Showing posts with label cyber. Show all posts
Showing posts with label cyber. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

..Apabila Saya Online..

assalamualaikum all..

hari nie, meh kite share2 ape yang anda akan buat bila anda online atau berada di hadapan PC/Laptop

kalau miera lak..aktiviti miera kalau on9 tak pernah lari dari beberapa perkara ini. My top list is CHATTING. hikhik

2 bulan lepas laptop miera buat hal, overheat. mule2 tue bile bukak program2 yang berat jek teros off. main game dalam application kat Facebook pon padam. kadang2 part paling parah bile bukak Microsoft Office pon padam. memang pressure gak lah tyme tue, lagi2 la dah nak hujung sem. assingment lak melambak + perlu gune software2 yang boleh tahan berat nyer. so, memang kene banyak2 bersabar la jawabnyer.

so, disebabkan diriku sudah ketensenan menggunakan laptop yang asyik padam..padam..dan padam ini, miera pon gune lah PC/laptop orang lain yang ade di rumah nie. dah name pon gune barang orang, tak boleh la nak online 24/7. yang paling wat mati kutu, dorang cakap, HARAM bukak MiRC. cettt.. bersabar jek lah den. tapi kadang2 curik2 gak bukak..huahuahuahua...

dah dapat balik laptop baru lah ku tersenyum bahagia kembali. miera suruh technician tue tukar fan, dier taknak. dier cakap dier wat cleaning service jek pon dah cukup. RM80 wat cleaning service okek!! tapi, yang tak bestnyer, sekarang nie pon kadang2 padam gak laptop nie..huhuhuhu..

eh..jauh nyer melalut..

meh kite terjah ape miera buat setiap kali online.. =)

1. Facebook
  •  untuk mengetahui update2 dari semua member2 dan ahli keluarga sekalian...

 


2. Check Email
  • yang nie just nak taw kot2 ada notification dari FB, ade komen terbaru kat blog atau promosi2 bookstore.
  • sekarang nie rasenyer YM miera ade virus kut, sebab kalau on jek, mule la nak hantar entah ape2 kat semua orang.. isk2.. so, miera on YM dari emel jek.
 

3. Blog
  • bukak blog, kalau ade orang tinggalkan jejak, miera g terjah..
  • tengok blog update kat list tepi tue.. so, wat korang yang tersenarai kat tepi tue, ^lurve_purple^ memang sentiasa bace blog korang. tapi, kadang2 malas nak tinggalkan jejak.. =)

4. MiRC
  • well.. miera nie dah cam addict lak ngan chatting nie.. dan pilihan miera MiRC.. sekarang nie miera tak layan sangat YM. kadang2 on YM pon sebab otomatik, check emel, YM akan on sekali. Chat kat FB pon serius miera tak layan.. dari dulu2 memang tak layan sangat.. so, kalau nak chat ngan ^lurve_purple^, join la MiRC k.
  • sekarang nie ^lurve_purple^ kebiasaanye ade kat DalNet (/server matrix.dal.net), server Sengal (/server irc.sengal.info) dan server MalayIRC (/server irc.malayirc.com)@ cenel kampung *promote2..hikhik*
  • untuk info anda, MiRC nie bukan sekadar untuk berchatting semata-mata, tapi ade gak cenel untuk main kuiz, uno, kaos dan macam2 lah.. dan terdapat banyak pilihan redio internet yang diterajui oleh user2 IRC nie.
 
-^lurve_purple^ ngah layan kuiz..top 10 tue.. hikhik.. yang kaler merah tue lak redio-

5. Radio

-dah main depan laptop nie, mesti la nak something tuk halwa telinga. so, miera akan on radio. sama ada radio yang selalu kite dengar lam kete tue or radio internet. kalau redio biase, miera akan pilih HitzFM online nyer. 
-bawah nie adalah redio yang akan miera on wat mase sekarang:-

  • miera baru jek berkenalan ngan redio nie. kalau nak taw, FrenzyFM nie bukan sekadar redio internet, tapi gak sebuah komuniti online. ala2 Facebook gak lah. dan lagi satu, dorang gak dapat dijadikan sebagai sebuah komuniti blogger. 
  • kat sini kite leh ade profile sendiri tuk add friends, join group, dengar radio, mintak lagu, chatting dan exchange link. 
  • kalau nak taw lebih lanjut, ape kate korang join sendiri k.
  • terima kasih kepada Nizam Limited yang memperkenalkan FrenzyFM kepada miera.
  • oh ya.. setakat nie, redio ini beroperasi 24 jam tanpa henti. cume kadang2 dier autorun jek, DJ2 dorang pon best gak.. dengar lah k.
 
-profile miera kat Frenzy-
 
-shoutbox untuk berchatting sambil exchange link-
   
 
-redio-

  •  nie lak radio yang di terajui oleh user2 IRC dan beroperasi secara rasmi di Server Sengal.
  • kat sini, kite boleh layan redio sambil chatting. 
  • redio nie wat mase sekarang nie tak on 24 jam. kalau ade DJ yang free dan line ok, dorang akan on redio. request lak boleh dibuat di server/cenel.
  • dah name pon Sengal kan, user2 kat sini semua friendly dan sengal tahap gaban.. hikhik..
-so, bagi korang yang tak der MiRC tue, jangan lah risau, korang still leh chat kat sini via web. janji korang ade java jek. -

6. Twitter
  • miera baru jek join twitter beberapa hari yang lepas. 
  • tujuan miera create account twitter ialah tempat miera luahkan perasaan sebab kat FB cam dah tak sesuai dah bcoz ramai dah family2 miera add miera. nak luahkan perasaan pon dah rase tak selesa sebab kite kene gak lah hormat dorang kan. kalau yang sebaya tak per gak, nie aunty-aunty, uncle-uncle, nenek-nenek.. cikgu2 pon ade. so, tak sesuai dah.
  • kat twitter gak la miera dapatkan update dari blogger2 yang hebat. sebab dorang rajin nak tweet2 new entry, so, indirectly miera dapat blogwalking.


yang tersenarai ini adalah perkara yang wajib miera bukak. yang sunat nyer banyak sangat...antaranya:-

baca suratkhabar online, blogwalking, sedut menyedut (download), bace gosip2, cuci mate, tengok video kat youtube, redtube dan xtube, stalking, carik note, carik buku, mengurat dan macam2 lagi lah..

so, anda pulak macam mana??? jom share.. (^_^)

p/s: i love to read.. tak semestinya membaca mesti baca buku/suratkhabar jek. blog, notes kat FB, status, komen kat FB pon boleh dijadikan bahan bacaan. kadang2 tanpa sedar, dari komen2 itulah kite dapat pandangan orang lain dari aspek yang berbeza.. (^_^)

Friday, June 11, 2010

.:Alhamdulillah..Finally.. :.

assalamualaikum...

alhamdulillah.. semalam merupakan hari yang ditunggu2 bagi seluruh warga UiTM.. y?? bcoz semalam keputusan peperiksaan akhir sesi dis 09-mei 2010...

memandangkan sesi dis 09-mei 2010 adalah semester terakhir wat miera.. debarannya terasa amat2 kuat.. dalam student portal bagitaw keputusan akan dikuarkan 12pm a.k.a tgh hari tepat..tapi, cam biase lah, UiTM nyer server mesti jam punye, student kan ramai, smua bukak web yang same..

mule2 tue.. ok lah kan, exceeed traffic.. terima lagi, tunggu sampai pukul 3 ptg, masih lagi tak lepas2 nak masok, paling hebat pon login student portal. dah agak fed-up di situ. tdo dulu lah.. pukul 5 ptg try lagi..

mula dari 5 ptg sampai lah dekat nak pukul 12 tgh malam, miera tak buat kerje lain dah.. tekan refresh, F5, enter, left click mouse.. tue jek keje nyer.. sememangnyer exercise jari r semalam..

sampai lah miera nyer akaun kene banned sekejap, maybe sebab banyak sangat tempat di log in kot. sebab semalam miera gune semua laptop dan pc kat rumah nie tuk bukak student portal.. satu pon x berhasil.. memang hampeh lah...

tak taw lah naper server uitm sangat2 terok.. selalu pon macam tue jugak, biaselah kan..student ramai.. tapi sem nie lah miera rase paling terok..

last-last.. miera decide tuk tidak akan check result sehingga lah bangun pada pagi tadi..(pagi kah??) =p

dah nak masok tengah hari baru miera bukak student portal balik.. agak kecewa gak, sebab masih susah nak ditembusi.. setelah mencuba beberapa kali.. baru lah dapat tengok result.. tue pon bukan dari semak keputusan.. dari mini transcript.. tak kesah lah.. janji dah taw result..

agak bengang gaklah, try bukak beribu2 kali, tup-tup kat semak keputusan keluar "harap maaf keputusan belum dapat dipaparkan, sila cuba lain kali" (lebeh kurang lah ayat dier) mau tak bengang,,

ape2 pon...fuuhhh.. dah boleh tarik nafas lega..

Alhamdulillah... syukur kepada Allah...


-mini transcript miera-

miera lepas semua paper.. dan dah bergelar graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) UiTM...

sangat gembira..

peluk mak dah tadi.. then peluk anty.. nak peluk alem.. malu r plak.. huhuhu

happy memang happy.. tapi lebih banyak air mata jatuh sebab syahdu+pilu+sayu..

sepatutnya, kejayaan ini di kongsi bersama mereka2 yang terlalu ingin melihat aku berjaya dan yang banyak membantu aku dalam kehidupan sebagai seorang pelajar..

andai usia mereka dipanjangkan Allah.. sudah pasti mereka lah yang gembira sekarang..

Allahyarhamah Mahdia Binti Buji.. ingat lagi waktu dapat keputusan UPSR.. keputusan aku paling terok antara adik beradik.. habis dier mengamok satu rumah, dier cakap aku dah malukan dier..tapi waktu tue miera rilek jek.. ok lah tue, ade A.. bukannyer tak der A langsung kan.. kalau dier masih ade.. mesti sekarang nie dier dah kecoh cakap cucu dier dah grad engineer.. =)

Allahyarham Haji Suhaili bin Ropa.. nek Abuk.. mesti sekarang nie suara dier meninggi ke langit.. tanya itu ini.. hehehe.. daya pendengaran yang kurang produktif... ini lah orang nya.. yang bertanggungjawab menghantar miera ke sekolah kalau hari hujan.. dan sudah pastinya ketika budak2 bangang gaduh2 depan sekolah.. dier lah yang jadi bodyguard.. tak sempat beliau melihat cucu manja nya ini berjaya..

Allahyarham Marzuki Haji Suhaili.. uceng.. my 2nd father.. inilah orangnya yang menyuruh miera memasuki UiTM.. dan boleh dikatakan memasuki UiTM adalah salah satu wasiat terakhirnya.. teringat saat2 terakhir bersama nya di hospital.."A, masok UiTM ah" ..kata-kata itulah yang miera pegang setiap kali miera down. miera ingat pesanan dier tue. miera jadikan azimat tuk terus menempuh apa jua dugaan.. alhamdulillah... miera berjaya gak menunaikan hajat terakhir beliau..

dan yang paling miera nak sangat sekarang berada di sisi miera meraikan kejayaan miera nie..


Allahyarham Awang Yusuf bin Awang Ahmad.. bapak.. sepanjang miera menuntut ilmu, dari sekolah menengah sampai lah universiti.. ini lah orang nya yang banyak mencabar miera.. terlalu banyak cabaran dan makian yang dier telah bagi kat miera.. mungkin mule2 dengar rase cam nak terbakar jek nak mengamok..tapi, bile di fikir sejenak. miera jadikan itu sebagai cabaran buat miera..


miera masok ke Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya.. miera di sindir teruk oleh my family.. dan bapak lah orang yang paling selalu menyindir.. selalu membanding2kan sekolah miera ngan sekolah adik-beradik yang lain.. sekolah miera nie sememangnya sekolah yang paling teruk di Kuching nie..  dibandingkan pulak ngan sekolah paling cemerlang di Kuching.. dan turut menjadi salah sebuah sekolah cemerlang di Malaysia..


panas gua beb!! tapi.. miera nekad.. miera langkah jek kaki masok SMKPJ.. miera tanam dalam diri miera.. miera jugak boleh berjaya.. walaupon sekolah miera bukan sekolah yang baik..I WILL PROVE IT!!


alhamdulillah.. miera dapat buktikan.. miera berjaya masuk ke bidang engineering.. walaupun bukan Universiti oversea.. still.. universiti bertaraf dunia..


miera masuk UiTM.. amek bidang engineering.. selalu jek diperlekehkan.."mampu ker ko nak bawak engineering??" ayat bapak ku satu ketika dahulu.. tue jugak yang ku pegang.. study smart.. nak buktikan pada beliau I CAN DO IT!!!...


and now.. miera dah berjaya buktikan apa yang miera katakan satu ketika dahulu..


AL-FATIHAH buat mereka yang telah meninggalkan miera..


miera sangat2 rindu kat dorang.. betapa hati kecil miera mengharapkan agar mereka masih di sisi berkongsi kegembiraan bersama miera..

miera nak ucapkan Tahniah kepada semua sahabat2 yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.. dan tahniah gak sebab dah GRAD!! terutama sekali tuk my schoolmate, Nur Hasziana yang berjaya mendapat anugerah dekan buat sekian kalinya lalu mendapat Anugerah Naib Canselor.. dan tak ketinggalan gak Dedeq pelajar cemerlang UiTMCS(diploma) semester lepas.. ramai gak membe2 dapat anugerah dekan sem nie.. CONGRATZ all..

last but not least..


THANXZ ALL.. FOR EVERYTHING.. TO ALL MY FAMILY ESPECIALLY MY MAK, MY SIBLING, MY UNCLE2, MY AUNTY2, ALL MY LECTURERS AND ALL MY BELOVED FRIENDS.. THANXZ FOR UR SUPPORT FOR THIS 3 YEARS.. BAIK DARI SEGI KEWANGAN, FIZIKAL DAN MEMBANTU MIERA DALAM MENGAWAL EMOSI..

Monday, May 17, 2010

.:Laporan Tertunda dari Makmal Komputer 5 (with pictures):.

assalamualaikum all.. 

sebelum miera share aktiviti2 kitorang last week.. miera nak ucapkan salam Takziah buat keluarga Allahyarham Encik Jelani yang telah kembali ke rahmatullah pada malam semalam...
Allahyarham merupakan jiran kitorang dan sahabat baik arwah bapak, arwah uceng dan arwah datuk miera, abuk.. arwah gak orang surau yang aktif.. bak kate arwah bapak miera.. saat2 taat..agak jarang melihat arwah tidak mengerjakan solat di surau.. 5 waktu..5 waktu gaklah arwah akan solat di surau..

seluruh family miera akan merasakan pemergian beliau.. walaupun tidak rapat..tapi arwah lah yang selalu mengetuai solat berjemaah di rumah kitorang kalau ade kenduri tahlil..dan arwah gak seorang yang sangat2 baik dengan arwah bapak miera..kadang2 dier akan singgah ke rumah kitorang untuk bertanya khabar mak..

pemergiannya miera anggap sangat2 mulia.. arwah meninggal di rumah Allah.. Surau Taman Sejoli pada malam semalam antara waktu Maghrib dan Isya.. rebah ketika kuliah.. sangat mulia pemergiannya kan?? menemui Penciptanya di rumah Allah.. ya Allah... sungguh mulianya beliau disisi Mu.. mudah2an kita yang belum sampai ajal ini terus berusaha untuk memperoleh kematian yang mulia...

AL-FATIHAH

***************************************
hari nie just nak share gambar2 yang telah di snap during our 3P program... jom kite jamu mate...


    
-khusyuk tue...-


 
-study2.. markah per 950 tue.. bkn 100-
 
  
-aktiviti di waktu rehat.. rehat ker?? teettt!!-

-our trainer and Berita Harian free.. ^_^-
 
    
-dalam perjalanan mencari makanan on Saturday.. satu kedai pon tak bukak kat UiTM..hampeh..-


 -causes: FB tidak di block on saturday.. =p -
  
-mcD after the class..-

  
-cakkk!! nyum2...-

 

-Harris.. agak2 ley x lawan khai mamam Mega Mc?? harris habiskan McChicken + fries + McSundae + belasah Big Mac lagi kat rumah..huahuahua...- 

 

-lunch kat restoran belakang UiTM..licin woooo.... and im the only gurl... thanx guys sebab memayungi ku ketika hujan... hahahahaha.. -

-Arisha and Miera this morning..chumeeelll!!-

~PLEASEE.. BE SENSITIVE WITH OTHER'S FEELING.. WAIMA KAWAN SENDIRI.. WALAUPON NAMPAK CAM HAPPY.. PLEASE JANGAN MAINKAN ISU SENSITIF.. WALAUPUN ABANG2 AND KAKAK KU DAH KERJA.. TAK KAN SAMA DENGAN KEHIDUPAN KU WAKTU BAPAK ADA.. ~

Saturday, May 15, 2010

.:Lintas Langsung Bersama Tag dari Nuz:.

assalamualaikum all.. selamat pagi dan salam 1 Malaysia.. cewaahhh..

hari nie nak jawab tag dari Nuz.. dah byk tag dier bagi kat miera xder mase lagi nak buat..nie pon miera akan buat selaju yang mungkin.. yerlah.. name pon wat tag dari lab kan.. kejap lagi kelas nak start.. *speeding..*

1~ Adakah anda happy skang ??
Sangat2 happy + bahagia


2~ Kenapa anda happy??
sebab hari ini UiTM tak block FaceBook.. muakakakaka

3~ Apa yang membuatkan anda happy??
boley main FB.. hahaha

4~ Pernahkah anda menerima TAG??
pernah.. banyak kali gak la tapi wat berape kerat jek...

5~ Nyatakan warna yang anda suker??
tak yah jawab, confirm korang dah taw.. dah name pon ^lurve_purple^ opkos la kaler purple a.k.a ungu.. then i laik hijau, biru and oren.. ceriaaa~~~

6~ Berikan kepada 6 orang yg kamu mahu tag.sila beritahu kepada orang yang kamu tag supaya dapat respon(nak lebih pun boleh kurang pun boleh)
errrmm.. x taw la.. sape ek?
wazy

7~ Nyatakan sifat orang yg anda tag..nak tulis panjang berjela pun takpa..asalkan anda happy..
wazy- pendiam yang teramat.. tapi x der la pendiam sangat kat dalam irc.. =p

abang Sham- errrmm.. suke melawak and nyanyi.. best woo suare dier.. dier mendj pon comel jek suare *kipas2* oh yer.. dier sekarang nie ngah mencari pemenang wang tunai RM 100..

Siti Sabariah- ctot my fren.. dier nie errmm.. sengal ek?? kadang2 lah.. hahahaha... selalu confuse dengan perasaan diri sendiri.. tapi yang paling penting.. happy go lucky.. sekarang nie dengar cite dah tamo balik kuching.. ngah syok lepak Shah Alam.. ade kut "hati" dan perasaan yang tinggal di sane... hahahahahaha

bangWeng- my bro.. nie abang sayep yang ke-2.. agak hensem.. agak jek lah... hahahahaha... hep!! ladies..dier sudah berpunya ok.. then dier nie suke sangat melawak.. kire yang paling nakal dalam adik beradik kitorang lah dier nie.. sekarang nie ngah keje kat Bintulu.. tak taw la plak bile nak balik Kuching.. mak dah hari2 suroh dier balik Kuching.. pastu kalau dier ade kat Kuching.. confirm perut miera akan krem.. sebab banyak sangat gelak.. then confirm suare akan sakit sebab dier suke ajak kitaorang melalak... upsss.. terlebey panjang doew....

khai- empunya blog2 yang menarik di Malaysia.. tersenarai dalam top 100 Malaysian blogger.. miera agak kagum ngan dier.. siyesly.. miera sangat2 tertarik ngan care penulisan dier.. lam FB pon kitorang dah member.. muke dier nie sangat2 wanted.. semua gambar di-blur kan wajah.. hahahaha.. saje jek nak letak khai nie.. wpon taw dier tak akan layan nyer,, huahuahuahua....

8~ ni soklan cepu emas ini..adakah anda happy dengan apa yg anda ada?yups2.. saye happy dengan apa yang saya ada sekarang..  walaupon serba kekurangan saya tetap akan cuba mengembirakan aty saye yer.. kite kene appreciate ape yang kite ade.. btol x kawan2??

tapi.. saye rindukan mereka yang telah tiada.. Al-Fatihah...

ok Nuz.. nanti pepel wat yang lain k...

Friday, May 14, 2010

.:Lintas Langsung Dari Makmal Komputer 5:.

assalamualaikum all.. how r u today?? apa mcm life?? hope everything is ok lagi baik klu everything is GREAT!!! kan...

miera sekarang nie berada di dalam Makmal Komputer UiTM Kota Samarahan.. weeeee...

mesti ade yang pelik kan?? ape ke hey nyer budak nie dok kat UiTM lagi..padahal budak2 lain dah selamat pon kije.. ade yang dah selamat pergi melancong.. dan macam2 lah.. al-maklumlah.. menikmati cuti semester yang panjang... 3 bulan tue derr *elele.. terikut2 lak ngan dialog dalam Adnan Sempit yang tgh ku tonton dengar sekarang*

hebat kan miera??? orang len tengok movie, aku lak dengar movie.. hebat tak hebat?? hahaha... macam mane nak tengok klu tengah taip kat blog..

upss... jauh lak pulak menyimpang... ok, sekarang kite U-turn bebeh... miera kat UiTM bcoz of PROGRAM 3P.. Program Pentauliahan Profesional...

miera amek course Comptia A+..klu kat luar.. traineer miera cakap almost RM3-RM4k.. K!!! bukan Ratus.. K=kilo a.k.a ribu raban..

kitorang amek course  nie secara FREE.. fully sponsored ok!! sangat2 rugi kalu tak amek kan?? tak ape lah kalau berkorban mase 3 minggu cuti.. sijil nie sangat2 berguna.. terutama sekali kalau nak mintak kerje..

under Comptia nie.. kitaorang belajar lebih mendalam mengenai komputer.. system.. hardware..memory..care nak aturkan sistem.. smualah.. yer lah kan.. kadang2 kite nie reti pakai jek.. tapi bende tulang temulang dalam lappy kite semua tak reti...

menurut  trainer kitaorang.. test kitaorang nanti bernilai RM650.. kitaorang punye paper ade 2.. so.. total test is RM1300.. tapi kitaorang dapat FREE!!! mark di situ yer...

lepas tue..dapat buku lak tue.. buku tue harge dier U.S $44.90.. agak2 klu convert how much??? RM150++ kan??? buku tue pon kitaorang dapat FREE!!!

bertuah tak bertuah?? so.. kalu ade sesiape di U atau Kolej yang offer.. sile la join.. rugi sangat2 kalu tak join.. tak kisah la ape pon dorang offer.. Comptia, Flash, Adobe atau Windows.. banyak sangat la dier nyer subject dier offer...

-ini lah dier buku yang kitaorang dapat.. setebal 1264 pages.. yang perlu dihabiskan dalam mase 3 minggu..-

tapi kan.. under program nie.. bukan setakat ktorg di ajar dengan pengetahuan komputer.. tapi gak kitaorang di ajar softskills.. kitaorang ade 2 hari softskills di mana kitaorang di ajar untuk membuat resume dan membina konfident diri.. + di ajar untuk berdepan dengan pelbagai jenis orang.. kitaorang gak di ajar untuk menghadiri interview.. bukan interview Mentor, AF ok.. interview keje derr.. ngeeee... complete la diorang ajar.. pakaian, make-up, care jalan, care duduk, care cakap, soalan2 lazim.. best kan???

so.. even baru 5 hari ikut 3P nie.. miera rase puas aty lah.. + kitaorang disediakan tempat tinggal sekali.. so, cume keluar kan duit untuk makan jek...

ape lagi eh nak cite??

oh yeahh.. yang best nyer.. kat lab nie.. line internet sangat2 best.. tapi..cam biase lah... UiTM akan block FB, YouTube dan sudah semestinyer RedTube.. huahuahua...

IRC pon tak boley nak masok..biase lah kan.. standard la...

dalam kelas miera ade 3 orang jek pompuan.. sorang tue membe same course mate miera.. tapi dah lame kitaorang tak masuk satu kelas.. last sekali pon part 2.. so, tak der la rapat sangat.. yang sorang lagi budak course lain..

so, memandangkan adalah normal untuk manusia biasa lebih cenderung untuk berada dengan orang yang dier kenali.. miera banyak spend mase ngan budak2 laki kelas miera..

cam biase lah kan.. g makan pon miera sorang jek pompuan.. yang lain semua laki.. kire girl over boys lah nie.. huahuahua...

tapi miera rase miera lagi senang dengan keadaan macam nie... sebab lebih senang.. nak cakap pon men lepas jek.. klau wat macam tue ngan girls.. maw tak merajuk 3 taon derr.. kan?? sape tak setuju, sile terjun lombong...

lagi apa mau cerita hoh?? udah ler tue... malas dah.. nak cont tengok cite Adnan Sempit jap.. choww.. adios...

nie link untuk mengetahui 3p.. http://3p.prestariang.com.my/

~I'M HAPPY FOR MY FRIEND, "A" BECAUSE "A" ALREADY MEET WITH SOMEONE "A" LOVE, "C".. BUT I'M SYMPATHY WITH MY FREN ALSO, "B" BECAUSE "B" IS HURT LOOKING AT "C" HAPPINESS.. GET IT?? WHAT SHOULD I DO EH???~

Thursday, January 21, 2010

.::Cinta Siber::.

assalamualaikum all....

p/s: en3 nie telah mengambil masa selama seminggu untuk di publish.. harap maklum...

en3 kali nak cite la serba sedikit pendapat miera ttg cinta siber nie...

"hampir 95% cinta siber x sampai ke penghujung nya.. dan hanya 2% cinta dr MiRC membawa ke gerbang perkahwinan" - my fren, otai mirc 

if u asking me..
am i believe in cyber's love??
my answer will be..
NO!!!




sbb tue la..
klu ade membe2 yg malangsungkan perkahwinan
dan pertemuan adalah daripada alam siber..
i will salute them damn much..

bkn senang nak membina relationship
berasaskan alam siber..
byk ruangan siber yg boley dijadikan tempat tuk memulakan pertemuan..
mula2.. kenal2..
then.. tukar2 no tepon..
or email..
then.. calling2...
or.. sms2...
pastu.. jumpe lak..
then... ape2 la korang rase step seterusnya yg patot..

antara tempat2 yg slalu di gunakan tuk mendapatkan pasangan..
frenster, mespes, tagged, facebook, MiRC dan sebagainya..
kadang2 blog pon ley jd tempat perkenalan gak..
tp wasenyer, klu blog..
mayb ok ckit kut..
sbb dr blog kadang2 kite ley bace sape org tue sbnrnyer..
mcm mne life dier..



 

miera sendiri..
dah terjebak dalam dunia siber nie almost 3-4 years..
mmg la baru lagi kan..
org len dah berpuluh2 taon..

 
tp.. org len wat design web smua..
saye chatting jek..
x pon lyn fs, ms, tagged and blue fb

dan sgt2 menipu andai miera bgtaw miera x penah terjebak ngan cinta siber..
mungkin x sampai ke tahap bercinta..
tp hubungan tue dah mcm mengalah org bercinta..

almost smua lelaki2 yg melekat nie miera kenal menerusi MiRC
ade gak la yg nak no pon dr fs, mespes n tagged..
tp miera x layan sgt..

klu MiRC nie best ckit..
borak lame2 ckit..
then bile rase ok..
boley la tukar2 no phone..




tujuan miera join MiRC nie adalah tuk mencari kenalan2 baru..
saje jek nak borak2 kosong..
nk ilangkan rase sunyi..
bile dah ade org yg sudi memanjangkan perkenalan..
i x kesah.. i on ajak..

cume..
miera akui..
ade satu tahap tue..
miera rase best lak kumpul2 skandel2 membe2 laki..
mungkin waktu tue miera dilanda tekanan..
then membe2 lak smua jauh2..
family lak waktu tue berada dlm keadaan sedey..
sbb baru pas kehilangan arwah Uceng..

n miera dgn happy nyer melayan smua lelaki yg ada..
x taw la klu korang ckp miera normal waktu tue..
maxis wat promotion super saber..
rm 1 for 12am-6am
dr 12 sampai 6 pg tue lah miera bergayut..
sampai rase nak terbakar tinge kt henpon..

bkn sorang jek taw..
klu x slp..
ade la 3-4 org..
tue pon every nyte tukar2..
ngeeee~~~
peeehh.. pengakuan berani mati nie...

boley dikatakan every cuti sem..
miera akan dpt pling kurang pon sorang dr alam siber nie..
klu nak list kan..
byk ler..
tp yg btol2 miera ingt are..
abby..ajai..annoy..syaf..zaid..
yg nie btol2 miera rapat..
segala permasalahan smua di share bersama..
yg nie boley dikategorikan sbg teman tp mesra la..

yg lain2 tue..
teman waktu dorang sunyi jek..
sunyi jek baru nak carik aku..
eran aku..
x pon klu stim ade mslh jek baru nak carik aku..




skrng nie yg msh kontek ngan miera..
annoy (tgh msg ngan dier nie)
syaf and zaid..
ajai tue miera larikan diri dr dier..
ngehngehngeh..
abby lak..
hurrrmmm... no komen..
cite dier ade kt zaman dulu2 punye entry..
so..rajin2 ler nak korek2 eh...

ape yg boley miera perkatakan mengenai org2 di alam siber nie..
miera detail kan eh..
kt dlm mirc nie..
(sbb miera more terjerumus kt cni)
sbtolnyer.. bkn boley percaya sgt..
x sampai 40% ley dipercayai..
sbb tue miera sgt2 x suke adik2 miera nak join mirc..




mmg la nampak seronok jek miera main..
tue pon sbb dah lame join..
dh byk kenalan kt mirc..
dah ade port sendiri..
membe2 pon dah mkn byk...

bg miera sendiri lah kan..
pd pandangan dan penilaian miera..
hanye org2 yg btol2 aktif dlm dunia mirc nie boley dipercayai..
sbb kebykan dorang nie..
join irc sbb jage server, jage cenel, mmg tuk carik membe..
klu yg user2 biase nie..
hurrrmm.. agk sukar la nak diperkatakan...
so, beware ngan org yg nick dier tengelam timbul..

n klu nak taw lebey ttg caters2 yg ajak tukar2 no nie..
sile la rajin2 kan diri..
n rapat2kan diri dgn admin...
bknnyer nak bodek..
just langkah keselamatan..
selalunyer admin2 yg ade op smua nie taw sape2 yg join cenel dorang..

bende nie miera praktikkan baru skrng..
klu dulu2..
waktu mule2 join mirc nie..
org mintak jek no.. miera kasik jek tros..
mintak emel ker hape ker.. smua sayep on saja...
lyn call pon saye on saja...
tp... yg sure.. smua tue x kan lame pon..
pling lame pon seminggu dua..

bkn ler nak ckp smua org lam mirc nie x bley dipercayai..
ade yg boley dipercayai..
tp lebey byk yg nak amek kesempatan sbtolnyer..
bende nie same gak ngan web2 yg lain..
bkn smuanyer x bley dipercayai..
tp jumlah nya terlalu sedikit..
so.. kne ler berhati2 dalam memilih kwn dlm web2 nie..

hari nie.. dlm harian metro..
ade satu berita yg wat miera tertarik




KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka.
Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.


“Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga penuntut pengajian syariah di sebuah kolej swasta di ibu negara.


Selepas hampir dua bulan berkenalan, kekasihnya mula menunjukkan belang apabila kerap memujuk gadis berasal dari Sabah itu untuk melakukan hubungan seks.

miera mmg dah slalu jumpe kes2 mcm nie..
kadang2 ade gak bgtaw..
"ala.. gurl tue yg bodo.. pegi ikut kate laki tue.."
"x lah.. aku x kan terjebak nyer.. taw ler aku jage diri.."

penghujungnyer??
walahualam....

ape yg boley diperkatakan??
hanya lah berhati2 dalam menjalinkan hubungan dengan kenalan dr internet..

kite x taw aty budi org..
dlm phone, sms, chat.. smuanyer manis..
tgok pict.. mcm manusia..
aty???
boley ker kite nak taw???

risiko dlm mjlnkn hubungan siber nie..
sgt2 lah tinggi...
1st. kite x penah jumpe face to face pon ngan org itu pon waktu mule2 kenal
2nd. name pon internet.. mcm2 penipuan ley berlaku..
3rd. kadang2 akn mbwa kpd cinta jarak jauh..



n skrng..
miera ngah rapat2 ngan sorang yg miera kenal dr tagged..
pestyme tukar2 no dr tagged..
slalu x layan pon..
tp..
mcm yg lain2 jugak..
teman tp mesra...
wpon mlm tdi dier dah msg "jgn ganggu aku lagi"
so??
adios amigos..

so, klu sesiape ade ttg siber love yg nak dikongsikan bersama..
jom share...

ape2 pon.. x smua cyber love membawa kepda keburukan..
smuanya terpulang kpd individu itu sendiri...

-Love...Love...Love...-

..Doa untuk mencari pasangan..