Tuesday, July 17, 2012

..hello.. i'm back..

assalamualaikum all..

fuuhh..ffuuuhhh.. buang buang habuk kat blog.. lame gler tak update blog..

bukan disebabkan takda bahan tapi kekangan masa + rasa malas terlalu menebal..

banyak benda nak diceritakan.. tapi bukan sekarang.. tunggu lah bila rasa rajin itu timbul..

ada beberapa tempat yang nak di review dan beberapa buah buku untuk di kongsi serta beberapa event yang berlaku lately untuk dicoretkan di sini.. dont worry..alhamdulillah.. semuanya gembira-gembira belaka..


oh.. tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan menjelma.. ahlan wa sahlan ya Ramadhan.. semoga kita diberi peluang sekali lagi berjumpa Ramadhan dan memanfaatkan segala peluang yang ada pada Ramadhan ini.. dan semoga Ramadhan kali ini akan memberikan kita seribu satu pengertian dalam hidup..

tapi, sedikit mengecewakan apabila ada di kalangan masyarakat kita belum pun masuk bulan Syaaban yakni sebulan sebelum puasa dan 2 bulan sebelum Syawal.. dah begitu banyak promosi pra-raya.. iskiskisk.. sebelum fikir raya apa kata kita muhasabah diri dahulu, apa kah kita sudah bersedia menghadapi Ramadhan.. dari kita membazir membeli barang-barang untuk raya, apa kata dahulukan duit tersebut untuk membeli barang-barang yang boleh kita gunakan sebagai amal jariah kita di bulan puasa nanti.. peruntukan sedikit dari duit kita untuk memberi sedekah kepada orang yang memerlukan..

bagi kat jiran-jiran pun boleh.. besar pahala kita apabila memberi/menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa.. sepaket kurma untuk seorang rakan pun sudah memadai.. ini tidak, sekarang dah sibuk buat tempahan biskut raya.. iskiskisk...

saya bukan lah seorang yang baik mahupun tinggi ajaran agama.. tapi sama-sama lah kita bermuhasabah diri agar terus tidak kecundang dengan godaan syaitan serta lalai dalam perkara duniawi.. =)

oh.. bercerita tentang sedekah.. kalau siapa2 pernah dengan lagu 150 juta kali or anda boleh search di youtube.. ciptaan Fynn Jamal..untuk pengetahuan, Fynn Jamal memerlukan pertolongan dari segi kewangan untuk membolehkan anak beliau yang baru berusia sebulan lebih untuk melakukan pembedahan jantung.. dengar kata, anak beliau perlu dibedah esok (18.7.2012) wang yang diperlukan ialan sebanyak rm35k.. kepada sesiapa yang ingin menderma boleh lah refer kepada Facebook beliau.. (link)

walaupun blog nie tak der pembaca.. mudah-mudahan ada gak yang terbukak aty menderma.. sekadar doa untuk anak beliau juga sudah memadai.. dan sama-sama kita doakan agar semua mereka yang memerlukan pertolongan dipermudahkan urusan.. semoga kesabaran serta ketabahan itu sentiasa bersama mereka.. sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang bersabar menghadapi ujian dariNya..

semalam sepupu arwah bapak miera pon baru lepas operation.. sama-sama lah kita doakan semoga beliau juga dikurniakan kesihatan yang baik dan sembuh dengan cepat..


so, setakat ini sajalah dulu k.. nanti kita update lagi..

p/s: selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua.. *ucap awal-awal takut nanti tak der update dalam masa terdekat.. heee~~ *

..Doa untuk mencari pasangan..