Tuesday, April 26, 2011

..Al-kisah handphone yang mengarut..

Assalamualaikum all..
Entry kali nie nak cerita tentang my new phone, Sony Ericsson Elm J102i.
Actually, tak der niat pon nak beli phone se nie. Memang aim nokia jek. Memandangkan handphone lama, nokia 3110 classic miera mula menunjukkan masalah, so I need new phone.
Nokia 3110 classic tue miera dah gune 4 tahun. Dah banyak kali jatuh dari tempat tinggi, dah banyak kali masuk air dan dah banyak kali kene baling. Tapi tetap maintain. Cume sekarang nie camera dah tak leh guna n button on off dah tercabut. So, for sure la memerlukan handphone baru.
Memandangkan sekarang nie dah hujung sem, memang sah2 lah duit pon dah tadak. Tinggal seratus dua jek. Nasib baik ade abang2 dan mak yang sudi untuk top up duit beli hanset baru. Memandangkan sangat2 memerlukan.
Dah sampai kat kedai,survey2 telefon nokia. Abang miera yang kedua, abg weng sudi meminjam kan wang dulu kat miera, dier cakap bajet dalam 400 lebih jek.
Disebabkan duit abang, so miera bagi dier survey. Dier nak hanset yang ada wifi. Kalau nokia, bajet 400 dapat yang biasa2 jek, camera 3.2mp, tak der 3g n xder wifi. Kalau ade wifi pon, mesti kamera xbest.
Then, salesgirl tue tunjukkan handset se elm j102i. 5mp, 3g, wifi. Dengan harga RM400. Mule2 tue macam tak nak lah, sebab tamo s.e. Tak biasa gune s.e. Tapi bcoz of abang dah macam tak der mood, on saja lah.
Not bad gak lah, complete function dengan harga yang berbaloi. Hanset+4gb memory card+casing+screen protector= RM475.
Bagi miera keistimewaan hanset nie ialah dier nyer design, bukan qwerty keyboard, candy bar, keypad pon senang nak tekan, ade torch light, camera auto focus, leh amek video tyme malam, leh on9 gune wifi, leh automatic send picture kat blog dan yang lain2. Hehehe
Terdapat gak yang tak best tentang handphone nie. Yang paling2 miera tak suke, tak der secondary camera kat depan untuk 3g, tak leh nak zoom tyme amek gambar n tak leh nak edit gambar (henset nie tak dlengkapi photodj).
Yang lain2 tue, miera sedang berusaha kuat untuk membiasakan diri menggunakan hanset s.e.
Oh.. Dah terpanjang lak merapu. Hehehe...
Sampai kta bjumpa lagi nanti.. :-D
P/s: pict my nokia 3110c
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Fw: ..cobaan text..

Sent using a Sony Ericsson mobile phone


Assalamualaikum all..

Sorry coz banyak post entry beberapa hari nie. Tue pon gambar tak der ape2 tulisan, itu semua dah termasuk ini adalah cubaan berblog menggunakan handset.

Miera baru seminggu menggunakan handset sony ericsson elm j102i.

Setakat nie ape yg boleh d perkatakan ialah ok2. But I miss my nokia so much. Walaupon still pakai nokia untuk 2nd phone. Tetap gak rase rindu nak bercomunicate gne nokia.

Ini first tyme miera gune handset selain nokia. Ape2 pon tgok lah yer pict yg dambil mgunakan hanset nie, 5 mp.

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Monday, April 25, 2011

Monday, April 11, 2011

..Tentatif Program Minggu Ini..

assalamualaikum all...

hari nie meh la kite tengok program-program yang menarik bakal berlangsung sepanjang minggu ini dalam kehidupan miera...

Isnin (11.4.2011) - 11.00am = Presentation Psice (done!!)
                            -7.30 pm = Test 2 EBX

Selasa (15.4.2011) - 11.00 am = Test 2 Instrument

Rabu (16.4.2011) - 10.00 am = Quiz Analog

Khamis (17.4.2011) -2.30 pm = Test 2 Digital

Jumaat (18.4.2011) -8.00am = Test 2 Analog

Jumaat (18.4.2011) - last date of submission - 2 Assignment Analog
                                                                     - Assignment 3 Digital
                                                                     - All the Lab Report (aku berhutang 16 lab report.. gik asa)
                                                                   - Projek Application of Analog and Digital (Hardware n Report)

nice kan??
orang Sarawak semua dok sibuk dengan pilihan raya.. dan kitorang sebagai student bz dengan macam-macam kerja.. *sabor jek lah*

oh.. jom cite ckit suasana pilihan raya di sekitar kawasan Kuching..

setakat malam tadi, perang poster di lhat banyak berlaku di kawasan kampung-kampung di bandar Kuching iaitu di bawah kawasan Satok..

kat tempat-tempat lain nampak macam biasa2 jek.. ceramah sana dan sini.. menteri-menteri melawat kawasan pon sana dan sini.. so, nampak macam semua tengah bz...

susah nak diramalkan keputusan pilihan raya kali ini.. cewaaahh... *upsss... AUKU..AUKU...* tak leh nak komen lebeh2..

apa2 pon.. di harap rakyat Sarawak bijak memilih.. jangan terlalu termakan kata-kata orang luar.. sebab kelak sidak akan balit ke tempat asal cdak.. mun kita ada masalah.. ney lah sidak nya tauk oh.. biasalah.. tyme pilihan raya.. semua nya manis-manis belaka.. *lumrah alam*



p/s: saya tak berapa nak sihat beberapa bulan ini.. gigi masih sakit-sakit lagi.. then sekarang macam ada ulser dalam mulut.. but i dont think that is ulser.. kalau ulser putih kan?? nie dier kaler kuning2... hurrrmmm... risau2..

Tuesday, April 5, 2011

..Lintas Langsung dari TR1..

assalamualaikum all..

just nak wat lintas langsung...

sebentar lagi saya akan present my webpage... entah hape2 jek web..

wish me luck keyh!!

http://ek-tech-login.zxq.net/INTRODUCTION.html

Thursday, March 3, 2011

..Rezeki..Rezeki..

assalamualaikum all...

pssstt...sini lah ckit, nak cakap nie.. tapi tak leh bising-bising.. *PTPTN dah masuk..*

massyyuukk gak la sekarang nie..


tapi opppp!!! tak leh boros-boros. kena rancang setiap perbelanjaan..

perkara pertama yang perlu dibuat selepas menerima duit PTPTN ialah???

BAYAR HUTANG..

kira punya kira hutang dah 200 rupanya.. isk..isk..isk.. hutang sebab nak beli barang keperluan hari tue.. + baju tee Oh! Media.. bile la baju tue nak siap agaknya.. hurrmm.. harap Mr. Khai leh jawap.. hehehe.. tak lame lagi kot.. *eh..terjawap sendiri la plak.. *


lepas dah bayar hutang, kite forward lak untuk mencari Laptop.. Antara Toshiba dan Dell.. masih dalam pertimbangan.. kedua-dua mempunyai specs yang sama, harga pon beza RM 100 jek. tapi nak taw kemudahan repair laptop dan carik spare part. pastu nak taw mane satu yang mempunyai heat sink yang baik.. huhu..

semalam dah tanya soalan ni kat FB, dan keputusan yang miera dapat Toshiba (4)- Dell (2)... nanti nak tanye kedai tue plak.. hehehe...

itu je lah nak cita.. banyak keja nak kena buat sekarang ni. every week ada test, quiz and presentation. assignment lagi.. hisshh... GOOD LUCK miera!!!! (^_^)

~apabila sudah mula bercinta, keadaan sudah mula berubah, perangai pon dah lain.. hahahahahahaha... LOL!! ~

Sunday, February 27, 2011

..Yeay!! Kamu sangat Chhuummelll!! ..

assalamualaikum all...

nak update ckit nie..

kat FB ade membe yang share one video dari YouTube....




sangat lah chummmeelll~~~

kalau dalam bahasa family kitorang, percakapan ini digelar sebagai "tutur burung" sebab kalau dengar btol-btol bunyi macam burung berkicauan.. teehheee~~

dorang-dorang jek yang faham ape membe dier nak bagitaw. kite nie tak faham ape-ape, tapi bile tengok dorang gelak, rase nak tergelak same.. hehehe..

sebenarnyer kan, bagi miera lah kan, telatah budak-budak nie dapat menjadi salah satu terapi yang paling baik dalam menghilangkan stress dan tekanan. mak miera sendiri ade mengasuh sorang budak kat umah. dier nie 2nd kazen miera, tapi dah jage dier dari kecik dah rase macam adik sendiri dah,

kalau dok kat unimas tue seminggu.. terasa rindu yang teramat kat beliau. dulu abang dier kitorang jage gak. tue lah penghibur hati kitorang. tiap-tiap kali call mak, mesti nak dengar sore budak kecik nie. untuk hilang kan rindu ckit.. ^_^

so, kesimpulannya.. jagalah anugerah yang Allah dah bagi sebaik-baiknya. jangan sekali persia-siakan rezeki yang Allah bagi tue.

akhir kata dari saya, jangan sesekali melakukan jenayah membuang bayi dan jagalah kurniaan Allah dengan menyanyangi dan mengasihi anak-anak sepenuh jiwa dan rasa sayang hey rasa sayang, sayang hey.. jangan sesekali mendedahkan anak-anak dengan penderaan. kerana itu boleh mencacatkan psikologi anak-anak.

p.s: I LOVE kidsssss very much...

Friday, February 25, 2011

..Menguji Kesabaran..

assalamualaikum all..

nak tanye nie, ade tak sape-sape kat sini keje PTPTN? kalau ade, boleh tak tolong jawapkan soalan ini.. "Bile duit PTPTN untuk kelompok satu dan dua sem 2 sesi 2010/2011 nak masuk??"

bukan ape, sekarang nie miera sangat lah ke"pokai"an.. awal-awal sem hari tue, ok lagi lah kan. tak der la segan sangat nak mintak kat mak. nie dah tengah sem, banyak duit nak kene pakai.
-bile la nak kaya tengok duit macam nie tiap-tiap hari ek?-

macam buku teks, nak fotostat note, nak beli ink printer, nak beli kertas. semua nie sepatutnya kene bayar awal sem, tapi disebabkan takder duit, mintak postpone dulu. nie dah mid-term, memang sah-sah lah sangat memerlukan untuk menghadapi testss dan quizzess..

nak top-up lagi. kalau tak top-up macam mane la nak contact ngan mak kat umah. kang dier menangis lak anak dier tak call dier. huhu..

sweater pon dah macam hidup segan mati tak mahu miera tengok. dah lusuh, yer lah kan, dah bertaon-taon pakai. hari-hari plak tue, memang la dah pudar warna.

dah lepas mid-term nie, banyak pulak presentation + project yang kene buat. nak wat project dikehendaki menggunakan photoshop dan beberapa software engineering yang lain. semangat jek nak buat, sekali view picture pon laptop dah ter"OFF" sendiri.

nak install software masuk dalam laptop pon tak boleh dah sekarang. processor problem kot. so, really-really need new laptop. memang la mak dah bagi green light nak sponsor. tapi, miera kene lah jugak bagi sedikit kan duit untuk beli laptop. dah memang itu kegunaan duit PTPTN.

oh.. last entry ade bagitaw pasal kolej kitorang yang tak der internet. kalau nak pakai internet kene pergi ke Bilik Komputer. hari tue, miera memang sangat-sangat perlu la nak gune internet, pegi kat bilik komputer, sekali full house daaa...

then, try-try la usha membe serumah merangkap my classmate. nak pinjam broadband dier, dier pon bagi la pinjam broadband Celcom dier. merasa gak la gune broadband celcom nie dalam 8-10 jam macam tue lah.

my komen (ececece.. orang dah bagi pinjam pon still leh nak komen2 yer..hoho): no wonder la banyak membe-membe kat FB yang menyumpah seranah broadband Celcom. kejap-kejap laju (tyme mula-mula connect) then slow balik.. slow kalau slow biasa-biasa tak per lagi. nie nak bukak yahoo.com/mail pon berjam-jam menunggu.

baru nak bukak, blom login, blom nak baca emel. huiisshh.. ape-ape pon terima kasih la kat membe yang sudi bagi pinjam hari tue..

so, hari rabu tue miera decide, nak beli broadband. tapi bukan lah yang kene bayar every month tue. kalau yang tue dah tentu tak mampu. nak makan pon berkira nie nak beli broadband.. huisshh..

pagi tue survey-survey dulu. tanye membe-membe pasal prepaid broadband. try usha maxis, RM8/day yang tue kalau gune sim biase lah. tak taw pulak kalau maxis ada prepaid broadband. huhu. tanye lak pasal Celcom, RM 7/day. kalau Digi lak, kalau gune sim biasa lah, dah sampai limit RM3 sehari, boleh pakai free satu hari tue.

so, petang tue gak miera pulang rumah. then cube-cube la berkias-kias kat abang miera. nak pegi kat mak, segan la. baru hari Ahad tue pinjam duit dier RM50. tak sampai 30 min dah habis. sebab beli kertas ngan barang-barang keperluan kat hostel.

bagitaw la kat abang, nak pinjam duit RM 50. last-last dier bagitaw mak. seb bek mak nak kasik. mak bagi RM 50 dan bermula lah journey untuk mencari prepaid broadband. petang tue dan bincang-bincang la ngan "kawan" abang, nak pinjam modem dier since dier cakap dier dah tak gune dah broadband. hehe.

tak jumpe prepaid internet yang lain kecuali Digi.. (rasenyer la tak jumpe.. hehe..) Digi starter pack limited edition Prepaid Internet bernilai RM 25 kat kebanyakan kedai yang miera usha2 lah kan. dalam tue ade RM 10 prepaid. dan yang paling pentind, prepaid dier untuk sehari adalah RM 2. murah kan?? tanye kat "kawan" abang, dier cakap celcom RM7@8/day. jauh sungguh beza.


so, dengan itu, berbekalkan duit yang dipinjam dari mak, maka belilah starter pack tersebut. tapi miera beli RM 23.50 jek. pandai kan miera carik kedai yang murah?? muahahahahaha.. nak top-up dier pakai top-up biase jek pon. ok lah kan.


-ghupe starter pack-

dah sampai kat unimas nie, usha lagi housemate sebab dier ade broadband lebih. tanye la kat dier, ade tak modem lebih.. dier bagi la miera modem Digi yang dier dah tak gune. maka, bermulalah penggunaan Digi Internet saya.

Komen setelah menggunakan Digi Internet selama 2 hari : Sangat-sangat NICE!! lajuss macam streamyx jek. laptop pon boleh park mane-mane ku suka (tak macam Celcom, salah park sikit jek teros ilang connection), nak bukak emel tak der masalah, nak attach file pastu send pon tak der masalah. siap leh tengok YouTube lagi.

-Validity kalau korang top-up-

tapi, rasenyer Digi nie ade limit kot. macam yang miera check kat pak cik gugel, ade yang bagi taw kalau dah exceed 3GB per month, connection akan jadi slow. tak taw la btol ker tak. wallahualam. ape yang pasti sampai sekarang nie connection OK lagi. Tipu la kalau bagitaw tak der masalah langsung. Tapi masalah tue akan setel dalam mase yang singkat i means, connection akan slow dalam masa yang singkat jek. sangat-sangat stable berbanding dengan Celcom. murah pon murah.

so, pas nie miera nak beli modem sendiri lah. nak carik yang murah jek.. (^_^)

eh.. dah terpanjang la plak.

p/s: Digi boleh gune free facebook dengan menggunakan 0.facebook.com Digi..always the smarter choice.

Saturday, February 19, 2011

..Apa di Atas?..

assalamualaikum..

apa di atas?? atau translation: "What's Up??"


hampir dua bulan tak buat apa-apa entry kat blog..*ppuuhh...ppuuhh.. sapu..sapu.. sawang-sawang dan debu-debu kat blog..* hari nie nak bagi sedikit update.. teehhee~~

hari tue, CST production ade wat contest, kerjasama dengan Lynda Rahim.. dah separuh entry miera buat, tapi dek sebab ade orang dah patahkan semangat, so.. malas lah nak continue buat.. tengok lah nanti kalau ade mood balik nak sambung cite tue, leh dijadikan entry ngade-ngade kan? ^_^

jom cite ckit mengenai my life lately..

di permulaan sem, nampak macam OK jek everything.. nie dah masok mid-sem, mule lah dah goyang sane sini. dengan kuiz + test + assignment + presentation + lab + mini-project.. nice combination kan?? hurrmm..

bertambah pulak dengan kewangan yang sedikit goyah. sebab PTPTN tak masuk lagi. hanya berharap dengan duit yang mak bagi. duit tue gak untuk mamam kat Unimas yang bapak mahal tapi taklah sesedap mana pon, duit tue gak untuk beli barang-barang kegunaan untuk study cam pen, kertas n book, dan duit tue gaklah digunakan untuk segala-galanya.

so, memang tak der langsung untuk kegunaan mereleasekan tension. nak makan KFC pon tak mampu. nasib baik semalam abang miera bawak makan KFC, tak der la mengidam sangat kan. hari tue tengok orang makan McD pon rase terliur jek, tapi apakan daya, ku hanya mampu melihat..

tapi kira bertuah lagi lah kan kite nie sebab ade makanan, banyak lagi yang lebih teruk dari kite. tak makan berminggu-minggu sebab kesempitan wang. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah kurniakan.

cerita tentang hidup kat hostel lak. selain dari makan yang agak mahal untuk harga student dan di jual di dalam kampus, masih terasa malas nak balik hostel every week walaupon dah 4 taon hidup di hostel. huhu

mungkin harga makanan kat unimas tak der lah mahal sangat, tapi sebab dah terbiasa dengan keadaan di UiTM yang harga makanan nyer sangat murah dan rase pon OK (setimpal dengan harga), jadi agak janggal nak berbelanja lebih. kalau dulu miera kat UiTM, RM 50 tue, cukup untuk mamam pagi, tengah hari n malam. kadang-kadang untuk minum petang sekali. siap ade balance lagi. kat Unimas nie lak, RM 50 tue, leh untuk makan pagi n malam jek. tue pon kadang-kadang malam makan beger jek. n untuk makanan jek, air tak termasuk. 

tak dinafikan lah, mule-mule masuk unimas dulu sedikit janggal sebab tak leh nak save duit tue shopping hujung minggu. tak der lah shopping sangat pon, beli makanan special ckit jek pon cam Kfc ker, sugarbun ker kan. klu kuar mane2 pon, at lease dapat gak beli satu dua barang. since dah msok cni, telan air liur jek lah kalau g temankan orang lain jalan.

oh.. dalam setaon nie gak, dapat dikira ngan jari berapa kali miera g shopping complex. selalu hujung minggu dok kat umah jek. kalau g jenjalan pon, jalan masok kawasan kampung or senang cite, kawasan luar bandar la. tengok hutan-hutan jek.

mungkin disebabkan itu gaklah, paras stress + tension meningkat. selalu jek nak emo. kalau tak emo pon tahap sensitif menjadi terlalu aktif. senang jek air mata nie nak keluar. huhuhu..

ok2.. next story..

dalam mase sebulan nie dok hostel sangat la tak best. sebab tak der internet. Kolej kitorang kalau nak gune internet, kene pakai cable. tapi port internet tue macam bermasalah. nak carik wifi punye lah payah. tue pon kalau jumpe "very low" okek!! huhu..

so, kalau nak mengonlinekan diri, kene lah pegi bilik komputer. selalu miera akan on9 hari isnin jek sebab ade subjek yang memerlukan kitorang berada di depan komputer. ape lagi lah kan? sambil menyelam sambil minum air. hehe

kalau dulu, selalu miera cite pasal kes tak der air kat hostel. kalau kat uitm dulu boleh lagi lah tahan kalau tak der air. dah duduk hostel pon free kan. kat unimas nie, kne bayar rm200++ tuk dok hostel. sekali tak dak air la plak hari tue. pagi2 lak tue.. dahlah tak taw mane nak carik sumber air kat unimas. kalau uitm dulu, kat depan hostel ade paip, boleh lagi nak bawak air satu baldi g tingkat 3. tak pon ade tangki air kat belakang blok. ok lagi lah kan.

tapi nasib baik la tak lame air tue tak der. 830 dah ade balik. haru gak lah nak carik air tuk mandi sebab nak g kelas pukul 8. huhu.. petang lak, pada hari yang sama.. boleh plak tak der lektrik.. uiisshh.. sangat mencabar hari tue okek..

seb bek gak lektrik ade balik sebelom malam. kalau tak, selamat sampai di rumah dah.. hohohoho...

nie lagi satu cite.. last week miera sakit gigi yang teramat. dier bukan sakit yang biasa, sakit tue macam bisa tau. then, sakit dier ade mase tertentu jek. yang pelik nyer, time makan, langsung tak der rase sakit. disebabkan nak amek sickleave dan nak check gigi.. pegi gak lah ke klinik..

sekali dentist tue bagitaw miera ade dua gigi yang bermasalah. satu kat atas, satu kat bawah. yang kat bawah tue dier dapat selamatkan, dier tampal balik lubang yang dah terbukak. yang atas tue dah tak leh nak diselamatkan dah.

doktor tue suruh balik rumah dulu n fikir sama ada nak cabut or wat treatment. disebabkan gigi tue kat depan n masih kuat, agak sayang nak di cabut. kalau nak wat treatment lak, dier akan matikan urat gigi tue, then tak kan ade rase sakit lah nanti. dan tak leh lak nak cabut by that time sebab tyme tue "nerve" ngah membengkak. tue yang menjadi sangat sakit. huhu

kalau wat treatment lak, kos dier dalam RM 400-500.. hissshh.. duit lagi.. huhu

ok lah.. sampai di sini saja.. nak makan KFC lebih malam tadi.. yuummmmyyyy~~~ ^_^

nie yang miera jumpe tyme mengugel tadi...

 
nice huh?? ^_^

..Doa untuk mencari pasangan..