Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, May 20, 2011

..Aktiviti Hari Khamis: Nur Kasih The Movie..

assalamualaikum all..


hari ini (19 Mei 2011) bermula tayangan Nur Kasih The Movie.. kesinambungan dari drama bersiri Nur Kasih yang ditayangkan di TV 3 tidak berapa lama dahulu..

secara jujur ingin saya katakan yang sebenarnya saya tidak pernah mengikuti secara serius drama bersiri ini, hanya menonton satu atau dua siri. memandangkan ketika drama ini disiarkan di TV, bapak baru saja meninggal, dalam keadaan sedang berkabung dan bersedih, memang tak der minat langsung nak follow..

cuma taw sikit-sikit jek cerita ini berdasarkan cerita dari member2 termasuk la member2 laki yang mengikuti cerita ini dan tak kurang juga mereka yang meminati Tiz Zaqiyah. rasanya, kemunculan filem ini sangat-sangat dinantikan oleh penonton yang sememangnya mengikuti perkembangan drama Nur Kasih..

kebelakangan ini, kerap kali trailer Nur Kasih The Movie di mainkan di TV3, tak da niat langsung nak pergi tengok. ok! saya tipu, ada rasa nak tengok tapi, tak da lah penuh harapan.. kalau ada rezeki nak tengok, tengok lah kan.. tiba-tiba pagi tadi, ada sorang membe skolah tweet bagitaw dier nak tengok Nur Kasih dan carik sapa yang sudi temankan... dan saya pon tanpa ada niat mereply tweet berkenaan dengan "aku!! tapi ko kenak spons.." dan beliau terus mereply "petang kelak ku ambik kau.. lak mesej"

penghujungnya, pukul 3.30 petang, saya berada di dalam panggung di MBO, The Spring Kuching bersama 2 rakan, dan sebungkus pop corn.. tiket + pop corn + air + minyak kereta semua nya di sponsor oleh Siti Sabariah.. thanxzzzzz a lot bebeh.. masok dalam panggung, tiga-tiga buat pengakuan, tak ikut drama cerita tue.tapi semangat nak tengok mengalahkan orang yang betol-betol follow... ngehehehehe.. dan panggung ketika itu agak kosong, tak sampai separuh mungkin sebab dah habis lunch hour dan bukan hujung minggu or mungkin gak orang pergi ke panggung lain..


-tiket wayang.. bukti saya btol-btol menonton wayang.. hehe-

berbalik kepada Nur Kasih The Movie, seperti semua orang sedia maklum, filem ini adalah kesinambungan dari drama Nur Kasih sendiri yang mengisarkan kisah percintaan di alam perkahwinan di antara Nur Amina lakonan Tizz Zaqiyah dan Adam lakonan Remy Ishak..

filem ini banyak menggunakan unsur-unsur "flash-back" di mana penonton di bawa melihat penghujungnya kemudian barulah diceritakan secara teliti.. so, make sure anda menonton filem ini dengan penuh konsentrasi supaya orang sebelah anda tak perlu menceritakan lagi kepada anda apa sebenarnya yang telah terjadi..

permulaan kisah ini sudah cukup menyedihkan apabila meliha Aidil lakonan Fizz Fairuz menghadapi kehilangan seorang yang amat di sayangi nya.. memang payah menghadapi kehilangan seseorang dalam keadaan kita tidak bersedia

filem ini juga menggunakan teknik seperti seseorang menceritakan kembali kisah hidup 3 insan ini.. suara Dato' Rahim Razali digunakan, tak dinafikan gak la, alunan suara beliau sedikit sebanyak menghidupkan filem ini..

lepas tu, penonton akan disajikan dengan banyak pemandangan yang indah di pertengahan filem ini di mana lokasi pengambaraan ialah di Jordan.. seriously sangat-sangat indah pemandangan nya walaupun hanya batu-batu besar di padang pasir.. bak kata Nur Amina "Masya Allah.. macam lukisan" di jawab pulak oleh Adam.. "Lukisan Allah Nur" =) tidak ketinggalan gak dengan kehijauan sawah padi.. nice..nice..nice.. ^_^

di samping itu, saya melihat filem ini mempunyai kekuatan di atas setiap pelakon nya.. tahniah kepada semua pelakon yang begitu menghayati watak dan berjaya membawanya dengan superb!! anda tak akan melihat satu pun watak yang lakonan nya "keras" dan mimik muka tak selari dengan apa yang diperkatakan..

selain jalan cerita ini sendiri yang menarik, lagu-lagu dalam filem ini juga sangat indah dan mampu membuatkan air mata anda tanpa segan silu berguguran umpama mutiara.. antara lagu yang digunakan ialah Lagu Kita (aizat), lagu dari Bob AF2, Mila AF (yang nie membuai perasaan di penghujung filem) dan beberapa lagu lain dan sudah semestinya lagu utama filem ini sendiri Nur Kasih dendangan Yasin dan Tizz Zaqiyah sendiri.. yang frust nya ialah.. lagu ini hanya dimainkan sedikit sahaja.. huh..

namun, sedikit kelemahan filem ini pada pandangan saya ialah.. jalan penceritaan yang terlalu banyak flashback dan suspen yang menjadikan penonton mula keliru.. mungkin Kabir Bahtia ingin menimbulkan unsur suspen dan lain dari filem melayu yang lain, tapi saya sebagai penonton mula merasa keliru dan membuat andaian sendiri mengenai perjalanan hidup Adam, Nur dan Aidil..

walaupon malu nak mengaku.. tapi bagitaw gak lah.. saya menangis dalam panggung dari awal sehingga akhir filem ini.. sobsobsob..  dan ini adalah kali pertama saya menonton filem cinta Melayu di pawagan selepas cerita Sembilu berpuluh tahun lalu.. sebab nya.. filem cinta Melayu hampir kesemua nya sama.. dan Nur Kasih The Movie telah memberi satu cerita lain dari lain..

so. overall saya bagi 4.5 dari 5 bintang... and two thumbs up untuk filem ini..

kepada sesiapa yang tak tengok lagi tue, sila lah pegi tengok.. tak rugi pon korang tengok filem ini.. oh ya, pelakon dalam filem nie banyak yang comel dan berlesung pipit.. Mia Sara, Alias (abang Mia Sara) mate dier sangat cantek.. Fizz Fairuz dan beberapa kanak-kanak Arab.. comel lagi hensem okeh.. =)

extra: lepas tengok wayang, jumpa membe-membe lama kat Kubah Ria. lama gila tak jumpa dorang nie.. akhirnya boleh chill out sesama... ^_^

Thursday, December 23, 2010

..Setelah Memendam Rasa Seminggu.. HKLBR

assalamualaikum all...

akhirnyaaaa... semalam miera g tengok wayang sekali lagi.. cite ape???



HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH..

tercapai gak hasrat nak tengok, mule-mule plan nak tengok hari Selasa, tapi adik miera macam nak tak nak jek temankan. tanye kat aunty, dier cakap kalau tiket 6 ringgit baru dier nak pegi. ok lah.. postpone lak hari rabu.

check kat dalam website and newspaper local, HKLBR start pukul 2.. pukul 12 lebeh kitorang gerak dah. sebab risau tak der parking. sampai-sampai kat cineplax, tak der pukul 2 pon, pukul 3.45.. argghh.. rase cam nak pasrah jek kalau tak dapat tengok. my aunty dah ajak tukar filem, tengok "Aku Masih Dara" (alhamdulillah.. =p) tapi ku tamo...

tanye kat semua yang ikut, dorang cakap tak kesah kalau tunggu.. so, ronda-ronda lah dulu kat shopping complex. memandangkan semalam movie day, so banyak la budak-budak ntah hape-hape kat "pasar" sekitar pusat bandaraya. rase-rasenyer remaja-remaja nie bukan budak bandar Kuching kot. kebanyakkan datang nek bas or van sapu. dari penampilan dah leh detect. =)

wayang start 3.45. beli tiket before pukul 2. dah lebih separuh full (tinggal seat kat 3 barisan depan jek).. puuhh.. dahsyat penangan cite nie. maybe disebabkan movie day gak kut. selalu tengok wayang tak der la full sangat, sekali semalam punye la full sampai terpaksa duduk asing-asing ngan family.

bagi sesiapa yang tak tengok lagi cite nie. baik korang pegi hujung minggu nie.. sangat-sangat la berbaloi keluar duit beli tiket wayang tue.setakat semalam, menurut dari fanpage rasmi filem nie kat Facebook, filem nie dah mencecah kutipan tiket RM5juta. dan miera menyumbang sebanyak RM6 dari 5 juta tue.. =p

tamo cite sal sinopsis filem nie sebab miera percaya ramai yang dah tulis pasal cite nie. dipendekkan cite, filem nie sambungan buat filem Zombi Kampung Pisang.

plot cite dier not bad, tak der la cume ade certain-certain part yang best giler-giler, pastu bosan nak arwah. HKLBR nie plot dier ade turun naik, mule-mule seram pastu lawak pastu jiwang pastu lawak pastu serius pastu lawak balik. so, tak der lah sepanjang mase nak gelak dan tak der la satu-satu part tue meleret-leret.

macam biase lah cite Mamat Khalid nie walaupon lawak, tetap dier masukkan mesej dalam setiap filem dier. dalam filem nie Mamat Khalid menyindir sikap masyarakat Malaysia sekarang nie yang tak nak ambil pusing tentang keadaan jiran tetangga. walaupon duduk sebelah rumah, tak taw pon ape yang jadi kat jiran.

kekuatan filem ini rasenyer terletak pada populariti filem Zombi Kampung Pisang, di mana rasenyer ramai yang excited nak taw ape kesinambungan cite tersebut. lepas tue promosi filem nie pon macam meriah jek. tiap-tiap hari ade jek video-video thriller HKLBR di share kat Facebook. mungkin tue yang membuatkan orang tertarik nak ke panggung.

ditambah pulak dengan pelakon-pelakon yang hebat-hebat belaka. gandingan Awie dan Johan Raja Lawak dilihat menjadi dalam filem ini. di tambah lak dengan watak Ucop yang tak reti penat goyang-goyang kan tangan dier tue. susah taw nak carik lelaki bertangan lembut macam tue. miera sendiri pon tak dapat nak buat gaya tue.. hakhakhak..

apa yang pasti, lepas nie mesti lagu "enjet-enjet semut" bakal menjadi ingatan dan siulan kita. budak-budak sekarang mane reti main enjet-enjet semut. smua dok mengadap FB. at least, bile ade cite nie, budak-budak pon mule la kenal kembali permainan dan nyanyian dulu kala.. hehe..

unfortunately, semalam ade beberapa perkara yang telah membuatkan mood miera untuk tengok cite nie spoil. seperti yang dinyatakan tadi, banyak budak-budak pelik tengok wayang semalam. ade ker patot, panggung tak digelapkan lagi, dier dok kecoh-kecoh suroh top lampu. benggong!! dok main jerit-jerit lagi.

part yang tak lawak dorang gelak macam nak hape. wat sakit aty jek. pastu dok jerit-jerit ejek kawan dier. kene lak miera dok sebelah geng-geng iban kot. yang pasti bukan dak melayu. dok cite-cite macam-macam. pastu menguap, keluar bunyi tak hengat. macam harimau. dok jerit macam-macam.

hah!! lagi satu perangai budak melayu depan miera. gelak pastu dok keluar perkataan pelik-pelik dari mulut K!m*k!!. bukannnyer orang dewasa,  budak sekolah lagi rasenyer. nak kate buta, tengok wayang. nak kate celik, dier tak nampak ker budak-budak kecik kat sekeliling dier? budak yang bawah umur.

memang dah panas dah time tue, tunggu jek dier kluar perkataan tue sekali lagi, memang kene sound tak pon terajang kerusi dier. tapi rasenyer dier dengar kot miera merunggut dorang bising sangat dok ejek-ejek kawan dier yang duduk kat seat seberang. yang kat sebelah miera pon dier perasan kot miera jeling.

tue yang tak suke tengok wayang hari Rabu. cisss...

ape yang pasti.. miera nak tengok cite tue lagi!!!! ade tak sesiape yang sudi bawak miera tengok HKLBR??? anytime.. miera nak ikuttt~~~~

Saturday, December 18, 2010

..Yeay!!! g tengok wayang..

assalamualaikum...

tengah hari tadi (Jumaat, 17.12.10) *entry ini telah dischedulekan..harap maklum* miera telah diajak oleh my aunty ngan anak dier pergi tengok wayang.. cite ape??

-THE CHRONICLE OF NARNIA: THE VOYAGE OF THE DAWN TREADER-


siyesly, miera tak minat sangat tengok cite-cite macam nie. tengok-tengok macam tue jek, boleh lah. tapi nak g panggung tengok movie macam nie, kurreenngg berminat sikit.

kalau miera sendiri lah kan, miera tak berape gemar la nak tengok cite orang puteh kat panggung. sebabnyer ade 2 jek. 1st, dalam internet berlambak, boleh gak jimat duit nak beli tiket. 2nd dah name pon cite orang puteh kan, dah sah-sah orang puteh pon banyak yang menonton, so even korang tak pergi tengok pon still dorang ade penonton yang sendiri. lagipun kalau filem dorang box office pon, bukan dorang ade bagitaw terima kasih buat penonton2 di Malaysia.. kan?? itu just pandangan miera lah. kalau korang tak setuju pon, never mind, duit korang yang kuar g panggung.

setakat nie, miera lebih suke tengok movie hollywood/bollywood just dari internet or vcd jek. semenjak dah pandai masuk panggung sendiri nie (walaupon jarang, setaun sekali jek masok panggung), miera prefer masuk panggung untuk filem-filem melayu yang miera rase berkualiti dan keutamaan untuk filem bergenre komedi. kalau romantik tue, tak minat sangat la. sebab rase tak berbaloi jek keluar duit tuk tengok filem-filem Malaysia yang berunsur romantik ntah hape-hape tue. jalan cite, semua hampir same. anak orang kaya, joli sana, joli sini, sakit, gaduh, rempit sana, gaduh sini, judi sana dan dedah sana sini. lagi best layan Oh Yeah! kat Astro Warna. leh gelak guling-guling.

ok.. back to the story. miera just pernah tengok 1st filem untuk Narnia. tue pon kat TV hari tue dan sudah semestinya tak tengok dari awal sampai habis. tengok cikit-cikit jek. ok lah, not bad yang 1st tue. dan diakui miera memang tak ikut perkembangan movie nie.

tadi pon sebab ade orang nak belanja dan miera pon dah lame tak tengok wayang, on sajaa.. ok lah cite narnia yang ke 3 nie. tapi rasenyer yang 1st lagi best kowt. yang 2nd miera tak pernah tengok. miera suke tengok harimau (Aslan) jek dalam narnia nie.

mengisahkan pengembaraan Edmund dan Lucy serta sorang watak tambahan, sepupu dorang (Eustace) ke Narnia. abang n kakak dorang tak der dah, dorang dah dewasa, so tak leh geng ngan budak-budak dah. hehehe.. kali nie, pengembaraan dorang adalah di lautan. mengisahkan dorang belayar untuk ke "hujung-dunia" di mana dipercayai negara Aslan. di samping tue, dorang gak ade misi sendiri di mana dorang kene carik ke tujuh-tujuh pedang sakti yang diperlukan untuk menghapus kuasa jahat.

nak taw lebih lanjut, glah tengok cite nie sendiri.. ^_^

lagi yang menarik tentang movie nie: PRINCE CASPIAN tersangat lah hensem. ade tak sesiapa yang macam dier kat Malaysia nie??? =p

next week mesti gak tengok Hantu Kak Limah.. biar sorang-sorang kat panggung. tetap gak akan pergi.. nak pergi tadi, tapi cite tue start pukul 2. and my aunty memang tak nak langsung masuk panggung tuk cite melayu. dier cakap macam tak berbaloi jek. lagi pon dier bukan nyer amek kesah langsung pasal jalan cerita, dier nak tengok gambar yang cantik jek.

oh.. dalam panggung tadi tak sampai 10 orang pon penonton. maybe sebab bukan hujung minggu+tengah hari+hari jumaat+solat jumaat. so, selesa lah dan lagi satu kitorang masok panggung lewat 10 minit. ngeeee~~~ =p

p/s: have a great weekend guysss...

pict: credit to Mr Google.

Friday, December 17, 2010

..Ramona and Beezus..

assalamualaikum all...

hari nie nak cite sal movie yang baru miera tengok secara online "Ramona and Beezus"


bagi miera cite nie besssttt sangat sebab ade pelakon yang sangat comel..
memegang watak sebagai Ramona, Joey King nie sangat-sangat la comel. dengan mate bulat kaler hijau, dengan mulut yang sangat comel dan celoteh serta kaletah yang aktif.. geeraaaammmmm sangat tengok budak nie.. kalau dier nie kat depan mate, memang dah lame den geget-geget.... =)

sinopsis cite ini:
"filem ini mengisahkan tentang kisah dua beradik, Ramona dan Beezus. Ramona merupakan seorang budak yang agak aktif, nakal dan sering ditimpa perkara-perkara yang memalukan beliau di hadapan rakan-rakan dan keluarganya. namun yang demikian, Ramona merupakan seorang yang sangat kreatif dan ingin menolong mempertahankan rumah mereka. Mereka mempunyai sepasang ibu-bapa yang sangat sayang akan mereka dan sentiasa melayan mereka dengan penuh kasih sayang. Filem ini adalah adaptasi dari sebuah novel yang juga bertajuk "Ramona and Beezus" hasil tulisan Beverly Cleary"

-cover page baru dan lama novel Ramona and Beezus-

ade gak part dalam movie nie yang membuatkan miera menangis (menangis lagi.. sensitif sungguh diriku ini..huhuhu).

bagi miera filem ini sememangnya jelas memaparkan kasih sayang dalam sesebuah keluarga amat penting. kasih sayang antara ibu-bapa dan anak-anak, kasih sayang antara adik-beradik dan jugak kasih sayang antara manusia dan haiwan.

jom kite berkenalan pulak dengan 2 pelakon utama filem ini..


first sekali.. budak paling ccchhhhuuummeeeellll~~~ Joey King yang berlakon sebagai Ramona Quimby. dak tecik nie baru jek berusia 11 tahun. Lahir pada 30 Julai 1999. cite nie bukan lah 1st filem beliau tapi merupakan filem sulung beliau memegang watak utama. dak nie gak banyak berlakon dalam iklan-iklan TV. menurut wikipedia, dier dah muncul dalam 104 commercial.

Joey nie gak pernah muncul dalam beberapa siri TV terkemuka seperti "The Suite Life of Zack and Cody", Jericho dan CSI. bukan setakat memaparkan wajah beliau di layar skrin, suara Joey juga pernah digunakan dalam cerita "Ice Age:Dawn of Dinosaurs" sebagai watak Beaver Girl.

ape-ape pon. budak nie memang tersangat la comel dan lawak. pandai dier wat ekspresi muka yang pelbagai. dengan mate yang besar tue.. eee... gerammmm~~~

watak kedua dalam filem ini ialah Beezus yang dilakonkan oleh Selena Gomez. mule-mule tengok movie nie ingatkan dorang nie betul-betul adik beradik. sebab muke siyesly sijibik. Selena Gomez nie baru jek berusia 18 tahun. dier nie dah lame dah berlakon terutama sekali untuk Disney. bermula pada seawal usia 7 tahun dalam "Barney & Friends" dan pernah muncul dalam Hannah Montana serta menjadi model dalam video clip Jonas Brother. filem pertama beliau ialah "Spy Kids 3D-Game Over"


dan miera mule suke tengok dier nie lepas tengok cite "Another Cinderella Story". comel gak budak nie, dengan gigi yang sedikit "rabbit". dalam cite Another Cinderella Story nie dier banyak menari and badan dier sangat-sangat lembut. tue yang jadi suke tengok dier nie berlakon. oh.. menurut wikipedia, Selena Gomez nie dah ade plan untuk buat  "fashion line" dier yang tersendiri yang bernama "Dream Out Loud by Selena Gomez", jadi ker tidak perancangan tersebut, wallahualam..

tak ketinggalan gak, pelakon tambahan lelaki yang sangat Hensem.. aauuwwww... *lap air liur*, Josh Duhamel yang turut membintangi siri Las Vegas. dier nie tak der ape la sangat dalam cite nie, tapi disebabkan kehenseman beliau, turut menambah rase sukkeee sangat tengok filem nie.. =p


errrmm.. tue jek lah nak cite. walaupon cite nie dah lame kat panggung, miera baru perasan akan kewujudan cerita nie lepas terjumpa novel "Ramona and Beezus" kat bookstore hari tue.. dan dengan secara tidak langsung, i know what book to buy next.. =p

ape-ape pon, enjoy~~~~

picture: credit to Uncle Google

p/s: balas dendam buat entry hari-hari setelah agak jarang nak update blog setahun nie.. =)

Sunday, June 7, 2009

::Cinta Lama Berputik Kembali::
















assalamualaikum all...

skrng nie miera btol2 berada dalam mood hindustan..
entah ape yg merasuk ntah..
gler2 nak carik cite2 industan..
dgr lagu industan..

satu perkara yg lame gler x buat..
klu nak taw..
miera tyme skulah rendah dlu amat gler2 ngan cite2 n lagu industan nie..
tiap2 minggu beli album ost cite industan nie..
siap dpt poster free..
lpas tue sanggup bli majalah "HELLO"..
every week tue.. everything about bollywood...

tp.. tue kesah dlu..
dah msok skolah menengah..
dah start x minat dah...
x taw lak minat ngan ape dah..
hokhok..

n my fav actor is Shah Rukh Khan..
pehh...lakonan dier...
wase cam btol2 dah jatuh aty ngan dier...
setiap lakonan dier..
mmg meresap sgt dlm diri..
cewaaahh...

muke dier pon encem..
bdn dier pon ok-ok..
x terlalu tegap mcm Salman Khan..
geli saye melihatnyer..
care tarian dier...
peehh.. lembut...mengasyikkan..
yg pling penting...
mateeeee beliau tueee....
addduuh.... menusuk trus ke jantung..
*wink*wink*

n mlm tdi miera nenok cite Kabhi Kushi Kabhi Gham (K3G)..
aduuh.. mate pon msih bengkak nie.. hokhok..
lagu2 dalam cite nie pon yg terbaik dari ladang..
hokhok..

hari Jumaat tue..
ktorg g carik cite Mann..
semua kedai2 disc yg dirasakan menjual cite industan ktorng masok..
3 tempat yg boley thn dekat nyer ktorng pegi..
mule2 pgi Hock Lee.. carik kt Speedy..
xder la plak cite Mann..
cite Shah Rukh Khan lame2 ade lah..
lpas tue g Wisma Hopoh..
x jgak jumpe..
then pegi Choice Super Mall..
last2 plang ngan penuh kehampaan..

ekceli ktorng nie windu gler nak nenok cite tue..
so...
klu ade sesiapa yg taw mcm mne nak dpt kan cite tue..
pleaseeee help me..
or ade sesiapa kt Kuching nie yg pernah jumpe disc tue di jual di mana2..
sile beri information yer...
mmg berharap sesgt dpt nenok cite tue... (^_^)

-PEOPLE DOESNT KNOW HOW HARD U OVERCOME YOUR OWN FEELING-

Wednesday, June 3, 2009

::SYURGA CINTA::







assalamualaikum all...

alhamdulillah... hari nie miera di beri kesempatan utk menonton wayang..aktiviti yg lame dah x buat... last skali nenok klu x slp.. LOS DAN FAUN...


cuaca di Kuching smmgnyer amat panas...peeehhh~~~ x tahan di buatnyer...n since hari Sabtu sampai lah semalam... mmg memenatkan...

hari Sabtu ade katering..akad nikah..50 separah jek... hari Ahad..majlis lak.. 200 separah... hari isnin.. umah ktorg lak ade kenduri tahlil..eh!!! bkn dah cte ker?? x per2.. cite lagi skali...n dlm byk2 tue.. mestla kt umah sendiri pling memenatkan.. mcm2 kne buat.. kne angkat kerusi+sofa+meja+karpet..mcm2 r.. klu ringan ok la.. nie ya ALLAH.. beratnyer... hohohohoho...

n dah plan dr malam tue lagi.. nak g tgok wayang hari selasa...eh.. lpe nak bgtau.. SARAWAK cuti.. hari isnin n selasa... so, ade 4 hari cuti.. best2...

orait...

miera pegi nenok wayang ngan family.. ktorg pegi 8 org.. tp yg masok panggung 7 org jek.. jaja nak "ngerayo"... dier pon bkn minat pon nenok cite tue.. biar jeklah dier...bdk laki.. biase lah kan... cuci2 mate.. mukekekeke...



ktorng nenok cite "SYURGA CINTA"
tiket harga 8 henget waima smlm ladies day
tyme ktorg nenok tue x ramai org..
almaklumlah.. tgok show pkul 12.30 tue..
bdk2 x bgn lagi.. hehehe..

cite nie.. dibintangi oleh awal ashari, heliza af5 n adik haziq yg slalu kt mma tue..
di permulaan cite nie...
awal mmg agk kuang asam lah..
bru blik dr obersea la katakan..
n lame lak kat obersea tue..
kire hanyut lah...hanyut tunggu nak tengelam dah.. mukekeke...
n dier ade adik angkat.. si haziq tue...
comel gler la dier tue..
mulut dierrr.... ggggrrrr... geraamm..


dalam cite nie...
watak awal ngan family dier kecuali adik kecik dier tue byk mempersendakan soal agama...
n yupsss... that is the reality...
sampailah awal nie jatuh hati ngan cikgu si Haziq nie...
cegu syuhada (Heliza)

wpon si Heliza nie xder la byk sgt dialog..
tp smua yg kuar dr mulut dier..
peeehh!! mmg mendalam..
byk falsafah n pengajaran miera dapat dlm cte nie...
terlalu byk..
dr segi hidup, percintaan, hubungan..

n kompom r setiap filem or cite.. mesti adegan yg kite ske...
n dlam Syurga Cinta nie..
part miera suke..
1st..smua part haziq...ssssoommeeelll sesgt..
2nd.. part awal n membe2 dier yg membawa dier kepada Heliza.
3rd..part awal di sroh d ajk solat n jd imam.. part nie pling lawak..
4th.. part awal ckp tentang rancangan dier n membe2 dier..sedey r gak part nie..
5th.. part awal dah insaf dr sebab ego dier nak "minum" blik.. n tyme nak minum tue dier bace "bismillah".. trus dier buang air tue...
n byk la part2 best..

tp ape2 pon..
miera rase miera suke beberapa dialog dlm cite nie..

ade org ckp cite nie same cam
"Kiamat Sudah Dekat/Hampir" *konfius which one*
cite indon..
tp, 4 me...
cite nie jauh sgt bezanyer..
cite nie ade lawak+menGERAMkan+sedey+nasihat
so.. miera kasik 4 bintang kt cite nie..

n nie... antara dialog2 yg miera ingt
.."wanita umpama bunga di dalam botol kaca, hanya org tertentu yang hebat jek dpt menyentuh dan merasainya"..
.."klu sy ditakdirkan jatuh cinta dan org yg saye cintai itu meninggalkan saye, saye akan redha.. sbb yg pling penting.. dier penah membahagiakan hati saya.."..
"sebetolnyer.. ade 3 jodoh.. PERTAMA.. jodoh dari syaitan..di mana ..anda berkenalan dan membuat zina...dan anda berkawen...KEDUA.. jodoh dari jin.. di mana.. anda sukakan seseorang tp dia tdk sukakan kamu.. lalu kamu pun menggunakan ilmu hitam utk mendapatkannya...dan KETIGA.. jodoh dariAllah... anda berkenalan dan terus bernikah serta menjauhi zina.. dan..inilah yang dinamakan SYURGA CINTA"..
n ade lagi satu..
tp miera btol2 lupe.. huhuhuhu...
miera selitkan ckit word lawak dr awal..
"puasa khatan".. hokhok..


ape2 pon.. miera rase mmg berbaloi tgok cite nie..
wpon tiket 8 henget..
sbb ade org blanje..
klu bkn org blanje mmg sah lah aku x g..
dlm wallet pon ade 2 henget jek..
dlm bank pon ade 20 henget jek..
hohohohoh...


|untuk pengetahuan korang.. miera amek mase 3 hari tuk selesaikan en3 nie.. x tau la naper.. mmg xder mood gler2.. hohohohohoho..|

p/s: dialog2 tue miera tulis mengikut pemahaman.. bkn yg btol2.. hehehe...

-SILELAH AMBIL BERAT MENGENAI KUNCI DAN PAD LOCK DI RUMAH ANDA SUPAYA TIDAK TERSALAH MENGGUNAKAN PAD LOCK... HAHAHAHA-

..Doa untuk mencari pasangan..