Wednesday, January 30, 2013

..Setia Hujung Nyawa..

assalamualaikum..

sekarang nie memang tengah hangat diperkatakan pasal drama yang sedang ditayangkan di TV3.. pukul 7-8 malam. Sebuah drama adaptasi dari novel hasil nukilan Fatin Nabila bertajuk Setia Hujung Nyawa..

drama ni dah masuk minggu terakhir sekarang ni. minggu depan habis la.. macam biasa, bila sesebuah novel dah dijadikan drama/movie.. mesti permintaan untuk novel tersebut macam banana cheesse.. kalau dulu orang tak pandang langsung pun novel tu kat kedai.. sekarang sanggup google carik on9 seller n redah bookstore semata-mata nak beli buku.. Alhamdulillah.. rezeki penulis buku.. sekaligus menarik minat rakyat Malaysia untuk membaca.. =)



ok.. sedikit sinopsis cerita ini (based on Novel yer.. not drama) lebih kurang..

buku ini mengisahkan mengenai seorang lelaki bernama zain, yang sepatutnya berkahwin dengan tunang nya, (x ingat nama).. tapi, disebabkan beberapa hasutan dan x tahan konflik, tunang Zain ni melarikan diri ketika majlis kahwin semakin hampir. so, mak Zain ni pon mencari la penganti sebab tak nak malu. one day, dier berjumpa dengan kawan dier yang ada anak dara yang super cun.. bernama Ersalina.. first time tengok El ni dier terus jatuh hati dan mintak tolong kat mak El untuk selamatkan maruah dia dengan mengahwinkan El ngan Zain.

Mak El pun bersetuju la jugak sebab waktu tu cuma dia jek yang tahu si El nie dah termengandung.. dan bermula lah kisah El ngan Zain ni.. El waktu tu budak2 lagi.. so, paham2 jek la ngan perangai budak2 dia tapi still mencuba untuk menjadi isteri yang baik buat Zain.. dorang tak pernah 'bersama' sebab Zain mula2 agak tak suka dengan El.. dan lama2 dia makin sayang pulak ngan El..

tup..tup.. El keguguran.. dan di sini lah bermula konflik dalam rumah tangga dorang.. dah elok2 nak OK.. tiba2 lak muncul keadaan macam ni.. memang la Zain bengang n taw tu bukan anak dia, dorang kan tak pernah 'bersama'..

untuk yang lebih lanjut.. dipersilakan lah untuk mendapatkan novel ini di pasaran..

sedikit pendapat mengenai buku ni.. hurrmm.. sebenarnya, saya x baca betol2 pon novel ni.. lompat2 jek baca.. maybe sebab ayat-ayat yang kurang mengasyikkan or mungkin jalan cerita ni dah terlalu banyak dalam novel melayu kot.. tapi, masih berbaloi untuk di miliki.. ^_^

ok.. berbalik kepada drama Setia Hujung Nyawa lakonan mantooppp Nelydia Senrose (pernah belakon dalam Spa-Q) sebagai Ersalina a.k.a El, Amar Syraf sebagai Zain Hakimi (gadis-gadis, please take note: Amar Asyraf dah berTUNANG.. dan bakal berkahwin tahun ini.. *terjun bangunan*) serta kemunculan kembali pelakon-pelakon lama seperti Raja Ema sebagai ibu El dan errmmm.. x ingat plak dah nama bapak El tu sape.. tapi sangat feymes satu ketika dahulu..


setakat ni memang drama ini mendapat sambutan hangat sampaikan malam tadi (29.1.13) "Zain" menjadi trending di Twitter.. heee..

pada pendapat saya, drama terbitan Suhan Movie (dibaca:Rosyam Nor) ini nampak nya telah di olah untuk memberi kelainan berbanding novel.. yerlah kan, kalau sama, baik baca novel jek. kalau dalam novel, watak Ikram (lelaki yang mengandungkan El) hilang begitu sahaja lepas dia tinggalkan El.. tapi dalam drama makin menjadi-jadi plak perangai Ikram ni.. bikin emosi jek.. watak Hadi pon kalau dalam novel dier just macam2 tu, tapi dalam drama melebih2 plak.. tak salah kalau kita emosi tengok drama, itu maksudnya lakonan dorang berjaya..

mula-mula drama ni dulu agak kurang la sikit lakonan dorang  ni.. jalan cerita pun macam kalut semacam.. sekejap macam tu, sekejap macam ni.. tapi lately makin bagus la plak.. mungkin dorang dah sedar kot drama ni ramai pengikut.

apa-apa pun.. terasa macam sedikit tidak logik dalam drama Setia Hujung Nyawa ni.. tak tau la maybe saya sorang jek merasa macam tu or memang tak logik.. Ikram 'mengandungkan' El.. lepas tu dier blah macam tu jek.. then bila El dah kahwin ngan Zain, lepas El keguguran.. Ikram datang.. dengan muka tak bersalah.. dengan slumber masih nak kawan ngan El tanpa rasa kesal.. dan El plak boleh terima dia macam tu jek?? tak der pon El marah2.. benci apa tah lagi.. mungkin la sebab dorang kan first love.. tapi boleh ker orang yang dah dirosakkan hidup nya terima pelaku macam tu jek.. dengan slumber jadi kawan baik balik?? kalau ada, saya SALUTE!!

oh ya.. lagu-lagu dalam drama ni pon best gak... lagu dari last minit.. n lagu fiq (main waktu last skali).. pastu sure la lagu pembukaan.. lagu Najwa Latif.. layan gak tu..

akhir kata.. bagi yang dah terlepas drama ini.. boleh layan kat Tonton.my or boleh download kat Sini!

lets layan the song~~







credit pict n download: encik gugel + pereka cerita.. 


1 comment:

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..