan tak siapa dapat menduga, mungkin suatu hari nanti, keseluruhan hidup kita ini bergantung pada orang yang pernah kita hina.. kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.

3.1.10 majlis perkahwinan penuh gilang gemilang berlangsung dalam keluarga kami. pernikahan sepupu arwah bapak, Usu Abu dengan permaisuri hatinya Usu Alin. sangat meriah majlis ini dihadiri oleh banyak kenamaan negeri Sarawak. miera suke sangat-sangat tengok pelamin dorang. lawa...

dan bermulalah kehidupan miera sebagai seorang pelajar. di awal semester sedikit tidak puas hati sebab telah fail satu paper. tak dapat dinafikan, memang salah diri sendiri jugak tak dapat nak buat setiap soalan dengan betul. cuma, sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lecturer kepada my uncle, yang ingin tahu adakah miera nie bermasalah dalam kelas sehingga gagal. jawapan lecturer itu "miera terikut-ikut kawan" dan setahu miera kawan-kawan yang rapat dengan miera semuanya lulus.. isk..isk..isk.. tidak mengapa.. semua itu ada hikmahnya. tak pernah rasa berdendam dengan siapa-siapa.

semester terakhir di UiTMCS, berjuang untuk mendapatkan diploma. segala-galanya berjalan agak lancar. sehinggalah tiba bab Final Year Project. report segalanya ok.. cuma, apabila tiba masa untuk hardware, bermacam masalah timbul. padahal, project teramatlah simple. sama taraf ngan budak-budak sekolah punye kerja kursus KHB.




yang paling haru apabila cuma mendapat tahu bahawa kami perlu membuat presentation kurang dari 8 jam presentation. bertambah haru apabila hardware masih menunjukkan sedikit kegagalan. triple haru, ketika itu, miera and group member masih berada di rumah. dan presentation berlangsung seawal 8 pagi. tapi alhamdulillah.. segala masalah berjaya dihadapi.. =)
 -sedikit majlis perpisahan dan restu ilmu bersama lecturer-lecturer EE-

sebelum tamat semester, UiTMCS telah mengadakan majlis pra-graduan kepada kami yang bakal menamatkan pelajaran di UiTM.. dan ketika itulah first time dalam hidup miera pegi ke kedai untuk di make-up kan, first time pakai hand bag dan first time pakai high-heel.. hahahahaha...


 

habis final, disambung pulak dengan kursus 3P. first time dalam hidup miera, masuk kursus yang mendalami ilmu komputer. dari sistem dan jugak hardware. tapi, tak der lah faham sangat. tau basic-basic jek.. hehehe..

kemudian, menunggu keputusan dengan penuh debaran. dah dapat keputusan, Alhamdulillah.. lulus dan sah miera dah grad dan dah ada diploma. untuk menyambut tamat study, uncle miera bawak pegi melancong ke Kuala Lumpur selama seminggu. dan inilah first tyme kitorang pergi tanpa ada perancangan. pegi kaunter tiket, tengok ade tiket. besok terus fly g KL..sorry lah kepada rakan-rakan yang marah miera sebab tak bagitaw awal-awal.. hehehe




sekembalinya ke Kuching, keputusan UPU pon keluar. dan miera berjaya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam. tapi apabila melihat keadaan keluarga yang tidak berapa nak stabil dan keadaan mak pon yang macam tak nak lepaskan miera. miera ambil keputusan untuk mengorbankan tawaran tersebut. in the same time, miera mencuba nasib untuk mintak tukar U ke UNIMAS.

alhamdulillah, mungkin berkat niat yang baik, miera berjaya masuk ke UNIMAS untuk ijazah miera. masih lagi kursus yang sama dengan UiTM tawarkan. mula-mula masuk tue, memang rase sedih sesangat. sebetulnya miera dah janji ngan member-member UiTM untuk kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Shah Alam. mungkin bukan rezeki. tapi miera yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat miera.

di awal semester, sedikit rasa memberontak muncul dalam diri miera. sangat tak puas hati kene tukar U. mungkin dengan sistem yang sedikit berbeda dari yang lama. mungkin jugak kerana kesorangan. membe-membe di UiTM tak payah susah-susah nak carik membe baru. masing-masing dah ade membe sendiri. miera lak, terpaksa buat kawan baru semula. tak der sorang pon yang miera kenal. dan almaklumlah, masuk pon dah minggu ke-4. banyak yang dah ketinggalan. ditambah lak, masuk-masuk kelas terus kene sit for quizes and tests. dengan assignment lagi, dangan lab report yang kene kejar. sedikit tekanan di situ.

tapi lame-lame.. ok lah.. boleh dah nak sesuaikan diri dengan persekitaran.

6.12.2010... hari yang paling bermakna buat miera..

Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM.. pada sidang ke-3 di UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan. miera dan rakan-rakan EE111 diraikan dalam majlis yang penuh gilang gemilang. terasa berbaloi segala penat lelah yang diharungi selama 3 tahun. terasa bangga melihat wajah-wajah yang sentiasa di sisi miera memberi sokongan fizikal dan mental serta kewangan sepanjang miera menuntut ilmu.

pict: Reborn Photography

tapi.. yang pasti.. segolong ijazah itu hadiah miera buat mereka yang telah pergi meninggalkan miera. Arwah nenek miera, Allahyarhamah Mahdiah bt Buji, arwah atuk miera Allahyarham Suhaili bin Ropa, arwah uncle miera, Allahyarham Marzuki b Hj Suhaili dan arwah bapak miera, Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.

mereka inilah yang menyunting semangat dalam diri miera. arwah nenek selalu marah miera sebab miera tak dapat mengekalkan 4A/5A dalam family miera dalam UPSR. dier selalu cakap miera dah malukan dier sebab miera cume dapat 3A dan miera tak dapat masuk sekolah menengah yang top di Kuching. Arwah atuk miera lak, dier yang selalu ikat miera kat pokok, kuncikan miera dalam toilet sebab kenakalan miera waktu kecik-kecik dulu.

arwah uncle miera sentiasa memberi sokongan kat miera. walaupon kadang-kadang miera gaduh ngan dier. he is my bestfriend. sehinggakan sehari sebelum dier meniggal, dier masakkan miera nasi goreng untuk breakfast. dier yang hantar miera ke sekolah kalau hari hujan. dan disebabkan pesanan terakhir dier jugaklah miera berada di UiTM.

arwah bapak miera.. sentiasa menuturkan sindiran buat miera. tak pernah nak puji. miera disindir ketika gagal dalam setiap test yang miera ambil. sehingga arwah pernah suruh miera stop belajar dan kawen.

apa yang pasti, setiap sindiran, setiap kemarahan itu miera jadikan sebagai penguat semangat untuk belajar. miera nak buktikan pada semua, tidak semestinya kita perlu berada di sekolah pintar, baru kita boleh berjaya menjadi seorang doktor, engineer, arkitek dan orang yang bergaji besar serta berguna. miera nak buktikan, walau kita gagal sekali, tak bermakna kita akan gagal untuk meraih kejayaan.tiap kali miera patah semangat, miera ingat balik sindiran dorang...

sekarang.. Alhamdulillah.. miera dah berjaya membuktikan hampir kesemua kutukan mereka tak betul.

pesanan miera.. think positive, take everything sebagai benda yang baik. jangan sesekali memikirkan setiap kata adalah penghancuran kepada kita... and u will success...

hidup kita ini ibarat roda.. andai kita di atas, bantulah mereka yang di bawah untuk kita sama-sama merasa kesenangan. dan apabila kita dibawah, ucaplah Alhamdulillah, kerna Allah masih sayangkan kita dan Dia sedang menguji kita, jangan pernah sesekali berputus asa untuk terus berada di atas.. ^_^

LOVE story?? not in 2010 I guess.. next tyme maybe.. ^_^

selamat tinggal 2010... semoga selepas ini.. lebih banyak perkara yang baik akan berlaku

Thursday, December 23, 2010

..Setelah Memendam Rasa Seminggu.. HKLBR

assalamualaikum all...

akhirnyaaaa... semalam miera g tengok wayang sekali lagi.. cite ape???



HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH..

tercapai gak hasrat nak tengok, mule-mule plan nak tengok hari Selasa, tapi adik miera macam nak tak nak jek temankan. tanye kat aunty, dier cakap kalau tiket 6 ringgit baru dier nak pegi. ok lah.. postpone lak hari rabu.

check kat dalam website and newspaper local, HKLBR start pukul 2.. pukul 12 lebeh kitorang gerak dah. sebab risau tak der parking. sampai-sampai kat cineplax, tak der pukul 2 pon, pukul 3.45.. argghh.. rase cam nak pasrah jek kalau tak dapat tengok. my aunty dah ajak tukar filem, tengok "Aku Masih Dara" (alhamdulillah.. =p) tapi ku tamo...

tanye kat semua yang ikut, dorang cakap tak kesah kalau tunggu.. so, ronda-ronda lah dulu kat shopping complex. memandangkan semalam movie day, so banyak la budak-budak ntah hape-hape kat "pasar" sekitar pusat bandaraya. rase-rasenyer remaja-remaja nie bukan budak bandar Kuching kot. kebanyakkan datang nek bas or van sapu. dari penampilan dah leh detect. =)

wayang start 3.45. beli tiket before pukul 2. dah lebih separuh full (tinggal seat kat 3 barisan depan jek).. puuhh.. dahsyat penangan cite nie. maybe disebabkan movie day gak kut. selalu tengok wayang tak der la full sangat, sekali semalam punye la full sampai terpaksa duduk asing-asing ngan family.

bagi sesiapa yang tak tengok lagi cite nie. baik korang pegi hujung minggu nie.. sangat-sangat la berbaloi keluar duit beli tiket wayang tue.setakat semalam, menurut dari fanpage rasmi filem nie kat Facebook, filem nie dah mencecah kutipan tiket RM5juta. dan miera menyumbang sebanyak RM6 dari 5 juta tue.. =p

tamo cite sal sinopsis filem nie sebab miera percaya ramai yang dah tulis pasal cite nie. dipendekkan cite, filem nie sambungan buat filem Zombi Kampung Pisang.

plot cite dier not bad, tak der la cume ade certain-certain part yang best giler-giler, pastu bosan nak arwah. HKLBR nie plot dier ade turun naik, mule-mule seram pastu lawak pastu jiwang pastu lawak pastu serius pastu lawak balik. so, tak der lah sepanjang mase nak gelak dan tak der la satu-satu part tue meleret-leret.

macam biase lah cite Mamat Khalid nie walaupon lawak, tetap dier masukkan mesej dalam setiap filem dier. dalam filem nie Mamat Khalid menyindir sikap masyarakat Malaysia sekarang nie yang tak nak ambil pusing tentang keadaan jiran tetangga. walaupon duduk sebelah rumah, tak taw pon ape yang jadi kat jiran.

kekuatan filem ini rasenyer terletak pada populariti filem Zombi Kampung Pisang, di mana rasenyer ramai yang excited nak taw ape kesinambungan cite tersebut. lepas tue promosi filem nie pon macam meriah jek. tiap-tiap hari ade jek video-video thriller HKLBR di share kat Facebook. mungkin tue yang membuatkan orang tertarik nak ke panggung.

ditambah pulak dengan pelakon-pelakon yang hebat-hebat belaka. gandingan Awie dan Johan Raja Lawak dilihat menjadi dalam filem ini. di tambah lak dengan watak Ucop yang tak reti penat goyang-goyang kan tangan dier tue. susah taw nak carik lelaki bertangan lembut macam tue. miera sendiri pon tak dapat nak buat gaya tue.. hakhakhak..

apa yang pasti, lepas nie mesti lagu "enjet-enjet semut" bakal menjadi ingatan dan siulan kita. budak-budak sekarang mane reti main enjet-enjet semut. smua dok mengadap FB. at least, bile ade cite nie, budak-budak pon mule la kenal kembali permainan dan nyanyian dulu kala.. hehe..

unfortunately, semalam ade beberapa perkara yang telah membuatkan mood miera untuk tengok cite nie spoil. seperti yang dinyatakan tadi, banyak budak-budak pelik tengok wayang semalam. ade ker patot, panggung tak digelapkan lagi, dier dok kecoh-kecoh suroh top lampu. benggong!! dok main jerit-jerit lagi.

part yang tak lawak dorang gelak macam nak hape. wat sakit aty jek. pastu dok jerit-jerit ejek kawan dier. kene lak miera dok sebelah geng-geng iban kot. yang pasti bukan dak melayu. dok cite-cite macam-macam. pastu menguap, keluar bunyi tak hengat. macam harimau. dok jerit macam-macam.

hah!! lagi satu perangai budak melayu depan miera. gelak pastu dok keluar perkataan pelik-pelik dari mulut K!m*k!!. bukannnyer orang dewasa,  budak sekolah lagi rasenyer. nak kate buta, tengok wayang. nak kate celik, dier tak nampak ker budak-budak kecik kat sekeliling dier? budak yang bawah umur.

memang dah panas dah time tue, tunggu jek dier kluar perkataan tue sekali lagi, memang kene sound tak pon terajang kerusi dier. tapi rasenyer dier dengar kot miera merunggut dorang bising sangat dok ejek-ejek kawan dier yang duduk kat seat seberang. yang kat sebelah miera pon dier perasan kot miera jeling.

tue yang tak suke tengok wayang hari Rabu. cisss...

ape yang pasti.. miera nak tengok cite tue lagi!!!! ade tak sesiape yang sudi bawak miera tengok HKLBR??? anytime.. miera nak ikuttt~~~~

Saturday, December 18, 2010

..Yeay!!! g tengok wayang..

assalamualaikum...

tengah hari tadi (Jumaat, 17.12.10) *entry ini telah dischedulekan..harap maklum* miera telah diajak oleh my aunty ngan anak dier pergi tengok wayang.. cite ape??

-THE CHRONICLE OF NARNIA: THE VOYAGE OF THE DAWN TREADER-


siyesly, miera tak minat sangat tengok cite-cite macam nie. tengok-tengok macam tue jek, boleh lah. tapi nak g panggung tengok movie macam nie, kurreenngg berminat sikit.

kalau miera sendiri lah kan, miera tak berape gemar la nak tengok cite orang puteh kat panggung. sebabnyer ade 2 jek. 1st, dalam internet berlambak, boleh gak jimat duit nak beli tiket. 2nd dah name pon cite orang puteh kan, dah sah-sah orang puteh pon banyak yang menonton, so even korang tak pergi tengok pon still dorang ade penonton yang sendiri. lagipun kalau filem dorang box office pon, bukan dorang ade bagitaw terima kasih buat penonton2 di Malaysia.. kan?? itu just pandangan miera lah. kalau korang tak setuju pon, never mind, duit korang yang kuar g panggung.

setakat nie, miera lebih suke tengok movie hollywood/bollywood just dari internet or vcd jek. semenjak dah pandai masuk panggung sendiri nie (walaupon jarang, setaun sekali jek masok panggung), miera prefer masuk panggung untuk filem-filem melayu yang miera rase berkualiti dan keutamaan untuk filem bergenre komedi. kalau romantik tue, tak minat sangat la. sebab rase tak berbaloi jek keluar duit tuk tengok filem-filem Malaysia yang berunsur romantik ntah hape-hape tue. jalan cite, semua hampir same. anak orang kaya, joli sana, joli sini, sakit, gaduh, rempit sana, gaduh sini, judi sana dan dedah sana sini. lagi best layan Oh Yeah! kat Astro Warna. leh gelak guling-guling.

ok.. back to the story. miera just pernah tengok 1st filem untuk Narnia. tue pon kat TV hari tue dan sudah semestinya tak tengok dari awal sampai habis. tengok cikit-cikit jek. ok lah, not bad yang 1st tue. dan diakui miera memang tak ikut perkembangan movie nie.

tadi pon sebab ade orang nak belanja dan miera pon dah lame tak tengok wayang, on sajaa.. ok lah cite narnia yang ke 3 nie. tapi rasenyer yang 1st lagi best kowt. yang 2nd miera tak pernah tengok. miera suke tengok harimau (Aslan) jek dalam narnia nie.

mengisahkan pengembaraan Edmund dan Lucy serta sorang watak tambahan, sepupu dorang (Eustace) ke Narnia. abang n kakak dorang tak der dah, dorang dah dewasa, so tak leh geng ngan budak-budak dah. hehehe.. kali nie, pengembaraan dorang adalah di lautan. mengisahkan dorang belayar untuk ke "hujung-dunia" di mana dipercayai negara Aslan. di samping tue, dorang gak ade misi sendiri di mana dorang kene carik ke tujuh-tujuh pedang sakti yang diperlukan untuk menghapus kuasa jahat.

nak taw lebih lanjut, glah tengok cite nie sendiri.. ^_^

lagi yang menarik tentang movie nie: PRINCE CASPIAN tersangat lah hensem. ade tak sesiapa yang macam dier kat Malaysia nie??? =p

next week mesti gak tengok Hantu Kak Limah.. biar sorang-sorang kat panggung. tetap gak akan pergi.. nak pergi tadi, tapi cite tue start pukul 2. and my aunty memang tak nak langsung masuk panggung tuk cite melayu. dier cakap macam tak berbaloi jek. lagi pon dier bukan nyer amek kesah langsung pasal jalan cerita, dier nak tengok gambar yang cantik jek.

oh.. dalam panggung tadi tak sampai 10 orang pon penonton. maybe sebab bukan hujung minggu+tengah hari+hari jumaat+solat jumaat. so, selesa lah dan lagi satu kitorang masok panggung lewat 10 minit. ngeeee~~~ =p

p/s: have a great weekend guysss...

pict: credit to Mr Google.

Friday, December 17, 2010

..Ramona and Beezus..

assalamualaikum all...

hari nie nak cite sal movie yang baru miera tengok secara online "Ramona and Beezus"


bagi miera cite nie besssttt sangat sebab ade pelakon yang sangat comel..
memegang watak sebagai Ramona, Joey King nie sangat-sangat la comel. dengan mate bulat kaler hijau, dengan mulut yang sangat comel dan celoteh serta kaletah yang aktif.. geeraaaammmmm sangat tengok budak nie.. kalau dier nie kat depan mate, memang dah lame den geget-geget.... =)

sinopsis cite ini:
"filem ini mengisahkan tentang kisah dua beradik, Ramona dan Beezus. Ramona merupakan seorang budak yang agak aktif, nakal dan sering ditimpa perkara-perkara yang memalukan beliau di hadapan rakan-rakan dan keluarganya. namun yang demikian, Ramona merupakan seorang yang sangat kreatif dan ingin menolong mempertahankan rumah mereka. Mereka mempunyai sepasang ibu-bapa yang sangat sayang akan mereka dan sentiasa melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang juga bertajuk "Ramona and Beezus" hasil tulisan Beverly Cleary"

-cover page baru dan lama novel Ramona and Beezus-

ade gak part dalam movie nie yang membuatkan miera menangis (menangis lagi.. sensitif sungguh diriku ini..huhuhu).

bagi miera filem ini sememangnya jelas memaparkan kasih sayang dalam sesebuah keluarga amat penting. kasih sayang antara ibu-bapa dan anak-anak, kasih sayang antara adik-beradik dan jugak kasih sayang antara manusia dan haiwan.

jom kite berkenalan pulak dengan 2 pelakon utama filem ini..


first sekali.. budak paling ccchhhhuuummeeeellll~~~ Joey King yang berlakon sebagai Ramona Quimby. dak tecik nie baru jek berusia 11 tahun. Lahir pada 30 Julai 1999. cite nie bukan lah 1st filem beliau tapi merupakan filem sulung beliau memegang watak utama. dak nie gak banyak berlakon dalam iklan-iklan TV. menurut wikipedia, dier dah muncul dalam 104 commercial.

Joey nie gak pernah muncul dalam beberapa siri TV terkemuka seperti "The Suite Life of Zack and Cody", Jericho dan CSI. bukan setakat memaparkan wajah beliau di layar skrin, suara Joey juga pernah digunakan dalam cerita "Ice Age:Dawn of Dinosaurs" sebagai watak Beaver Girl.

ape-ape pon. budak nie memang tersangat la comel dan lawak. pandai dier wat ekspresi muka yang pelbagai. dengan mate yang besar tue.. eee... gerammmm~~~

watak kedua dalam filem ini ialah Beezus yang dilakonkan oleh Selena Gomez. mule-mule tengok movie nie ingatkan dorang nie betul-betul adik beradik. sebab muke siyesly sijibik. Selena Gomez nie baru jek berusia 18 tahun. dier nie dah lame dah berlakon terutama sekali untuk Disney. bermula pada seawal usia 7 tahun dalam "Barney & Friends" dan pernah muncul dalam Hannah Montana serta menjadi model dalam video clip Jonas Brother. filem pertama beliau ialah "Spy Kids 3D-Game Over"


dan miera mule suke tengok dier nie lepas tengok cite "Another Cinderella Story". comel gak budak nie, dengan gigi yang sedikit "rabbit". dalam cite Another Cinderella Story nie dier banyak menari and badan dier sangat-sangat lembut. tue yang jadi suke tengok dier nie berlakon. oh.. menurut wikipedia, Selena Gomez nie dah ade plan untuk buat  "fashion line" dier yang tersendiri yang bernama "Dream Out Loud by Selena Gomez", jadi ker tidak perancangan tersebut, wallahualam..

tak ketinggalan gak, pelakon tambahan lelaki yang sangat Hensem.. aauuwwww... *lap air liur*, Josh Duhamel yang turut membintangi siri Las Vegas. dier nie tak der ape la sangat dalam cite nie, tapi disebabkan kehenseman beliau, turut menambah rase sukkeee sangat tengok filem nie.. =p


errrmm.. tue jek lah nak cite. walaupon cite nie dah lame kat panggung, miera baru perasan akan kewujudan cerita nie lepas terjumpa novel "Ramona and Beezus" kat bookstore hari tue.. dan dengan secara tidak langsung, i know what book to buy next.. =p

ape-ape pon, enjoy~~~~

picture: credit to Uncle Google

p/s: balas dendam buat entry hari-hari setelah agak jarang nak update blog setahun nie.. =)

Thursday, December 16, 2010

..kesah Laksa Sarawak..

assalamualaikum all...

kali nie miera nak cite pasal Laksa Sarawak sambil2 tunggu cite "The Social Network" abis loading. wat pe nak membazir duit yang sememangnya dah tak der untuk membeli tiket dan space Hard disk korang habis.. online sudah.. hehehe..free pon free..

anyway.. jangan lupe sokong Industri Filem tempatan..cite omputeh, leh tengok online.. cite Melayu korang kene g panggung okek?? tapi miera tak g lagi tengok cite Hantu Kak Limah.. my sis cakap little bit disappointed sebab cite tue tak selawak cite zombi kampung pisang dan jalan cerita sedikit kureng.. tapi.. hati nie tetap gak nak pegi.. esok g korek tabung la.. =p

oh.. nak cite pasal Laksa Sarawak...

-pict: credit to http://dapurcomelku.blogspot.com-

dalam banyak-banyak Laksa Sarawak yang pernah miera rase.. tak der satu pon yang mampu lawan kesedapan Laksa Sarawak rumah kitorang...

bukan nak berlagak ker ape.. tapi siyesly sedaaaapp gua cakap lu...

bagi miera dalam penyediaan Laksa Sarawak nie, the most important thing is Kuah Laksa tue kene sedap.. kalau kuah sedap.. peeehhh~~~~ leh makan sampai jilat mangkuk... nikmat dier tue macam nikmat malam pertama lah.. *ehem*

selalunya, dalam Laksa Sarawak nie, dier ade beberapa bahan yang biasa digunakan.. 1st sekali, mestilah mee hoon or mee halus. lepas tue yang lain2 tue wat penyedap rase jek.. macam isi ayam yang dicarik-carik, telur dadar (so far, tak pernah lagi jumpe orang wat laksa gune telur mata lembu..), taugeh, tauhu goreng dipotong kecik-kecik... dan selalunyer kat kedai kalau cakap laksa sarawak special, yang special nyer dier letak Udang Galah..kalau biase-biase jek, udang kecik-kecik la dorang selalu gune.

-bahan-bahan untuk laksa sarawak- 

lepas tue, Laksa Sarawak nie orang selalu hidangkan dengan sambal.. kalau sambal kaw-kaw pedass, barulah rase terangkat nafsu serakah korang nak makan. Dan macam biase lah, mee kan selalu akan ade hirisan limau kasturi, untuk bagi kurang kan sedikit rase lemak or kolesterol dalam mee korang tue.. tapi miera tak suke limau dalam mee.. tak sedap..

macam yang miera bagitaw mula-mula tadi, the most important things yang kene betol-betol "kick" adalah kuah laksa itu sendiri. miera pernah makan kat salah sebuah hotel di Kuching, dier hidangkan laksa sarawak. so, terasa excited lah kan nak rase, al-maklumlah hotel nyer makanan.. normallah untuk kite menjangkakan makanan tersebut adalah 5 star nyer taste..

rase laksa sarawak kat hotel tue memang lah tersangat HAMPEH!! kalau nak taw rase nyer, senang jek. korang celur mee tue ala kadar, jangan sampai lembut seperti yang sepatutnya. lepas tue korang letak dalam mangkuk then korang bukak air paip jadi kuah mee. then letak cili sikit, sikit jek taw, kasik rase pedas kat hujung lidah jek. hah.. macam tue lah rase Laksa Sarawak kat hotel tue..

arwah bapak miera kecewa dan terkilan gak lah. mesti dier rase menyesal giler amek laksa tue. hehehe.. dier cakap "macam ney la cdak hotel tok boleh molah laksa rasa tok, maka chef nya bukan calang-calang. malu la mun urang luar merasa laksa sarawak macam tok. kesian ku nanga urang puteh nun makan" hehe..

meh nak translate "macam mane la hotel nie boleh masak laksa macam nie. padahal, chef dorang bukan nye calang-calang. malu la kalau orang luar makan laksa sarawak rase macam nie. kesian lak aku tengok orang putih tue makan"

dah name pon hotel, memang la menjadi tumpuan pelancong. then dah semestinya dorang akan carik makanan tradisional tempatan. kalau dah rase macam hampeh, memang la sangat-sangat memalukan.

macam tue gak ngan kedai-kedai jual makanan. tak taw la kat tempat korang, tapi kat tempat miera nie kan memang susah sangat nak carik kedai makan yang betul-betul sedap. jumpe tempat makan yang sedap, cube try pergi lagi for the 2nd time, confirm kalau dah memang sangat-sangat tak sedap mesti harga dier dah jadi dabel.

susah gak nak dicitekan orang sekarang nie, pandai masak sikit, terus bukak kedai. sedap tak sedap belakang kira. nasihat miera, kalau nak bukak kedai tue make sure dah betol2 hebat dalam masakan, masakan tue biar cukup rase, tak perlu nak presentation lawa-lawa kalau taste tak der.

lepas tue, nak berniaga biar ikhlas. kite bagi makan kat orang. kalau harga makanan bukan main mahal kalah harga mee megi dalam flight air asia, tapi rase macam haram~~ kang tak pasal, kene makan sumpah seranah customer.

eh, jauh lak menyimpang..

ok ok.. kembali kepada kesah laksa sarawak rumah kitorang nie. hari tue lepas miera konvo, malam tue kitorang wat makan-makan kat rumah kire majlis doa selamat la. kebetulan lak malam tue awal muharram, so buatlah solat berjemaah sekali. sambut awal tahun Hijrah.

dan menu pada malam tersebut ialah sudah semestinya Laksa Sarawak..dan sangat-sangat lah yummmmyyyy~~~~ tetamu makan dengan penuh selera ade yang sampai 3 kali tambah. dan paling kurang pon 2 mangkuk sorang la makan malam tue.. Alhamdulillah, tetamu suka, tuan rumah pon bertambah la senang hati.. hehehe..

petang semalam kitorang wat lagi laksa sarawak, sebab tibe-tibe tekak terasa nak makan laksa.. *sorry gambar tak der .. =( *. of course la kene makan banyak-banyak. memang sedaaaaappp sangat cume kurang sikit dari yang malam konvo tue lah. tak der pon bahan-bahan yang banyak, just mee+telur+udang+taugeh.

motip??? tak der motip...

bagi sesiapa yang ingin mencuba masak laksa sarawak, nie resepi nyer.. RESEPI LAKSA SARAWAK (sile click ok)

kat dalam resepi tue dier gune perencah laksa sarawak Haji Manan.. tapi kitorang gune yang lain nyer, tak taw lak ape brand.. hehe.. pes laksa tue jugak sangat penting, kalau perencah tue tak sedap, secara otomatiknya, kuah laksa korang akan "decreased" dier nyer kesedapan. ape-ape pon yang penting kene pandai modified. =)

credit picture: Uncle Google dan di amek dari Teratak Impian.

p.s: nak bekpes Laksa Sarawak la pagi nie.. yuummmyyyy~~~~

Wednesday, December 15, 2010

..10 REASONS NOT TO FALL IN LOVE..

assalamualaikum all..

sekian lame tak buat ape-ape review baik untuk filem mahupun buku... bukan bermaksud miera tak bace buku.. banyak dah novel yang miera dah khatam.. cume mase tak mengizinkan untuk membuat sedikit review

so, hari ini.. miera nak wat review the latest novel yang miera baru habis bace pagi tadi...

novel English.. so.. miera wat review dalam bahase rojak lah k.. coz im really-really not good in English.. as what Johan Raja Lawak always said.."I do speak English... but sometimes BROKEN" hehe..

title of the book that i have read this few days is "10 REASONS NOT TO FALL IN LOVE" , the author of this book is Linda Green..

-10 REASONS NOT TO FALL IN LOVE-
RM 35.50 @ POPULAR BOOKSTORE


a new author for me.. usually i just bought a book from Cecelia Ahern and Sophie Kinsella.. and i think i already had almost all of the Cecelia Ahern's novel.. if i do have time, i will re-read all the novel and give some review here.. =)

what make me "attract" to this book?? of course because of it Title.. 10 reasons not to fall in LOVE..

this novel is about a single mother, Jo who need to take care her son, Alfie all by herself. Her husband, Richard had left two of them on Alfie's first birthday.

Alfie is not their plan. He is accidentally produce when both Jo and Richard still climbing up for their carrier. They are work at the same place, and during the pregnancy, Richard had become Jo's boss.

Jo become very disappointed with Richard's attitude that never try to accept the exist of Alfie and only spent a few time with Alfie.

since then, Jo refuse to accept any relationship with man. She afraid if once she is in a relationship, then the man can't adopt his new life with "an-instant" child, it will hurt Alfie more. Jo think that Alfie already go through a difficult time when growing up without a man called father always beside him.

then, they meet up a "balloon man" called Dan.. and since then Alfie and Dan become friends and indirectly.. Jo need to accept the new man in her life.

in this novel, there are some "flashback" of Dan's childhood. which are not as fun as other kids. At the beginning of  his age, Dan just have a very loving and fun moment with his parent. but then, everything has changed when his Father become aggressive and always drunk.

Dan become a witness of his mother abused by his father. then, he become very traumatic when people keep arguing about their football's team wining or losing the match. this is because, during his childhood, his father will become very angry and will start to abuse Dan's mother whenever Liverpool is losing their match.

and.. how does Dan appearance changes the whole things in Jo and Alfie life?? please get this book.. ^_^

for my opinion.. i do like this book because it tells about the bad effect for children's emotional when they have very bad experience during their childhood. and how the leak of love from parents can cause them to be very aggressive in order to get attention from others.

This book also shows how your parent, especially your mom always try to make and try to look happy in front of you even the reality is they are very2 hurt and their are in very bad condition. our parent also always try their best to protect all their children even putting themselves in danger.

but, there still a little bit of aspect that keep annoying me. This author use a very long sentences to describe something (as i usually do.. =p). and i can't find any sense of humor in his writing. its give me a different experience compare to read Cecelia Ahern or Sophie Kinsella novels..
 
After completing reading this book, i give it 3 and a half star.

p/s: I'm crying during reading this book.. maybe I'm quite sensitive persons.. but it is too sad to imagine hows seriously bad to a children to have very frightening experience looking at his own mother been abused.

picture: credit to Uncle Google

Monday, December 13, 2010

..susah betol la!!..

assalamualaikum all...

actually dari hari tue nak cite sal my konvokesyen...

tapi...


saya berasa sangat-sangat-sangat-sangat bengang...

sebab..

tiap kali nak edit gambar.. mesti laptop miera shut down sendiri.. arrggghhh... tak suke btol la...

jangan kan nak edit, nak view picture pon *tttuuuuupppppppp* padam!!!!

bengang sungguh jiwa dan raga...

so, sekarang nie tengah nak pujuk mak nak beli laptop baru... kepada rakan2 yang hebat tentang IT dan tau selok belok laptop... meh tolong miera...

mane satu laptop better???

Toshiba or Dell???

nie link untuk both laptop... please help me k...


-Dell Inspiron 14R-


-Toshiba Satellite L645-



Toshiba Satellite L645 (500GB not 320GB as stated) and Dell Inspiron 14R..

thanxzz all.. setiap pandangan amatlah dihargai...=)

oh.. nie antara kegunaan-kegunaan laptop untuk miera:

  • social network (FB, Twitter, Formspring etc)
  • blog
  • email cum YM
  • Software2 untuk Engineering purpose (Mathlab, Tina, OrCAD etc..)
  • web-web untuk wat assignments
  • download lagu-lagu dan beberapa benda yang lain
  • on winamp
  • tengok movie
credit picture: Uncle Google... thanxz uncle.. =p

Saturday, December 4, 2010

..Kemuncak dalam pengajian..

assalamualaikum all...

just nak buat entry ringkas...

"di dalam perhubungan percintaan.. klimaks dalam perhubungan tersebut ialah akad nikah dan majlis persandingan.. dan dalam menuntut ilmu.. klimaks nya ialah KONVOKESYEN serta bergelar graduan"

dengan itu...

  

a picture speaks a thousand words... ^_^


p/s:


..Doa untuk mencari pasangan..