Showing posts with label EES. Show all posts
Showing posts with label EES. Show all posts

Friday, December 31, 2010

..31 Disember 2010..

assalamualaikum all..


di hari terakhir bagi Tahun 2010 ini, miera tak der ape sangat nak di ceritakan. everything happen biasa-biasa jek 2 3 minggu nie. nothing special.

terasa macam baru semalam miera berada di 1.1.10, dengan sedikit perkara yang menjengkelkan berlaku. tup..tup.. esok dah 1.1.11.. 4 1 esok.. mesti ramai yang melangsungkan majlis kan? oh.. miera gak nak ucapkan tahniah buat sahabat MiRC miera, sis Wailin yang bakal melangsungkan pertunangan besok. akhirnyaa.. bertemu jua dengan jejaka idaman.. hehe..

sebelum 2010 melabuhkan tirai.. jom bersama miera mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada miera sepanjang 2010..

pembukaan 2010 amat menyedihkan, di akhir 2009, tanggal 9/11/2009 ayahnda kesayangan kami meninggal dunia di tanah suci Mekah. sesuatu yang sangat perit untuk dilalui. tapi, siapalah kita untuk melawan kehendakNya. segalanya diterima dengan redha. awal tahun disambut dengan hanya kenangan bersama arwah.

1.1.10 berlaku sedikit ketegangan.. entah di mana silapnya. miera pon tak pasti. cuma, apa yang pasti setiap manusia pasti ada kelemahan masing-masing. dan jagalah perlakuan, jagalah kata-kata untuk sama-sama kita menjaga hari orang lain dan juga diri sendiri. jangan sesekali kita menghina orang lain walau sejijik mana pun individu tersebut. siapa tahu, suatu hari nanti, kita yang berada di atas ini, akan menjadi lebih jijik dan hina dari dia. dan tak siapa dapat menduga, mungkin suatu hari nanti, keseluruhan hidup kita ini bergantung pada orang yang pernah kita hina.. kuasa Allah, tiada siapa yang dapat menghalang.

3.1.10 majlis perkahwinan penuh gilang gemilang berlangsung dalam keluarga kami. pernikahan sepupu arwah bapak, Usu Abu dengan permaisuri hatinya Usu Alin. sangat meriah majlis ini dihadiri oleh banyak kenamaan negeri Sarawak. miera suke sangat-sangat tengok pelamin dorang. lawa...

dan bermulalah kehidupan miera sebagai seorang pelajar. di awal semester sedikit tidak puas hati sebab telah fail satu paper. tak dapat dinafikan, memang salah diri sendiri jugak tak dapat nak buat setiap soalan dengan betul. cuma, sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh lecturer kepada my uncle, yang ingin tahu adakah miera nie bermasalah dalam kelas sehingga gagal. jawapan lecturer itu "miera terikut-ikut kawan" dan setahu miera kawan-kawan yang rapat dengan miera semuanya lulus.. isk..isk..isk.. tidak mengapa.. semua itu ada hikmahnya. tak pernah rasa berdendam dengan siapa-siapa.

semester terakhir di UiTMCS, berjuang untuk mendapatkan diploma. segala-galanya berjalan agak lancar. sehinggalah tiba bab Final Year Project. report segalanya ok.. cuma, apabila tiba masa untuk hardware, bermacam masalah timbul. padahal, project teramatlah simple. sama taraf ngan budak-budak sekolah punye kerja kursus KHB.




yang paling haru apabila cuma mendapat tahu bahawa kami perlu membuat presentation kurang dari 8 jam presentation. bertambah haru apabila hardware masih menunjukkan sedikit kegagalan. triple haru, ketika itu, miera and group member masih berada di rumah. dan presentation berlangsung seawal 8 pagi. tapi alhamdulillah.. segala masalah berjaya dihadapi.. =)
 -sedikit majlis perpisahan dan restu ilmu bersama lecturer-lecturer EE-

sebelum tamat semester, UiTMCS telah mengadakan majlis pra-graduan kepada kami yang bakal menamatkan pelajaran di UiTM.. dan ketika itulah first time dalam hidup miera pegi ke kedai untuk di make-up kan, first time pakai hand bag dan first time pakai high-heel.. hahahahaha...


 

habis final, disambung pulak dengan kursus 3P. first time dalam hidup miera, masuk kursus yang mendalami ilmu komputer. dari sistem dan jugak hardware. tapi, tak der lah faham sangat. tau basic-basic jek.. hehehe..

kemudian, menunggu keputusan dengan penuh debaran. dah dapat keputusan, Alhamdulillah.. lulus dan sah miera dah grad dan dah ada diploma. untuk menyambut tamat study, uncle miera bawak pegi melancong ke Kuala Lumpur selama seminggu. dan inilah first tyme kitorang pergi tanpa ada perancangan. pegi kaunter tiket, tengok ade tiket. besok terus fly g KL..sorry lah kepada rakan-rakan yang marah miera sebab tak bagitaw awal-awal.. hehehe




sekembalinya ke Kuching, keputusan UPU pon keluar. dan miera berjaya meneruskan pengajian di UiTM Shah Alam. tapi apabila melihat keadaan keluarga yang tidak berapa nak stabil dan keadaan mak pon yang macam tak nak lepaskan miera. miera ambil keputusan untuk mengorbankan tawaran tersebut. in the same time, miera mencuba nasib untuk mintak tukar U ke UNIMAS.

alhamdulillah, mungkin berkat niat yang baik, miera berjaya masuk ke UNIMAS untuk ijazah miera. masih lagi kursus yang sama dengan UiTM tawarkan. mula-mula masuk tue, memang rase sedih sesangat. sebetulnya miera dah janji ngan member-member UiTM untuk kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Shah Alam. mungkin bukan rezeki. tapi miera yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat miera.

di awal semester, sedikit rasa memberontak muncul dalam diri miera. sangat tak puas hati kene tukar U. mungkin dengan sistem yang sedikit berbeda dari yang lama. mungkin jugak kerana kesorangan. membe-membe di UiTM tak payah susah-susah nak carik membe baru. masing-masing dah ade membe sendiri. miera lak, terpaksa buat kawan baru semula. tak der sorang pon yang miera kenal. dan almaklumlah, masuk pon dah minggu ke-4. banyak yang dah ketinggalan. ditambah lak, masuk-masuk kelas terus kene sit for quizes and tests. dengan assignment lagi, dangan lab report yang kene kejar. sedikit tekanan di situ.

tapi lame-lame.. ok lah.. boleh dah nak sesuaikan diri dengan persekitaran.

6.12.2010... hari yang paling bermakna buat miera..

Majlis Konvokesyen Ke-73 UiTM.. pada sidang ke-3 di UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Dewan Jubli UiTM Kota Samarahan. miera dan rakan-rakan EE111 diraikan dalam majlis yang penuh gilang gemilang. terasa berbaloi segala penat lelah yang diharungi selama 3 tahun. terasa bangga melihat wajah-wajah yang sentiasa di sisi miera memberi sokongan fizikal dan mental serta kewangan sepanjang miera menuntut ilmu.

pict: Reborn Photography

tapi.. yang pasti.. segolong ijazah itu hadiah miera buat mereka yang telah pergi meninggalkan miera. Arwah nenek miera, Allahyarhamah Mahdiah bt Buji, arwah atuk miera Allahyarham Suhaili bin Ropa, arwah uncle miera, Allahyarham Marzuki b Hj Suhaili dan arwah bapak miera, Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.

mereka inilah yang menyunting semangat dalam diri miera. arwah nenek selalu marah miera sebab miera tak dapat mengekalkan 4A/5A dalam family miera dalam UPSR. dier selalu cakap miera dah malukan dier sebab miera cume dapat 3A dan miera tak dapat masuk sekolah menengah yang top di Kuching. Arwah atuk miera lak, dier yang selalu ikat miera kat pokok, kuncikan miera dalam toilet sebab kenakalan miera waktu kecik-kecik dulu.

arwah uncle miera sentiasa memberi sokongan kat miera. walaupon kadang-kadang miera gaduh ngan dier. he is my bestfriend. sehinggakan sehari sebelum dier meniggal, dier masakkan miera nasi goreng untuk breakfast. dier yang hantar miera ke sekolah kalau hari hujan. dan disebabkan pesanan terakhir dier jugaklah miera berada di UiTM.

arwah bapak miera.. sentiasa menuturkan sindiran buat miera. tak pernah nak puji. miera disindir ketika gagal dalam setiap test yang miera ambil. sehingga arwah pernah suruh miera stop belajar dan kawen.

apa yang pasti, setiap sindiran, setiap kemarahan itu miera jadikan sebagai penguat semangat untuk belajar. miera nak buktikan pada semua, tidak semestinya kita perlu berada di sekolah pintar, baru kita boleh berjaya menjadi seorang doktor, engineer, arkitek dan orang yang bergaji besar serta berguna. miera nak buktikan, walau kita gagal sekali, tak bermakna kita akan gagal untuk meraih kejayaan.tiap kali miera patah semangat, miera ingat balik sindiran dorang...

sekarang.. Alhamdulillah.. miera dah berjaya membuktikan hampir kesemua kutukan mereka tak betul.

pesanan miera.. think positive, take everything sebagai benda yang baik. jangan sesekali memikirkan setiap kata adalah penghancuran kepada kita... and u will success...

hidup kita ini ibarat roda.. andai kita di atas, bantulah mereka yang di bawah untuk kita sama-sama merasa kesenangan. dan apabila kita dibawah, ucaplah Alhamdulillah, kerna Allah masih sayangkan kita dan Dia sedang menguji kita, jangan pernah sesekali berputus asa untuk terus berada di atas.. ^_^

LOVE story?? not in 2010 I guess.. next tyme maybe.. ^_^

selamat tinggal 2010... semoga selepas ini.. lebih banyak perkara yang baik akan berlaku

Wednesday, May 26, 2010

..Siaran Langsung Terakhir dari Makmal Komputer 5.. Goodbye... :.

assalamualaikum all...


first skali.. kite layan lagu nie dulu k.. sambil dengar lagu sambil bace en3 ngarut nie best jgak..




hari nie merupakan hari kedua terakhir program 3P kitorang.. hari nie last kitorang masok kelas dari pukul 9 sampai kul 5..

besok last day, kitorang akan menduduki satu lagi test code 702 untuk melayakkan kitorang mendapat sijil ComptiaA+..



semalam pon kitorang dah test.. code 701.. Alhamdullillah... miera lulus test tue.. mudah-mudahan esok juga dipermudahkan.. amin...

terasa sedih jek... yerlah.. esok bukan setakat hari terakhir miera menyertai program ini..esok juga mungkin menjadi hari terakhir miera sebagai seorang pelajar UiTMCS.. insyaAllah...

dan mungkin juga menjadi hari terakhir miera bersama rakan-rakan same course.. yang dah bersama miera selama 3 tahun.. banyak suka duka dah di lalui bersama..


siyes sedih dah nie.. *control air mate dari jatuh..malu lah den kalau nangis nie.. budak2 laki banyak la plak dalam kelas nie.. *

miera berharap sangat2.. dengan adanya sijil kursus ini, peluang kerja tuk miera bertambah luas.. dan miera gak boleh aplikasi apa yang di ajar dalam kehidupan seharian miera..

mungkin jugak ade yang gelakkan miera, "orang lain dah berkurun taw pasal selok belok komputer, ko lak baru nak belajar.. Loser.. Noob.. " tapi.. nevermind.. at least i have effort to learn.. better late than never.. kan??

dan mudah2an gak, dengan adenyer pengetahuan ini, akan di lakukan untuk jalan yang elok.. bukannyer digunakan untuk menunjuk2 ker, memusnahkan orang lain ker.. menyalahgunakan ilmu yang dituntut..

hurrmm.. sungguh cepat mase berlalu.. rase cam baru semalam miera cakap yang miera akan menghadiri kursus 2 minggu lepas habis exam.. pejam celik pejam celik.. dah habis pon kursus..

dan masih jugak terbayang di mata, hari pertama mendaftar sebagai pelajar Diploma Kejuruteaan Elektrik (Elektronik) di UiTM Kota Samarahan ini..

mate bengkak lagi waktu tue.. tarikh mendaftar lak 7 hari lepas pemergian arwah uncle (Uceng).. baru nak pujuk mate, jangan menangis lagi.. dah kene berpisah dengan seluruh isi rumah..

walaupun tak lah jauh mane.. cume 45 minit perjalanan dari rumah ke UiTM.. memang terasa sangat2.. mungkin disebabkan tidak pernah berjauhan dengan family.. dan mungkin juga miera merupakan anak manja..

masih segar di ingatan.. arwah Bapak *tarik nafas panjang2.. tahan diri dari menangis..* hantar miera ke UiTM ini.. dengan bertongkat.. sebab waktu tue arwah baru lepas operation kaki bcoz of infection kat kaki dier + dier menghidap kencing manis..

walaupun bertongkat.. tetap gagah hantar anak dier yang sorang nie masok U..

*dah tak mampu tahan air mate dah*

miera ingat lagi..waktu tue.. miera masok hostel.. bilik miera tingat 2.. pastu.. jalan dari parking untuk tempat register pon jauh.. dier ikut miera sampai register jek.. pastu dier ngadu penat..

lepas miera masok bilik..hantar barang semua.. jumpe dier kat kantin.. macam biaselah.. dengan sifat pemurah dier tue.. dier belanje makan sape-sape yang dier kenal kat kantin tue..

I really2 miss him...

beberapa hari lepas miera termimpi dier..dier panggil miera...

"A..ctok lok.. tolong beli Ayam Masak Merah k bapak.. dabel ah.."

dalam mimpi tue.. dier temgah duduk ngan member dier kat kedai makan.. miera renung jek muka dier..muke cam biase miera tengok.. bersih..segar....

*aduhh.. dah basah habis tisu nie...*

ok2.. kite kembali pada topik asal..

dah hujung2 nie.. baru la rase seronok ckit.. miera akui lah.. miera kadang-kadang tak selesa gak lah kat cni.. sebab mule-mule dulu.. budak2 laki nie tak nak layan miera sangat.. kebelakangan ini jek baru ok..

bukan ler nak mengatal *cikit ade lah..hohohoho* tapi memang siyes.. miera kurang selesa bergaul dengan perempuan.. lagi selesa bergaul dengan laki.. naper eh??? entahlah.. mungkin persekitaran miera dari kecik macam tue kot..

tapi.. sebetolnyer.. miera tak reti berkawan pon.. huahuahuahuahua... anti-social ckit.. ngeeee~~~

dah lah.. melalut2 dah cite nie,, aku sendiri dah naik bosan nak taip...

di kesempatan ini.. miera ingin mengucapkan ribuan dan jutaan (K + M= ??) kepada semua rakan-rakan miera yang sangat2 menjaga miera sewaktu program 3P nie dijalankan.. temankan miera makan.. sediakan payung dan sudi memayungkan miera ketika hujan hari tue.. terima kasih banyak-banyak...

special thankz jugak kepada mereka2 yang terlibat dalam memberi semangat dan sudi mem"back-up" miera sewaktu kes palat-memalat hari itu.. thanx guyzz... lebiu.. ^_^

seribu kemaafan ku pohon kepada semua rakan2 yang pernah ku kenali sewaktu menuntut ilmu di UiTM Kota Samarahan ini.. mohon di halalkan segala yang pernah kita kongsikan bersama.. mohon dihalalkan segala ilmu yang pernah miera belajar dari korang semua.. halalkan jugak hutangku..

dan sekali lagi.. TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA... jasa anda semua tidak akan dapat miera balas.. hanya mampu miera bermohon kepada Allah untuk membalas jasa2 anda.. semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di hari kelak.. amin...

sedeh la plak rasenyer.. updet blog kali terkahir menggunakan PC dan internet UiTM nie.. walaupon selalu ku maki hamun wireless UiTM.. tetap gak dia menjadi pilihan ku untuk mengetahui keadaan dunia... thankx UiTM.. ^_^


oh ya..trainer 3P kitorang belanje kitorang makan KFC sabtu lepas.. kitorang bayar 5 henget sorang jek.. yang lebih tue dier yang payung.. kitorang dapat snack plate sorang satu.. tq SIR PATRICK ANAK ANJAN.. (extra ucapan: Selamat Hari Gawai..Gayu Guru Gerai Nyamai wat sir..)

-trainer kitorang... Sir Patrick-

last but not least to all my fren..



nota ngegade:
  • ade orang tue cakap miera hipokrit.. ini bukannyer kali pertama dier cakap macam tue.. dah banyak kali dah.. so, i think.. maybe he is so true.. -_-
  • hari jumaat nie makan hol ke 3 arwah Uceng.. Al-fatihah...
  • wish me luck for my test esok... tq..
thankx to: pakcik google.. yang membantu ku mencari gambar...

Tuesday, March 31, 2009

-Masalah berulang-


-pict tatapan aku minggu tok...geram nangga pipi Harris ya..ngan matanya...peeehhh~~ mun aku jumpa org laki mata cam harris tok..siyesly...aku akan suka ngan matanya....terguda seketika...-

assalamualaikum all...

aku rasa cam dah lamak dah aku x crita sal masalah tok...

sbb nya xda terjadi lagik...

n hari tok, nya jadi lagik...

apakah masalah tue?? masalah ketiadaan air di Gading...

adohh2.... dah lamak x da, tba2 lak boley wujud balik masalah nie...

pagi tdi aku mandi ok jek air, tgh2 mandi tue, tbe2 air mengecil lak...
ingtkan sbb ramai yg mandi..rupe2nyer...xder air...means yg aku pkai tuk mandi n cuci baju tue is lebihan air la...

sampai skrng nie...air ade, tp, kecik gler...

kjap lagi la aku mandi...

eerrmm..berbalik ngan study yer....tbe2 tdi, madam gtau yg khamis pagi, ktorg ade test...

siot la...

malam tue pon ade test, jumaat pon ade test, jumaat lak nak kne anta assingment programming...

huhu..aku pon dah x tau ape nak buat skrng...test khamis malam tue, aku rase aku akan wat salah satu dari nie jek

a) x g test
b) hantar kertas kosong yg just tulis name...

tp, aku rase, aku nak wat yg b tue...sbb...aku x der "B" hikhik....lagi satu sbb nyer...kut2 madam ley la kasik markah sbb aku tulis name n no kad matriks ngan betol...hekhek....

amacam?? bijak tak aku...
dalam hatiku berkata "bijak t**k kucing...."...ekekekeke //inilah penangan kestressan..

tdi ktorng ade majlis bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik...
dah lah aku xder bwk baju kurang yg ok lebey..
aku bantai jek pkai baju kurung lame...pkai kasut sport Fila lak tue...

tbe2. madam gtau yg aku kne nek ats stage, tlong kasik hadiah kt Dekan...

mukan aku yg kasik hadiah, maksud aku...

ala....yg slalu ats stage bwk dulang tue...tp...aku swoh flor yg wat, aku susun sijil jek kt blakang tue...ekekekeke...flor cantik...x per...dier ley wat...smua org dok pandang...aku nie...ape lah ade kan...hikhik... (^_^)

-SETIAP KURNIAAN DATANG BERSAMA TANGGUNGJAWAB-

Monday, March 9, 2009

-EES TEAM BUILDING-

assalamualaikum all....

nie nak wat entry lam bm lak lah... sbb ai tau, byk my follower nie bkn nyer swakian...so, ade yg x paham bile entry lam bhse swak..peace all!!! hehehehe....

hari Sabtu lepas berlangsung lah EES Team Building....sem nie...yg handle team building is Part 2... bessttt siiooott...kohkohkoh...have fun sepanjang aktiviti...fun ker?? boley lah..x penat sgt....yeker??? penat lah gak sbnrnyer...hokhokhok....

sememangnya..team building nie adalah satu aktiviti wajib bagi fakulti kami...setiap sem mesti ade team building nie...cume sem2 kebalakangan nie sambutan semakin menggalakkan...ingt lagi waktu ktorg part 1 dlu, ktorg jek yg join n x sampai 10 org part 2...senior2 len...x nampak sorang pon...huhuhu....waktu ktorg part 2 lak, ktorng lak yg kne handle team building nie...mule2 ktorg ingt yg join pon mcm ktorg dlu lah kan...just bdak2 part 1 n kakak2 part 3 disamping 2 3 org abg part 3...tibe2 lak boley jdi ramai....tp ktorg handle dlu adelah senior yg x puas aty sbb dierorg ckp ktorg wat aktiviti yg terok...padahal, waktu ktorg part 1 dlu, lagi terok ktorg kene...x kesahlah waktu tue...yg penting...mmg best...smua studeng EE bley berkumpul bersama2 dan membentuk sebuah pasukan...itulah misi dan visi team building nie diadakan...since dari dlu, klu team building...akan berlangsung nyer Explorace...kene buat mcm2 cabaran yg boley mengajar ktorg tuk membuat satu pasukan yg bersatu padu dan hormat menghormati ant satu sama lain....

tp...sem nie...diorang namo buat explorace diorang ckp ramai yg x ske...ye eh?? xtaulah...tp klu explorace mmg memenatkan....n klu dier wat explorace...means...3x dah miera join explorace in this sem jek...tp...alhamdulillah...diorang x wat explorace, ktorg men bdk2 jek...just 4 fun sahaje....

klu diikutkan notis yg diorng tampal, aktiviti bermula pada pkul 7 pgi....so. lpas subuh pagi tue..miera pon siap2 dah...tp lewat ckitlah...kol 7.05 bru hbis mandi...nak siap2 lagi...tp jenguk2 lah gak kt tingkap...xder sape2 pon jln waktu tue...so. ilek2 jek....msg ngan umie, umie bru bgn tdo...hahahahaha....diorang dah plan gerak kul 8...dalam pkul 8 lebey baru ktorg gerak...sampai jek kt padang tue..x ramai lagi yg datang...inilah masalah utama dak2 ee nie...g kelas pon lambat...huhu...sampai mengamok lect, bru nak ubah sikap...hokhokhokhok...tp...yg sure, AJK pon bru sampai time tue...hehehe....tue lah kut mslhnyer...masa terlalu awal...slalu nyer aktiviti akan start kul 8, tp diorang plan kul 7 plak...n for sure...ramai yg pegi ngan muka baru bgn tido...eeee...mucuk2...x mandi...hekhekekhek...

aturcara ktorg pagi tue bermula ngan acara membaca doa..lpas tue acara memanaskan badan ckit....n ktorg pon dibahagikan dalam satu kumpulan...n mistake diorang is...x adekan sesi suai kenal dalam satu kump...so, miera x tau name2 ahli kumpulan miera...cume knal muke sahaje...yg part 5, snior ktorg tue kenallah...dak part 1 n part 3 miera x kenal sgt...tau muke jek..name...x tau...huhuhuhuhu.....

game yg 1st skali is...."perut belon"...bukan belon bhse swak ok..yg membawa maksud kapal terbang...tp balloon......belon tue ditiup dan diletakkan di perut...n ktorg kne bwak belon tue sampai ke penghujung garisan..setiap ahli kumpulan dikehendaki berjalan dalam satu garis lurus dan belon tue ditahan menggunakan blakang kwn didepan...hokhok..mau x sengsara..x ley pegang kawan dpn n x ley pegang belon...hohohohohoh....

game 2nd is...errrm...ape eh?? lupe lah....hurrrmmm..x kesahlah...ape2 pon...hari tue...padang mmg "licak" ape eh dalam bm?? becak kut...mmg ktorg dah mcm kerbau dah..kasut, selipar smua penuh ngan tanah2 basah...eh..ape2 jeklah bhse aku nie..(harap2 lah korang ley imagine yer...) dahlah byk gler lintah...mmg wat team building ngan lintah + anak katak ler gamaknyer....

game ape gak ktorg men hari tue eh??? aiyaaakk...lupe lah...hurrmm...ktorg ade men game passing2 air lam baldi menggunakan tapak tgn..sampai kt hujung, kne isi lam botol...hah!! game nie ramai gler yg men tipu...padang pon basah kan...mmg amek kesempatan..amek air tnh tue, letak lam botol...kohkohkoh..seb bek kump ktorg skema...ktorg x wat pon....miakakakaka....bersih jek air kumpulan ktorg...kumpulan len air kaler itam ler (gne news paper tuk serap air), berpasir ler, bertanah ler...mcm2 r...kohkohkohkoh...yg penting...enjoyyyy siooottt!!!!

hah...sebut pasal news paper...hah!! baru ingt... 2nd game ktorg ialah...ktorg diberi kotak n news paper + stapler.... ktorg disuroh mereka ape2 jek dari kotak n news paper tue..mcm2 lah yg timbul..ade baju robot lah, baju pahlawan lah...bangunan lah..mcm2 lah..kumpulan ktorg senang jek..wat kepala singa...tuk wat tarian singa...kohkohkohkoh..n yg plin lawak..satu kumpulan tue wat robot actually...kotak tue, diletakkan di blakang, kt dua2 belah kiri n kanan lak diletakkan senjata...lebey kurang cam pedang lah... tp..si model nie lak, boley lak wat benda lain...dier watkan kotak tue jd penyembur baja...dier jalan sekeliling padang tue, wat ala2..dier ngah sembur baja..mmg riuh r ktorg time tue...dok gelak ngan si syafiq nie..muke dier slumber badak jek..hahahahaha...

lpas tue ktorg ade aktiviti bawak bola menggunakan tali...bola tue diletakkan di atas kon yg kecik...lpas tue...sekeliling kon tue..ade tali.... ktorg kne pegang hujung tali tue n bwk bola tue sampai ke garisan penamat....klu jatuh, kne lak ulang dari mula blik...mmg ktorg byk kali jatuh..redha jeklah...kump ktog mmg x best...kohkohkoh...n miera the only muslim dalam tue..i gueesss so lah...x mesra langsung ngan ahli kump tue..klu ade break jek, miera lari ke kump len..lepak2 ngan diorg...kohkohkoh...nak berckp ngan ahli kump sendiri pon diorang wat x lyn..bek saye bwak diri jek...

ape eh lagi acara?? errm..hah satu lagi...ktorg kne passing2 belon yg diisi ngan air menggunakan news paper...best woo...mencabar gler...dapat jek belon..kne bwk lari msokkan dalam baldi kt hujung padang....lpas tue. passing2 x ley men letak jek..kne baling ckit..ckit pon x per...tp..seb bek kump ktorg menang..best2...dapat hadiah woo...ssssshhh!!!! ehem2...

lpas tue, ade aktiviti individu...aktiviti musical ball...penah dgr musical chair x??? mesti pernah kan?? yg men rebut2 kerusi bile music stop...tp kali nie..bdak2 laki nie kne men rebut2 bola...mmg gler gempak lah..dah mcm men ragbi dah..tau2 jeklah dak2 laki nie...kan lasak, lak tue mmg otak menipu smuanyer...wakakakaka...lawak gler tau...bola tue lak mmg diletakkan di tgh2 padang yg sememangnya becak sesgt...habis kotor smuanyer..tp lawak gaklah nenok diorang, sampai bergomol2 kt tgh padang tue berebut bola..almaklumlah...diorang nie ade yg men tipu, amek 2 bola sekali gus...gler lawak lah time tue...n pemenang bagi aktiviti tue is Abg Irshad..wakil part 6 yg hadir pada hari tue..the only 1 kut..yg len2 tue ramai yg bz sbb skrng nie ngah bz ngan tounament inter fact...cayalah abg MPP..hehehe

n last skali aktiviti ktorg hari tue is...dodge ball...ape itu dodge ball?? klu biase nyer dodge ball nie org men baling2 bola, sape yg kne, dier out or klu x kne, bola yg dibaling tue boley digunakan tuk membaling org len...tp...ktorng nie...gne belon yg berisi air...hah!! aktiviti nie lah pling enjoy....sbb lect ktorg pon join skali...setiap sorang akan dapat satu belon yg berisi air...ape lagi?? mmg mencari mangsa semuanya...n miera kenekan Umi...lpas tue..ape lagi..mengamok la si Irwan tacing tue...mmg miera pon basah ler kne baling ngan belon tue...tp..bkn stakat belon taw diorang knekan..ngan air2 lam botol pon diorang basah kan miera....kohkohkohkoh...n seperti ktorg sedia maklum..student2 EE nie mmg ske men air..so, ktorg dah siap2 pkai baju gelap.. (^_^)

for sure...mmg smua kebasahan hari tue...yg injured, smua kne...AJK2...smua kene..happening gler lah..mule2 tue aktiviti nie spttnyer ade pemenang..tp, last2 AJK ckp, aktiviti nie just 4 fun...
n dodge ball nie adelah aktiviti terakhir...lpas tue...MAKAN.....ktorg disediakan ngan bi hun goreng..sedap woo...layan jek mkn...n b4 mkn nie, IRWAN TACING telah injured, kaki dier terlanggar batu n membuatkan kuku jari kaki dier tercabut sepenuhnya..eee...tgok darah jek dah wat aku seram sejok...huhu..kesian dier..tp still gak nak control macho dpn Umie..x sakit pon...hahahahaha...padahal muke cam dah nak nanes tue..depan awek kan, kne lah control...wakakakakaka..

lpas makan..aktiviti last skali..penyampaian hadiah....part yg pling happening hari nie...kenape??? sbb time majlis penyampaian hadiah nie..diorang kne kan lecturer lak...seb bek r EN HASRUL HAFIZ nie mmg sporting orangnyer...tq sir...mule2 yg dapat hadiah is presiden EES, ASRI yg dah mmg gler kotor baju dier ngan lumpur n APRIZAL...mmg saje2 lah nak pelok sir tyme tue....mmg gelak besar ktorg nenok en hafizz tue elak diorang, diorang lak, mkn lah saje2 nak plok sir...dah basah ckit sir..lpas amek pict, diorang chow, sir wat2 cipak montot diorang..hahahaha...sporting kan lect ktorg?? saaayyaannnggg...lect2 ee....

time tue jek ktorg dah riuh dah...lpas tue, the only our abg senior yg attend hari tue amek hadiah....yg nie lagi dahsyat dier wat kat sir..dah lah dier kotor lpas men "musical Ball", amek jek hadiah, dier pelok sir, lpas tue, dier gesel2 kan kaki dier kt kaki sir....hahahahaha..mmg dah kotor sir...n plak tue, kump diorang nie byk kali menang lam aktiviti...mmg byk kali lah Irshad nie g amek hadiah, 2nd time dier amek, dah siap2 bwk botol air dah.tyme amek pict tue, slumber badak jek dier simbah air kt kepala sir...sir hasrul nie muke slumber jek..ttp mantain senyum.. (^_^)

ktorg mmg dah gelak gler2 dah time tue...n ktorg jerit kt abg Irshad nie..."Cornfirm r ko nie part 7, x grad punye ko sem nie..." hahahaha...hopefully x lah yer...smoaga dier berjaya dgn cemerlang nyer.....n soorryyyy ler kat sir, yg penting kite enjoy sentiasa.....(^_^)

-GO!! GO!! EES....CAYALAH EES...-

..Doa untuk mencari pasangan..