Thursday, February 18, 2016

..D.I.Y photobooth..

assalamualaikum all..

hari ni nak berkongsi sedikit mengenai persediaan dan cara mengendalikan photobooth secara do it yourself atau dalam bahasa melayu nya jimat duit buat sendiri semua..

ayuuhh..teruskan membaca


Alhamdulillah.. hujung bulan januari 2016 hari tu, berlangsung lah majlis persandingan abang miera. time mula-mula tau dia nak kawen dalam sekitar pertengahan tahun 2015 dah terfikir nak sewa photobooth kalau ada rezeki. niat nya nak sponsor photobooth. Alhamdulillah gak sebab time tu dah start kerja walaupun gaji tak lah besar mana.. so, survey2 lah photobooth2 servis yang ada di provide d Kuching..

ada gak lah sebenarnya walaupun agak limited. range harga dalam rm500 ke rm1k.. gitew kauuu.. unlimited print. ada gak provider yang setkan masa contoh nya photobooth hanya akan di buka selama 2 jam sepanjang majlis, nak extra masa, kena tambah duit. tapi kalau guna dorang memang tak payah nak susah hati fikir sapa nak jaga booth so on so on lah kan.. tapi masalah nya.. mana la nak carik duit banyak tu kan.. kehkehkeh..

so, bagitau plan kat adik beradik yang lain.. dorang pun tak setuju lah nak bazirkan duit sebanyak tu semata-mata nak bukak photobooth.. pengantin lak cadangkan guna instax camera.. beli instax camera baru rm300 lebih kurang kat kedai di miri, lazada or ig. then beli la instax film.. survey punya survey.. instanx film paling murah rm250 untuk 100 pcs. then, fikir2 balik.. guna instax, boleh snap sekali jek pastu kalau posing x lawa, kan x lawa jadi nya. then jemputan sampai 1k orang anggaran.. nanti, x ramai la pulak nak amek gambar kalau 100pcs jek..

try carik alternatif lain la pulak.. sampai macam dah tak tau nak buat apa..rasa-rasa macam tak payah lah buat.. membazir duit la pulak. tup-tup family uncle bagitau nak sponsor pvc hollow mounting board. kalau tak silap memang ni lah nama benda tu.. macam gambar artis2 or poster filem kat luar panggung wayang tu. yang boleh korang berdiri kat sebelah and amek gambar.. then, dah orang nak bagi..macam rugi pulak tak buat photobooth.. maka bermula lah kembali pencarian solusi kepada permasalahan photobooth

memandangkan nak hire orang pun mahal. family bagitau daripada hire orang, baik beli barang sendiri. lebih kurang jek bajet.. kalau hire orang, abis majlis dah x leh pakai,, beli sendiri, abis majlis still boleh pakai..

setelah di teliti dan di analisa setiap sudut.. maka inilah yang di perlukan untuk membuat d.i.y photobooth.. ada 2 kategori 1. photo stick dan props 2. photobooth tempat amek gambar

1. photo stick/ props
memang malas la nak beli sebab sebatang rm2.. takkan nak beli sebatang jek kan + tak tau kat kuching ni kat mana nak beli.. so, pinjam ngan member and print sendiri


  • google printable photo props/photo stick.. memang banyak pilihan gambar-gambar dengan saiz yang boleh diguna pakai akan keluar..saved..
  • print gambar-gambar tersebut atas kertas glossy paper paling bagus or apa-apa jenis kertas yang keras
  • paling elok printing guna laser printer
  • memandangkan time print kat kedai hari tu tak der kertas keras, miera just gamkan photostick yang dah di print atas mounting board
  • mounting board kat kedai area rumah kitorang saiz a4 harga nya rm0.90 kalau A3 tak silap rm1.71 lebih kurang lah
  • satu A4 tu boleh dapat lebih kurang 4 ke 5 gambar gaklah depends dengan apa yang korang download dari google
  • dah potong cantik-cantik mounting board, lekatkan pulak straw/kayu kat belakang gambar tu menggunakan gam..apa-apa jenis gam yang tahan lasak pon boleh, miera guna glue gun.. maka siaplah photostick.. 
  • straw tu beli kat kaison rm2.50/25pcs kalau tak silap lah.tapi sangat tak di recommend, sebab lembik sangat..cepat patah, lagi-lagilah kalau yang banyak berkunjung ke photobooth tu budak-budak.. so, better beli chopstick ker or apa2 jenis kayu yang boleh digunapakai lah..




  • props-props yang lain pulak pinjam dari sepupu.. macam-macam jenis barang dorang bawak. ada topi pirate, teddy bear, construction hat, topeng party, topeng spiderman..ape2 jeklah yang korang rasa boleh diguna pakai untuk amek gambar
  • memandangkan abang-abang miera peminat bola sepak, so, miera letakkan sekali mafla untuk geng-geng dorang amek gambar
yang ni majlis kat rumah.. amek gambar dengan props stick


now.. kita pergi ke set up untuk photobooth pulak. setelah di google dan di youtube cara-cara nak bukak photobooth dan boleh terus di print gambar kat situ jugak.. kesemua cara memerlukan software yang perlu di beli.. tak per.. kita ikhtiar.. nak jimat kena bijak.. hakhakhak

oh..lupa.. berbalik kepada instant gambar yang boleh di print kat situ gak, boleh dijadikan sovenir untuk para tetamu.. so, selain menikmati makanan yang sedap, at least ada gak kenangan lain yang tetamu boleh dapat kan. lagi2 kitorang ade pvc hollow mounting board muka pasangan pengantin..xder la kecewa sangat kalau x sempat nak amek gambar ngan pengantin.. boleh jek acah2 selfie ngan pengantin walaupun hanya ilusi semata-mata.. hahaha..

PVC hollow mounting pengantin.. waima dah habis majlis berminggu2 masih segak berbaju melayu.. hahaha.. kat siney nak polah tok, xda jawapan sebab sik tauk.. hehe...


ok ayuh kita teruskan apa yang digunakan dalam set up photobooth hari tu

2. Setting nak amek gambar

  • camera-tak kisah lah camera apa pun, miera guna dslr pinjam dari abang
  • PC/Laptop- untuk save dan kerja edit mengedit
  • camera control software-miera guna digicamcontrol **yang ni kena check compatible tak dulu..ada software yang tak compatible dengan camera..so double check lah yerr**
  • editing software- boleh jek nak guna apa2 jenis software edit gambar..kalau ada duit boleh jek beli software photobooth yang berlambak kat internet... kalau hebat photoshop lagi bagus, leh design template gambar sendiri.. miera guna photoscape jek. yang dah memang sedia ada frame/template.. just drag n drop gambar yang dah di ambik jek
  • printer-apa2 jenis printer pon boleh sebenarnya.. tapi kitorang hari tu beli Canon Selphy CP910. kat bawah cita lebih lanjut pasal printer ni.
  • kertas gambar- miera guna kertas saiz 4r..dalam satu kertas print 2 gambar yang dah di edit.. satu lekat kat dalam guest book, satu lagi simpanan para tetamu
proses cetakan.. ni direct dari phone, tak reti lagi setting nak bagi print 2 gambar dalam 1 kertas
  • cutter-nak potong gambar tu.. tak nak bagi tetamu pun boleh..print jek 1 gambar dalam 1 kertas 4R
next kita beralih kat guest book pulak.. sekarang ni banyak gak tempat yang sediakan perkhidmatan customize guestbook or korang boleh jek buat sendiri..terpulang kat bajet masing2..

3. Guestbook

  • first sekali of course lah book nyer- miera beli kat kaison berbelas ringgit jek.. kertas tebal and hard cover. boleh try buat sendiri, g jek carik kertas2 kat kedai stationery..guna kertas jenis tebal yer kawan-kawan kalau kertas biasa mudah rosak
  • pen-pen yang sesuai- macam guestbook kitorang.. kertas warna hitam, so sediakanlah pen warna silver, gold dan warna warni yang boleh nampak kalau tulis atas kertas hitam. beli pen yang murah jek cukup lah..tak yah mahal2
  • sticker-sticker dan apa-apa yang dirasakan sesuai- memandangkan miera sekarang sangat gilakan sticker..so, letak lah koleksi-koleksi sticker yang sesuai kat meja tu. dan jugak washi tape.. tape yang bercorak-corak tu. boleh didapati kat daiso, kaison, kedai2 stationery, mr. d.i.y pon ade... dan paling senang nak dapat.. onlineee.. beli kat instagram.. banyak choice, siap boleh beli per meter lagi

tatacara pelaksanaan photobooth

  1. setel setup everything.. lighting lawa, photobooth ready, props ready, guesbook ready. kalau ada crew, crew semua dah ready..then dah boleh mula
  2. jemput la tetamu ke photobooth
  3. amek gambar.. pose la ikut suka dorang..nak pose kosong, nak pose dengan props.. amek 2 3 gambar
  4. edit2 gambar and combine 2 3 gambar dalam 1 page
  5. sementara edit n print gambar, jemputlah tetamu tu tulis dan bagi ucapan kat dalam guestbook
  6. dah siap print gambar, potong 2, satu letak dalam guest book, satu untuk tetamu
  7. done!
posing kat tempat photobooth. background memang takder sebab malas and tak der masa nak buat.. heeee.. kerusi kat tepi tu tempat letak props-props

now nak cita pasal printer pulak.. hari tu survey-survey printer.. actually banyak choice.. printer biasa pon boleh, klu korang ada printer biasa yang print lawa tu boleh jek guna. glossy paper canon 100pcs, harga dalam rm22++ kat sini lah, kat tempat lain tak sure pulak. tp memandangkan printer miera tak lawa, tamo la pakai. ink pon tak berapa nak waterproof sangat. lagi bagus kalau ada printer yang speed printing nyer laju..xder la lame sangat menunggu nak print.

then, try tengok lg pocket printer or instax share printer.. nampak macam menarik tapi tulah kertas mahal.

end up.. terjumpa review Canon Selphy CP910.. ada 2 jenis CP810 dan CP910. CP810 tak der wifi tu jek beza. printing speed untuk 1 kertas 4R dalam 30 second, kurang dari 1 minit lah. lepas tu kertas pon ok2 gak harga, bajet dalam 1 kertas kurang dari rm1.50. catridge lak datang sekali dengan kertas. yang ni memang tak leh nak beli 10 pcs or 20 pcs macam instax film. kene beli 108pcs gak. kebetulan gak kedai kat kuching ni PC Image tengah buat promotion. RM299 untuk Selphy CP810 free 1 kotak kertas+catridge (108 pcs) and RM499 untuk Selphy CP910. lepas melakukan perbincangan dan pengumpulan dana beramai-ramai.. kitorang sepakat nak amek CP910 yang ada wifi.


canon selphy cp910. credit: google



actually.. miera punya plan macam ni.. amek gambar guna camera samsung yang ada wifi, then select 2 3 pose, connect ke printer guna wifi.. tapi...sekali tak compatible lah pulak camera n printer. boleh jek kalau nak connect guna cable.. tapi leceh lah nak kena cabut, then pasang balik cable.. n tak boleh edit sangat gambar sebab display kat printer kecik jek.. kalau korang ada dslr yang berwifi maybe boleh guna ke printer cp910 ni..hari tu kitorang just direct connect printer ke PC macam biasa.. pon boleh gak..kalau tau x boleh guna wifi, better amek cp810..lagi murah..

ni antara posing-posing sempat di snap dengan props and gambar2 yang dah di lekat dalam guestbook. boleh lah pengantin gembira membaca ucapan2 dan tengok posing-posing menarik dari tetamu.


Hard cover guestbook

front page..


kreatif tak kreatif siap lukis bangunan.. hehe














ni kaedah yang miera guna.. sebenarnya banyak cara.. be creative and carik solusi yang memudahkan dan menyenangkan serta memerlukan kos yang paling minima..

tak der camera, boleh snap gambar guna tab/smartphone. boleh guna apps edit gambar yang boleh buat collage, then send direct kat printer.
printer biasa pon boleh guna tak semesti nya kena canon selphy.. heeee
kalau ada remote shutter ker ape ntah benda tu yang boleh amek gambar just tekan button dari jauh pon boleh guna..miera control camera dari PC terus.

ok tu jek,, any question? feel free to comment below.. ^_^

2 comments:

  1. salam, selphy canon tu sis beli kat kuching kan ? boleh tau x apa nama kedai tu ?

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..a ah, beli kat kuching. beli di PC Image, Wisma Saberkas.. klu tak silap, boulevard IT d Boulevard pon ade jual, and satu lagi kedai kat Boulevard, x ingat name.. :)

      Delete

♥♥♥♥♥♥ thank you for your comment ♥♥♥♥♥♥

..Doa untuk mencari pasangan..