Wednesday, April 10, 2013

..ingin mencuba nasib..

assalamualaikum semua..

lama betol x update blog.. bukan apa sangat bz ngan study.. di tambah pulak dengan keadaan internet di kampus yang super sensitif.. nak bukak web pun susah.. semua akan keluar pop-up agreement.. kat rumah pulak line streamyx yang ikut angin jugak la. kalau dia nak ok, dia ok.. kalau tak.. kejap ada kejap takda.. huhu

ok, berbalik kepada tajuk asal.. saya sebenarnya sangat-sangat ingin mencuba nasib dalam bidang perniagaan online ni.. setakat ni dah survey2 supplier yang sudi menerima dropship.


kenapa dropship? sebab sebagai seorang pelajar, sememangnya modal itu satu perkara yang amat sukar untuk di cari.. lepas tu kekangan masa.. di tambah lagi dengan saya yang tak da lesen memandu ini, jadi sangat-sangat lah sukar untuk menjadi agent bagi sesuatu produk.

perbezaan agent dan dropship. agent ni biasanya akan membeli barang dengan harga yang murah secara pukal/borong. kemudian barang tersebut akan dihantar terus kepada agent dan agent akan melakukan semua proses sendiri.. packaging, posting semua laa..

dropship ini kita hanya perlu mempromosi kan barang, menjual barang tersebut dan mengambil sedikit komisen dari hasil jualan. selebihnya dilakukan oleh supplier. so, x yah pening2 dengan modal, tempat nak simpan barang, nak buat postage dan sebagainya.. cuma perlu rajin sahaja.. (masalah utama tu)

diharap semua orang dapat mendoakan semoga usaha saya dalam mencari side income ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki saya..

dengan lafaz bismillahirahmanirahim.. saya memulakan langkah pertama dalam penubuhan THE 254 E-SHOP.. *buruk btol nama.. xder idea yang kreatif untuk nama* doakan saya yer kawan2.. mudah-mudahan ditetapkan keimanan dalam menceburi online business ini.. terima kasih.. ^_^

1 comment:

  1. Terima kasih atas penerangan and selamat maju jaya dlm bisnes hehehehe :)

    ReplyDelete

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..