Thursday, February 26, 2015

..Food Review: Chicken Hartz Buffet..

assalamualaikum all..

mentang-mentang dah dapat recover password tek nak.. lalu lah tek ku berblogging balit.. sukati ku mpun.. hoho.. ok, tukar bahasa..

tak sure kalau dah pernah buat pasal Chicken Hartz Buffet.. tapi nak gak lah buat walaupun dah penah buat.. sebab malam tadi ada rezeki orang belanja makan di Chicken Hartz Buffet..


mungkin mun urang Kuching, rasa nya majoriti dah penah makan kat sitok lah kali.. dah berada di Kuching rasanya dah nak 20 tahun juak lah.. mula-mula bukak di Sarawak Plaza (teringat time ya gik kecik..)

Kedai makan yang berkonsepkan All You Can Eat ini telah beroperasi di Kuching lebih kurang dah 20 tahun lah jugak rasa nya.. merupakan antara pencetus fenomena or pioneer restoran berkonsepkan buffet di sekitar Kuching di mana pengunjung perlu membayar sejumlah harga dan boleh makan sampai kenyang tak boleh nak jalan..

tapi sekarang dah banyak kot restoran2 berkonsepkan All You Can Eat..lagi-lagi lah di Semenanjung.. dengan Steamboat and BBQ lagi.. anyway.. apa yang istimewanya di Chicken Hartz?

menu-menu yang dihidangkan majoriti adalah berasaskan ayam..macam KFC lah kira nya.. ada ayam goreng, ayam panggang, sup ayam, ayam masak merah (depends dengan menu pada hari tersebut), organ dalaman ayam seperti badal dan hati ayam..

main attraction.. ayaaammmmm


selain main attraction nya iaitu ayam.. pengunjung juga disajikan dengan beberapa side dish seperti mash potato dan beberapa menu local dan western. kadang-kadang ada spaghetti bolognese, malam tadi kitorang pegi, menu agak istimewa Chicken apa ntah.. x ingat.. tapi memang banyak gler cheesse.. then kacang kuda black pepper..carrot broth.. sedaaappp..oh ya.. nasik putih memang disediakan.. sup pon ada..

side dish section.. mash potato sedaaappp dengan 2 pilihan gravy


then, ada salad bar.. pelbagai jenis cold salad yang boleh di pilih, sama ada yang ready made macam coleslaw, potato salad, fruit salad dan ada yang lain-lain atau boleh buat sendiri sebab memang disediakan daun salad, carrot, capsicum, tomato dan yang lain-lain berserta dressing, mayonese, thousand island dan french dressing.. so.. buat lah ikut suka dan cita rasa anda..

Salad Bar


untuk dessert, selain ada buah-buahan yang dah disediakan di salad bar.. ada gak mesin Ice Cream dan beberapa simple topping yang boleh di ambil sesuka hati.. mesin ok.. bukan guna yang dalam peti, scoop sendiri.. yang ni memang fav budak-budak lah.. sebab boleh 'pam' sendiri ice cream dan buat bentuk ikut suka dia.. hahaha.. oh.. ada gak kuih muih yang di sediakan..

air? dont worry..free flow air.. pon suka hati nak pilih.. memang ada mesin air berkarbonat macam yang kat KFC tu.. macam biasa lah, ada cola, F&N zappel, strawberry, oren, citrus dan Ice Lemon Tea.. nak air panas pon ada.. Kopi dan Teh.. air suam pon ada gak.. semua nya all you can eat.. nak gula sampai 5 sudu pon boleh..sebab bancuh sendiri kan..

dan lagi satu side.. ada bun dan beberapa jenis bread pudding.. yummeeehh gak


My fav dishes kat Chicken Hartz.. Badal..serius sedaaappp.. sebab tak liat, senang nak kunyah dan sedap.. 2nd, boneless chicken and spicy chicken (yang ni serius pedas), 3rd potato chip and onion ring.. pastu spaghetti dan yang seangkatan dengan nya.. then paling best dan seronok di sini ialah Salad Bar.. kalau rasa-rasa macam dah tak lalu nak makan ayam.. Salad Bar lah jawapan nya.. hehe

bayaran pulak.. errmm,.. rasa nya macam agak mahal la.. bagi orang Kuching lah.. antara punca kenapa dah jarang ke Chicken Hartz.. malam tadi pun nasib bait urang ciya, mun sendiri nak pegi.. lambat gik lah rasa nya.. huhu.. RM 22.50/pax untuk dewasa dan RM11.20 untuk kanak-kanak.. tak termasuk tax..

price list


limit masa 2 jam.. tapi kalau ikut-ikutkan not bad gak lah bayaran dan pilihan makanan.. so, make sure, sebelum ke sini, jangan makan apa-apa sebelum datang.. hehe.. lagi tips.. sila makan slow-slow.. dan pilihlah makanan anda dengan bijak dan jangan gelojoh amek satu dish penuh satu pinggan.. :)

makan sampey kenyang terbabas



Chicken Hartz Buffet di Kuching ada 2.. satu di Lower Ground Sarawak Plaza dan satu lagi di Satok.. berhadapan dengan Mc Donald Satok, satu bangunan dengan Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), Kuching..

rasa nya, student-student sesuai lah kot nak makan kat sini.. sebab budak-budak dan remaja-remaja kan.. memang perut pon luas lagi, tank boleh masuk banyak.. dan kepada yang rasa-rasa macam makan KFC dinner plate/snack plate tu celah gigi jer.. g sini bayar lebih sikit boleh makan ayam bebanyak.. hari tu penah nampak ada perempuan makan sampai 10 ketul ayam.. baru ayam.. tak masuk yang lain-lain lagi..

lepas abis makan, boleh la guna jejantas, g Wisma Satok or kalau kat Sarawak Plaza.boleh lah jenjalan kat Parkson ker, main bowling ker, tengok wayang or g popular bookstore kat Tun Jugah.. lagi la untung kalau jenjalan time petang-petang, Weekdays.. ada potongan harga sebab Happy Hour.. so.. sekali sekala nak tukar cita rasa, dah jemu makan steamboat, leh datang sini..

mungkin ada yang dah lepas makan kat situ, terasa nak bawak balik gak kan? untuk kawan-kawan lain mungkin.. boleh jek order untuk take away.. diorang memang ada set-set untuk di take away.. lebih kurang macam snack plate dan dinner plate lah isi nya.. harga pon lebih kurang gak..

bagi yang berminat untuk mengadakan jamuan kelas ker jamuan hari jadi ker.. boleh jek hubungi dorang and reserved.. nak walk in boleh gak kot tapi risau makanan disediakan tak banyak jek.. family kitorang dari dulu-dulu memang sini lah tempat nyer nak buat majlis-majlis.. pernah sekali full house family kitorang jek kat dalam tu.. sebab berbaloi gak lah.. tak sure sekarang, tapi dulu selalu nya kalau lebih 50 orang, akan ada free sorang or bagi baucer untuk next purchase..

malam tadi, lepas g makan dan kekenyangan yang amaattt.. jenjalan tengok rehearsal perasmian UTC Sarawak yang akan berlangsung malam ni.. ada Live di RTM 1.. :)


1 comment:

  1. Apa beza yg kat satok dgn swak plaza..pilihan makanan lebih banyak kh? Kalau ya apa yg ada kt sna yg xda kt sni?

    ReplyDelete

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..