Wednesday, February 6, 2013

..Jalan-jalan: Damai Central, Kuching..


assalamualaikum all..


warning: Entry ini mengandungi banyak gambar..

dah 2 minggu nak update tak update2.. baru sekarang ada mood nak tulis entry..


2 minggu lepas, kitorang satu family g jenjalan kat Damai Central, Santubong,Kuching, Sarawak.. walaupun mekorang tok nang urang Kuching.. baruk jak menjejak kaki di Damai Central tok minggu lepas.. hahaha

tempat ni sebenarnya dah bukak last year kalau tak silap.. bagi sape2 yang pernah berkunjung ke Kuching, saya sangat sure 9/10 mesti pernah pergi Kampung Budaya Sarawak kan? (to be honest..aku dirik mpun sik pernah masok Kampung Budaya.. hahaha). Damai Central ni terletak betul2 kan depan pintu masuk Kampung Budaya.


Apa yang ada di sini? Damai Central ni terletak betul-betul di tepi pantai dan di kaki gunung Santubong. Sebelum wujud nyer Damai Central ni, kalau nak mandi laut or main tepi pantai, kene masuk melalui Hotel Damai Beach, Damai Puri Resort, Santubong Hotel (kini di dikenali sebagai One Hotel ) atau Camp Permai. kalau dulu, if tak menginap kat salah satu hotel tu, x boleh pergi pantai. then di longgarkan pulak, kalau nak pergi pantai jek, masok kene bayar beberapa ringgit n pihak hotel bagi sedikit makanan ringan dan air. so, sekarang ni, boleh la main-main kat tepi pantai tu melalui Damai Central.

family kitorang b4 nie if holiday kat hotel2 kat atas tu, akan membawa bekalan makanan dari rumah or akan beli kat kampung berdekatan (kampung buntal or kampung santubong). memandangkan kawasan ni area tepi pantai, maka banyak jugaklah kedai makanan laut.  nak makan kat hotel kan mahal. if sorang 2 oklah lagi kan.. nie dah sampai 9 orang, memang tak lah nak makan kat hotel (kitorang tak kaya, x mampu nak order mee goreng sepinggan rm11.00). sewa bilik pun dah boleh tahan mahal..

-5 buah meja sambung.. baruk adik beradik, family adik-adik mak n family mertua abg ku-

tapi, sekarang ni, dont worry much about the food.. dekat Damai Central ni ada food court yang terdiri dari 10 buah gerai dan beberapa cafe kecik..oh, ada satu lagi seafood  bistro kat sini. hari tu kitorang makan kat food court, dari foodwise and price sangat berbaloi. agak sedikit mahal dari kedai makan kat kuching dalam perbezaan harga 50sen ker seringgit. tapi sangat berbaloi sebab sedap.. makan pulak di tiup dengan angin sepoi-sepoi bahasa dari laut.. ney sik hanyut makan..

-restoran makanan laut-

tak nak makan berat? dont worry, terdapat gak mini cafe (benar nak ka cafe..sukati ku mantey). yang jual pastry n beberapa jenis cake. malas nak jalan kaki? kat sini disediakan basikal untuk di sewa. kawasan damai central ni takde la besar sangat.. tapi sekali sekala nak berbasikal tak salah pun.

 

nak feeling ala-ala omputih? berpayung besar di tepi pantai.. beach umbrella pun ada untuk disewa.. anak-anak tak bawak pelampung untuk berenag? turut ada di jual di sini. tak cukup baju? baju pun ade kat sini..

-seberang tu 7E-
7 Eleven pun ada bukak kat Damai Central. rasanya ini 7E paling besar kat Kuching kot.. macam-macam ada jual.. 24 hours bukak. souvenir Sarawak pun ada gak. kat Sarawak ni agak terkenal jugak dengan lukisan tatoo di badan (warning: orang Islam haram bertattoo). ada salah sebuah kedai kat Damai Central ni menawarkan khidmat mencacah tatoo.. tak sure pulak dier gune yang elektrik macam rancangan LA Ink tu or guna cara tradisional which is jarum di ketuk2 kat kulit.. tapi tengok macam cantik jek design dorang. tattoo ini boleh dikatakan adat or budaya orang iban di Sarawak. kalau dalam bahasa Sarawak, tattoo ini disebut berpantak.. sebut betol2 yer kawan-kawan..

-atas tu escobar (yang ada macam langsir tu)-


info tambahan: memandangkan saya tak tau apa perbezaan pub dan bar. jadi, nak bagitaw kat sini ada bar yang bernama escobar. bagi yang nak berhibur,boleh la ke escobar ni.. terletak betol2 kat tepi pantai.. mesti feeling ala2 dalam cita omputeh.. dok lepak2 sambil di tiup air.. tiba2 ada beach party.. fuyooo.. (amaran: untuk orang Islam, sendiri mau ingat lah yer)

kemudahan lain yang disediakan disini ialah.. ada tempat spa, ada tandas untuk tukar baju lepas mandi laut, ada surau, ada mini stage, ada padang untuk aktiviti, parking space yang boleh tahan besar.. kat sini pon pengunjung boleh buat bbq sebab disediakan bbq station. tapak untuk perkhemahan pon ada.. senang cita.. macam-macam ada lah..




time kitorang pergi hari tu.. memang susah gler nak jumpa local.. kebanyakan pengunjung dari semenanjung dan pelancong luar.. so, urang kuching, lan lah kita raon2 ke sitok..

bersebelahan Damai Central ni terletak nya Damai Beach Resort. kalau ikut jalan pantai memang boleh masuk ke Damai Central, tapi dari Damai Central kalau nasib baik boleh la masuk ke Damai mandi swimming pool.. hehehe.. tu pon kalau xder sape2 jaga gate kecik tu la..

untuk lebih lanjut, boleh la refer kat web Damai Central ni or FB Damai Central

gambar-gambar yang sempat di snap.. sila abaikan karenah family saya.. hahaha


 



   










 

special page promotion.. =p :

-cake pakey urang bday bulan Januari, di tempah dari D.O.H Mawaddah.. berbaloi beli.. ada 10 berlainan flavour antaranya oreo cheese, red velvet, almond nutella, choclate indulgence, tiramisu, yogurt, green tea-

last but not least...

-peace!!-

No comments:

Post a Comment

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..