Tuesday, June 28, 2011

..Al-Fatihah.. kehilangan ke-2 dalam masa sebulan..

assalamualaikum all..

24.6.2011 yang lalu, sekali lagi keluarga kami menerima berita yang amat menyedihkan..

kami kehilangan seorang lagi orang yang kami kasihi..yang kami sayangi.. pada pukul lebih kurang 8.30 malam, nenek saudara miera (adik kepada nenek belah mak), Nenda Hajah Rabiah Binti Buji atau panggilan kitorang kat dier Nek On telah pergi menyambut panggilan Ilahi..

beliau meninggal akibat jantung gagal mengepam darah dengan baik. beliau menghidap penyakit buah pinggang dan perlu berdialisis 2hari sekali. dan seperti post miera yang dahulu, kitorang baru jek kehilangan uncle miera yang di kasihi pada 31.5.2011..

beberapa hari selepas pemergian uncle miera, Nek On telah dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan kecil membuang sel mati di kakinya. dan selepas itu doktor telah memberitahu bahawa badan arwah tidak mampu menghasilkan sel baru dan kami diberikan 2 pilihan. sama ada untuk memotong kaki tersebut atau pergi ke Kuala Lumpur untuk melakukan proses menghasilkan sel baru secara "klon" sel.

selepas itu, keadaan arwah menjadi tidak stabil. kadang-kadang disebabkan gula dalam darah yang rendah dan juga tekanan darah yang rendah. 2 minngu lepas arwah telah dimasukkan ke ICU untuk memudahkan pihak hospital "monitor" dan amek duit lebih. beberapa kali gak lah arwah diletakkan dalam "code blue" iaitu code untuk pesakit yang memerlukan perhatian dari semua department hospital.

sehari sebelum arwah meninggal, beliau telah menjalani pembedahan kaki kerana pihak hospital mendapati kaki tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. dan mengatakan mungkin keadaan nya bertambah baik sekiranya pembedahan tersebut dijalankan.

apa-apa pun, Allahyarhamah telah pergi dengan tenang setelah bertarung nyawa beberapa minggu.. namun, sedikit ketidakpuasan hati miera apabila pihak pusat perubatan tersebut seolahh-olah "tarik tali" dengan keluarga apabial tidak memberi penerangan yang menyeluruh ketika memberi rawatan.

sama-samalah kita mendoakan semoga roh Allahyarhamah Rabiah binti Buji dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. dan berdoa semoga setiap amalannya diterima Allah dan dosanya diampunkan. amiin..


doakan juga ketabahan kami sekeluarga menghadapi ujian dari Allah.. kehilangan buat kali ke 2 dalam masa kurang sebulan bukanlah satu yang mudah. ditambah pula kami merasa kehilangan setiap 2 tahun. menjadikan rasa rindu terhadap mereka yang telah pergi menjadi terlalu kuat. semoga Allah menetapkan keimanan kami sekeluarga..

-gambar kenangan bersama Allahyarhamah ketika Hari Raya Korban yang lalu-

semoga Allah merahmati setiap insan yang berada di sisi kami tika dalam suka mahupun duka. jutaan terima kasih juga diucapkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang tak jemu memberikan semangat kepada kami untuk terus tabah menempuh hidup yang penuh dugaan ini..

Friday, June 10, 2011

..Kegilaan Terbaru IT Girl..

assalamualaikum~~

seperti yang sedia maklum, miera baru saja kehilangan seorang uncle yang amat rapat dengan miera.. yang jaga miera dari kecik.. Al-fatihah buat arwah..

bukan nak bercerita pasal arwah.. tapi berkaitan gak dengan anak arwah yang baru berusia 10 tahun. satu-satunya anak arwah.. kitorang duduk serumah (rumah semi-d yang dibuat laluan di hadapan dan belakang rumah). so, amat terasa la kehilangan arwah..

kitorang sedaya upaya tak nak anak arwah, Alyaa nie berasa sedih dengan kehilangan bapak dier. Alyaa nie pendiam sangat, kitorang risau kalau-kalau dier terlalu memendam rasa.. kang parah jadinya. sampai sekarang cam sayu jek tengok muka Alyaa.. syahdu.. bersabar jek muka dier..

disebabkan tak nak dier berasa sedih sangat, kitorang pon bagi lah Alyaa main laptop dan game dalam Facebook.. macam biasa lah kan.. game dalam Facebook memang memerlukan kawan yang banyak untuk unlock segala jenis barang dalam game tersebut..

dan sekarang nie.. hampir semua kitorang dah terjebak dengan permainan IT GIRL.. 

dah name pon GIRL.. so.. permainan dier betol-betol gurrlllyy okeh.. kene pakai kan dier santek-santek, belikan baju, skirt, bikini, handbag, aksesoru wanita, kasut dan macam-macam lagi..pastu.. dah pakai lawa-lawa..kene bawak g party lak.. pilih jek nak pergi party yang macam mana.. then, dah kat party atau kat street tue, akan jumpa dengan aweksss-aweekkss yang lain.. hah.. mule la nak tunjuk-tunjuk sape lagi hebat.. sapa menang, akan dapat hadiah dan jadi fame..

then..kene plak carik boyfriend.. boypren dier nie nanti akan bagi banyak barang..

yang lain-lain.. akan di update nanti.. sebab baru nak explore.. hohoho..







jadi.. jom ramai-ramai main game nie.. syokk jugak.. =p

Sunday, June 5, 2011

..Buat insan yang comel..

assalamualaikum..

2 3 hari nie kebanyakan blog akan ada gambar seekor burung yang sangat comel menggunakan "crown".


apakah yang sebenarnya terjadi??

ini adalah sebuah peraduan "Are You The Cutest Thing?"

cara penyertaan sangat mudah iaitu hanya dengan menghantar gambar tercomel yang pernah anda ambil..

hadiah?? Crown, limited edition churp churp plush toy dan 2gb limited edition pen-drive.. limited tue.. ingat senang ker nak dapat pen drive yang chumel tue..

berminat??  KLIK SINI

so, jangan lupa okeh join contest nie.. kerana saya percaya readers saya banyak yang chumeeell... =)

Friday, June 3, 2011

..Perginya Insan yang ku Kasihi..

Assalamualaikum..
Pada hari selasa lalu, 31 Mei 2011 pada pukul 9++ malam, telah pergi seorang insan yang amat ku kasihi dan sayangi iaitu bapa saudara ku, Zainudin Haji Suhaili.

Pemergiannya bukanlah permergian biasa tapi pergi nya seorang insan menemui Penciptanya. Perginya seorang insan hanya membawa bekalan amal ibadat ke alam yang kekal abadi..

Arwah merupakan seorang yang teramat baik kepada semua anak saudaranya, lebih2 lagi miera. Tak akan dapat sorang pon marah miera, arwah akan mengamuk. Miera terlalu rapat dengan arwah. Jauh lebih rapat antara miera dengan arwah bapa sendiri.

Dari kecik sampai besar, kalau miera demam, nak makan apa2 pun, nak pegi mana, even nak mintak duit. Miera tak akan pegi kat orang lain, arwah lah tempat miera meluahkan segala-galanya.

Kitorang panggil dier Alem, tue bukan name btol dier, tapi kitaorang anak2 saudara dier jek yang panggil dier macam tue. Setiap kawan kitorang jugak adalah kawan arwah. Tak pernah dier nak berkira dengan kawan2 kitorang.

Arwah pergi meningalkan seorang balu dan seorang anak yang berusia 10 tahun. Anak inilah yang membuatkan hati kami hancur tatkala melihat wajah tenang nya. Mungkin dia belum mengerti atau mungkin dia sedang memendam rasa.
Ya Allah.. Sungguh besar dugaan kau berikan buat kami sekeluarga. Sudah 6 tahun, kami kehilangan 5 orang barisan hadapan keluarga ini. Namun bagi diri ini, pemergian arwah terlalu memberi kesan. Hanya pada arwah kami berharap dan kini dia telah kembali kepada Allah..
Tiada apa yang mampu kami lakukan, hanya berdoa agar Allah mengampuni segala dosanya, menerima setiap amal ibadat nya dan menempatkan nya d syurga bersama para sahabat dan para solihin. Amiin..
Di sini jugak, saya ingin memohon seribu kemaafan bagi pihak arwah andai arwah pernah menyakiti hati sesiapa yang mengenali arwah. Halalkan segala makan minum arwah..
Al-fatihah
*arwah pergi dengan senang dan tenang, pemergiannya secara tiba-tiba amat menyedihkan kami..doakan ketabahan kami sekeluarga.. *
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

..Doa untuk mencari pasangan..