hari ni nak buat entry mengenai salah satu produk terbaru Telekom Malaysia (TM) iaitu TmGO..
teruskan membaca...
seperti yang diketahui, TM merupakan pemberi servis internet terbesar di Malaysia antara nya Streamyx dan UniFi. kedua-duanya memerlukan fixed line yang membawa maksud hanya boleh digunakan di rumah ataupun di pejabat sahaja. tapi ada gak TM Wifi di tempat-tempat awam dan kedai-kedai makan yang perlu di sign in menggunakan id yang diperoleh setelah subscribe streamyx or UniFi.
yang terbaru.. TM telah memperkenalkan TMGo di mana ianya boleh digunakan di mana-mana saja. yang paling penting, tiada kontrak dan tak perlu nak bayar fixed every month. terdapat 2 pilihan pakej iaitu:
- Pakej A- 4G Mobile Adapter Package
- Pakej B- 4G Mobile Router Package
yang ni description untuk tiap pakej |
perbezaan anta 2 pakej ini?
- gadjet akses- pakej A hanya boleh digunakan pada 1 gadjet pada satu-satu masa..senang cerita macam usb broadband yang connect ke lappy korang lah. pakey B boleh di akses sehingga 10 gadjet dalam satu masa. so, kalau yang stay rumah sewa boleh lah amek ni, share2 bayar.
- harga- pakej B lebih mahal dari pakej A
dah guna TMGo ni 3 bulan lebih kurang. setakat ni memang puas hati. sebab nya:
- tak ada kontrak, boleh guna bila ada duit sahaja which means nak pakai, kena top up
- boleh bawak gi mana-mana pun
- memandangkan kat rumah ada streamyx, rasa cam membazir lak nak amek pakej broadband dari servis provider lain sebab perlu bayar every month walaupun tak guna. memandangkan carik internet untuk kegunaan di U and rumah sewa, membazir pulak rasa nak bayar every month kalau tak guna time cuti semester or balik rumah weekend.
- speed laju
harga top up yang available.. |
pendek kata, tak yah lah risau sangat kalau bulan tu takda duit.. almaklumlah student.. kaya time awal2 sem jek.. dah hujung2 sem dah korek tabung. risau gak kalau tak leh nak commit dengan bayaran bulanan. itu pendek kata, panjang tak kata apa2 lah.. :p
waktu beli hari tu rupa nya tengah promotion, amek pakej B- rm350++ sekarang ni RM 515++ huhuhu.. dapat MiFi, sim kad dan free 2GB kuota.
ni yang dapat waktu beli hari tu. sim kad+ modem mifi + internet 2GB |
oh salah satu perkara yang tak best mengenai TMGo ni.. dier punye sedut kuota tu,, pehhhh.. laju giloss.. 2GB boleh bertahan seminggu lebih gak lah.. guna 4 orang dengan handpohe and lappy kadang2. tu pun bukan 24 jam. tu jek lah kelemahan yang nampak sekarang ni..
nak cita pasal top up pulak. hari tu waktu mula-mula beli.. ya Allah azab sungguh nak carik tempat top up. kat website bagitau kat tm Point or 7E or mana2 tempat yang guna easy reload. nak pegi TM Point memang tak lah kan sebab jauh xder transport. pegi lah kat 7E, banyak cawangan gak lah pegi, cashier tu just jawab tak der or buat muka blur bila sebut reload TMGo. the only tempat yang jumpa cuma Petronas. pastu, kat ig ada org comment klu nak top up boleh thru dorang, ni FB dorang TMgo. nak guna m2u or apa2 online banking memang xder lah tmgo ni. so, whatsapp jek dorang, transfer duit nanti dorang bagi no reload.
tapi sekarang ni, dah upgrade.. dah boleh beli top up direct dari TM sendiri. dah pilih berapa nak top up nanti page tu direct ke internet banking. so.. happy TMGo everyone. yang ni malas nak bagi link sebab selalu ubah2.. so, kena alert ngan perubahan website kat TM lah yer..
website TM. kat sini nak check balance kuota and nak top up |
Latest service.. dah boleh top beli top up direct. cuma perlu nombor Tmgo dan nombor IC. |
anyway.. sekarang ni speed dah macam kureng sikit.. tak macam mula-mula guna hari tu.. maybe ade masalah sikit kot.. hope lepas ni kembali laju mcam hari tu sebab dah naik kan harga kan.. hehehe
lagi satu.. kalau ade sape2 nak beli TMGo ni, selalu-selalu lah mengoogle or check FB or tanya ngan budak-budak TM. sebab macam2 promotion dorang dah buat. time beli hari tu, harga murah + free guna skype. pastu beberapa minggu lepas tu, dorang ada buat promotion sim kad TMGo + Handphone dual sim ZTE plak harga Rm300++ .. then beberapa minggu lepas, promotion walk in ke TM Point, amek pakej rm350++ dapat free ipad mini.. huh..rasa menyesal plak beli awal2. tapi lepas tengok harga terbaru tak menyesal dah.. hehehe
untuk urang sarawak. especially Samarahan. kamek dah try di UNIMAS n kawasan Desa Ilmu.. speed nang OK gilak2.. d Kuching pun dah try OK juak.. cuma time pegi Miri hari ya ada problem. kamek stay kat Imperial Hotel berdepan dengan TM Point.. dalam hotel nang sikda line terus. tapi mun engkah device kat tepi penjan dapat pakey cuma sik lah selaju time kat Kuching lah..
kalau nak check kawasan korang ok ker tak ok line.. boleh ke link ni.. COVERAGE
coverage di area UNIMAS dan UiTM serta sekitarnya.. |
rasanya ni jek lah yang nak share.. kalau ada apa2 pertanyaan.. just drop the comment below ok? tq for reading.. ♥
sangat berinformatif..
ReplyDeleteterima kaseh wak... :)
Delete