Thursday, July 22, 2010

..SAYA LAGI SALAH???..

assalamualaikum all..

izinkan hari ini saya meluahkan perasaan.. hanya di sini saja tempat untuk diriku meluahkan perasaan. ku dah tak tahu di mana arah dan tujuan harus ku bawa hati dan perasaan ini.

aku sendiri tak faham..
apa sebenarnya mereka mahukan dari aku??? apa mereka hendakkan selama ini semua aku dah turutkana walau dengan hati yang sangat berat. tak boleh kah aku diberi sedikit saja peluang??? untuk hidupku sendiri,,

di suruh buat A, A jugak yang ku buat walau hati ku terlalu mahukan B.

selama ini aku hanya berdiam diri di saat mereka mencanangkan pada dunia itu ini.. padahal diriku dan mereka sendiri tahu akan penyelesaian pada masalah tersebut. kenapa aku hanya berdiam diri??? kerana aku mahu mejaga hati mereka.

dan kini.. setelah hati mereka ku jaga walau hati ku sendiri meronta-ronta tidak puas hati.aku masih dituduh sebagai membuang tuah oleh orang lain. dan andai difikir dengan mendalam. ya, memang aku menolak tuah, tapi aku lakukan dengan rela, demi menjaga hati orang lain. demi sebuah perkara yang ku gelarkan sebagai pengorbanan kononnya..

apa saja mereka mahu, semua dah ku lakukan. tapi apakan daya, keputusannya tetap tidak memihak kepada ku. bukan nya aku berputus asa, aku sendiri pernah terdengar dia menyatakan "seperti anjing menyalak" meminta-minta pertolongan dari orang lain..

nah.. apakah bezanya kini?? masih tetap menyalak.. bahkan kali ini lebih perit. dah diterajang, masih lagi menyalak meminta makan.. tak malu kah???

masih lagi sekarang aku dipersalahkan.. degil, bodoh sombong.. pernah aku melawan selama ini??? tak pernah... aku turutkan saja segala arahan.. itu..ini..itu ini..

salah kah aku tetap pendirian sekarang???? salah kah aku??? salah???

aku sudah seolah-olah hilang hak ke atas hidupku sendiri..

dan airmata ini sungguh BODOH!!!! bukan airmata kecewa dengan keputusan yang diterima..

tapi AIRMATA SEDIH KERANA DI TUDUH DERHAKA..

aku dah melakukan sebaik-baiknya segala perintah.. biar hati berat.. namu kerana PENGORBANAN, ku lakukan jua.. tapi masih jua ku tak dapat apa-apa yang baik..

masih lagi AKU DIPERSALAHKAN

Wednesday, July 21, 2010

..Maaf, Tiada dalam Rekod..

assalamualaikum all...

terasa lama dah tak update blog ini.

kali ini cuma ingin menceritakan sedikit perkembangan mengenai kemasukan miera ke Universiti.

beberapa minggu (atau bulan) lepas, pihak UNIMAS ada menghubungi miera dan menyatakan bahawa permohonan pertukaran U miera akan dibawa dalam mesyuarat senat dan keputusan akan diketahui sama dengan keputusan rayuan.

tepat pukul 12 tengah hari tadi (Rabu, 21 Julai 2010), diumumkan keputusan rayuan kemasukan ke U sesi Julai 2010.

miera dengan hati yang tenang dan hanya bertawakal menekan kekunci dan tetikus di komputer untuk menyemak keputusan miera..

dan apa yang miera dapat adalah ini..



memandangkan miera menyemak keputusan pada waktu tengah hari dan sudah pastilah kakitangan Unimas sedang berehat, miera menanti sehingga waktu petang untuk menghubungi mereka.

setelah talian miera disambungkan kepada beberapa pihak, baru miera berpeluang untuk berbicara dengan orang yang bertanggungjawab menguruskan permohonan pertukaran U.

tapi apakan daya, miera masih belum mendapat jawapan bagi rayuan miera kali ini. hal ini kerana, senarai nama pelajar yang berjaya melakukan pertukaran U tidak ada dalam simpanan beliau. dengan ini, miera terpaksa menunggu sehingga esok petang untuk mendapatkan jawapan yang pasti.

walaubagaimanapun, apa sahaja keputusan yang bakal miera terima esok, miera terima dengan hati yang terbuka. miera telah merangka kehidupan miera bagi kedua-dua keputusan. miera akui, miera tak meletakkan sebarang harapan yang tinggi bagi keputusan ini.

akhir kata, miera merasakan mungkin tidak mengapa kita menangis sendirian, yang penting orang di sekeliling kita merasa gembira dan bahagia. miera percaya Allah itu maha adil dan maha mengetahui. biarlah Dia memberi balasan yang wajar.

Kita sebagai manusia telah diberikan otak untuk berfikir dan perasaan untuk kita memahami rasa hati orang sekeliling kita. mungkin mulut kita menyatakan sayang, dan hati kita merasakan. tapi, adakah otak kita berfikir tentang perbuatan kita, adakah perbuatan kita betul-betul telah membahagiakan insan yang kita sayang?? atau mungkinkah perbuatan kita hanya mendatangkan rasa gembira di hati kita dan beberapa pihak sahaja. namun, membuatkan air mata pihak lain yang perlu kita jaga mencecah bumi.

hanya diri kita sebagai insan yang mampu menjawabnya..

Wednesday, July 14, 2010

..Apabila Saya Online..

assalamualaikum all..

hari nie, meh kite share2 ape yang anda akan buat bila anda online atau berada di hadapan PC/Laptop

kalau miera lak..aktiviti miera kalau on9 tak pernah lari dari beberapa perkara ini. My top list is CHATTING. hikhik

2 bulan lepas laptop miera buat hal, overheat. mule2 tue bile bukak program2 yang berat jek teros off. main game dalam application kat Facebook pon padam. kadang2 part paling parah bile bukak Microsoft Office pon padam. memang pressure gak lah tyme tue, lagi2 la dah nak hujung sem. assingment lak melambak + perlu gune software2 yang boleh tahan berat nyer. so, memang kene banyak2 bersabar la jawabnyer.

so, disebabkan diriku sudah ketensenan menggunakan laptop yang asyik padam..padam..dan padam ini, miera pon gune lah PC/laptop orang lain yang ade di rumah nie. dah name pon gune barang orang, tak boleh la nak online 24/7. yang paling wat mati kutu, dorang cakap, HARAM bukak MiRC. cettt.. bersabar jek lah den. tapi kadang2 curik2 gak bukak..huahuahuahua...

dah dapat balik laptop baru lah ku tersenyum bahagia kembali. miera suruh technician tue tukar fan, dier taknak. dier cakap dier wat cleaning service jek pon dah cukup. RM80 wat cleaning service okek!! tapi, yang tak bestnyer, sekarang nie pon kadang2 padam gak laptop nie..huhuhuhu..

eh..jauh nyer melalut..

meh kite terjah ape miera buat setiap kali online.. =)

1. Facebook
  •  untuk mengetahui update2 dari semua member2 dan ahli keluarga sekalian...

 


2. Check Email
  • yang nie just nak taw kot2 ada notification dari FB, ade komen terbaru kat blog atau promosi2 bookstore.
  • sekarang nie rasenyer YM miera ade virus kut, sebab kalau on jek, mule la nak hantar entah ape2 kat semua orang.. isk2.. so, miera on YM dari emel jek.
 

3. Blog
  • bukak blog, kalau ade orang tinggalkan jejak, miera g terjah..
  • tengok blog update kat list tepi tue.. so, wat korang yang tersenarai kat tepi tue, ^lurve_purple^ memang sentiasa bace blog korang. tapi, kadang2 malas nak tinggalkan jejak.. =)

4. MiRC
  • well.. miera nie dah cam addict lak ngan chatting nie.. dan pilihan miera MiRC.. sekarang nie miera tak layan sangat YM. kadang2 on YM pon sebab otomatik, check emel, YM akan on sekali. Chat kat FB pon serius miera tak layan.. dari dulu2 memang tak layan sangat.. so, kalau nak chat ngan ^lurve_purple^, join la MiRC k.
  • sekarang nie ^lurve_purple^ kebiasaanye ade kat DalNet (/server matrix.dal.net), server Sengal (/server irc.sengal.info) dan server MalayIRC (/server irc.malayirc.com)@ cenel kampung *promote2..hikhik*
  • untuk info anda, MiRC nie bukan sekadar untuk berchatting semata-mata, tapi ade gak cenel untuk main kuiz, uno, kaos dan macam2 lah.. dan terdapat banyak pilihan redio internet yang diterajui oleh user2 IRC nie.
 
-^lurve_purple^ ngah layan kuiz..top 10 tue.. hikhik.. yang kaler merah tue lak redio-

5. Radio

-dah main depan laptop nie, mesti la nak something tuk halwa telinga. so, miera akan on radio. sama ada radio yang selalu kite dengar lam kete tue or radio internet. kalau redio biase, miera akan pilih HitzFM online nyer. 
-bawah nie adalah redio yang akan miera on wat mase sekarang:-

  • miera baru jek berkenalan ngan redio nie. kalau nak taw, FrenzyFM nie bukan sekadar redio internet, tapi gak sebuah komuniti online. ala2 Facebook gak lah. dan lagi satu, dorang gak dapat dijadikan sebagai sebuah komuniti blogger. 
  • kat sini kite leh ade profile sendiri tuk add friends, join group, dengar radio, mintak lagu, chatting dan exchange link. 
  • kalau nak taw lebih lanjut, ape kate korang join sendiri k.
  • terima kasih kepada Nizam Limited yang memperkenalkan FrenzyFM kepada miera.
  • oh ya.. setakat nie, redio ini beroperasi 24 jam tanpa henti. cume kadang2 dier autorun jek, DJ2 dorang pon best gak.. dengar lah k.
 
-profile miera kat Frenzy-
 
-shoutbox untuk berchatting sambil exchange link-
   
 
-redio-

  •  nie lak radio yang di terajui oleh user2 IRC dan beroperasi secara rasmi di Server Sengal.
  • kat sini, kite boleh layan redio sambil chatting. 
  • redio nie wat mase sekarang nie tak on 24 jam. kalau ade DJ yang free dan line ok, dorang akan on redio. request lak boleh dibuat di server/cenel.
  • dah name pon Sengal kan, user2 kat sini semua friendly dan sengal tahap gaban.. hikhik..
-so, bagi korang yang tak der MiRC tue, jangan lah risau, korang still leh chat kat sini via web. janji korang ade java jek. -

6. Twitter
  • miera baru jek join twitter beberapa hari yang lepas. 
  • tujuan miera create account twitter ialah tempat miera luahkan perasaan sebab kat FB cam dah tak sesuai dah bcoz ramai dah family2 miera add miera. nak luahkan perasaan pon dah rase tak selesa sebab kite kene gak lah hormat dorang kan. kalau yang sebaya tak per gak, nie aunty-aunty, uncle-uncle, nenek-nenek.. cikgu2 pon ade. so, tak sesuai dah.
  • kat twitter gak la miera dapatkan update dari blogger2 yang hebat. sebab dorang rajin nak tweet2 new entry, so, indirectly miera dapat blogwalking.


yang tersenarai ini adalah perkara yang wajib miera bukak. yang sunat nyer banyak sangat...antaranya:-

baca suratkhabar online, blogwalking, sedut menyedut (download), bace gosip2, cuci mate, tengok video kat youtube, redtube dan xtube, stalking, carik note, carik buku, mengurat dan macam2 lagi lah..

so, anda pulak macam mana??? jom share.. (^_^)

p/s: i love to read.. tak semestinya membaca mesti baca buku/suratkhabar jek. blog, notes kat FB, status, komen kat FB pon boleh dijadikan bahan bacaan. kadang2 tanpa sedar, dari komen2 itulah kite dapat pandangan orang lain dari aspek yang berbeza.. (^_^)

Monday, July 12, 2010

..Aktiviti di Hujung Minggu..

assalamualaikum all...

hujung minggu nie.. miera telah berjaya meloloskan diri dari tempat bertapa miera..

kalau hari biase yang membawa maksud hari isnin sampai jumaat.. jangan harap la miera akan kuar dari rumah.. tak der can langsong.. dapat ikut my lil bro g hantar my lil sis pegi tuisyen pon dah kira bertuah sangat lah tue..

ini lah dier.. nasib seorang penganggur macam saya... langsung tak der wat ape2.. mati kutu dibuatnyer.. upss~~ nanti miera cite aktiviti2 miera kat umah k..

hari sabtu tue.. pagi tue pon memang dah rase nak menangis dah..sebab tak der orang bawak g jenjalan pon..dahlah hari tue miera bangun lebih awal dari biasa.. kot2 ade yang nak bawak g bekpes ker kan.. sekali jiwa ku hampa bak lagu ari lasso..

tup..tup..tengah hari tue, my aunty cakap malam karang kitorang akan buat BBQ.. terkujat (terkejut)gak la.. sebabnyer, hari jumaat tue kitorang plan nak wat BBQ pagi ahad.. pagi sampai tengah hari.. tapi.. plan asal telah diubah sebab my uncle cakap boleh la layan makan sambil tunggu match bola pukul 2 pagi..

petang tue, mak miera bagitaw my uncle yang dier nak g jenjalan.. nak g Buntal..sebab ade pesta buntal..
-pernah dengar puteri santubong, puteri sejinjang?? ini lah dier gunung santubong or sejinjang.. miera pon tak sure.. sebab 2 2 same jek ku tengok.. =p -


of koz la miera yang paling happy.. melompat teros pergi siap2.. waaahhh~~~~ happy nyer dapat g jenjalan.. walaupon bukan di shopping complex.. ingat senang ker penggangur macam miera nie nak rase nek kete?? kalau orang tak ajak.. memang tak der nyer nak rase nek kete dalam mase seminggu tue...

-muke happy!! sebab dapat g jenjalan-


kami pon memulakan perjalanan dari rumah ke Kampung Buntal pada pukul 4++

sampai2 jek kat Kampung Buntal tue, carik la pulak tempat pesta berlangsung.. sekali sudah tutup daaa~~~~

oh ya..minggu nie gak berlangsung nyer Rainforest Festival.. ala.. yang orang2 putih men muzik tue.. renpores(rainforest) nie berlangsung kat kawasan santubong kot.. tak sure lak.. sebab ku tak amek taw pon pasal event nie..

tiket nak masok kat situ pon dah boleh beli satu enset Nokia N1200.. lepas tue, miera tak rase pon kalau pegi renpores tue akan memberi kebaikan kat miera. mungkin bagi yang betol2 meminati muzik dan suka untuk berlibur tanpa batasan, suke kot pegi renpores.. bagi miera, cukuplah sekadar mendengar MP3..

tambahan pulak tempat tue bersesak2.. sangat2 miera tak selesa dan tak suka.. tapi bagi yang nak mengorat melihat "orang luar" (international people) membuat persembahan mungkin inilah peluang anda. dan tak dinafikan lah..kalau korang g kat Kuching sekarang, memang banyak gler pelancong asing. semuanya untuk renpores ini

-gambar pemandangan gunung dari dalam kereta.. Saweng.. tolong padah lok, gunung apa tok? -


oleh yang demikian (pehh!! skema siot ayat =p) dalam perjalanan pergi kampung Buntal tue memang banyak la terjumpa pelancong2 nie. sama ada menaiki van atau dorang sendiri yang drive. dan memandangkan jalan yang digunakan adalah jalan yang sama, dabel ciri2 keselamatan kene diamalkan. sebabnyer 1st, dorang tak biase bawak kat jalan2 negeri nie. 2nd ada yang pulang dari renpores tue dalam keadaan mabuk.. almaklumlah,dah name pon pesta eh.. festival, so.jumpe2 la membe2 dorang.. minum2 ckit.. kalau budak2 melayu maybe la minum air mineral or teh tarik jek (maybe lah).. bagi yang beragama lain lak, mestila dorang nak rase air special kat renpores tue kan..

-salah satu kedai burger yang menarik perhatian.. name yang unik.. dan beger tue nampak sedap lah.. =p -

eh ok.. sambung balik cite kat kampung Buntal.. dah sampai kat tapak pesta tue, semua gerai dah kemas2 nak balik.. hohoho. so, kitorang just teruskan perjalanan pergi kat pasar kecil kat Kampung Buntal tue.

-tempat membeli kuih2 yang sedap-


kalau nak taw, kat tempat nie lah banyak restoran2 seafood, dan kat cni gak lah nak dapatkan hasil laut (ikan, udang, sotong) yang fresh lagi murah. tue pon ikut rezeki gak lah, kalau pergi tyme ade hasil, ade lah. lepas tue, kebiasaannya, kat kampung2 macam nie lah sedap dorang nyer kerepek pisang ker, kuih2 kering ker.. siyes sedap. tak kan jumpe nyer jual kat kawasan bandar rase macam tue.. huhuhuhu

-snap2.. ^_^ -


sampai2 kat rumah. rileks2 kejap. then, lepas maghrib.. bermulalah aktiviti panggang-memanggang. manok2 (translate=ayam dalam bahasa sarawak) dan daging dah pon diperap awal2 lagi. sebelom kitorang pergi jenjalan tadi lagi dah diperap. siap letak dalam freezer..

bagi sesiape2 yang nak wat BBQ tue.. nie ade satu tips tuk korang kalau korang tak taw lagi lah kan. lepas korang perap ayam/daging dengan bahan-bahan yang korang guna (kicap+gula+garam+oyster sauce+gula apong(gula melaka kut klu kat semenanjung)dan bahan2 yang sewaktu dengannya), letak la ayam/daging korang tue dalam peti sejuk. sekejap pon tak per, sejam pon boleh.. nanti korang akan rase sendiri betapa "kick" nyer ayam/daging yang korang panggang tue..

-nyum2.. daging, ayam, terung, anak jagung yang sedang di panggang-

 -kejap lagi dah leh makan.. nyum..nyum..nyumm...-

menu kitorang malam minggu itu.. ayam, daging, ikan, sosej, udang, terung dan ampang jagung (young corn) semuanya dipanggang dan di makan bersama sambal kicap special rumah kitorang.. kat rumah kitorang jek korang akan jumpe sambal tue.. (ok! hiperbola) sumpah sedap.. hohohohohoho..yummmyy!!!
 
-tadaaaa~~~ dah siap untuk di makan..-

-dah tambah satu lagi menu.. sosej a.k.a anjing panas a.k.a hotdog-

mungkin ade yang tak pernah rase kut yung corn a.k.a ampang jagung tue.. dulu miera pernah ajak membe makan2 kat rumah dan kitorang hidangkan menu yang same. dier bagitaw tue la first tyme dier rase young corn tue, dier cakap kat tempat dier tak der jual pon jagung macam tue. ye eh korang?? kat cni ade jek jual, tapi kene pandai carik tempat la. tapi, kalau korang panggang kan young corn tue.. peeeehhhhh~~~~ rase dier.. superrbbb!!!
-tengok tue.. bukan kitorang jek nak makan taw.. tengok Ultraman tue, dier pon nak jugak.. dier nak mamam ayam kut.. =p -


 
-tadaaa~~~ inilah dier sambal yang dimaksudkan.. yang putih2 tue kacang okek..sedap wa cakap lu.. sampai ade membe guwa bawak balik semenanjung..-

tyme panggang memanggang tue, kitorang gilir2 la jage makanan2 tue semua, ikut turn la, lepas penat memanggang, g masok dalam rumah, makan lak. setel makan, bagi turn orang len plak. BBQ kat belakang rumah jek pon. makan lak depan TV. sambil tengok berita.. hehehe..
-gune dapur gas pon jadi-

dah penat kecoh2 panggang memanggang. on la plak set karaoke..melalak di dalam bilik karaoke..


best gak la malam tue.. sebab Harris and Arisa join. part yang paling best, Arisa joget. sayang betol la tak sempat nak amek video.. memang comel gler2. sampai kitorang semua tergelak. dan2 dier stop. tros malu.. eeee..comel btol anak ku yang sorang tue.. upsss~~~ miera jage dier, so boleh la dier jadi anak miera kan?? anak pinjam.. hehehehe..

 
-its karaoke tyme!!! tak yah susah2 pegi k-box ker, red box ker, daichi ker.. di rumah ku sudah boleh.. lebih kurang jek bunyi nyer, speaker besar gedabak, amplifier 2 bijik.. hehehe-

aktiviti kitorang malam tue hanyalah makan..melalak..makan..melalak.. dan teros zzzZZZZzzzz bile dah kenyang.. bola pon entah kemana jadinya. hehehe..

hari Ahad lak, pagi2 abang miera dah ajak g jenjalan.. ai laiikk~~~ mule2 just nak g temankan mak bayar segala apa yang perlu di bayar. lepas tue, abang miera ajaklah pegi makan. kitorang makan kat Chicago 7 tadi.. oh no!!! sangat2 la tak sedap sekarang+harga makanan pon dah naik..

Chicago 7 nie salah sebuah restoran makanan segera yang ade kat Kuching nie. adik beradik KFC, McD segala lah nie. dulu makanan dier memang sedap. McD pon tak leh lawan. dah la sedap, mengenyangkan, murah plak tue. tapi sayangnyer, sekarang nie dah jatuh, dah tak leh lawan KFC dah. huhuhuhu..

lepas makan.. balik rumah.. dan on9 sampai lebam..sambil layan FrenzyFm dan kadang2 tukar ke SengalFM. tue jek lah aktiviti hujung minggu miera..

oh ya.. mungkin ade yang tertanya2 ape sebenarnyer tujuan BBQ itu.. (kalau tak der, wat2 tertanye2 lah yer). BBQ itu diadakan saje2 jek.. just nak celebrate kazen miera (yang beza umur ngan miera 11 hari) dan pon selamat menamatkan diploma beliau. same gak ngan miera. tapi miera dah dapat hadiah g KL. nie turn dier plak. mak miera n abang miera share sekali lah wat BBQ tuk miera sekali.. thanxzzz.. =)

~BERPADA2LAH DALAM BERCINTA~

Thursday, July 8, 2010

..Ini Cerita Sudah Basi..KL Trip..12.06.2010-17.06.2010..


assalamualaikum all..

ini lah dia entri yang telah berjaya membuatku bengang last week.. b4 entri Selamat Hari Jadi Bapak...

walaupon dah basi.. ku tak peduli.. nak gak post entri.. wat kenangan ku nanti.. almaklumlah.. nak beli diari tak mampu la plak.. =p

oh.. nak bagi warning dulu.. entri ini panjang dan sangat membosankan.. harap la bersabar sampai ke hujung yer... zzaaassssss~~~

dalam entry nie nak cite aktiviti sepanjang miera wat lawatan mengejut ke Kuala Lumpur pada 12.6.2010 - 17.06.2010 hari tue..

seperti yang miera nyatakan dalam entry yang lepas.. miera pergi KL tanpa ada perancangan langsung.. dapat result hari jumaat pagi, petang jumaat uncle miera check tiket, mintak no ic, beli tiket.. tup2.. hari sabtu dah fly... ini semua gara2 miera telah berjaya menamatkan diploma dengan jayanya.. ^_^

kesannya?? sudah pasti lah pergi dalam keadaan shock serta tidak percaya..dan part yang paling parah.. tiada "back-up pocket money". kalau bagitaw awal2, boleh gak lah jual "cucur pisang" depan rumah seminggu dua.. dapat seratus dua, leh gak rembat barang2 lebih ckit.. =p nak korek2 tabung n g tukar duit syiling dalam tabung pon tak sempat.. uhuk2..
-tabung yang selamat dari menjadi mangsa keadaan-

trip kali nie tak seramai last trip.. last trip iaitu last 2 year kitorang pergi 15 orang.. kali nie just 4 orang, my uncle, my aunty, anak dorang n miera.. trip kali nie agak mencabar gak lah sebab yang pergi semua tak reti sangat ngan selok belok KL.. main belasah jek..

ok..chalo bete.. miera nak imbas kembali aktiviti2 yang telah dilakukan.. zassss~~~

12.06.2010(sabtu)

  • naik flight Kuching-K.L pukul 2 macam tue.. oh yeah..bagi yang dah lame tak nek air asia.. sekarang nie dier nyer sit, dah ade nombor yer.. tak der free sit lagi dah.. 
  • sampai KL dalam pukul 3++ petang macam tue.. pastu, kitorang amek bas dari LCCT-KL Central.. nie first time amek bas, selalu amek teksi or van yang dah ditempah awal2 (nie tyme mule2 dulu la..sekarang nie rasenyer dah tak boleh kut ) 
  • best gak nek bas nie.. murah (RM8 per head.. budak2 lain lak harga)+ selesa
  • first time gak miera sampai KL Central. dan ini lah first trip miera dapat merasa membeli sendiri Burger King.. selalu tue.. mesti nak KFC.. macam la kat Kuching tak der KFC.. isk2..
  • dari KL Central.. pergi hotel nek teksi.. dok hotel kat Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)..tempat stended kebanyakan orang Sarawak g KL.. hahahaha
  • dah siap check in.. itu..ini..itu..ini..zassssss~~~ g makan..
  • restoran pilihan?? of koz la Restoran Insaf... tyme korang masok, duduk jek kat meja tue, terasa insaf jek tengok dorang nie wat keje.. laju sungguh.. dah makan, rase syukur sangat2 sebab dapat merasa makanan yang sedap seperti itu.. dah lepas dapat bil, bayar bil, melangkah keluar.. teros rase taubat.. tobat nak masok restoran tue lagi bagi trip kali nie.. (next trip masok balik)
-nasi beriyani ayam madu.. RM 13 sepinggan.. -
  • tapi siyessss.. jus mangga dier sedaaappp sangat2.. kaw2 punya.. nasik pon sedap.. sekali sekala boleh la kut, kalau selalu, gugur gak la rambut nak bayar..
 
-jus mangga..kaw punya.. yummmyy-


-haruslah licin.. mahal woo.. dah makan baru lah korang rase betapa "insaf" dan "taubat"nya lepas bayar bil.. tue pon kalau korang jenis makan nasi campur bawah RM 5 sehari.. -
  • perut dah kenyang.. mari kita cuci mata di jalan TAR, jalan sampai arked.. lepas tue pergi SOGO..
  • minum jus kat food court SOGO jap.. dah tak sesedap dulu.. murah jek RM2.50 kut.. gelas XXL.. tapi tue lah..dah tak berape nak sedap.. banyak ais n air jek..
  • nek kat tingkat atas sekali tempat mainan yang masokkan token tue.. panggil ape eh?? Arked Mainan eh?? kitorang panggil aked jek.. kat Kuching nie ade, tapi tak der la sebesar tue.. dan miera pon dah lame tak jejak kaki kat aked di Kuching nie.. satu kat Wisma Satok, satu lagi kat Hock Lee..
  • jumpe lak ngan my kazen yang ade urusan study di Melaka.. lama woo tak jumpe dier..sebulan lebih dah dier merantau di Melaka waktu tue...sanggup dier turun KL nak lepak ngan kitorang..
  • bermulalah sesi "melalak-dalam-kotak".. masokkan token 2 bijik.. teros melalak.. hari tue kitorang melalak 10 buah lagu.. muakakakaka.. pedih dah anak tekak.. nie pon pestyme gak miera karok dalam kotak tue.. kat Kuching pon melambak, tapi tak pernah nak try.. hehehehe
  • ronda pasar malam memandangkan malam tue malam minggu.. tapi, agak terkeciwa di situ kerana hari hujan dan gerai2 semua tutup awal
  • zzzzzZZZzzzz.. pada pukul 4 pagi..dok berborak ngan my kazen, aiman..

    13.06.2010 (ahad)
    • hari nie plan nak meronda menaiki LRT.. sebab selalunyer gune teksi jek..sebut jek nak g mane, nanti drebar teksi hantarkan.. memandangkan kitorang sekarang dah jadi 5 orang, sah2 lah tak boleh dah nek teksi.. so, naik lah LRT..
    • destinasi pada awalnya adalah Bukit Bintang.. sampai BB, carik tempat makan (food court) pusing2.. last.. jumpe food court yang tak berape nak selesa.. so, chow teros.. perut pon dah giler2 lapar tyme nie...
    • amek LRT sekali lagi.. pegi Times Square.. makan kat TS.. kat food court atas sekali..
    • dan di sini.. ku telah menjumpai makanan yang sangat2 ku rindui.. fettucine carbonara.. boleh lah rasenyer..tak der la sedap sangat.. tapi.. ok lah.. nak lepas rindu punye pasal..dan tak nak "ponek" (translate=kempunan dalam bahasa sarawak)
     
    -fettucine carbonara.. nyumm...nyum..-
    • ronda2 dalam Times Square carik kasut.. dan ku masok satu kedai nie.. tanye la berape harga kasut sebab kat situ dier nyer price tag dah tanggal.. boleh plak cine tue jawab macam nie "lu mesti cuba ah" dengan muke berlagak.. chooii!! ku dah panas nie..
    -eeyeewwww.. aiman.. geli ku tengok-


    • cube kasut B.U.M kaler putih saiz 9, terasa besar la plak.. tadi ku mintak saiz 8.. dier dok bahas2 ngan aku lak, aku patot amek saiz 9 nanti tak sakit kaki.. dah saiz 9 tue besar.. even dah kai stoking pon masih besar.. macam mane lah ku nak jalan laju2 nanti?? last2 ku tak amek.. padan muke ko.. berlagak sangat.. muakakakakaka (dalam aty memang ku nak kenekan ko jek pon) 


       
      -datok Saidina.. besar gedabak-

    • berpisah ngan my kazen petang tue, dier hantar kitorang kat stesen LRT bandaraya (belakang SOGO) then dier cabut balik melaka... huhuhu.. sedeyh woo.. malam tue miera tak tidur dan teros tak der mood nak g makan semua.. kazen yang membesar bersama nie.. beza 11 hari jek

    14.06.2010 (isnin)

    • trip kali nie, kitorang memulakan perjalanan sememangnyer lewat.. kalau selalu tue, before pukul 9.30 pagi dah berdessupp ilang.. kali nie, pukul 11 baru nak mulakan perjalanan...
    • hari nie, mule2 sekali..melawat Semua House.. menjenguk kedai kasut.. sebab yang miera taw, kat sini jek ade jual kasut2 wanita saiz besar.. saiz 10-11.. dan dengan bangganya miera berjaya merembat 3 pasang sandal wanita.. saiz 11 2 pasang dan 12 sepasang.. serta menunggu sepasang lagi kasut yang akan dihantar dalam mase 2 hari lagi.. sebab tyme kitorang pergi nie, tak der saiz la plak.. hohohoho
    • destinasi kitorang hari ini.. Mid Valley sahaja..
    • miera ronda satu Mid Valley tue sorang2 saja.. percaya tak?? percayalah..
     
    -promotion Toys Story 3.. miera dah tengok dah.. bessttt!!-

    • miera ronda tingkat satu sampai atas sekali.. satu tingkat tue miera ronda habis..dari hujung sampai ke hujung yang satu lagi.. nak survey kasut sebenarnyer..
    • nie lah first time miera wat begitu kat negeri orang.. merayau sendirian.. selalu nyer, tak akan jauh dari family.. yer lah kan, negeri orang, kalau tempat sendiri, kalau sesat, taw lah jalan pulang. nie kat tempat orang.. tempat besar gedabak lak tue.. 
    • then, my uncle cakap dier nak air mineral.. belikan dier air mineral.. carik dier kat bawah sekali..dan dier cakap kat belakang megamall tue ade satu lagi shopping complex.. ape eh name dier?? lupe lak.. The Garden ker haper..
    • kat cni tak berape nak best la.. sebab kedai semua ribu raban punye..tempat untuk orang2 yang kaya jek gamaknyer, disebabkan saye tak kaya, saye jem nenas jek, jadi hanya mencuci mata saja di sini.. 
    • disebabkan my uncle masih lagi tak puas aty, kitorang tak jumpe tempat makan yang dier dok cite2 tue.. maka, kitorang pon pergilah sekali lagi ke Bukit Bintang menaiki teksi.. 
    • rupe2nyer kedai makan yang dier cite kan tue, betol2 kat belakang tempat kitorang jalan semalam.. belakang stesen LRT tue jek pon.. hatddooyy.. dah name pon tempat orang, sungguh ku tak biasa.. bangunan lak tinggi2.. mane lah nak nampak..
    • masok kat Sungei Wang.. dengan bergayanya, miera merembat kasut B.U.M sejibik-sejibak kasut yang ditry semalam.. saiz pon same... muahahahahahahaha~~~~~ (gelak kejam)
     
    -taaddaaa.. kasut yang berjaya di rembat dengan hensemnyer.. B.U.M saiz 9 (lelaki) dan sandal saiz 12 (wanita). =) -


    15.06.2010(selasa)

    • pagi2, breakfast kat Capital Cafe, kalau tak silap name restoran tue.. betol2 berhadapan dengan pintu masuk SOGO.. suke bekpes kat sini.. roti bakar dier sedap..
    • ronda2 sekejap kat jalan TAR..survey shawl2 dan kain2 kjap
    • plan hari ini.. Sunway Lagoon.. naik teksi.. tyme nie tak der la jem sangat jalan.. tambang teksi RM18++
    • sampai kat Sunway Pyramid.. dah tergamam tengok pintu gerbang dier.. besar la plak kan.. ngeee~~~ nak pegi Sunway Lagoon..tak taw lak mane jalan nyer.. lalu la bertanya sana dan sini... akhirnya ketemu jua..
    • nak masok Sunway Lagoon.. sekali ku melihat harganya..oh..tidak mengapalah.. ku tak nak masok..
    • nak bagitaw ckit lah yer.. kut2 ade yang nak amek taw.. masok ke Sunway Lagoon ade 2 pilihan.. satu kite leh masok semua kawasan (all park) dan satu lagi hanya 3 kawasan (3 park) kalau untuk all park dewasa-RM100 (RM 85 untuk yang ada mykad) dan kanak2- RM 80 (RM65 untuk yang ade mykad.. *pssttt..kanak2 ade eh? mykad?? or aku yang tersalah baca?? hurrmmm) untuk 3 park lak dewasa- RM 80 (RM 65 bagi yang ade mykad) dan kanak2- RM 60 (RM45 lah kut klu ade mykad whatsover).. 
     
    -pemandangan Sunway Lagoon dari tingkap KFC-

    • disebabkan hari pon dah petang.. dan ku plak tak der mood pon nak main air..dan bajet yang agak terhad.. kang membazir lak masok.. so, miera pon bagilah peluang my aunty n my kazen jek masok.. miera ngan my uncle tunggu kat Sunway Pyramid saja..mereka berdua bergumbira di dalam sana
    •  memang syok lah kat Sunway Pyramid nie.. tempat makan semua best2.. Chicken Hartz, McD, Pizza Hut, Starbuck, Laksa Shake.. macam2 lagi lah.. dan kebanyakkan nyer tak der pon kat Kuching.. dalam banyak2 tue, KFC gak menjadi pilihan nak isi perut yang lapar..dah menkan lagu hip-hop dah..
    • oh ya.. di sini gak pestyme ku melihat orang bermain ice skating.. tapi tak taw lak berape sekali main.. anyone?? please tell me.. nak kumpul duit 20 sen sehari..  =)
    -nampak macam seronok.. ice skating-
    • disebabkan miera dah tiada apa2 nak di beli.. nak jenjalan pon terasa malas.. so, dengan berbekalkan henpon N95 yang dipinjam dari my uncle, miera pon on9 menggunakan wireless yang disediakan..  lepak dekat bangku depan kedai..online sampai lebam.. dan kebas montot duduk tak gerak2..

    16.06.2010 (rabu)
    • hari nie.. hari untuk menghabiskan sisa2 duit dengan kain dan tudung serta shawl.. weeee~~~ ai laikkk
    • tapi miera tak belikan kain tuk diri sendiri pon, belikan tuk mak jek.. mak pon dah bank in kan duit ckit..
    • lokasi?? Jackel.. rambang mata wa cakap sama lu.. kain semua hensem2 belaka+kualiti pon bagos+harga pon boleh tahan.. disebabkan kat Kuching nie agak susah nak carik kain2 yang lawa+kualiti tinggi+murah.. maka.. penuhlah tangan miera ngan beg-beg Jackel nie.. tapi.. miera tukang bawak jek.. tak beli untuk diri sendiri pon
    • then, kembali semula ke kedai kasut kat Semua House.. amek kasut tumit tinggi yang dipesan.. stock baru sampai.. c.. ingat senang ker ade kaki saiz besar camnie.. nak beli kasut pon bukan main payah.. huhuhuhu
     
    -antara kasut yang berjaya di beli.. saiz 11 n 10-

    • agenda seterusnya, beli baju kurung moden yang dah siap untuk bekalan hari muka.. kegunaan miera nanti... 
     
    -pemandangan dari bilik hotel.. miera beli baju kat kedai hujung tue... nampak tak?? =p -
    • kembali semula ke arked nak carik hand bag.. dan miera telah berjaya merembat dengan hensem nya satu lagi barang.. yang murah saje k..
    • dan malam nyer plak.. miera telah terguda dengan lukisan inai di tepi jalan.. RM 10 untuk kedua-dua belah tangan.. =)

    17.06.2010

    • yeeaaaabbbaaaaa... hari nie nak balik Kuching.. yiiihhhaaaaaaa~~
    • pagi2 lagi telah meng"complete"kan pembelian shawl2 yang cantik lagi lembut lagi murah lagi senang lagi selesa untuk di pakai..
    • kat Kuching pon ade gak jual shawl2 macam tue, harga pon lebih kurang tapi kualiti dier tak best la plak..sebab tue lebih selesa nak beli kat KL satu shawl RM7-RM8.. kalau kat Kuching, jumpe sebijik dengan kualiti yang same mesti cecah belas2.. tue pon tak dapat nak tawar dah.. mencik ku~~~
    -suke shawl nie..-

    • pukul 1 bertolak ke LCCT menggunakan teksi.. RM80 yer harganyer..
    • oh ya..disebabkan inai di tangan tue.. banyak mata yang memerhati dan menegur.. 1st sekali yang tegur, abang cashier kat kedai jual pin.. "kenaper adik lukis kat tangan tue?? tak cantik la dik.. bagi abang lah kan, pompuan nie kalau tangan dier kosong, baru cantik.." ku senyum saja.. lam aty sempat lak melawak.. macam la ku nak jd gf ko.. bweeekkk =p . tyme nak masok ke terminal kat LCCT pon kene sekali lagi ngan abang kastam (ker polis ek??) "lawa tangan dik" sambil senyum2 tenung muka aku.. seb bek senyuman mu menawan aty ku.. 
    • waaaahhh~~~~ i'm in Kuching oledi.. maaakkk~~~ ku merinduimu... =)

    dan sudah semestinya ku merindui makanan2 di KL.. ai laaaiikkkk~~~

    dan juga abang2 teksi yang comel lagi bergaya lagi menawan ketika men"drive" teksi.. grrrr..seb bek ku ngan family, klu tak, leh gak usha2.. ngeee~~ giloss.. tak der kerje agaknyer.. muakakakaaka... =p

    insyaAllah.. tak lame lagi akan ke Shah Alam plak.. untuk konvokesyen yer kawan2..

      -saje jek nak menyibuk ngan shawl love2 n sandal baru.. =p -
    -shawl nie pon ku suka.. putih+hitam n putih+kelabu on the other side.. bentuk bulat2 n lurus2 -


    -ngegeh.. hoho.. saje jek-

    ~saya tidak akan memberi sebarang harapan lagi..kerna saya takut kecewa untuk kesekian kalinya.. dan saya juga tidak akan merancang apa2 lagi.. cukuplah sekadar saya menetapkan "target" dalam hidup saya.. biar saja saya mengikut "flow" apa pun yang bakal berlaku dalam hidup saya..~

      Saturday, July 3, 2010

      ..Tribute: Selamat Hari Jadi...Bapak..

      assalamualaikum all..

      2 Julai...

      banyak mengukir kenangan yang dulunya di anggap "tiada apa-apa" kepada kenangan bermakna buat diri miera

      2 Julai 1956

      lahir lah seorang insan yang di beri nama Awang Yusuf..
      siapakah insan ini??
      ya.. dialah bapakku.. bapak yang sangat2 ku rindui...

      Selamat Hari Jadi Bapak...
      sukar kah perkataan ini dilafazkan??
      bagi ku.. terasa amat payah.. walau pun hati ku meronta ingin mengatakannya..
      dan kadang-kala.. mampu ku luahkan tapi ku tak mampu menatap matanya.. apa tah lagi memeluknya..
      walau hati ku meronta2 untuk berada dalam pelukannya.. ku tetap tidak mampu melakukannya..
      apa yang pasti.. air mataku akan bergenang tiap kali ucapan ini berjaya ku luahkan di hadapannya

      2 Julai..
      kebiasaannya.. pada tarikh ini..
      kami adik beradik dan mak akan mula merancang sesuatu..
      sesuatu yang ringkas tapi mungkin dapat mengembirakan hati bapak..
      namun.. ku pasti, keegoan lelaki jarang sekali akan mengambarkan isi hatinya..

      ketika kami semua masih bersekolah..
      mungkin ketika ini, kami masih belum mampu memberi nya hadiah..
      hanya menanti untuk di bawa makan di luar oleh "birthday-boy"

      dan ketika kami menginjak dewasa..
      sudah mampu berfikir dan merancang dengan sendiri..
      pelbagai agenda di rancang..
      walau kadang kala tidak menjadi..
      tidak mengapa.. asalkan kami nampak sebuah senyuman terukir di bibirnya..
      sudah memadai buat kami..

      masih terasa..
      seperti baru semalam kami meraikan hari jadinya..
      kami kelam kabut di dapur..
      memasak beramai2 buatnya.. mungkin hanya yang simple..
      tapi hanya itu yang mampu kami lakukan..

      tapi.. semua itu hanya tinggal kenangan..
      tiada lagi yang diraikan pada tarikh ini..
      Allah lebih sayangkan nya..

      mungkin andai bapak di panjangkan umur..
      pasti sekarang kami sedang bergembira menjamu selera..
      dan keesokan harinya..
      dia akan bercerita dengan bangga kepada rakan2nya..
      anak2 nya mengumpul duit untuk meraikannya..
      bangga kerana anak2 nya sudah bekerjaya..
      dan bangga kerana anak2 nya membeli kan hadiah buatnya..

      namun..
      siapalah kita manusia biasa untuk melawan takdir Allah...

       
      -ketika dalam perjalanan ke Jeddah dalam kapal terbang-

      masih bermain2 di fikiran miera.. tiap2 memori indah yang berlaku pada tarikh ini..

      ketika hari jadi nya yang ke 49.. kami buat-buat tidak tahu.. lalu bapak merajuk.. bapak huurkan duit 50 ringgit kepada miera dan abang miera yang sulung.. mintak di belikan Pizza Ria.. dan dia mintak dikembalikan kepadanya seringgit.. kerana katanya.. simbolik untuk hari jadi nya ke 49.. miera tergelak sendiri.. muke dier sedih sangat waktu tue.. kesian dier.. jahat sungguh anak2 nya.. tapi..sebenarnya.. kami sudah ada agenda tersendiri.. kek sudah tersedia dan juga hadiah buatnya..

      dan itulah yang akan kami lakukan setiap tahun.. membuat "collection" adik beradik dan akan di support oleh mak..cukuplah sekadar membelikan sebiji kek atau membeli sedikit makanan mewah.. pasti beliau gembira.. namun, sudah tentulah masih tidak dapat membalas jasanya membesar dan mendidik kami..

      memori sewaktu hari jadinya yang pasti miera takkan lupakan sampai bila2..
      kebetulan ketika hari jadinya hampir tiba, rezeki bapak murah.. mendapat bonus.. dan dia telah membelanja seluruh keluarga kami makan di Chicken Hartz buffet... 120++ orang.. dan kesemuanya terpinga-pinga tidak tahu tujuan majlis itu diadakan.. dan bapak sendiri tak nak kitorang kecoh2 cakap itu adalah hari jadinya..

      di hari jadinya itu jugak lah kami telah merancang sesuatu yang miera anggap "berani mati".. nak taw ape?? mule2nyer kitorang plan nak bagi hadiah berus jamban ikat ngan riben ckit..tapi.. waktu nak beli tue.. takut la plak.. kang tak pasal2 sorang2 bapak ku ketuk ngan berus jamban.. last2 belikan jek 3 buku sabun n pack berus gigi+ ubat gigi... letak dalam kotak dari mane ntah ku dapat.. kotak recycle rasenyer.. letak riben satu.. =p

      memang tyme dier dapat hadiah tue.. tyme dier bukak hadiah.. muke dier shock gler2.. hehehe.. nakal kan kitorang?? dah dier terkejut tue, barulah bagi hadiah yang betul.. Wallet.. dan satu kad hari jadi besar gedabak.. suke sangat dier dapat wallet.. sebab dier pon memang nak beli wallet waktu tue.. dan miera nampak.. sampai sekarang masih ade kotak dan beg letak hadiah tue tersimpan dalam bilik dier.. sayang kut dier nak buang..

      last year.. tyme hari jadi dier.. kitorang celebrate kat rumah jek.. belikan kek dan makanan ckit2..
      then.. hujung minggu tue.. dier bawak kitorang semua g bercuti di Santubong resort.. kitorang adik beradik + family adik beradik dier.. sewa 2 bilik besar.. ramai gak lah kitorang pergi.. bilik kitorang ade 9 orang.. bilik satu lagi.. lagi ramai kut...tyme siang tak yah cite lah.. family2 yang tak dapat bermalam semua datang jenguk dan melepak sekejap ngan kitorang..

       
      -kek hari jadi bapak tahun lepas-


      happy sangat2 waktu tue.. yerlah.. sebab berkumpul ramai2.. main tepi pantai.. main dalam swimming pool.. malam lak makan ramai2.. memang havoc lah.. gelak2.. gurau2..

      tapi... tak siape taw.. itulah kali terakhir kami meraikan hari jadi bapak... tiada lagi sekarang...

      miera selalu tulis kat status FB.. "appreciate ur parents"

      u know y?? sebab miera tak nak ada yang akan menyesal macam miera.. miera tak rapat dengan bapak.. dan kadang2 miera selalu tak puas aty dengan ape yang dier buat.. miera selalu gak lah tak dengar cakap dier dan selalu buat2 tak dengar ape yang dier suruh.. sampai dier mengamuk..

      kadang2.. miera akan jawab dier dengan kasar.. dan miera taw dier banyak kecik aty ngan miera.. [link] (dalam link ini menunjukkan betapa miera terlalu kurang ajar dengan arwah... bukan untuk menunjuk miera kuat.. tapi nilai lah sendiri betapa miera tidak menghargainya satu masa dulu)

      tapi.. alhamdulillah.. miera sempat mintak maaf ngan dier sebelum dier pergi haji.. dan miera sempat mencurahkan bakti menjaga dier ketika dier sakit..[link 1] [link 2]

       
      -berihram-

      but, still.. miera rase masih terlalu banyak dosa miera ngan dier.. dan sebenarnya.. banyak peluang untuk miera berbakti dengan dier miera sia-siakan.. sepatutnya miera menunjukkan kasih sayang kat bapak sewaktu hayatnya.. tapi miera pilih untuk tidak melakukannya.. dan sekarang miera sangat2 menyesal...

      setelah bapak pergi.. baru la miera sedar kekilafan diri.. baru lah miera terbangun dari lena yang panjang.. miera teringat sewaktu kecik2 dulu.. siapa yang akan memimpin tangan miera ketika berjalan.. siapa yang akan berjaga di tengah2 malam ketika miera demam atau sakit.. siapa yang akan memujuk miera ketika miera nangis.. siapa akan bawak miera ke klinik kalau miera sakit...siapa yang akan dodoikan miera.. dan siapa yang bersusah payah hantar miera ke sekolah.. siapa yang bersusah payah untuk berulang alik demi memastikan kesemua kami keluar bersama.. sebab waktu tue gune kete kecik jek.. adik beradik lak ramai.. dan siapa yang miera bonceng untuk bersiar2..

      dan baru lah miera mula mencari.. bantal dan tempat landing paling miera suka tyme kecik2.. tak der yang lain.. di peha dan ribaan bapak... kalau dapat tempat nie.. memang confirm terus tidur dengan lena sampai ke pagi.. dan tempat ini lah yang kitorang adik beradik akan rebutkan..

      tapi semuanya telah terlambat...

      mungkin apabila kita sudah mula menginjak dewasa.. kita mulai lupa kenangan kita sewaktu kecik..dan kita semakin lupa siapakah sebenarnya yang membesarkan kita.. dan tangan yang manakah membelai kita.. mungkin ketika dewasa ini.. kita hanya memikirkan siapa yang bersama kita ketika itu sahaja..  kekasih, rakan dan orang luar.. teman2 yang biasa bersama kita ketika melepak.. itulah yang lebih kita utamakan... apabila kita dewasa..

      buat pembaca blog ini.. andai anda masih mempunyai ibu dan bapa.. sayangilah mereka.. hubungilah mereka sekarang.. mungkin mereka sedang mengingati hari2 mula nya anda mengenal dunia.. mungkin mereka sedang merindui kemanjaan anda.. dan mungkin mereka sedang dahagakan perhatian anda..

      dan...tunjukkanlah kasih sayang anda kepada ibu bapa anda.. walau setinggi mana pangkat anda.. ibu bapa tetap permulaan anda...

      untuk sahabat2 ku.. kerana aku tidak mahu penyesalan ku ini berulang kembalilah.. aku memilih untuk tidak mahu berjauhan dari mak ku.. bukan kerana anak manja.. kerana aku tidak mahu mensia2kan masa untuk bersamanya.. dan keadaan kita berbeza wahai rakan2.. mak ku masih perlukan aku dan adik beradikku yang lain di sisinya sekarang.. dan seperti diri ini jua.. sudah pasti makku merasa kehilangan bapak dengan lebih kuat...

      marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-dua orang tua kita.. mohon agar hidup mereka disejahterakan dan bermohon agar mereka tenang di sana dan ditempatkan di sisi orang2 yang beriman bagi yang telah menghadap ilahi... mudah-mudahan...



      -AL-FATIHAH BUAT HAJI AWANG YUSUF BIN AWANG AHMAD... -

        -gambar terakhir arwah bapak ketika hayatnya.. di ambil sehari sebelum kembalinya beliau ke rahmatullah-

      ya Allah ya Tuhanku.. tempat kan lah rohnya bersama orang-orang yang solleh di syurgamu Ya Allah.. ampunilah dosa-dosanya sewaktu hidupnya Ya Allah...

      tribute to bapak- [link]

      Thursday, July 1, 2010

      ..mencik..

      saya telah menaip satu entry dan upload banyak gambar dari pukul 12 tadi..

      dan hanya disebabkan oleh perkataan "blink" entri tersebut menjadi kucar kacir dan saya perlu melakukan kesemuanya dari awal...

      argghhh... bengang!!!!! menccciiikkkkkkkkkk!!!!!

      en3 paling pendek penah ku buat...

      benganggggggggggggggggggggggggggggg

      ..Doa untuk mencari pasangan..